PERAYAAN TROMPET

 

Saudara dan Saudariku yang dikasihi, Oktober 04, 2005 merupakan Perayaan Trompet. Mengikuti perintah Bapa di Syurga kita, “Perjanjian Baru” Dia, yang di bawah, hendaklah disebarkan dan dibaca pada hari ini dalam perhimpunan OrangNya. Bapa di syurga kita telah berikan aku Perjanjian Baru ini pada 21hb September, 2004 dan ia dibaca dengan kuat kepada orangNya pada satu perhimpunan OrangNya di Afrika Selatan. Sedangkan aku baca Perjanjian ini di perjumpaan ini di Afrika Selatan, angin mula untuk menguat di luar dan angin ini mula bergegas masuk melalui pintu gereja kecil ini di Afrika Selatan. Aku tengok di luar dalam rohaniah dan di sana, atas air, merupakan Penyelamat kita atas kuda putihNya.

 

Dia tunjukkan diriNya beberapa kali atas kuda putihNya apabila aku berada di Afrika Selatan dan apabila Dia tunjukkan diri, aku teringat dengan jelas bagaimana angin akan dengan tiba-tiba menjadi kencang. Ini merupakan satu pandangan megah untuk dilihat dan aku tak pernah lihat sebarang yang sebegitu menakjubkan! Terpujinya Nama Penyelamat kita, Nama di atas segala nama! Kerana, Dia layak untuk dipuji!

 

Banyak yang telah berlaku semenjak Bapa kita berikan aku Perjanjian ini. Aku telah mengharungi pengujian dan percubaan hebat, kerana ramai di Afrika Selatan berpaling menentang kerja ini, tetapi keinginan hatiku untuk mereka adalah mereka bangun kepada acara rohaniah sangat penting, yang telah berlaku di Afrika Selatan, malah kelahiran Kerajaan Penyelamat kita di Bumi ini!

 

Semua penganiayaan, yang aku telah harungi, dan penganiayaan hebat, yang ramai telah harungi, semata-mata kerana mereka mengenali aku, kalau bukan sebab lain, merupakan satu kesaksian hebat kepada hakikat bahawa acara hebat ini telah benar-benar berlaku. Aku berterima kasih kepada Bapa Terharga kita di Syurga bahawa Dia telah hitungkan aku layak untuk dianiaya disebabkan kasihku untukNya dan Anak TerhargaNya, Penyelamat Tersayang kita! Terpujinya Nama SuciNya! KepadaNya milik segala kepujian dan kemuliaan selama-lamanya!

 

Aku harap, juga, untuk meletakkan Perjanjian di audio, jadi, perhatilah untuknya ini di laman ini, kerana ini juga merupakan perintah Bapa kita.

 

Saudarimu, Linda

 

 

“PERJANJIAN BARU AKU DENGAN ORANGKU”

 

DARI BAPA DI SYURGA KITA

 

Spetember 21, 2004

 

“Anak TersayangKu, Aku Bapamu di Syurga, yea Jehovah, yea Yahweh, Tuhan Tertinggi. Anak SayangKu, naiklah ke sini, tinggi di Gunung Suci Aku; kerana Aku ada kerja untukmu pada hari ini dan kerja ini dipanggil, “Perjanjian Baru Aku dengan Orang Aku.” Tengok di depanmu, AnakKu, dan lihatlah Buku Aku dan pada penutupnya merupakan perkataan, “Perjanjian Baru Aku.” Di depanmu merupakan Anak Aku dan Dia letakkan di tangnmu kunciKu untuk buku ini. Kunci ini tidak akan muat pada tangan orang lain; kerana kunci ini telah disimpan untuk hari istimewa ini di mana AnakKu, Yahshua, yea Yesus, akan letakkan kunci ini di tanganmu. Kerana, kerja ini telah diberi kepadamu dan kamu, seorang saja, supaya kamu, AnakKu, akan buka buku ini pada masa ini dan baca kandungan di dalamnya. Ia adalah untuk kamu, Anak SayangKu, untuk baca apa yang tertulis dan untuk tuliskan apa yang tertulis supaya orang Aku, yang diserakkan di seluruh Bumi, dapat terima kata-kata ini. Kerana, sedangkan Kerajaan Iblis, Lucifer, Setan itu sedang bangkit, ia juga sedang jatuh; dan Kerajaan Aku sedang ditubuhkan di Bumi.

 

Jadi, sekarang, Anak SayangKu, kamu telah dibawa ke sini pada hari ini untuk terima kunci ini dan tugas kamu adalah untuk meletakkan kunci di lubang kunci, yang berada di tengah-tengah penutup buku ini, dan kamu dikehendaki buka buku ini.”

 

Aku ambil kunci emas dari Penyelamat Terharga kita dan aku masukkan kunci ini ke tengah-tengah buku. Aku putarkan kunci hampir 360 darjah dan aku terdengar satu bunyi klik. Tiba-tiba, kunci itu lenyap dan lubang kunci lenyap, berserta buku itu; dan aku dapati diriku berjalan di dalam apa yang semestinya merupakan Sungai Kehidupan. Kerana, airnya sangat jernih dan sedangkan aku berjalan lebih jauh, selangkah demi selangkah, air menjadi lebih dalam dan lebih dalam, tetapi ia masih merupakan warna aquamarin biru. Di depan aku merupakan satu air terjun yang tercantik dan di dalam air terjun ini ada satu pelangi yang indah. Pada tapak air terjun ini ada batu-batu cantik, licin, yang dibuat dari aquamarin, mutiara sangat besar, dan banyak, banyak berlian berkilau. Lili cantik ada di antara batu berharga ini dan bau lili ini mengingatkan aku kepada air wangi yang paling mahal. Seorang malaikat, yang berdiri di atas salah satu batu berkilau itu, tertampil di depan aku sekarang, dan dia capaikan kepadaku satu skrol.

 

“Ambillah skrol ini,” malikat itu kata, “dan makannya, kerana di dalamnya ada apa yang kamu perlukan untuk menterjemahkan perkataan di buku ini.”

 

Aku berenang ke pinggir air dan capai atas untuk ambil skrol dari malaikat itu. Sedangkan aku menyentuh skrol itu, ia mula untuk remek, kecut di tanganku, sehinggalah apa yang tertinggal merupakan satu bola berwarna-warni. Aku masukkan bola ini di mulut aku dan ia sangat manis, seperti gula tulen, dan ia juga cair seperti gula. Tetapi, pada akhirnya, selepas aku telankan skrol ini, ia adalah masam dan hampir mengakis, dengan satu rasa di mulut aku, seperti seseorang memakan buah persimmon hijau. Ini merupakan sensasi sangat tidak elok di mulutku, kerana ia bersifat seperti penyerap air dan nampaknya ia menyerapkan semua lembapan dari mulut aku dan aku tidak sukakan ini langusng, tetapi tidak tahu bagaimana untuk membuangkan sensasi dan rasa ini.

 

Malaikat itu pandang aku dengan mata berapi dan dia menyeru aku dengan pergerakannya, untuk meninggalkan air itu dan untuk duduk di satu meja kecil, yang terletak di atas satu batu aquamarin besar. Aku panjat batu-batu untuk sampai ke meja itu, yang terletak di atas batu itu. Dengan bertitis air, aku pergi ke meja ini, tetapi sebaik sahaja aku menyentuh batu aquamarin itu, yang menempatkan meja itu, aku menjadi kering semula. Aku ambil tempatku di meja kecil dan di depanku ada satu skrol yang lain, ia mengingatkan aku kepada skrin kecil untuk projektor wayang. Tetapi, skrinnya kecil dan ia ada di depan aku sahaja, tidak jauh seperti dalam panggung wayang. Aku tarik kerusiku untuk berduduk di depan meja, dan sedangkan aku sentuh meja itu, imej pada skrin itu mula untuk bergulung sebagaimana television bergulung apabila ia tidak diset pada satu stesyen dengan baik.

 

Malaikat itu berkata, “Tiuplah skrin,” dan sedangkan aku berbuat demikian, perkataan nyata mula wujud, dan inilah apa yan gaku nampak:

 

“PERJANJIAN BARU AKU DENGAN ORANGKU”

YAHWEH, TUHAN TERTINGGI

 

PENGENALAN

 

Dengarlah, OrangKu, dan terimalah kataKu; kerana ini satu hari yang baru untuk OrangKu. Lama dahulu, Aku letakkan di antaramu tablet batu, di mana aku pahatkan hukum-hukum asas Aku, yang kamu telah wajarnya melabelkannya sebagai Sepuluh Perintah Aku. Tahun-tahun asal itu merupakan tahun-tahun yang payah untuk semua; kerana kamu telah lama berada di antara bangsa kafir dan kamu telah mengikut jalan bangsa kafir. Kamu tidak boleh menampung Roh Tuhan; kerana kamu, sebagai orangKu, penuh dengan kegelapan dan segala jenis pemberontakan. Oleh itu pada masa itu, kamu tidak bersedia untuk menampung perintah ini di antara kamu, dan pada akhirnya kamu tidak mendapat warisanmu kerana pemberontakan berterusan dan terbuka.

 

Walaupun dengan hakikat bahawa perintah ini diletakkan di merata kem kamu, kamu, sebagai satu bangsa, mengingkarinya. Kamu memberontak menentangnya sampai satu tahap di mana kamu diputuskan dari terus berjalan dalam kerja Aku. Akhirnya, mereka yang pemberontak tidak dapat mewaris apa yang Aku ada untuk mereka.

 

Perintah-perintah ini pada masa itu merupakan Perjanjian Aku denganmu dan ianya masih merupakan sebahagian rapat Perjanjian Aku dengan Orang Aku. Tetapi, meskipun demikian, sepanjang generasi-generasi, kamu, sebagai satu bangsa, telah berulang-ulang menolak perintah-perintah ini; kerana kamu masih penuh dengan kesombongan dan pemberontakan di seluruh dunia.

 

Dan, pada masa itu juga di mana kamu telah dibawa keluar dari Mesir, kamu tidak dapat faham kepatuhan; kerana kamu penuh dengan pemberontakan. Tetapi, kamu boleh faham  pengorbanan dan ini sebabnya kenapa banyak daripada hukum Aku berdasarkan pengorbanan. Kerana, pengorbanan, kamu boleh faham, tetapi bukan pematuhan.

 

Tetapi, sedangkan masa berlalu, kamu, sebagai satu bangsa, berterus dalam pemberontakanmu dan sedangkan kamu dibawa ke depan, dan sedangkan kamu diberkat dengan hebatnya, kamu terus memberontak sehinggalah aku menyerakkan kamu ke seluruh dunia, Tetapi, meskipun demikian, Aku telah selalu mengasihi kamu dan aku telah selalu mengingati perjanjian asal Aku dengan Ibrahim. Dan, kerana kasihKu untukmu, Aku tidak pernah mengabaikanmu; kerana aku terikat kepadamu melalui persetujuan Aku denganmu. Dan, walaupun dengan pemberontakanmu terhadap Aku, Aku telah selalu simpan untuk diriku orang-orang tertentu, yang telah bersetia. Mereka telah berhati suci dan ini telah menggembirakan Aku.

 

Sedangkan masa berlalu, Aku hantarkan Anak LelakiKu, Yahshua, ke antaramu. Dia merupakan Pengorbanan Termutlak untuk seluruh umat manusia. Dia bersetuju untuk datang kerana kasih besarnya untukmu; dan Aku telah hantarkan Dia kerana kasih besar Aku untuk Dia dan untuk seluruh umat manusia. Dia bawakan kunci ke kebebasanmu dan dia bawakan satu aturan tinggi kepada segala benda.

 

Dengan Dia, diberi satu Jalan Baru, dan Jalan ini berdasarkan kasih dan pematuhan dan bukan pengorbanan. Oleh itu, keperluan untuk mengorbankan binatang dan bentuk pengorbanan tegas lain dibuangkan. Fokus telah beralih dari luaran ke dalaman. Pengawas tugas tidak patutnya jadi satu kuasa, yang dikenakan dari luar, di mana pengawalan ketat dikenakan dan pengorbanan dituntut. Pengawas tugas, oleh itu, bertukar menjadi kuasa menyabit Roh Kudus, yang masih merupakan kawan dan teman semua orang, yang terima Anak LelakiKu sebagai Penyelamat umat manusia.

 

Tetapi, meskipun demikian, peralihan dari pengawalan luaran ke pengawalan dalaman tidak senang. Dan, ramai yang telah menolak jalan ini, lebih suka jalan keras pengawalan luaran. Tetapi, sememangnya mereka, yang bertegas inginkan jalan keras pengawalan luaran telah gagal menguasai pesanan paling penting yang AnakKu telah datang untuk bawakan, iaitu untuk mengasihi Aku lebih dari segalanya dan untuk mengasihi satu sama lain. Tetapi, sama ada pesanan paling penting ini diikut atau terlepas tidak ubahkan kebenaran pesanan ini dan hakikat bahawa ia dengan rapatnya terikat kepada kebenaran yang AnakKu tanam kepada semua orang.

 

Apabila seseorang terlepas peralihan penting ini dalam penumbuhan rohaniah semua umat manusia, seseorang sedemikian telah terlepas sebab kedatangan AnakKu. Kerana, dengan benarnya, Dia telah dihantar sebagai Pengorbanan Terakhir, Termutlak dan Paling Penting, pada bahagian umat manusia.

 

Pemikiran bahawa ada di antara kamu akan membina satu rumah sembah (temple) dan mula mengorbankan haiwan merupakanlah petunjuk bahawa orang ini, yang berbuat demikian, tidak boleh mengenali AnakKu. Mereka tidak boleh mengenaliNya dan mereka tidak mempunyai kasihKu dalam hati mereka! Legalis tetap akan menjadi legalis; tetapi legalis tidak beroperasi dalam parameter kasih Aku. Mereka beroperasi dalam hukum ini dan ini wujud di luar orang.

 

Sekarang, kita sampai ke sesuatu yang nampaknya sebagai percanggahan, yang mungkin ditanggap ramai. Adakah aku telah membuangkan Sepuluh Perintah? Tidak, Aku tidak membuangkannya, kerana perintah-perintah ini mesti dikenakan dan dipatuhi dengan hasrat bebas sebelum seseorang boleh memahami kasih. Oleh itu, peintah-perintah ini sangat diperlukan untuk kefungsian teratur mana-mana kumpulan orang di seluruh dunia; kerana, asas Sepuluh Perintah adalah kasih kepadaKu dan dan kasih dan hormat kepada sendiri dan orang lain.

 

Perintah-perintah ini terlebih dahulu mesti dikenakan sebelum mereka boleh dipupuk ke dalam sistem kepercayaan dan tingkah laku orang. Jadi, aku tidak membuangkan perintah-perintah ini langsung; tetapi walupun demikian Aku juga telah beralih melepasi mereka kepada satu arena yang langsungnya baru dengan kelahiran Anak Lelaki Aku dan kepentingan hidup dalam satu tempat kasih tulen Aku.

 

Sekarang, semua yang ternampak di sini merupakan kemajuan rohaniah. Ini merupakan kemajuan rohanaih sekumpulan orang dan ada antara mereka ini sekarang berada di satu tempat di mana mereka memahami perbezaan hebat antara pengawalan luaran dan kuasa menyabit Roh Tuhan. Individu yang dapat membeza secara rohaniah akan dapat nampak perbezaannya dengan agak senang dan akan dapat nampak kepentingan aspek ini dalam kemajuan rohaniah segala umat manusia.

 

Tetapi, pada masa yang sama, sedangkan kamu tengok sekitar, kamu juga akan nampak satu bangsa orang yang bersifat memberontak. Di seluruh dunia, OrangKu adalah bersifat memberontak. Mereka adalah sombong. Mereka adalah angkuh. Mereka tidak mematuhi perintah-perintah Aku dan mereka tidak mengasihi AnakKu, yang datang untuk membebaskan mereka semua. Mereka tidak ingin untuk bebas! Mereka tinggal dalam dosa dan pemberontakan dan mereka gembira berada dalam dosa dan pemberontakan. Tetapi, walaupun demikian, dan sama ada mereka nampaknya atau tidak, satu pelan yang lebih tinggi berada di antara mereka.

 

Pelan yang lebih tinggi ini diberi kepada semua, yang mahukannya, dan pelan ini adalah berasaskan kasih dan pengampunan. Kasih dan pengampunan tidak boleh diceraikan kerana mereka adalah satu. Dan, disinilah wujudnya dilema. Didalam bumi ini terdapat banyak agama. Agama-agama ini mengasingkan umat manusia dan sesetengah pengasingan yang amat teruk datang daripada mereka yang dipanggil gereja“Kristian”, dimana pendakwah yang ingkar mengajar kata-kata lain. Mereka mengajari doktrin yang lain daripada ini, yang dibawa oleh Anak Lelaki Aku. Jadi, di dalam bumi ini merupakanlah ramai orang dan banyak agama yang berada dalam keadaan huru-hara yang hebat, ramai yang membuat jahat teruk kepada orang lain. Kerana, mereka dipenuhi oleh pembohongan dan mereka dipenuhi dengan setiap peranti yang jahat.

 

Tetapi, walaupun demikain, dalam semua kesalahan yang hebat ini. Anak Lelaki Aku telah dihantar dan Dia membawa satu jalan yang lebih tinggi, yang adalah percuma kepada semua, yang betul-betul mahu mengambil bahagian dalamnya. Tetapi, keenggannan, malah, kekurangan upaya untuk melepaskan jalan yang lama telah menjadikan jalan yang lebih tinggi ini tidak dapat diakses kepada jumlah manusia yang amat ramai di bumi. Walaupun demikian, jalan yang lebih tinggi ini sedia dibekalkan, dan mereka, yang mahukan jalan yang sempit dan, yang lebih tinggi daripada semua orang, tempat, atau benda, akan menjumpainya.

 

Kini, umat manusia datang ke satu titik yang kritikal dalam perkembangannya, dimana Aku mempunyai satu lagi perjanjian. Ini adalah jalan yang lebih tegas lagi. Tetapi, walaupun begitu, Aku sedang membuat ini diketahui; kerana ia telah tiba masa untuk mereka untuk bergerak naik, mereka yang telah datang untuk mengasihiKu dan meletakkan Aku pertama dan mengasihi yang lain, sebagaimana mereka mengasihi diri sendiri. Dan, ini mengakhiri bahagian pertama, bahagian pengenalan Perjanjian ini.

 

(“Anakku, kami akan berhenti buat masa sekarang dan kami akan mengakhiri perjanjian ini hari ini, atau esok, apabila kamu mempunyai disiplin mental itu. Kerana, Aku lihat bahawa kamu berasa letih. Akan terdapat tiga bahagian kepada Perjanjian in, jadi, jika boleh, selepas kamu berehat, datang kembali hari ini.” “Ya, Bapaku.”)

 

Bapa di Syurga kita bersambuang ...

 

“Anak TersayangKu, Aku dalah Bapamu di Syurga, yea Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi. Kini, kami datang kepada Bahagian I perjanjian ini; kerana kami telah merangkumi maklumat dan dasar asas dalam pengenalan kepada Perjanjian ini. Aku telah menunjukkan kepada kamu keperluan asas untuk pengorbanan, kerana kumpulan orang itu bersifat memberontak. Dan, mereka gagal untuk menggengam ketaatan, tetepi mereka boleh memahami mengenai pengorbanan. Walaupun demikian, Anak TersayangKu. sepanjang beribu-ribu tahun ini, hanya segelintir yang betul-betul mahu mengikuti arahan ini. Inilah sebabnya Aku menyerakkankan kumpulan orang itu. Walaupun begitu, Aku selalu mengasihi Orang Aku, dan Aku tidak dapat meninggalkan mereka; kerana Aku terikat kepada mereka melalu Perjanjian Aku dengan Ibrahim, kerana kamu adalah anak-anak Ibrahim. Tetapi, kamu telah menjadikan Aku marah dengan pemberontakkan kamu dan Aku telah selalu menghukum kamu, kerana jika Aku tidak menghukum kamu, bagamana boleh Aku mengatakan bahawa Aku mengasihimu? Kasih, memang selama ini merupakan dassar asas. Kasih adalah asas kepada Sepuluh Perintah, tetapi kasih begitu kekurangan dalam hati orang-orang, yang Aku membawa kaluar dari Mesir, mereka tidak dapat menggenggam kasih ini.

 

Kasih merupakan asas kepada Aku menghantar Anak Lelaki Aku yang satu-satunya kepada kamu, tetapi walaupun demikian, ramai yang masih tidak menggenggam tindakan kasih yang hebat ini dari bahagian Aku dan bahagian Dia kepada setiap satu daripada kamu. Walaupun begitu, Anak TersayangKu, kerja untuk umat manusia ini adalah satu kerja kasih yang hebat, malah dari permulaan. Tetapi, daripada segi umat manusia, ramai daripada kami tidak menggengam, atau memahami, konsep yang asas ini, yang telah melibatkan perkembangan roh kamu dari permulaan. Sebelum kami berterus, Anak Aku, kamu mempunyai apa-apa soalan?

 

“Tidak, Bapaku, tidak pada masa ini.”

 

“Kalau begitu, biar kami teruskan.”

 

“Ya, Bapaku.”

 

“Anak TersayangKu, naik ke Gunung Suci Aku ini, dan Aku akan tunjukkan kepada kamu apa yang hanya segelintir orang sahaja yang telah menggenggam, dan sedangkan Aku mengatakan perkara ini kepada kamu, Anak TersayangKu, dan sedangkan orang membacakannya, ramai yang akan mengolok dan memaki. Tetapi, ingatkan ini: perjanjian ini akan tidak disedari oleh ramai. perjanjian ini akan diolok dan ditolak oleh ramai, tetapi pencari sebenar hidup yang kekal akan mengambil perhatian tentang apa yang dituliskan disini. Kerana, Aku sedang secara percumanya memberikan apa yang perlu dilihat dan difahami. Seperti mana Anak Lelaki Aku datang dan membawakan jalan yang lebih tinggi, apa yang ada disini adalah prinsip kepada jalan yang lebih tinggi yang dibawa olehNya, yang sering tidak disedari. Kerana, sesetengah perkara belum lagi dikatakan dengan bebas dan belum lagi diberi dengan percuma; kerana amat kurang yang sedia untuk menerimanya. Jadi, mari sini, Anak TersayangKu, dan ambillah tempatmu sekali lagi di meja pada batu aquamarine itu dan tulis seperti yang kamu lihat, supaya semua, yang memilihnya, akan menjadi lebih bijak.”

 

“Ya, Bapaku, aku bergirang dalam hasrat sempurna Engkau!” Dengan menempatkan diriku di atas kerusi, aku menggelongsorkan diriku naik ke meja itu dan semasa tangan aku menyentuhi permukaan kaca meja itu, aku nampak sekali lagi pada skrin, dan perkataan dapat dikihat pada skrin itu. Inilah yang aku nampak pada skrin itu:

 

PERJANJIAN AKU DENGAN ORANG AKU

 

YAHWEH, TUHAN TERTINGGI

 

BAHAGIAN 1

 

“Perhatikan yang biru dan perhatikan yang putih, kerana dimana satu berakhir, satu lagi bermula!” Kemudian, dengan tiba-tiba skrin itu terhilang dan aku nampak seorang gadis cantik di padang rumput, yang dipenuhi dengan bunga. Dalam segera, aku sedar bahawa aku adalah gadis ini, tetapi di tempat dan masa yang lain. Sedangkan aku merenung diriku, aku sedari bahawa aku adalh lebih tua daripada yang aku fikirkan, mungkin berumur diantara 18 dan 21 satu tahun. Tetapi, aku kelihatan amat berbeza daripada rupa aku sekarang, kerana rambut aku adalah panjang, seperti warna madu, dan dengan banyak kerinting.

 

Padang rumput disekeliling aku merupakan padang yang menggembirakan hati, dan padang ini dipenuhi dengan bunga-bunga cantik, yang begitu penuh dengan kasih dan kegembiraan. Bunga-bunga cantik ini semuanya berkilau dengan kasih Tuhan kita dan ditempat ini, seseorang cuma akan berasa kasih dan kegembiraan yang mutlak. Aku begitu keinginan untuk tinggal di situ, kerana disitu tiada kegelapan, tiada kesakitan, tiada kesedihan dan tiada kejahatan! Semuanya berada dalam harmoni yang sempurna dan semua adalah begitu penuh dengan kasih dan kegembiraan sehingga semua benda yang dicipta ketawa. Aku bangun dari tengah padang bunga cantik itu dan aku mengigati perkataan terdahulu, “Perhatikan yang biru dan perhatikan yang  putih; kerana dimana satu berakhir, satu lagi bermula.”

 

Hati aku begitu hairan semasa bunga cantik ini mula pudar dan aku sekarang kembali pada kerusi itu dan skrin itu telah dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian biru gelap yang cantik dan satu bahagian putih. Aku duduk dan melihat kepada skrin ini dan tertanya-tanya, “Apa jenis jenaka kejam ini?” Kerana, aku telah mengenali kegembiraan dan kasih yang begiru hebat dan sekarang semua telah kehilangan. Dimanakah kegembiraan dan dimanakah kasih? Dan, semasa aku memikirkan perkara ini, biru dan putih itu mula menukar tempat pada skrin itu. Biru itu sekarang mengambil bahagian kiri skrin itu, dimana sebelum itu ia berada di bahagian bawah dan putih itu mengambil bahagian kanan daripada skrin itu. Masih lagi, aku keliru, kerana aku tidak tahu apa maksud ini.

 

Aku duduk dan merenung kepada skrin dan aku mengulang kepada diri aku, “Perhatikan yang biru dan perhatikan yang  putih; kerana dimana satu berakhir, satu lagi bermula.” Kemudian, biru dan putih itu mula berpusing pada skrin dan mereka menjadikan satu vorteks berpusing berwarna sehingga warna itu tidak lagi dapat dibezakan, dan semua yang aku dapat lihat adalah satu vorteks berpusing biru. Aku duduk dan memandang vorteks ini dan aku tidak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Kemudian, aku nampak perkataan pada bahagian atas skrin, “Perhatikan yang biru.” Dan, pada bahagain bawah skrin itu, aku nampak, “Perhatikan yang putih.” Masih lagi, aku tidak tahu apa yang perlu dibuat. Vorteks ini terus berpusing dan aku tidak tahu apa yang Bapa kita mahukan aku lihat.

 

Satu malaikat datang kepada kerusi aku dan menghulurkan aku satu sapu tangan. “Ambil ini,” malaikat itu berkata. “Kamu akan memerlukannya; kerana kamu akan banyak menitis air mata.”

 

Jadi, aku mengambil sapu tangan itu dan sekarang aku menunggu; kerana skrin itu telah menukar menjadi kegelapan dan aku tidak tahu mengapa ini berlaku. Tetapi, tiba-tiba, sangat tiba-tiba, aku terperangkap dalam kegelapan ini dan aku dengar jeritan ramai orang. Seluruh kawasan desa sedang berapi dan bau asap sedang mencekik aku. Ada beberapa orang disekeliling aku yang aku kenali sebagai nabi Bapa kita datang kepada aku dan berkata, “Lihat asap itu. Lihat api itu.” Berdekatan, satu pokok besar sedang membakar dan ia terjatuh ke atas tanah. Satu nabi perempuan Bapa kita datang kepada aku dengan satu cawan di dalam tangannya dan aku hampir-hampir tidak mengenalinya; kerana mukanya dipenuhi dengan jelaga dan muka cantiknya terluntur dengan air mata. Tetapi, didalam kekilauan api itu, aku memang mengenalinya dan aku mengambil cawan sup itu. Oh, ia adalah satu masa muram untuk Afrika Selatan! Api membara itu menelan kawasan tanah dan asap memenuhi langit. Mata aku membawa aku secara Rohaniahnya melalui gunung-gunung dan sambil aku menangis, aku nampak banyak kebakaran dan banyak pembunuhan.

 

Satu malaikat muncul dan menuang petrol pada api-api itu dan dia berkata kepada aku, “Tiga bulan lagi.” dan aku berkata kepadanya, “Bagaimana kita hendak hidup untuk tiga bulan lagi, kerana semua makanan sudah habis dan yang tetinggal hanya sedikit sup?” dan, sedangkan malaikat itu memandang aku, dia berkata, “Kesusahan berganda dan masalah berganda untuk orang-orang Afrika Selatan.”

 

Merangkak ke bawah satu trak, aku mengambil cawan sup itu dan aku menangis. “Bapa, adakah Engkau telah melupakan kami, Anak-anak Engkau?” Kemudian, seperti terbangun dari satu mimpi gelap, Penyelamat kita berdiri di depanku. Dia berbaju putih dan Dia begitu cantik! “Tuhanku, Oh, Penyelamat Cantikku, apa yang sedang berlaku? Pemusnahan hebat telah datang dan kawasan tanah sedang membakar. Apa yang akan orang buat, kerana hanya sedikit makanan yang tertinggal?”

 

“Anak TersayangKu,” Dia berkata, “Aku adala makanan. Aku adalah Hidup. Mereka, yang memilih Aku akan terus hidup. Yang jahat akan berkubur dengan debu.”

 

Aku menyapukan air mata dari mataku dan memandang ke atas, aku nampak bahawa Dia sudah lenyap dan sekali kagi aku menjumpai diriku dibawah trak itu dan hati aku begitu berat. Kesedihan yang teramat menggenggam hatiku dan air mata membanjiri pipiku, dan aku menyapu muka aku dengan tangan aku yang penuh dengan jelaga. Dengan tidak terkawal, aku mula menangis dan dua orang nabi itu memeluk aku. Sekarang, aku mula merangkak keluar dari bawah trak itu dan seorang nabi perempuan berkata kepadaku, “Marilah, kami akan balik ke rumah. Penyelamat kita telah membuatkan Jalan dan tolong sedang ada dalam perjalanan.”

 

Semasa kata-kata ini habis dikatakan, skrin didepan aku berkelip dan sekali lagi aku melihat biru dan putih pada skrin. Biru itu berada pada bahagian atas skrin dan putih ada di bahagian bawah. Aku duduk dekat meja kecil itu dan sapu tangan itu penuh dengan kelaga dan air mata dan aku menunduk kepalaku dan menangis dengan kuat dan dengan tidak terkawal.

 

“Oh, Bapaku, Oh, Bapa, Oh, Bapaku, Perjanjian jenis apa ini? Kerana, aku begitu sedih dan masa hadapan kami di Dunia ini adalah begitu suram. Dan, pada masa itu, aku kedengaran bunyi siren dan aku nampak perkataan in pada skrin di depanku: “Kamu telah mempelajari pelajaran besar pertama kamu.”

 

Aku melihat kepada perkataan ini dan mengatakan kepada diriku, ‘Ya, adalah demikian, tetapi aku mempelajari pelajaran ini satu masa yang lalu.’ Kemudian, perkataan itu mula berkelip pada skrin itu dan aku boleh nampak bahawa Bapa kita sedang berkata lagi.

 

“Aku Jehovah, yea Yahweh, Tuhan Tertinggi. Perhatikanlah apa yang Aku berkata disini; kerana ini adalah permulaan Perjanjian Baru Aku dengan kamu, Orang Aku, dan benda yang pertama dan yang paling asas yang kamu mesti faham supaya kamu bersedia untuk Perjanjian ini adalah, bahawa hidup, yang kamu ketahui di dunia ini , adalah mensia-siakan. Kerana, semuanya akan dimusnahkan tidak lama lagi. Semua yang kamu nilai dan semua yang kamu hargai di dunia ini, adalah merupakan perangkap, kerana dalam kekayaan kamu, kamu akan mati. Dalam kekayaan kamu, kamu akan binasa. Kerana, hidup dalam dunia, seperti yang kamu ketahui tidak lama lagi akan berakhir. Jika kamu belum menguasai ketaatan kepada perintah-perintah, dan jika kamu tidak memahami dasar asas perintah-perintah ini, di mana titk permulaannya adalah kasih; kamu tidak mengenali Aku dan kamu tidak boleh mengenali Anak Lelaki Aku. Tetapi, jika kamu dipenuhi kasih, kemudian dan hanya kemudian kamu nampak Aku dan Anak Lelaki Aku. Ini adalah Perjanjian yang Anak Lelaki Aku lengkapkan dengan kesemua umat manusia.

 

Dan, kamu mungkin berkata, ‘Tetapi, ini bukan satu perjanjian yang baru,’ dan Aku kata kepada kamu, ‘Ya, ini adalah demikian. Tetapi, perhatikan yang biru dan perhatikan yang putih; kerana dimana satu berakhir, satu lagi bermula’ Dan, Aku tahu bahawa kamu tidak faham apa yang dimaksudkan oleh ini, tetapi Aku faham. Kerana, Aku dalah biru itu dan Aku adalah putih itu. Aku adalah Alpha dan Aku adalah Omega; dan ini adalah pengakhiran untuk orang Aku di dalam Dunia, yang benar-benar bersedia untuk hadiah Aku iaitu kehidupan abadi. Mereka, yang bersedia untuk graduat dari dunia ini, dan untuk menerima kehidupan abadil, akan telah bersedia untuk meninggalkan sini. Kamu akan menyiapkan urusan kamu. Kamu akan keluar dari dunia kebendaan ini dan kamu akan bersedia untuk memberikan segalanya. Jika kamu tidak menggenggam konsep kasih yang lebih tinggi ini, malah untuk mengasihi musuh kamu, kamu tidak akan menggenggami konsep kehidupan abadi yang lebih tinggi dan semua yang datang sama dengannya. Kerana, ini adalah Perjanjian Baru yang kamu mesti bersedia untuk.

 

Seperti mana yang ramai gagal dan tidak sampai ke Negara yang Dijanjikan, ramai akan gagal lagi dan mereka tidak akan mendapat perjanjian Aku untuk kehidupan yang kekal. Tetapi, Perjanjian Aku dengan kamu adalah ini. Kehidupan Kekal adalah hadiah Aku kepada mereka, yang bersedia untuk menerimanya. Tetapi, jika kamu masih bergelut untuk mengikuti perintah-perintah, kamu tidak bersedia untuk kehidupan kekal. Jika kamu masih penuh dengan negatif dan emosi-emosi yang lain, kamu tidak bersedia untuk kehidupan kekal. Jika kamu tidak dipenuhi dengan kasih dan mengampuni orang lain dengan bebas, kamu tidak bersedia untuk kehidupan kekal. Mereka, yang bersedia, memahami kesia-siaan dunia kebendaan dan kaki mereka sudahpun berkedudukan di dunia seterusnya; kerana ini satu masa pengalihan yang hebat. Tetapi, ia juga merupakan satu masa kebebasan yang hebat, dimana mereka, yang bersedia, sedang disediakan secara rohaniah untuk dunia yang seterusnya. Dan kamu menanya, “Jadi, apakah Perjanjian Baru ini,” dan Aku kata kepada kamu bahawa ini akan dengan lebih bersedia diterangkan pada bahagian seterusnya dalam perjanjian dengan kamu, Orang-orang Aku.

 

 

BAHAGIAN II

 

Sapukan debu pada kakimu; kerana kamu kini berjalan atas tanah suci! Tanah suci ini merupakan sebahagian daripada roh kamu sendiri, yang pada masa sekarang sepatutunya penuh dengan kebenaran Aku. Ia sepatutunya penuh dengan kesucian Aku. Ia sepatutunya penuh dengan kesolehan Aku dan kasih Aku! Pada masa lewat ini, kamu sepatutnya tidak perlu berhenti untuk menanya samada apa yang kamu sedang buat betul atau tidak. Kamu sepatutnya secara otomatik tahu bahawa kamu berada pada jalan yang betul. Jika kamu perlu berhenti dan menanya samada pilihan kamu dalah betul, kamu masih belum menguasai perintah-perintah. Kamu masih belum menjadi kenderaan kasih suci Aku. Ini boleh diterima buat masa sekarang, kerana ramai lagi yang masih sedang melalui fasa penghalusan oleh api. Tetapi, akan tiba masanya, dan tidak lama lagi, jika kamu mesti perlu berhenti untuk menanya samada kamu telah membuat betul atau salah, kamu akan begitu kebelakangan secara rohaniah sehingga kamu tidak mampu menerima warisan kehidupan kekal kamu. Kerana, akan tiba satu masanya dimana kamu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyucikan jiwa kamu, untuk menyucikan hati kamu dan untuk menyucikan roh kamu supaya kamu akan bersedia secara rohaniah untik membuat pengalihan itu. Kerana, kegelapan dalaman akan menjadi batu penghalang kepada semua, yang mahukan perjanjian Aku untuk kehidupan kekal.

 

Jadi, yang pertama, kamu mesti berjalan dalam kasih dan kamu mesti berjalan dalam ketaatan. Tetapi, kasih dan ketaatan tidak harus menjadi sifat yang tidak semulajadi kamu. Benda-benda ini, kamu mesti tidak berfikir mengenainya. Ianya mesti menjadi otomatik sepenuhnya. Kamu mesti dipenuhi dengan kasih, dengan kesucian, dan kebenaran, sehingga kamu tidak perlu lagi memikirkan mengenai apa adalah betul. Kamu secara otomatiknya membuat apa yang betul. Kerana, kamu menjadi undang-undang dan undang-undang menjadi kamu apabila kamu berfungsi dalam hasratKu. Proses ini menjadi otomatik, kerana niat kamu adalah suci dan apabila niat kamu adalah suci dan tidak mementingkan diri sendiri, kamu akan berkemampuan untuk berfungsi dalam kasih suci Aku. Lebih lama lagi kamu berfungsi dalam kasih suci Aku, yang juga merupakan hasrat Aku, ia menjadi lebih senang. Dan, dengan lebih senangnya ia menjadi, lebih lagi roh dan jiwa kamu akan menjadi suci.

 

Dengan lebih sucinya kamu, kamu akan menjadi lebih putih dan terang, dan ia lebih senang lagi untuk berfungsi dengan berpunca kasih suci. Kemudian, kamu adalah undang-undang dan undang-undang adalah kamu, tetapi kamu juga adalah bebas dari undang-undang dan undang-undang adalah bebas daripada kamu; kerana kamu telah bangkit mengatasinya. Undang-undang ada didalam kamu, ‘ini benar,’ seperti yang Aku katakan tadi, tetapi walaubagaimanapun, kasih melampaui undang-undang.

 

Ia adalah pada masa ini Aku meletakkan kunci Aku  di dalammu dan dengan itu kamu menjadi kunci Aku kepada kesemua yang cantik, kepada kesemua yang suci, kepada kesemua yang kudus, dan kepada kesemua yang ada dalam Kerajaan Aku. Dan, Bumi ini sendiri, tidak akan dapat memegang kamu dan kamu tidak akan mempunyai apa jua minat di dalam dunia ini, selain daripada membuat hasrat Aku dan untuk menyebarkan kasih Aku. Ini adalah hadiah Kebebasan Aku untuk semua.

 

Jadi, apakah Perjanjian Aku? Perjanjian Baru Aku adalah kebebasan kasih suci dan benar Aku. Ia adalah masa bergraduat untuk mereka, yang benar-benar berjalan dalam jalan ini. Ini adalah satu acara gemilang dan ramai telah menanti hari ini dimana Aku akan meletakkan kunci Aku kedalam hati mereka, yang berjalan dalam kasih suci dan benar Aku.

 

Dan, apakah kunci ini? ini adalah Kunci Aku ke Kebebasan! Ia adalah pas Aku yang telah disiapkan untuk ke Gunung Suci Aku. Ia adalah kebebasan kamu dari dunia ini, seperti yang kamu ketahui. Ini adalah Perjanjian Baru Aku dan Perjanjian ini menandakan permulaan Kerajaan Aku di Bumi dan hadiah kehidupan kekal kepada mereka, yang benar-benar berlayak. Tetapi, kamu telah ketahui untuk suatu masa yang lama bahawa jalan itu adalah sempit dan pintu itu adalah lurus. Jarangnya orang yang benar-benar menjumpai jalan ini dan jarang lagi orang yang berjaya.

 

Dan, begitulah, Anak Aku. Kamu telah bekerja dengan amat keras hari in, lebih keras deripada apa yang Aku duga dan kamu telah menamatkan Perjanjian ini. Adakah kamu mempunyai apa-apa soalan?”

 

“Oh, Bapaku, aku begitu terambil oleh maklumat ini dan aku tidak tahu apa untuk kata. Kepala aku berpusing dan fikiran aku berkeliarian dalam beribu-ribu arah. Tetapi, seperti yang aku memahaminya, Perjanjian Engkau, selama ini, adalah sedikit-sebanyak seperti ini:

 

1.              Perjanjian melalui Ibrahim;

 

2.              Undang-undang Luaran, Sepuluh Perintah;

 

3.              Undang-undang Dalaman, iaitu Roh Tuhan melalui Penyelamat kita, juga, kuasa menyabit Roh Kudus. Ini adalah berasaskan ketaatan dan kasih.

 

4.              Kasih merupakan undang-undang dan undang-undang dengan senang tertampil dalam kasih suci Engkau; dan apabila ini berlaku, kami akan tiba pada titik kebebasan, suci, sempurna dan bersih di hadapan Engkau. Kami bersatu dengan hasrat Engkau dan kami membuat hasrat sempurna Engkau tanpa sebarang kesedaran. Pada saat ini, kami menerima kunci Engkau kepada Gunung Suci Engkau, dan kemudian kami bersedia untuk Hadiah Kehidupan Abadi kami. Pada masa ini, kami telah dengan kukuhnya menanamkan kaki kami di dalam dunia Roh Engkau dan kami berjalan secara bebas dalam roh Engkau.”

 

“Anak TersayangKu, ia begitu. Kamu beralih dari kawalan luaran, kepada kawalan dalaman, kepada tiada kawalan, kerana kamu bersatu dengan undang-undang. Kamu adalah kasih tertampil dan kamu adalah lanjutan cantik kepada hasrat sempurna Aku.”

 

“Oh, Bapa, ini amat banyak dan ramai akan begitu terperanjat dengan maklumat ini; tetapi aku berdoa bahawa mereka akan menggenggam apa yang Engkau telah berikan disini.”

 

“Anak TersayangKu, mereka akan menggenggamnya, mereka yang telah bersedia untuk menerimanya, tetapi amai akan mengolok dan memakinya; kerana mereka langsung tidak boleh memahaminya.”

 

“Bapaku, nampaknya aku telah menyiapkan kerja dua hari dalam satu hari!”

 

“Kamu telah, Anak TersayangKu, dan Aku tahu bahawa kamu dahaga dan kamu ada sedikit kelaparan. Kamu bebas untuk makan jika kamu ingin, kerana tujuan berpuasa telah dicapai. Taipkan ini sebelum Perayaan Trompet, kerana ini adalah untuk dibaca dan disebarkan pada Hari Perayaan ini, dan setiap tahun pada Perayaan ini, Perjanjian ini perlu dibaca secara lantang kepada jemaah sehingga kepulangan Anak Lelaki Aku. Ini adalah perjanjian baru dan cantik Aku. Aku adalah Bapa kamu di Syurga, yea Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi.”

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke 21hb ini, September 2004,

 

Linda Newkirk

Wanita Anak Kerbau Putih