Berkat Tuhan dan AmaranNya

 

"Aku akan memberkati setiap tangan yang mengambil bahagian dalam kerja penubuatan ini. Kerana apabila nabi-nabi masa dahulu berkata, kalau ahli-ahli Taurat tidak menghargai Kata-kataKu kamu tidak mungkin akan dapat mendengarnya. Aku akan memberkat semua yang berperanan dalam  penghantaran keluar kerja ini. Aku akan mengganjarimu dengan cara yang kamu tidak tahu dan menyelamatkan kamu daripada tulah dan malapetaka yang tertulis di sini. Kepada sesiapa yang memberi makan kepada nabi wanita ini, seperti balu yang memberi makan kepada Elia, bekalan kamu akan digandakan, kerana dia yang menerima seorang nabi dalam nama seorang nabi AKAN MENERIMA ganjaran seorang nabi. Dia yang menafikan dan menolak nubuat-nubuat ini akan meminum kepahitan dahsyat mereka sendiri; kamu menolak penyelamatan kamu sendiri; kamu akan lenyap kerana kekurangan ilmu. Sesiapa yang cuba untuk memusnahkan kerja penubuatan ini akan Aku musnahkan, kerana ia tertulis, "JANGAN MENGUSIK ORANG-ORANG YANG KUURAPI, DAN JANGAN BERBUAT JAHAT TERHADAP NABI-NABIKU."

 

--J. Douglas Swaffield

Dipanggil dan Dipilih,   Nabi Tuhan

13 Februari, 1998

 

"Sebab sebagaimana halnya pada zaman Nuh, demikian pula halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia. Sebab sebagaimana mereka pada zaman sebelum air bah itu makan dan minum, kahwin dan mengahwinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera, dan mereka tidak tahu akan sesuatu, sebelum air bah itu datang dan melenyapkan mereka semua, demikian pulalah halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia."

Matius 24:37-39

 

Pesanan untuk Para Nuh

 

"Mereka yang cintakan dunia akan membenci nubuat-nubuatan mengenai kematiannya. Mereka akan menangis dan menggongong atas kemusnahan Babylon mereka, kerja pembinaan manusia, dibina dengan usaha manusia melalui kebijaksanaan manusia, yang syaitan (devilish).

 

Mereka yang tidak mencari bandar berkekal di dunia ini, tetapi satu bandar dengan dasar, yang Pembina dan Pembuatnya Tuhan, merupakan anak-anak sebenar Abram yang menyenangkan hatiKu dan merupakan KawanKu, mereka menyayangiKu lebih daripada, malah,  nyawa mereka sendiri, kerana Aku adalah Permulaan kehidupan. Mereka bergembira kerana tanda-tanda ini menandakan penebusan mereka menghampiri.

 

Mereka yang mencari untuk memelihara hidup  di dunia ini menafikan azabnya yang akan datang. Mereka yang menyayangiKu dan kebenaranKu terjengkel oleh orang yang jahat dan mengalu-alukan penggulingan kegelapan.

 

Sebagaimananya halnya pada zaman Nur, demikian pula halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia. Kerana mereka mengolok-olok dan mengetawa sehingga ia telah terlambat.

 

Aku telah memberikan nubuat-nubuat ini kerana ada para Nuh yang Aku mahu terdengarnya. Mereka akan menerima Kata-kata dengan hati terbuka dan akan berbuah dan memuliakan Aku. Jangan gelisah terhadap mereka yang tidak percaya dan yang manjadi marah seperti Farisi waktu lama. Gereja Laodikia terus bersikap takbur dengan sara-diri (self-sufficiency) dan keangkuhan. Pada umumnya ia tidak akan bertaubat, tetapi untuk bagi sesetengah di dalam yang berhati terbuka Aku mengetuk dan berkata," kata Yesus.

 

Kata-kata nubuat ini akan membelah-bahagi, menghakimi pemikiran dan niat hati. Ia akan mengeluarkan kecenderungan rahsia manusia, sama ada mereka betul-betul mengasihiKu atau hidup mereka sendiri.

 

Semua pencapaian manusia adalah seolah tidak ada apa-apa didepanKu; semuanya adalah mensia-sia di bawah matahari. Semua persengketan ini akan sampai suatu penghujung, kerana Aku tidak akan senantiasa berusaha dengan kaum terjatuh ini. Ia adalah sementara waktu; bilangan harinya terbilang; ia telah diracuni oleh buah yang diharamkan. Daripada debu ia datang dan kepada debu akan ia pulangi. Aku berucap kata-kata mencipta-semula kepada kaum terjatuh ini, supaya sesiapa yang sudi percaya akan memiliki hidup baru. Kutukannya adalah ada yang lebih suka kegelapan.

 

Aku datang dengan badan berdaging supaya kau boleh dikainkan dengan badan Roh. Aku mati kematianmu supaya kamu boleh hidup KehidupanKu. Aku mengambil dosa-dosamu supaya kamu boleh mengambil kebenaranKu.

 

Aku menguji hati manusia, dan Aku akan menggunakan nubuat-nubuat ini untuk menyebabkan ramai diuji, memeriksa roh mereka, bertaubat dan diselamatkan. Orang Niniwe mendengar dan bertaubat.

 

Ramai yang akan menjumpai penyelamatan melalui kata-kata ini. Jangan mencari pengesahan daripada gereja tetapi buah daripada orang "Bukan Yahudi". Orang Yahudi menolak Aku, tetapi warga Niniwe percaya dan terselamat.

 

Kamu akan mempunyai ramai anak-anak rohaniah.

 

FirmanKu, yang keluar, akan mencapai tujuan bagus yang Aku hantarkannya untuk. Ia akan meraihkan penuaian, kerana ia adalah Firman Kehidupan, dan kebenaran akan membebaskan ramai, walaupun penipu akan marah."

 

-- J. Douglas Swaffield

11 Februari, 1998