PENGENALAN

 

"AnakKu yang Terharga, Aku membawamu kembali ke Gunung SuciKu dan ke Tempat Suci DalamanKu, tulislah seperti yang diberi."

 

"Tuhan Yesusku, Aku akan."

 

"Anak, kamu telah bekerja keras untuk kerja ini sejak Mei 1997. Aku telah beransur-ansur membawamu ke ketinggian yang baru dalamKu dan kamu telah bertabah. Ramai akan akan manjadikanmu sebagai bahan lawak. Mereka akan mengejekmu dan akan cuba untuk menjejaskan kerjaKu dalammu, termasuklah mereka yang telah Aku panggil untuk memberikan nubuat. Tetapi fahamlah, Anak SayangKu, apabila mereka berbuat demikian Aku akan menurunkan martabat mereka dan menyebabkan mereka tergenang dalam perjalanan mereka sendiri. Aku akan menjadikan mereka seperti simbal berdering, satu bunyi kepada teling-telinga yang berpemikiran sama.

 

Aku telah memilihmu sejak sebelum terjadinya dasar seperti mana Aku juga telah memilih ramai untuk kerjaKu pada hari-hari akhir ini. Ada banyak yang perlu didedahkan, yang masih belum diketahui atau difahami. Melaluimu Aku telah berkata banyak kebenaran, yang akan nampak asing kepada telinga dan minda banyak orang. Biarlah mereka menerima, jika mereka ingin. Aku akan membawa orangKu ke ketinggian yang lebih di dalamKu jika mereka peduli untuk datang.

 

Gereja-geraja telah ditenggelami dengan keagamaan dan ajaran-ajaran daripada fikiran duniawi. Mereka telah menolak keluar Roh Aku dengan kesederhanaan dan penipuan. Aku tidak membenarkan Roh Aku pergi di antara mereka yang mengajari penipuan dan kebenaran-setengah, yang merupakan satu dan sama sahaja.

 

Berjaga-jagalah, Anak-anak TerhargaKu, terhadap Toronto dan Pensacola dunia ini. Kerana, kerja-kerja Iblis berleluasa. Banyak keajaiban yang akan dilihatmu merupakan kerja daripada Bapa Ilusi, Iblis sendiri.

 

Aku datang bukan diantara histeria. Aku datang bukan di antara euforia mata-luas seperti yang dilihat di tempat sedemikian. Aku datang dalam kemanisan Roh Kebenaran, yea dalam hadiran rendah-hati , malah dalam kegembiraan yang berjenis tulen. Tidak perlu memberikan Aku muzik rock, gendang-gendang dan cara-laku generasi moden. Dengarlah suara senyap tenangKu sedangkan ia terdatang melalui RohKu. Kau menolak Aku dengan kebisinganmu.

 

Jangan lupa bahawa Aku satu dengan Jehovah. Yea, Bapa Segalanya adalah Tuhan yang cemburu.  Dia adalah Tuhan yang menghukumi. Dan Dia hantar Aku kembali dengan pedang. Yea, Aku akan memukul yang jahat, dengan hentaman yang kuat. Aku akan meletakkan rendah yang terpesong jahat, pengikut-pengikut Raja Ilusi, Iblis sendiri. Aku tiada masa untuk yang separuh-hati, untuk yang mengatakan kasih kepadaKu tetapi menganutkan penipuan di dalam hati mereka. Yea,  pada jalan yang lurus dan sempitlah  Aku akan menjumpai anak domba taatKu. Yang selainnya telah terhilang antara serigala-serigala. 

 

Keluar dari gereja yang jahat, Orang-orangKu, jangan sehingga kamu pun, menerima cawan pahit mereka. Aku menaikkan cawan itu dan pada masa ini juga kepahitanKu ditumpahkan kepada seluruh jemaah, yang suka penipuan, yang suka pembohongan.

 

Aku sedang mengusahakan kerja-kerja BapaKu, dan kerja-kerja Dia adalah tentang kesucian roh. Yea, jangan berbohong kepada Aku mengenai kesucianmu sedangkan kamu mengejari ilusi, sedangkan kamu menggemari penipuan, sedangkan kamu mencintai glamor dunia ini.

 

Aku kembali untuk sebuah gereja yang terbersih, yang putih seperti salji dan suci. Pergilah, pengumpat-pengumpat dan penjual gosip! Kamu tidak mempunyai tempat!

 

Jangan menipui diri-sendiri, siapa antara kamu yang melempari batu pada dia ini, yang TerpilihKu. Kerana, kamu tidak lebih baik daripada anjing liar, mencari serdak roti dari meja makan. Kamu telah terpesong daripada RohKu. Dan Aku telah marah. Aku akan menterbalikkan kehidupanmu dari atas ke bawah, dari dalam ke luar! Kerana apabila kamu menolak seseorang yang mengasihiKu sedemikian dan menghormatiKu, mencariKu setiap hari, kamu menolakKu dan kata-kataKu. Kamu akan ingin mencari satu tempat pada hari terakhir; tetapi kamu tidak akan menjumpainya. Kerana kamu telah mengasihi penipuan lebih daripada Aku.

 

Sekarang, Anak, tinggalkan Gunung Ini dan tulislah apa yang dinampak sesuai sebagai Pengenalan kepada buku-buku ini. Aku Yesus. Yea, Jehovah, Tuhan Tertinggi."

 

==================================================================

 

Apabila kamu membaca penglihatan-penglihatan dan nubuat-nubuat ini sedarlah bahawa ia mengandungi banyak, banyak simbol, yang hanya boleh diterjermahkan oleh Pengarang, Yesus, yang satu dengan Tuhan Jehovah. Jika kamu cuba terjermahkannya dengan minda duniawi kamu, kamu akan pada kebanyakan masa tersilap. Walaupun apabila kamu melihat perkataan-perkataan dan mendapat keyakinan mental bahawa mereka bermaksud ini atau itu, bawakan kesemuanya ke Roh Tuhan. Hanya Tuhan yang dapat memberikan maksud kepada penglihatan-penglihatan ini dan tiada orang lain. Dan dalam hal ini kamu perlu bertabah. Kerana, minda kamu akan bercakap denganmu dan sambil ia berteriak kamu mungkin tidak dapat mendengar Roh Tuhan.

 

Berikut adalah contoh apa yang aku maksudkan dengan mencari maksud yang lebih dalam. Beberapa minggu yang lalu, abang aku menelefonku dan meminta aku berdoa untuk kawan dia, yang telah didiagnoskan dengan leukemia dan telah diberikan masa  hanya satu atau dua minggu untuk hidup.

 

Hari yang dia telefon itu aku membawa keperluan ini kepada Yesus dengan doa. Inilah apa yang Yesus berkata kepadaku: "Kamu meminta mengenai kawan abang kamu, Anak, kerana dia teramat sedih kerana kehilangan seorang kawan kepada leukemia. Anak, dia tidak akan kehilangan kawan ini selagi dia hidup. Kamu telah melihat Api Tuhan jatuh padanya. Dia akan berjalani semula sebagai orang yang sihat. Perhatikanlah ini, Anak. Kerana ia adalah sedemikian, seperti yang Aku berkata. Yea, dia akan berlari semula dan menjadi sihat." Penterjermahan aku adalah bahawa lelaki ini akan sihat secara fizikal, tersembuh dari leukemia.

 

Tetapi, dalam masa beberapa hari lelaki ini meniggal dunia. Percayalah aku, aku amat terkejut! Jadi, aku terpaksa kembali dan melihat apa yang telah dikatakan oleh Yesus. Apabila aku lihat pada apa yang Dia katakan, aku faham bahawa dalam kematian lelaki ini akan menjadi seorang yang sihat. Aku juga tersedar bahawa Yesus berkata, "dia teramat sedih kerana kehilangan seorang kawan." Abang aku pada masa itu belum lagi kehilangan kawannya kepada kematian, tetapi Yesus bercakap seolah-olah ia telah berlaku.

 

Aku melakukan kesilapan tidak meminta maklumat yang lebih, yang kebanyakkan kita melakukan. Kita mesti melampaui sekadar perkataan dan pergi lebih dalam kepada KataNya untuk memahami niatNya. Apabila kami melihat KataNya sebagai hitam dan putih sahaja, kita menafikan diri kita untuk memahami dan menghargai kecantikan makna yang berlapis, seolah permaidani berwarna-warni. Kata-kata sedemikian tertenun dengan mewahnya di seluruh pesanan-pesanan Tuhan.

 

Doaku yang paling dalam untukmu adalah kamu menguatkan perjalananmu di hadapan Tuhan, dan kamu merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, mencari hasratNya dalam segala hal-hal kamu. Banyak yang tidak akan menanyakan hasrat Tuhan dalam hidup mereka dalam apa jua keadaan pun. Kerana mereka berdegil sampai mati. Tuhan memberikan kami hasrat bebas yang kami dengan rendah hati menyerahkan kepadaNya; kerana Dia mempunyai hasrat yang sempurna untuk kita semua. HasratNya mungkin 180 darjah daripada hasrat kami sendiri, dan ini amat menakutkan kepada banyak orang.

 

Perkara yang paling sukar dilihat oleh seseorang adalah bahawa kami sedang hidup dalam satu ilusi. Semua yang berada di sekitarmu ada pada hari ini dan lenyap pada keesokan harinya. Sedangkan kamu melihat di sekitarmu, lihatlah apa yang paling kamu hargai. Adakah itu rumah kamu, pekerjaan kamu, ego kamu? Jika kamu hargai seseorang atau sesuatu lebih daripada kamu hargai Tuhan, kamu tersesat dalam ilusi. Kerana, Tuhan Jehovah merupakan Bapa kepada segalanya. Jika Dia tidak mencipta kamu, kamu tidak akan mempunyai hidup. Fahamkah?

 

Tibalah masanya untuk melepaskan benda-benda, yang memberatkanmu secara rohaniah; dan rendahkan-hatimu di depan Tuhan MahaKuasa. Kami sedang memasuki waktu zaman pemerintahan tujuh-tahun Lucifer atas planet ini. Zaman pemerintahan ini mendahului pemulangan Kristus. Jika kamu masih tidak mengenali Tuhan, pedesakan ilusi dan kegelapan atas kamu akan menjadi begitu hebat sehingga kau tersesat dengan sepenuhnya dalam kegelapan dan berakhir di dalam Lubang-lubang neraka.

 

Satu khayalan hebat (sistem kepercayaan palsu) telah menakluki minda-minda orang ramai. Sebahagian daripada khayalan ini adalah orang-orang Tuhan akan terangkat (raptured) keluar dan tidak perlu melalui kesusahan besar (great tribulation). Jangan mempercayai penipuan ini. Jika kamu percaya, kamu mungkin akan menjadi satu lagi tragedi yang menghala ke neraka! Ramai daripada mereka yang percayakan penipuan ini akan meninggalkan Tuhan apabila mereka nampak diri mereka di dalam peperangan hebat, huru-hara, kematian dan kucar-kacir. Kamu hanya perlu membaca Buku Wahyu untuk lihat bahawa ramai orang-orang kudus terbunuh dan nabi-nabi terbunuh. (Lihat Wahyu 7:10&11, 7:14, 13:7, 16:6 dan 20:4)

 

Neraka adalah benar! Tiada orang yang benar-benar percayakan kewujudan neraka mahu ke sana. Tuhan telah membawa aku ke sana dalam penglihatan dan tunjukkan kepadaku; tetapi walaupun jika Dia tidak berbuat demikian, aku akan mempercayainya. Kerana Buku Suci Kebenaran, AlKitab, bersebut mengenainya. Tiada kegelapan seperti dalam neraka. Dan setiap benda terhina yang boleh dibayangkan tinggal di sana. Banyak, banyaknya bilangan roh yang akan pergi ke sana. Seperti yang Yesus memberitahuku, "Neraka sedang membesar setiap hari."

 

Ingat: kamu bertanggungjawab atas kelakuan kamu. Jangan percayakan penipuan luas  bahawa Yesus akan melakukan sihir atas kamu dan membuat perasaan bersalah kamu terlenyap semata-mata kerana kamu mengakui Dia dengan mulut kamu. Yesus tidak memadamkan perasaan bersalah mereka yang tidak bertaubat. Hati yang bertaubat adalah terpatah dan berduka. Ia terpecah dari kedegilan dan boleh diajar. Yesus akan memaafkan hati yang bertaubat.

 

Akankah kamu mengampunkan orang lain? Tidak selagi kamu mempunyai perasaan yang keras terhadap orang itu. Apabila kamu memaafkan seseorang kamu akan mempunyai kasih dan simpati dalam hati kamu yang menggantikan kesakitan dan kemarahan. Adakah kamu nampak? Ramai yang mengatakan mereka memaafkan tetapi tidak dapat melupakan. Ini cuma satu cara lain untuk mengatakan bahawa mereka masih belum memaafkan. Jika kamu benar-benar mengampunkan, kamu hanya mempunyai kasih dan simpati terhadap orang itu, yang telah menyakitimu. Betul, kamu akan mungkin akan ingat, tetepi ingatan kamu akan diwarnai dengan kasih. Jadi, kamu tidak akan mempunyai ingatan yang sama; kerana kasih Tuhan akan menyembuhkannya.

 

Apabila kamu menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat, kamu adalah bayi, dan perlu dipupuk dan disuap dengan pemakanan kebenaran rohaniNya secara berterusan. Kamu perlu menerimanya dengan kerap daripada Roh Tuhan dan kamu perlu taat kepada perintah Tuhan sejauh mana yang kamu terdaya. Apabila kamu mempunyai masalah, bawanya kehadapan Tuhan, mencari pengampunan. Buatkan pembaikan dengan mereka yang kamu telah lukai apabila mungkin dan cuba berhenti membuat perkara yang menyakitkan hati berulang-ulang. Jangan berputus asa pada Tuhan dan Dia tidak akan berputus asa terhadap kamu. Tetapi jika kamu berdegil, Dia akan membiarkan kamu berdegil sehingga Dia tidak tertahan. Masa itu, Dia akan memukul kamu.

 

Jalan yang lurus and sempit merupakan jalan yang susah. Kamu mungkin akan dapati kamu berseorangan sahaja di atas jalan ini, satu melawan ramai, yang tersesat dan menuduh-nuduh. Tetapi kamu mesti berdiri teguh di depan Tuhan dan membuat yang terbaik untuk patuh, pada masa yang sama sedar bahawa tiada yang sempurna. Jangan biarkan sehari berlalu tanpa datang kepada Tuhan dalam doa dan bersyukur kepadaNya. Berpuasa kerap akan menolong kamu memiliki lebih lagi Roh Tuhan dalam hidup kamu. Berpuasa kerap juga membawa disiplin rohaniah, penyembuhan; dan ia memecahkan segala bebeban. (Yesaya 58:6-9). Bacalah AlKitab selalu dan perjalananmu akan dikuatkan melalui kebijaksanaan rohaniah. Jadikan rumahmu suci dan jauhkan diri daripada teriakan orang ramai. Kegelapan ini adalah amat tidak ketara. Tujuannya adalah untuk mencuri, membunuh dan memusnahkan kerana Lucifer menerajuinya.

 

Dalam semua perkara, jalan dengan rendah-hati dalam Cahaya Tuhan. Hormati Dia, takuti Dia, dan kasihi Dia dengan sepunuh hati, kerana Dialah sebab kamu berada. Tiada sebab lain.

 

Yesus merupakan hidupku.

 

Linda Newkirk