TANGAN TUHAN DALAM HIDUPKU

 

Pada tahun 1987, aku mengalami pelanggaran antara dunia dengan diriku sendiri. Mimpi-mimpi kejayaan indahku dicemari oleh bayang ghaib yang gelap dan mengancam.

 

Kelesuan bekerja, kesunyian dan kebosanan telah merompak kepuasaanku bekerja sebagai ahli psikologi sekolah. Jadi, pada lewat musim bunga tahun 1986, aku berpindah merentasi beberapa negeri untuk melanjutkan pelajaran doktor falsafah dalam psikologi, dan juga untuk bekerja membantu pesakit yang ada dalam sebuah pusat orang cacat minda ringan.

 

Seperti melemparkan sebatang tulang kepada anjing, pengarah unit itu lempar kepada aku apa yang orang lain tidak inginkan apabila aku laporkan diri kerja. “Ambil atau biarkannya,” dia berkata, “akulah bos baru!”

 

“Cacat minda parah! Dalam unit tertutup!” Aku teramat kecewa dan patah hati.

 

Roh-roh terharga ini diperangkap dalam badan terpiung dengan satu minda yang dihanyut angin, tidak dapat pun berkomukasikan keperluan paling asas mereka. Bau kencing memenuhi satu bilik besar yang memenjarakan lebih daripada dua puluh orang. Penghuni di situ selalu berbuat bunyi yang kuat, bising dan tidak masuk akal. Di situlah aku meninjau kerja teramat besar aku untuk menuliskan program untuk pembaikpulihan mereka.

 

Bertahun-tahun dahulu aku pernah bekerja di satu hospital bahagia dan ia telah mengajarkan aku untuk senantiasa sangat berwas-was dengan pesakit yang tidak stabil. Jelasnya, antara mereka ini terdapat pesakit dengan diagnosis yang bercampur-campur--contohnya, terdapat seorang olahragawan yang telah menyerang beberapa orang staf untuk mendapatkan satu puntung rokok. Ramai yang dengan jelasnya autistik. Ada yang seperti bayi satu atau dua bulan, di mana semua keperluannya perlu dijangka dan dipenuhi. Seorang wanita dijangkiti dengan penyakit kelamin dan dia melancap setiap hari, sepanjang hari.

 

Dalam bulan-bulan yang datang, aku telah tuliskan program untuk penjagaan dan pengurusan kelakuan pesakit-pesakit ini, tetapi kebanyakan yang aku tulis diabaikan. Program ini merupakan kata-kata kosong pada helaian kertas kosong untuk memenuhkan timbunan sampah beurekratik.

 

Ia nampaknya seperti keledak masyarakat diupah untuk bermain permainan gaji minimum; dan apabila tidak ada orang nampak mereka kononnya melakukan seks berkumpulan dengan mereka ini, yang tidak berdaya.

 

Kerja ini merupakan satu pisau yang memotong dalam pada satu roh yang sedangpun berdarah. Ada masanya, suatu taufan akan bergelora di dalamku. Ia mengancam untuk melangkaui sempadan kelakuan aku dengan orang lain. Ia bermula di dalam tempat mendalam dan gelap di dalam aku dan ia akan melonjotkan hatiku untuk meletup. Fikiranku berkeliaran, satu fikiran akan bertimbun dengan fikiran yang lain secara bertubi-tubi. Ombak tsunami yang berupa emosi kering dan tak bernyawa membanjiri nilai diriku yang telahpun melayu.

 

Oh, kegelapan itu! Kegelapan itu! Betapanya aku menakuti kegelapan itu di dalam aku dan di sekitar aku. Aku seperti rusa yang diburu seekor singa yang bersembunyi dalam kegelapan. Aku sedar hadiran singa itu. Aku boleh cium bau singa itu. Aku boleh dengar engahan singa itu. Aku takut bahawa aku akan tersentuh singa itu dan sejurusnya dibaham oleh nafasnya yang panas.

 

“Lari! Lari! Lari!” Ya, aku mesti lari dari singa itu yang ada didalam kegelapan.

 

Ada masa aku akan lari keluar dari bilik pesakit dan lari ke arah tanah lapang. Aku harap tiada orang yang nampak. Sekurang-kurangnya tiada orang pernah tanya aku mengenainya. Pada waktu malam, masa aku bersendirian, aku jadi lebih takut, Kerana, keadaan minda sebegini akan serang aku pada lewat malam, pada masa sebegini ini aku akan lari dengan kelajuan penuh dalam kegelapan malam. Aku akan hauskan titik terakhir tenaga aku; dan apabila ketakutan aku terhadap kehilangan kewarasan minda menjadi reda, aku akan bergegas ke bilik aku dan tuangkan satu gelas kecil arak wiski.

 

Wiski, o wiski! Cuma satu lagi gelas wiski. Kawan yang ada semasa diperlukan memang merupakan seorang kawan. Ketenangan manis! Ia menyembuhkan rasa kesunyian aku. Ia  membasuhkan ketakutan aku. Ia kekalkan singa itu jauh dari aku. Wiski sumbatkan lubang  aku seperti seorang gunakan jari untuk menyumbat lubang di empangan.

 

Bertahun-tahun wiski telah menjadi sebahagian daripada keseronokan dan kegembiraan aku. Aku berparti dengan mereka yang menyukainya. Kemudian, aku mula minum bersendirian. Aku tidak sukakan diriku apabila aku minum terlalu banyak, ini kerap berlaku. Minum hingga mabuk buta telah mencuri nilai harga diriku. Ia telah rompakkan kuasa mengawal diriku. Jack Daniels (jenama wiski) dan aku menari tarian cinta-benci dalam hubungan kami. Seperti sepasang kekasih yang ghairah, kami berpegang sesama dalam keadaan terdesak.

 

Untuk lima bulan aku bersengsara dalam gaung mendalam yang didiami roh-roh terperangkap. Aku sangka aku nampak sesisih cahaya apabila sebuah pusat kesihatan minda menawarkan aku kerja memberi kaunseling kepada kanak-kanak. Untuk banyak tahun, kanak-kanak merupakan apa yang aku kasihi dalam hidupku.

 

Aku hargai dan suka fikiran spontan dan keikhlasan emosi mereka. Senyuman manis mereka dan hati yang terharga mereka mampu menyembuh; mereka boleh bawa nyawa kepada gurun minda siapa-siapa pun.

 

Aku harap aku boleh beritahu kamu bahawa semuanya berjalan lancar dengan kerja ini. Tetapi aku sedih untuk berkata bahawa sejak hari pertama aku sudah tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena di situ. Ahli terapi meninggalkan situ seorang demi seorang. Apabila seorang ahli kaunseling bertaraf pastor dipecat, aku terasa kesedihan yang mendalam.

 

Aku tiada masa yang banyak untuk merenung keadaan aku. Aku sangat sibuk dengan memberi kaunseling di pusat itu dan juga menubuhkan pusat pra-sekolah yang pertama di negeri itu untuk kanak-kanak yang terganggu secara emosi. Dalam masa enam bulan sahaja telahpun ada satu senarai orang yang tunggu mendaftar masuk. Aku masuk kawasan penempatan untuk tengok kanak-kanak dan untuk uruskan kerja aku. Tanggungjawab aku telah bertambah besar.

 

Apabila penyelia aku behenti kerja, setengah daripada tanggungjawab kerjanya jatuh pada aku. Aku cuma ada sikit masa berharaga sahaja kerana aku perlu pergi ke sekolah dua malam seminggu dan satu malam lagi aku perlu buat kerja on-call untuk pusat itu.

 

Tenagaku yang sikit sahaja itu disedut pelbagai hala. Masa depan anakku selalu merunsingkan aku. Keputusannya untuk tinggal bersama ayahnya pada Disember 1985 memecahkan hatiku. Dengan tak terdaya aku tengok anakku yang pernah memenangi anugerah ‘kanak berbakat govenor’ itu gagal dalam sekolahnya dan mengikuti kumpulan kawan yang liar dan jatuh kepada cengkaman ganja dan benda sebegini.

 

Seorang ahli kaunselor yang lain telah diupah untuk meringankan beban kerja aku. Apabila pengarah panggil aku untuk membuat tinjauan enam bulan, dia beritahu aku bahawa orang ini tidak tunjukkan diri. Dia tunjukkan dengan jelas bahawa aku tidak akan dapat apa-apa bantuan untuk ringankan kerja dalam masa depan yang dekat.

 

Sesuatu terpatah dalam aku akibat kata-katanya yang kering ini. Dengan keadaan hampir nangis, aku enggan membuat kerja tiga orang lagi. Aku beritahu dia bahawa aku akan buat satu kerja, dan satu kerja sahaja.

 

Pada keesokan hari dia masuk ke pusat pra-sekolah pada awal pagi. Aku tidak akan lupa cara lakunya yang dingin dan tidak-hirau sedangkan dia berikan aku satu surat pemberhentian kerja.

 

Perasaan patah hati aku yang aku terasa serta merta dengan cepatnya digantikan degan perasaan jijik yang amat. Dia tidak akan lihat kesedihan aku sekali lagi. Aku telah bekerja begitu keras, menubuhkan satu sistem yang menguntungkan, dan kemudian dihumban ke sebelah seperti kasut yang telah dipakai rosak. Pemecatan ini merupakan kali pertama dan kali terakhir untuk aku.

 

Cahaya rohku yang telah digelapkan memanggil Yesus untuk mendengar tangisan seseorang yang begitu tersesat. Aku telah cari, cari sesuatu rohaniah untuk berbulan-bulan, dari satu gereja ke gereja lain tetapi aku tidak dapat berselesa dalamnya. Tiba-tiba, kesunyian situasi aku merupakan malam yang paling panjang aku pernah kenali. Roh aku bersengsara dalam kemarau rohaniah yang dahsyat sebegini.

 

“Tolong, tolong dengarlah doaku. Tolong, tolong bantulah aku,” Aku merayu Yesus. “Aku bersendirian dan tidak larat lagi, tanpa wang, tanpa tenaga, tanpa nyawa hidup.” Fikiran gelap bunuh diri berkeliaran di minda aku. Jack Daniels (jenama wiski) dan singa itu sedang menang.

 

Dalam kesunyian aku, hatiku berputar balik dalam niat untuk mencari seorang lelaki yang penuh kasih. Aku inginkan ini setiap hari dalam hidupku tetapi akal fikiran menang. Aku selalu terpilih lelaki yang melayan buruk aku dan mendera aku. Kemudian aku menolak mereka. Aku telah berkahwin dan bercerai empat kali menjelang umur 31 tahun, dan sekarang telah bersendirian untuk tujuh tahun.

 

Dalam hubungan aku, aku sedang hidup dalam hal tak terselesai dari zaman kanak aku. Bapaku yang ada skizophrenia (sejenis masalah mental) lebih menyukai adik aku, dan dia tidak suka aku dan dia menolak aku. Aku ikut dia sekitar dalam rumah ladang kongsi kami sedangkan dia sembunyikan batu dan bercakap dengan dirinya. Aku cuba untuk duduk di atas pahanya, tetapi dia tolak aku berulang-ulang dan bercakap denga nada yang kejam, “Pergilah!”

 

Dalam diriku aku takut penolakan dari semua lelaki. Rasa kehilangan ini telah menghalang  aku daripada mengenali dan memberi kasih yang tak bersyarat. Penolakan sebegini selalu berada di depan minda aku; dan dalam masa yang paling sunyi ia akan bergelora datang seperti seorang gergasi yang berjalan dengan berguruh-guruh merentasi emosi aku.

 

Lewat satu malam sedangkan aku merayu pada Yesus dengan hadiran Jack Daniels, suatu kehangatan yang selesa memenuhi bilikku. Ketenangan besar alih masuk dan mendukung aku seperti seorang bayi. Ketenangan sebegini tidak pernah aku kenali. Satu cahaya terang menyinari salah satu penjuru bilik aku.

 

“Anak, aku Yesus. datanglah dan duduk atas lutut aku. Aku tidak akan menolak kamu, aku akan sembuhkan kelukaan kamu terhadap bapamu.”

 

Aku ditelani keterangan ini. Kemudian, dengan tiba-tiba Yesus angkatkan aku dalam RohNya dan aku duduk di atas lututNya. aku tidak tahu berapa lama ini berlangsung. apa yang aku tahu ialah sejak hari itu, aku tidak pernah ada lagi satu pun perasaan tidak bagus terhadap bapaku. Malam itu Yesus sembuhkan hatiku.

 

Kamu mungkin tertanya, “Tidakkah ini sedikit pelik bagimu?”

 

Sememangnya. Tetapi, aku tahu bahawa ia benar. Aku menyinari dengan kasih dari pengalaman ini untuk berhari-hari, Ia berikan aku harapan apabila aku tiada harapan. Ia bawakan aku kegembiraan apabila aku cuma mengenali kesedihan. Ia tunjukkan kepada aku bahawa Yesus adalah benar dan Dia dengar doa mereka yang paling sesat dan sepi. Yesus berikan aku nyawa dan satu keinginan untuk hidup.

 

Keadaan sekeliling aku masih lagi begitu muram walaupun dengan adanya pengalaman ini. Aku tiada wang dan tiada kerja, tetapi aku telah diberi apa yang wang tidak boleh beli: satu keajaiban.

 

Apabila aku memberitahu jiranku beberapa hari kemudian, bahawa aku ada masalah untuk masuk tidur, dia kata, “Cubalah L-tryptophan.”

 

Aku pergi belikannya dan makan enam biji L-trytophan sehari untuk dua minggu. Sampai penghujung minggu kedua, singa itu telah dikejar ke bayang gelap dan ia tidak pernah lagi kembali selepas ini.

 

Beberapa tahun kemudian, aku dapat tahu bahawa aku sedang mengalami serangan panik akibat daripada ketidakseimbangan hormon yang diakibatkan oleh pembedahan hysterectomy pada lewat tahun 1985. Sistem imun badan aku juga dilemahkan oleh satu penyakit autoimun.

 

Satu petang, lewat bulan Mac 1987, kira-kira dua minggu selepas aku dipecat, satu lagi pengalaman rohaniah terlanda pada aku dengan terkejut dan ia telah menyebabkan jiwa aku bergelora untuk bertahun-tahun. Kamu mungkin ingat bahawa pengalaman ini disebabkan oleh satu minda yang mabuk dengan arak atau ghairah akibat dadah LSD. Tetapi, ini bukan kesnya dan aku sangat waras masa itu.

 

Aku baring di atas sofa aku untuk tidur petang pada satu hari Ahad, aku renung keluar tingkap aku dan memerhatikan awan berkebuk-kebuk jauh di luar sana. Sama ada aku diambil dalam satu penglihatan atau mimpi, aku tidak tahu. Tetapi apa yang berlaku telah selama-lamanya ubah hidup aku.

 

Tiba-tiba, aku dapati bahawa diriku berada di satu lokasi lain. Ia bukan satu tempat untuk berparti atau berkelah. Tiada orang lain di situ, tiada bilik dan tiada landskap. Pada kanan aku, aku boleh masuk satu pintu hitam yang sangat cantik dihias. Ataupun, aku boleh pergi ke kiri dan naik satu tangga putih, yang lenyap di belakang satu dinding putih.

 

Aku berdiri seketika dan fikirkan pilihan aku; satu dahulu, kemudian yang satu lagi. Tiada keraguan dalam minda aku bahawa aku perlu pilih satu.

 

Keterangan barang-barang hiasan yang terikat pada pintu dihias itu menarik perhatianku. Apa yang mungkin merusuk seseorang untuk menghiasi satu pintu hitam dengan hiasan  yang begitu terang dan tidak sesuai? Secepatnya, tiada lagi pilihan untuk dibuat lagi. Aku akan pergi masuk pintu dihias itu. Kerana, semestinya pintu itu terbuka kepada satu jalanan berliku-liku yang tenang dan dikelilingi bukit bukau yang indah.

 

Aku tampil ke depan, tarik pemegang pintu, dan ia sedia bergerak pada arahku. Adakah ia satu helah? Jika ia, siapa yang rekanya? Kerana pintu itu, yang begitu menawan, terbuka kepada satu dinding hitam.

 

Dengan terbingung aku hadap tangga itu, dalamku pasti bahawa ia, juga, akan memberikan penghampaan. Meskipun demikian, perasaan ingin tahu memenuhi aku. Aku berdiri di atas tangga itu dan mula menaikinya. Pendakian tangga itu payah sekali, ia nampak seperti kaki aku terbawa bebola timah yang berat.

 

Setelah seketika, aku pandang ke bawah dan dengan terkejutnya aku nampak bahawa bahagian bawah tangga itu tidak lagi dapat dilihat. Dipandu perasaan ingin tahu, aku bertekad untuk teruskan. Perasaan bahawa perkara buruk akan menimpa, yang patut nampaknya normal ketika itu, tidak bertempat di dalam diriku. Kakiku seperti dipandu otomatik, membawaku naik ke atas.

 

Dengan berlalunya masa, perasaan keberatan mula lenyap. Tarikan graviti mula berkurang. Badanku mula menjadi ringan sedangkan kakiku naik satu tangga demi satu tangga. Perasaan kegembiraan dan ketenangan dalaman membaluti aku.

 

Aku tidak tahu berapa lama aku menaiki tangga itu dan apabila aku pandang ke bawah baju aku tidak ada sudah. Yang menggantinya adalah satu gaun cahaya keemasan-putih yang berkilau, yang berhayun-hayun dan teramat cantik. Apabila keterangan gaun itu menarik pandanganku, perasaan terkejut dan gembira membanjiri aku.

 

Kemudian aku nampak satu cahaya berwarna emas-putih yang cantik dan terang melimpahi ke arah bawah tangga. Aku tidak dapat nampak puncanya, tetapi aku sedar bahawa kuasa cahaya itu sedang menarik aku dengan cepatnya. Kakiku tidak lagi menyentuh tangga-tangga, kerana cahaya ini tarik aku terus naik tangga. Dalam masa beberapa saat sahaja aku telah sampai ke penghujung tangga.

 

Dengan gaun halus berhayun-hayun dalam cahaya, aku berdiri pada penghujung tangga ini di depan satu pintu yang boleh dibuka kedua-dua belahnya. Pintu ini terbuka kepada satu lautan besar cahaya keemasan-putih. Keluasan terlampau indah tarikan pada hatinya tak terhurai. Cahaya itu mewujudkan satu melodi yang tulen, keindahan tak terbanding dan ia memenuhi aku dengan kegembiraan dan ketenangan. Ia merupakan simfoni syurga yang mencapi kemununcak tinggi dalam roh aku. 

 

Aku ingin untuk melangkah melimpasi pintu buka dua belah itu dan masuk ke lautan cahaya gemilang itu. Ia nampak seperti akhirnya aku telah terjumpa rumahku.

 

Terkejut besarnya aku apabila Cahaya itu berkata, “Kamu perlu pergi balik.”

 

Tiba-tiba, aku berada kembali di apartmen aku. Aku rasa seperti seorang kanak yang telah kehilangan ibubapa atau seorang kawan tersayang. Kemuraman persekitaran aku digandakan berkali-kali, dan aku menangis tak terkawal. Aku dapat rasa sengat hidupku, hidupku yang tak terkawal di satu dunia yang kejam, dan tak berpeduli.

 

“Bagaimana Tuhan boleh menjadi begitu kejam dan usik aku sebegini? Kenapa Dia bawa aku ke sempadan rumah dan kemudian hantar aku balik? Kenapa dia biarkan aku untuk mengenali kecantikan sebegini dan merampasnya begini sahaja?”

 

Aku tiada jawapan, cuma soalan. Bagaimanapun, aku tidak sama lagi.

 

Jika pengalaman luar dunia ini tersampai setakat perjalanan naik tangga itu sahaja, aku pastinya masa akan memudarkan pengalaman ini. Tetapi perjalanan naik tangga itu cumalah permulaanynya. Cahaya itu telah ubahkan aku selama-lamanya. Kejadian luarbiasa mula memenuhi minda biasa aku. Dalam sekilan, aku dapat imbas penyakit di orang lain dan nampaknya sebagai gumpalan yang gelap. Aku dapat nampak dawai elektrik menari dengan arus elektrik. Medan elektrik di sekitar soket dinding, komputer atau ketuhar gelombang mikro kerap menarik tumpuan aku. Roh orang yang telah meninggal, makhluk ghaib yang menggerunkan dalam misi gelap mereka mewarnai dunia aku. Tetapi, apa yang paling cantik dan menghambakan ialah malaikat penjaga yang banyak aku nampak, mereka memakai jubah putih dengan hud dan mata mereka seperti api.

 

Dengan sifat aku yang membolehkan aku membezakan entiti setan dan roh terpisah-- roh orang yang sudah mati, yang berada di alam ini dan bukannya di syurga, tempat yang mereka patut ada-- soalan terbesar aku ialah, “apa yang dapat aku lakukan mengenai mereka?”

 

Aku tidak dapat menggambarkan kepadamu betapa menakutkan dan menghairankan untuk melihat orang keluar masuk dengan dipenuhi entiti setan yang banyak. Ada masanya aku akan masuk ke satu restoran dan dengan kengerian besar aku akan ternampak pelanggan keluar masuk dengan dipenuhi entiti ini, ada yang dengan sepuluh, lima belas, dua puluh atau lebih. “Apa yang orang ini buat sehingga mereka ini dibanjiri dengan entiti ini?”

 

Perkara yang buruk bagiku ialah aku tiada kawalan atas kebolehan ‘nampak.’ Tiba-tiba, mataku telah terbuka kepada satu dunia lain dan cawanku telahpun dipenuhi dengan masalahku sendiri. Ia nampaknya aku tiada ruang untuk lebih lagi.

 

Ia dikatakan bahawa Tuhan tidak akan beri kamu lebih daripada apa yang kamu boleh kendali. Tetapi dalam aspek ini, dengan jelasnya aku mencabar Tuhan. Aku tidak dapat kendali cawan ini!

 

Kebesaran apa yang tengah berlaku telah memenjarakan aku. Aku lari kepada Jack akibat  ketakutan besar. Kesunyian aku digandakan oleh reaksi orang lain. Mak aku kata, “Kamu mula kedengaran seperti bapamu.” Orang lain pula akan putuskan aku dalam pertengahan ayat atau mereka akan tutup telefon apabila aku mula bercerita mengenai pengalaman ini. Mereka ingat aku gila. Malah, seorang ahli psikologi tersayang yang aku telah kenali untuk bertahun-tahun berkata bahawa dia rasa aku skizofrenik. Aku mencari nasihat dari pelbagai gereja dan bercakap dengan pelbagai minister. Mereka akan mengimplikasikan kepadaku bahawa aku ada sedikit masalah mental ataupun mereka akan terus berundur.

 

Tuhan mula beri aku sesuatu yang lain juga pada masa ini, kebolehan luar biasa untuk mengetahui hati seseorang, terutamanya berkaitan perkara rohaniah. Apabila aku melawati sesuatu gereja atau bercakap dengan seorang minister, aku akan dapat satu gambaran mengenai hubungan dia dengan Tuhan. Apa yang aku nampak mula menolak aku dari gereja-gereja. Jika seorang minister tidak dapat jelaskan apa yang telah berlaku kepadaku, aku tahu bahawa aku tidak bermilik dalam gereja itu. Aku berfikir bahawa jika mereka ada satu hubungan yang dekat dengan Tuhan, mereka akan tahu bahawa Tuhan telah berikan aku sesuatu yang istimewa.

 

Aku mula baca setiap buku rohaniah yang aku dapat cari. Aku telah habiskan beribu-ribu dolar pada buku untuk lima atau enam tahun yang seterusnya. Aku baca Kristian, Buddhis, New Age, India Amerika dan apa saja buku rohaniah yang berkenaan perjalanan orang lain. Jika ia nampak seperti aku dapat belajar sesuatu, aku akan bacanya. Manfaat terbesar yang aku peroleh daripada semua pembacaan dan pengajian ini adalah satu kebolehan membeza yang dihaluskan. Tuhan akan berkata secara halus kepadaku sedangkan aku baca dan tiba-tiba aku akan mengetahui kebenaran mengenai apa yang aku sedang baca. Aku memang perlukan persekolahan ini untuk melatihkan deria pembezaan aku, untuk bersedia mengatakan sama ada sesuatu merupakan pembohongan atau kebenaran, untuk bersedia mengatakan sama ada ia adalah Tuhan yang berkata, atau setan sedang berkata, atau pengarang sedang berkata sendiri dan berpura sebagai Tuhan.

 

Ramai yang akan tulis seperti Tuhan yang sedang berkata. Hadiah karunia untuk mengetahui siapa sebenar yang sedang berkata cuma boleh datang dari Tuhan melalui Roh KudusNya. Ini merupakan hadiah karunia pembezaan dalam operasi sebenarnya, dan ia merupakan pengujian ketabahan dan keyakinan.

 

Dengan sepenuh jiwa aku, aku inginkan pegangan alkohol dahsyat padaku untuk disembukhkan. Jadi, aku memasuki satu pusat pemulihan alkohol pada musim bunga 1989. Dalam masa beberapa hari aku memasuki pusat ini, aku sedar bahawa ada seorang roh terharga yang terperangkap dalam pusat ini. Dari bilik aku, aku nampak dia malam demi malam, kerana dia suka bilik bersebelahan aku. Dia merupakan seorang wanita muda, berpakaian seperti dia telah hidup pada zaman 60-an. Aku nampak imej-imej dia menari berputar-putar di sekitar satu tasik besar di dalam satu bot bersama seorang orang yang lebih tua, aku tidak nampak tasik itu meragut nyawanya, tetapi aku ada satu perasaan kuat bahawa dia telah lemas di dalam tasik ini.

 

Dua orang yang tinggal di dalam bilik itu tahu bahawa ada satu roh yang menemani mereka. Dalam pertengahan malam wanita yang amat takut ini kerap akan lari keluar ke ruang koridor, sambil menjerit.

 

Apabila semua orang berada di tingkat bawah untuk kelas awal pagi, roh yang bersedih ini akan kedengaran berjalan di ruang koridor di atas. Aku dapati bahawa masa ini ramai yang akan merenung di sekeliling mereka sambil mengira jumlah orang.

 

Satu malam, aku panggil Tuhan dengan semua kuasa dalaman aku. “ Tuhan, aku teramat sedih bagi kesusahan roh sesat ini. Tolong, aku rayu padaMu. hantarlah malaikat terhargaMu untuk memimpin dia balik kepadaMu.”

 

Malaikat pengawal datang, dua orang yang memakai jubah putih dengan hud, Pada musim bunga itu pada tahun 1989, satu roh terharga telah dibawa balik. Kemuliaan kepada Tuhan!

 

Apabila aku keluar dari pusat pemulihan, aku tiada wang dan tiada tempat untuk pergi. Anak lelakiku, yang telah pergi tinggal bersama bapanya pada umur 13, telah menjadi seorang penagih dadah sepenuhnya. Pada umur enam belas, dia kembali tinggal bersama aku, dia amat sukar untuk dibetulkan masa itu. Aku tanya kamu, “Bagaimana seorang penagih alkohol menjaga seorang penagih dadah?” Dia jauhkan semua orang, yang cuba membantu dia dan akhirnya dia memasuki satu pusat pembetulan pada umur tujuh belas.

 

Selepas aku keluar dari pusat pemulihan, seorang wanita berkulit hitam dengan nama Easter ambil aku. Dia ada satu rumah pemulihan (untuk mereka yang keluar dari pusat pemulihan berintegrasi kembali ke masyarakat) di satu kawasan yang paling bahaya di Little Rock, AR. Enam hingga tujuh orang daripada kami berkongsi dua bilik kecil, dan kami bayar dua puluh lima dolar seminggu untuk makanan dan tempat tinggal. Aku kerja sini sana dan berdoa bersungguh-sungguh. Setiap hari merupakan satu pengingatan kepada aku bahawa aku tidak ingin kembali lagi. Aku telah ditahan dua kali untuk penyalahgunaan alkohol dan aku telah hidup sebagai orang yang tidak berumah. Aku telah berkerja di satu bar dan aku cuma untung wang yang secukup untuk membayar hari demi hari untuk satu bilik motel buruk, mencari makanan dan Jack sini sana. Ingatan ini masih lagi membawa air mata kepadaku.

 

Alkohol dan dadah akan dengan cepatnya mencuri kehidupan mereka yang tak tersangka. Penagihan merupakan satu penyakit yang payah dan memautkan. Orang dengan penagihan akan siang malam dikacau oleh entiti setan yang banyak. Entiti ini berpaut pada mereka yang tak tersangka dan dorong mereka untuk minum dan ambil dadah. Ini menyuapkan obsesi mereka, yang kemudian mengipaskan lagi penagihan mereka.

 

Selepas tiga bulan, aku pindah keluar dari rumah pemulihan itu. Tuhan bawakan aku ke suatu tempat di desa. Sewa, dengan berkatnya cumalah $100.00 sebulan. Anak lelakiku kembali tinggal denganku, tetapi ini sangat payah, kerana dia masih lagi tertagih.

 

Suatu petang, dia kembali dari kerja dengan terkhayal-khayal. Aku kata, “Anak, kamu telah suntik sesuatu hari ini. Aku tahu.”

 

“Tidak Mak, aku janji. Aku tidak.”

 

Tetapi,di bawah mata yang berkeliarannya dan tingakah lakunya yang tidak menentu itu merupakan satu kebenaran yang berbeza. Di belakangnya terdapat satu roh yang terpisah badannya. Aku nampak dia dorong anakku untuk menyuntik sesuatu. Sedikit masa dan sedikit pemeriksaan mengesahkan bahawa aku adalah betul.

 

Roh yang terpisah merupakan roh orang yang telah mati tetapi mereka enggan untuk melangkah ke alam lain. Mereka tersesat dan terkeliru, mereka sayang sebahagian aspek hidup ini dengan begitu banyak sehingga mereka enggan meninggalkannya, Kebanyakan orang tidak sedar bahawa walaupun dalam kematian atau pemisahan dari badan kita masih boleh membuat pilihan.

 

Selepas pindah ke rumah mobil itu, aku sedar bahawa situ terdapat satu roh lagi. Pada malam, aku boleh dengar ia mengacau periuk dan menyebabkan bunyi bising. Sampai suatu waktu, roh ini mula ambil barang. Dia khususnya suka curi rokok anakku. satu hari sedangkan aku sedang membersihkan dapur, aku sedar bahawa ia telah curi segelas air yang aku baru minum beberapa saat lepas.

 

Aku duduk dan doakan satu doa mendalam dari dasar roh aku dan aku boleh nampak roh seorang orang tua dengan rambut kelabu. Aku rayu Yesus untuk hantar malaikat terharganya dan bawa roh ini kembali kepadaNya. Dengan serta-merta aku nampak dua malaikat pengawal yang berpakai pakaian putih menghala ke arahku, Seorang daripada mereka memegang satu jubah putih dan dia berikannya kepadaku.

 

“Ambil ini dan pakainya,” malaikat itu berkata. “Ia merupakan hadiah dari Tuhan untukmu.’

 

“Jadi, aku ambil jubah putih itu, pakainya, dan sejak waktu itu aku masih lagi memakainya. Aku nampak malaikat ini mengambil roh kesian ini, seorang ambil sebelahnya, dan mereka lenyap dari pandangan.

 

Berkenaan anak lelakiku, kamu akan bergembira mendengar bahawa dia telah pergi ke pusat pemulihan sebanyak dua kali, dan dia telah bersih untuk tiga tahun. Tetapi, kami masih lagi memikul jarak berbatu-batu antara kita. Secara rohaniah, dia sedang bergelut. Dia salahkan aku untuk kegagalannya dan dia enggan memaafkan aku. Aku betul-betul sedih. Kerana aku betul-betul menyayanginya.

 

Menjelang musim luruh tahun 1990, aku betul-betul rasa sunyi. Aku beritahu Tuhan bahawa jika Dia inginkan aku untuk bertunggal sepanjang hayat aku, ia tiada masalah untukku. Lebih dari segalanya, aku ingin untuk buat hasrat Tuhan.

 

Aku telah bertunggal sebelas tahun sejak perkahwinan aku yang terakhir. Aku memang berharap untuk seorang teman tetapi aku tidak mencari dengan serius, kerana ketakutan gagal begitu hebat. Satu malam aku tuangkan setiap titik kesedihan aku kepada Yesus dan berkongsi denganNya kelukaan dalamku, luka lamaku. Satu ketenangan besar tiba-tiba mententeramkan aku. Jika Dia tiada orang untukku, aku akan terus hidup dengan ketenangan bahawa ia merupakan hasratNya. Di atas segalanya, aku ingin hidup hasrat Tuhan.

 

Selepas satu bulan perbualan ini dengan Yesus, aku ada satu mimpi. Dalam mimpi ini, seorang lelaki datang kepadaku dan pegang lengan tanganku. Kami berjalan merentasi satu laluan pejalan kristal yang kuat, ia dibanjiri dari bawah dengan cahaya putih yang tulen. Pada penghujung perjalanan itu, kami menghala pergi ke keterangan cahaya putih tulen ini dan lenyap.

 

“Anak,” Aku kata, “Tuhan sedang hantar seorang untukku.”

 

Dalam masa beberapa hari sahaja satu surat sampai ke rumahku, ia berkata, “Selamat Datang ke Kelab Selamat Hari Jadi.” Ini memang nampak seperti suatu penipuan, tetapi ia senaraikan beberapa nama, alamat dan nombor telefon mereka yang terlibat. Surat ini memang menjolok-jolokkan aku untuk berbalas.

 

Dennis Newkirk dari Little Rock turut tersenarai. Selepas kira-kira satu bulan, aku telefon dia untuk tengok sama ada ini merupakan satu penipuan atau tidak. Kami bercakap berbalik-balik dengan telefon untuk beberapa minggu, dan akhirnya dia minta untuk keluar makan. Dengan serta-merta, aku tahu bahawa lelaki ini merupakan lelaki itu dalam mimpiku, kerana dia pendek, ada rambut gelap dan mempunyai jiwa yang begitu manis.

 

Minggu demi minggu berlalu, aku tahu bahawa aku telah terjatuh cinta pada lelaki ini, dan aku mula menghargai setiap waktu yang aku bersama dia. Dia berhutang banyak akibat dari penceraian yang baru-baru. Dia tidak berpunya apa-apa, dan aku pun tidak berpunya apa-apa.

 

Sistem imun aku telah menjadi lemah sejak tahun 1981, aku mengalami demam, arthiritis serius, ruam, sawan dan kecenderungan untuk menjangkit penyakit lain dengan mudah. Penyakit yang aneh telah melanda aku untuk bertahun-tahun dan aku tidak tahu kenapa. Aku tidak tahu tahap penyakit aku semasa kami berkahwin. Tidak pernah ada satu nama untuknya. Tetapi, masa akan menunjukkan bahawa suamiku telah mengahwini satu liabiliti besar.

 

Selepas kami saling mengenali untuk empat bulan, kami pun berkahwin. Itu kira-kira tujuh tahun lalu. Kami masih lagi tinggal di tempat yang sama dan kami perlu berjaga-jaga setiap sen kita. Aku tidak dapat bekerja untuk bertahun-tahun kerana kegagalan sistem imun yang berkaitan dengan implan payudara yang aku terima pada 1973.

 

Tidak dapat aku bayangkan doktor, institusi perubatan, universiti peyelidikan dan akhbar sanggup menutup dengan begitu ulung, sesuatu yang membunuh makin ramai wanita hari demi hari. Keputusan untuk mendapatkan implan ini untuk menyembunyikan satu dada yang rata merupakan satu lagi salib untuk aku pikul. Seperti Raja Sulaiman berkata, “sia-sia.”

 

Apabila aku menentukan bahawa implan ini akan membawa penyakit, aku keluarkannya dengan serta-merta. Tetapi, masalah aku cuma bertambah banyak. Doktor bedah yang mengeluarkannya tumpahkan silikon pada dinding dada aku. Masalah imun, yang sebelum ini cuma menggaggu, menjadi serius. Aku mendapat Penyakit Lupus Sistemik sepenuh. Saraf peripheral meradang dan mula mati. Bintik-bintik putih wujud di otakku dan frontal lobe aku mula mengecut. Aku menjadi begitu letih sehingga ada masanya aku bergelut nak mengingati namaku. Masalah ingatan menjadi perkara tiap-tiap hari.

 

Walupun demikian, melalui semua ini, suami terhargaku telah berada di sisi aku. Dia telah memegang tanganku pada masa aku dijangkiti penyakit aneh dan pada waktu-waktu aku memasuk hospital. Dia telah membuat banyak perjalanan denganku ke bilik kecemasan, dan dia telah berdiri di sisiku dan lihat kegerunan meningitism yang berlaku untuk enam belas bulan. Setiap hari dalam hidupku aku berterima kasih kepada Tuhan untuk Dennis. Dalam semua penyengsaraan ini, Tuhan tidak jauh dari minda aku. Untuk banyak tahun aku telah menjadikan amalan untuk bangun pada 4:00AM untuk berdoa, bermeditasi dan membaca AlKitab. Kadang-kadang otakku akan dikaburi oleh penyakit sehingga aku hampir tidak dapat tumpukan perhatian pada doa aku. Tetapi aku bertabah, setiap hari aku merayu Yesus untuk mendapat seorang guru. Aku berfikir bahawa jika Dia cuma hantarkan aku seorang guru, aku akan dapat memahami apa yang berlaku dan diperkuatkan secara rohaniah. Orang lain ada guru rohaniah ataupun pembimbing, kenapa Aku tidak boleh ada seorang juga?

 

Kira-kira enam bulan selepas aku dan suamiku kahwin aku terdengar seseorang berkata kepadaku semasa waktu bermeditasi. Satu ketenangan besar meliputi aku dengan hadiran suara ini. Dalam masa yang singkat, aku dapat lihat orang ini. Dia memperkenalkan dirinya sebagai nabi, Musa. Wajahnya dibanjiri keterangan cahaya putih. Dia memakai pakaian putih dan dia mempunyai janggut putih yang panjang. Pada mulanya, aku takut. Adakah ini betul betul Musa dan jika ini memang dia, kenapa dia pilih aku?

 

Dia terus tampilkan dirinya kepadaku hampir tiap-tiap hari, bermula dari musim bunga tahun 1991 dan berterusan untuk enam bulan. Dia ajar aku mengenai perkara rohaniah dan dia berikan aku pemahaman rohaniah yang aku kekurangan. Dia beri aku pesanan mudah mengenai Yesus dan Bapa Jehovah. Dalam hatiku, aku tahu bahawa dialah Moses. Bahasanya begitu mudah dan menyelesakan.

 

Aku berkongsi pesanan ini dengan seseorang di San Francisco, yang mempunyai satu laman komputer. Dia berminat dengan pesanan ini dan dia kongsikannya dengan orang lain. Dalam masa yang singkat, Yesus mengambil tempat Musa dalam pesanan ini dan mula berkata kepada aku seperti seorang kawan tersayang. Aku duduk untuk perbualan panjang dan tuliskan apa yang Dia katakan. Dia berikan aku pemahaman rohaniah yang lebih besar dan amaran yang menggerunkan untuk masa bergelora di depan jika orang ramai tidak kembali hidup dengan Undang-undang Kasih dan Sepuluh Perintah.

 

Masa itu, aku diserang dari banyak arah. Penyembah setan betul betul kenakan lelaki itu yang bawa pesanan ini, Mereka mengancam untuk membunuhnya dan mereka mengejeknya hari demi hari. Orang lain, yang tidak percaya pada Yesus, mencaci aku. Pesanan ini kebanyakannya ditolak di bahagian negara yang mempunyai banyak orang yang muflis secara rohaniah.

 

Aku betul-betul sedih sedangkan Tuhan bukakan penglihatan aku berlanjutan untuk menunjukkan kepadaku agama sesat penyembahan setan melakukan seks berkumpulan dengan kanak-kanak, malah mengorbankan kanak-kanak. Cerita ngeri ini mencengkam aku. Ia menyedihkan aku. Ia mencuri ketenangan aku hari demi hari.”

 

Satu hari, Aku berkata, “Yesus ajarlah aku bagaimana melawan ini. Ajarlah aku bagaimana menentang kejahatan ini. Aku tidak boleh tahan tengoknya hari demi hari.”

 

Dia berkata, “Anak, ikatkan mereka. Ikatkan setan jahat dan halau mereka keluar.”

 

Aku panggil masuk malaikat pejuang yang memikul pedang cahaya hebat dan minta mereka untuk bantu. Aku pergi dalam Roh Tuhan dan ambil jala Roh gergasi dan humbankannya atas setan yang besar, gelap dan hodoh ini. Mereka melawan. Mereka bersuit dan menyumpah. Mereka sangat kuat. Aku panggil meminta tolong, kerana aku berasa seperti seorang bayi, dan ini merupakan kerja besar untuk seseorang yang begitu muda dalam perkara rohaniah. Tetapi, malaikat dan aku bertabah. Perang ini nampaknya telah menggunakan setiap titik tenaga aku, kerana masa itu aku tidak tahu bagaimana untuk mengisi semula diriku dengan Roh Kudus seperti yang aku tahu sekarang.

 

Jadi, aku melawan, dan mendapat kemenangan untuk Tuhan, tidak kira betapa kecilnya. Tetapi, aku juga kalah. Aku menjadi lebih dan lebih sakit. Tetapi, masih aku bertabah. Dengan tak terduga seseorang akan menelefon aku mengenai seseorang yang terkorban kepada penyembahan setan. Dan, aku akan pergi sekali lagi bersama malaikat dalam rohaniah untuk melawan kejahatan ini.

 

Dalam tahun-tahun ini, Tuhan telah menguatkan lagi kebolehan aku dalam penglihatan dan pengesanan roh jahat. Aku tidak berikan mereka tempat di rumah kita atau di sekitar suamiku ataupun diriku. Dia kerap bawakan mereka kembali ke rumah dari hospital bahagia, tempat dia bekerja. Tiap-tiap hari aku ikatkan segala dan semua setan dan hantarkan mereka ke Lubang Neraka dalam nama Yesus Kristus, dan untuk mereka kekal berada disana sehingga Dia bebaskan mereka. Untuk roh yang terpisah dari badan, aku panggil Pengawal, yang memujuk dan mendorong mereka untuk masuk ke syurga, seperti yang aku beritahu kamu sebelum ini. Peperangan rohaniah merupakan sebahagian besar kerja aku untuk Tuhan. Ia bukan sesuatu yang aku menanti-nantikan, kerana ia merupakan satu peperangan, tetapi aku bekerja dengan rela untuk Tuhanku supaya orang lain boleh jadi bebas.

 

Melalui kasih karunia Tuhan, aku tidak tersentuh satu titik alkohol sejak April 25, 1989. Tuhan telah beritahu aku bahawa Dia akan menyembuhkan aku. Kanser payudara yang doktor telah tipukan aku itu sedang mengecut dengan mantap dan masalah dengan penyakit autoimun kebanyakannya dikawal dengan mengambil suplemen nutrien. Yesus telah hantarkan aku maklumat mengenai apa untuk makan melalui pos. Aku letakkan keyakinan dan kepercayaan padaNya, dan keyakinan aku bertumbuh dengan mantap sedangkan Yesus mendedahkan DiriNya melalui kasih, simpati, kesetiaan dan belas kasihanNya, Aku tahu dengan sepenuh hatiku dan jiwaku bahawa Yesus betul-betul Penyelamat kita. Tiada yang dapat bernubuat tanpa pengetahuan ini.

 

Dalam mukasurat berikutan, aku berkongsi mengenai pengalaman yang diberikan kepadaku oleh Yesus dan Tuhan Tertinggi kita, Jehovah. Ia merupakan harapan aku bahawa pengalaman ini akan menguatkan lagi perjalanan rohaniah kamu.

 

Apabila aku bercakap mengenai Yesus Kristus, ingatlah Dia satu dengan Bapa (Yohanes 10:30). Dia telah berkata kepada aku, “Lihatlah aku sebagai CABANG, dan Bapa sebagai POKOK.” Apabila Yesus menamatkan pesananNya dengan tulisan begini: Aku Yesus, Yea Jehovah Tuhan Tertinggi, ingatlah bahawa Dia Satu dengan Bapa. Tahulah bahawa Yesus merupakan Jalan, Kerbenaran dan Hidup, (Yohanes 14:6), dan Cahaya (Yohanes 8:12). Dia merupakan Jalanmu, Kebenaranmu, Cahayamu dan Hidupmu. Fahamilah ini sedalam-dalamnya dan ketahuilah ini dengan sepenuh hatimu. Ini sifat Yesus.

 

Selepas pertempuran dengan setan yang dahsyat di California aku berhenti menulis untuk seketika. Penerusan nyawa menjadi keutamaan, kerana penyakit aku menjadi lebih hebat. Masih lagi, aku akan bangun pada sekitar pukul 4:00am untuk baca AlKitab, doa dan bermeditasi. Hatiku menjadi begitu berat pada tahun 1995 dan 1996 kerana ada sesuatu keberatan pada aku.

 

Aku mengambil keputusan untuk mengejarkan doktor itu, yang menumpahkan silikon pada dada aku dan juga untuk menjadikan pengeluar implan payu dara yang tidak bertanggungjawab itu bayar. Tetapi, ia bukan hasrat Tuhan untuk aku melibatkan diriku dalam segala jenis pembayaran balik, tindakan undang-undang atau pembaziran masa dalam hal sebegini. Setiap hembusan aku, Dia dan hasratNya  tidak jauh dari hatiku. Aku ingin lebih dari segalanya untuk berjalan dengan hati hamba dan tertakluk padaNya.

 

Bulan demi bulan doa awal pagiku adalah sama. “Tuhan, tunjukkan kita jalan. Tolong jangan biarkan kami tersesat dalam kegelapan. Aku merayu Engkau, tolong, tolong bantulah kita!”

 

Pada malam Mei 9, 1997 aku ada satu mimpi berulang di mana aku dan suamiku berjalan melalui kegelapan hebat. Seorang individu dengan mata berkuasa, berpakaian putih, tampil berulang-ulang sepanjang malam, mendorong aku untuk membaca Mazmur. Aku bangun pada 3:00am dan datang ke ruang tamu. Aku doa pada Tuhan, dan tanya Dia apa yang mimpi ini bermakna. Suara penuh kasihNya berkata, “Bacalah Mazmur 18.”

 

Dengan cepatnya, aku membacanya, ia merupakan satu lagu yang dikata kepada Tuhan oleh Daud pada hari Tuhan menyelamatkan dia dari tangan musuhnya, dan dari tangan Saul. Apabila aku sampai ayat 28, aku tahu bahawa Tuhan sedang berkata kepada aku melalui Psalm ini. Ayat 28 berkata: “Karena Engkaulah yang membuat pelitaku bercahaya; TUHANku, menyinari kegelapanku.” Sedangkan aku tengaok balik, aku dapat lihat nubuat berkuasa kata-kata ini. Aku begitu terhamba oleh kasih Tuhan.

 

Pada Mei 15,1997, aku ada satu mimpi di mana aku sedang buat satu perjalanan, cuba untuk kembali ke sebuah sekolah yang aku pernah pergi. Aku tersesat dan dapati bahawa diriku berada di satu jalan bukit yang sempit, ia berliku pada lilitan bukit itu. Lampu depan kereta aku tidak berfungsi. Aku tidak memakai cermin mataku dan tidak boleh nampak apa-apa. Dengan sesungguhnya aku berdoa kepada Tuhan untuk bantu aku cari jalan aku. (Mimpi ini mendesak aku untuk melepaskan segala kebergantungan pada bukit gelap yang merupakan diriku dan capai kepada Tuhan. Cermin mata bumi tidak dapat menolong aku dalam perjalanan ini. Ia perlu satu lompatan berkeyakinan untuk lompat keluar dari gunung gelap ini kepada GunungNya. Pada masa itu, aku tidak tahu apa-apa mengenai peranan besar Gunung SuciNya akan menjadi dalam penerimaan nubuat ini dan untuk aku membesar dalam RohNya. Mimpi ini begitu penting kerana ia membawakan diriku kepada satu tahap baru dalamNya yang tidak mungkin aku dapat bayangkan beberapa tahun yang lalu. Teruskan baca.)

 

Tiba-tiba, aku berada di dasar bukit di tengah-tengah begitu banyak cahaya. Aku ternampak dua orang kanak-kanak, dan tanya mereka sama ada mereka boleh beritahu aku di mana sekolah itu berada.

 

Dengan arahan mereka, aku dapat mencari sekolah itu tanpa masalah. (Ini merupakan sekolah nabi.) Ia diletakkan di atas satu gunung, yang disinarkan dengan terang oleh cahaya putih keemasan.

 

Seorang lain, yang tidak berjalan bersama aku, juga terjumpa sekolah itu pada waktu yang sama. Kami berdua disambut oleh seseorang dari sekolah itu, yang berpakaian putih. Aku berkongsi dengan orang berpakaian putih itu mengenai pengalaman aku sesat di gunung gelap. Sedangkan kami berdiri pada gunung yang disinari itu, orang yang berpakaian putih ini memberikan kita makan sesuatu yang seperti aiskrim. (ini bukan aiskrim, tetapi sifatnya seperti aiskrim.)

 

Selepas makan, aku berpaling dan lihat jauh merentasi lembah pada bukit di arah jauh. Aku boleh baca apa yang tertulis pada bukit jauh itu, walaupun satu kebuk sedang terbentuk pada bahagian atas gunung. Dalam mimpi itu, aku terkagum kerana aku ada penglihatan 20/20. (Memang aku akan memperolehi penglihatan! Tidak seperti yang pernah berlaku!)

 

Pada waktu awal pagi Mei 16,1997, Yesus berkata kepadaku semasa waktu bermeditasi, “Kamu akan diberi banyak penglihatan. Jangan takut. Jalanlah dengan aku.” Pada waktu itu, tidak dapat aku tahu berapa penglihatan yang aku akan dapat. Tetapi sedangkan kamu baca dan belajar apa yang Dia telah berikan, kamu akan terperanjat pada kedalaman kata-kata ini.

 

Sejak masa itu, aku telah mendapat banyak penglihatan, sememangnyam aku diingatkan kepada satu perenggan di Ecclesiastes 1:18, yang berkata, “ karena di dalam banyak hikmat ada banyak susah hati, dan siapa memperbanyak pengetahuan, memperbanyak kesedihan.”

 

Kesedihan aku sangat dalam untuk mereka yang tidur. Secepatnya, peperangan dan pemusnahan akan jatuh pada USA dan sebahagian besar dunia ini.

 

Yang berikut merupakan petikan dari salah satu penglihatan awal aku yang paling merisaukan.

 

Pada pagi Mei 24, 1997, aku nampak Iblis berdiri di atas bumi. Dia ada tali boneka terikat pada pemimpin-pemimpin dunia, terutamanya Amerika Syarikat. Salah satu tali yang paling gelap dan kasar diikat kepada Kongres USA, satu lagi kepada United Nations, satu kepada Rusia, satu kepada Germany, satu kepada China, satu kepada Mexico, satu kepada Afrika dan satu kepada Persekutuan Arab. Ini merupakan tali yang besar, gelap dan kasar.

 

Kemudian, Yesus berkata, ‘Tengok!”

 

Aku lihat dan nampak satu awan, merah dan beracun, keluar dari Rusia, ia keluar merentasi Lautan Atlantik dan berhenti di bawah laut. Kapal selam gelap mengelilingi USA dan bersembunyi dengan diam di air dalam lautan. Kemudian aku nampak satu lelaki di menara tinjauan dan aku terdengar dia kata, “Kami sudah bersedia.”

 

Tulisan di bawah menara tinjauan itu berkata: “USSR.” Askar di menara itu sedang memerhati USA.

 

Sedangkan dia memerhati, awan gelap terkumpul di atas USA, dan Iblis menarik tali boneka Rusia, Germany, China, Mexico, Persekutuan dan United Nations. Mereka datang bersama-sama untuk membentuk satu garisan menentang USA.

 

Kemudian, Yesus berkata, “Perhatilah!”

 

Aku nampak seorang ibu mendukung satu bayi baru. Pada kaki dan gelang tangan ibu terdapat rantai. Rantai itu tidak berkunci; dia boleh terbebas jika dia ingin. Tetapi, wanita itu masih lagi tengok dirinya dirantai, dalam ikatan. Bayi itu sedang nangis minta susu, tetapu payu dara ibu kering.

 

Ibu itu sedang berdiri dan dia sangat tinggi, dia merupakan gergasi berbanding ibu lain, tetapi kakinya merupakan kaki boneka; kaknya merupakan kaki kayu. Matanya dibutakan dengan penutup yang tebal dan gelap, dan di tempat yang patut adanya pupil dan iris mata, tidak pula kelihatan. Dia memakai mata pengemis buta. Merentasi dadanya merupakan bendera USA. Bayi itu menangis kuat.

 

Kemudian, aku dengar suara Yesus berkata, “Lo, Perhatilah!”

 

Tiba-tiba, dari langit, satu jerat gantung leher terwujud. Sedangkan aku perhati, aku boleh nampak bahawa jerat itu dikawal oleh Rusia, Germany, China, Mexico, Persekutuan dan United Nations. Jerat itu dililit dengan ketat pada leher wanita itu. Negara-negara ini dikawal oleh pengawal boneka. Jerat itu dililit dengan ketat pada leher wanita itu. Ia kemudian diketatkan lagi, dan mata wanita itu membengkak. Sedangkan ini berlaku, pupil dan iris mata wanita itu kembali. Dia hampir maut. Dia terjatuhkan bayi itu, dan ia terpecah kepada 1000 kepingan. Aku ternampak bahawa ia dibuat daripada tanah liat.

 

Kemudian, Yesus berkata, “Perhatilah!”

 

Dan, seperti seorang pencuri pada waktu malam, kapal selam mula menembak pada USA. Inilah tempat yang aku nampak terkena bom, tetapi ia tidak semestinya mengikuti turutan ini: 1.Los Angeles; 2 Satu kawasan gurun; 3 Dallas; 4 Houston; 5 Little Rock; 6 Minnesota; 7 New York City; 8 Mobile; 9 Chicago; 10 Cincinnati; 11 Pennsylvania; 12. St. Louis; 13 Washington DC (tiga kali); 14 Atlanta (satu desis dalam udara, yang lain kena sasaran) 15 Virginia; 16 Florida (beberapa lokasi); 17New Orleans; 18 Ohio, sekali lagi; 19 Kentucky; 20 Tennessee (dua tempat); 21 Michigan (empat tempat); 22 Oklahoma City; 23 Cheyenne, Wyoming; 24 Alaska; 25 Hawaii. Ini bukan semuanya, tetapi ini bahagian terbesarnya.

 

Wanita itu terjatuh dan bilangan orang yang ramai terlantar mati atau sedang mati. Dalam banyak kawasan, bom itu cuma membunuh orang dan tidak merosakkan bangunan. Mereka yang jahat ini ada rancangan untuk bangunan hebat Babylon. Tetapi, tanah dan air dicemari dan makanan tidak sesuai untuk dimakan.

 

Apabila negara ini jatuh negara yang lain juga akan turut jatuh sedemikian. Semua akan menentang satu sama lain sehingga Lucifer dapatkan pertempuran peribadinya dengan Yesus Kristus. Tetapi Lucifer akan kalah, dan juga mereka yang mengikutinya. Hukuman untuk mereka yang mengikutinya akan parah.

 

Penglihatan di atas mengukuhkan satu lagi penglihatan yang lebih pendek dan kurang terperinci yang aku terima pada Mei 16, 1997. Dalam penglihatan itu aku nampak satu perang nuklear sedang berlangsung di USA pada tahun 1998. Aku nampak api putih meloncat merentasi Bandaraya New York. Di luar ada salji.

 

Banyak penglihatan selanjutnya menunjukkan perang bermula di USA pada pertengahan Disember, 1998. Satu runtuhan ekonomi, dinampak pada 1991, akan berlaku sebelum perang ini.

 

Pada suatu hari di awal musim panas 1997, aku berada di luar taman dan aku berdoa di bawah tedung satu pokok. Sedangkan aku berdoa, seorang malaikat yang bersinar dan berpakaian putih menunjukkan dirinya kepadaku. Malaikat itu berkata, “Ikutlah aku.”

 

Sedangkan aku mula mengikuti malaikat itu, aku dapati bahawa diriku berada dalam roh dan sedang mendaki satu gunung yang sangat tinggi. Akhirnya, kami sampai pada bahagian atas gunung itu. Pada masa ini aku tahu bahawa ia bukan sebarang gunung biasa. Ia bersinar dengan keterangan, dan pengalaman itu penuh dengan cahaya dan kegembiraan. Beberapa minggu kemudian aku terbaca satu perenggan dari Yesaya 2:2

 

: Akan terjadi pada hari-hari yang terakhir: gunung tempat rumah TUHAN akan berdiri tegak di hulu gunung-gunung dan menjulang tinggi di atas bukit-bukit; segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana.”

 

Apa yang aku tidak sedar semasa aku berada di taman itu pada musim panas adalah bahawa perjalanan menaiki Gunung Tuhan ini cuma merupakan permulaan siri-siri panjang perjalanan naik Gunung ini. Berkali-kali, aku telah begitu terhamba oleh kebenaran yang diberi oleh Penyelamat Terharga kita dari Gunung ini. Perjalanan ini telah membawa cahaya besar pada hidup seorang yang mudah, yang keinginan terbesarnya adalah untuk melayan Tuhan.

 

Pada awal musim panas 1997, abang tersayangku berdoa dengan dalam untuk Tuhan memberi aku hadiah karunia bercakap dalam bahasa roh. Tuhan menjawab doanya. Di antara keindahan bahasa kesyurgaan ini, dan pada sayap Roh KudusNya, Tuhan kerap membawaku ke Gunung Dia di mana Dia menyuapkan aku.

 

Dalam mukasurat-mukasurat yang berikutan, kamu akan baca banyak mengenai destini kamu. Kebenaran syurga ini yang ditanamkan kepadamu akan selama-lamanya ubah kehidupan ramai orang.

 

Terterap dalam kasih Yesus,

Linda Newkirk