PENGHARGAAN

 

Kepada Yesus Terharga Kami dan Tuhan Jehovah, aku tunduk dengan penghargaan dan rendah-hati dan kasih besar kerana membuatkan kerja ini terjadi, dan membekalkan satu jalan untuk menyampaikannya kepada kamu. Dalam segalanya Dia setia. Aku percayakan JalanNya.

 

Aku berdiri di hadapan Tuhan dengan semua kelemahanku dan tidak mengaku sebarang kekuatan mahupun kuasa diri sendiriku. Aku telah dipanggil oleh Tuhan untuk bernubuat, diurapi untuk perjalanan ini dan diberikan RohNya secara percuma. Kamu akan membaca tentang penglihatan-penglihatan, nubuat-nubuat dan pengalaman yang diberikan kepada aku oleh Tuhan. Aku telah bekerja dengan bersungguh-sungguh, tetapi tidak mengakui kesempurnaan. Walaupun aku cuba dengan sedayanya, kelemahan manusia termuncul juga. Aku berdoa bahawa aku tidak membuat kesalahan yang terlampau banyak, tetapi jika aku telah membuat sedemikian aku merayu Tuhan untuk melihat pada hatiku. Kerana ia penuh dengan kasih terhadapNya. Aku hanya ingin mengkhidmatiNya.

 

Tuhan memberitahuku awal musim panas yang lalu untuk bersedia menulis banyak untuk Dia. Dalam proses penulisan ini, aku telah diberi tiga mimpi daging. Dalam setiap mimpi malaikat-malaikat datang dan membawa lebih banyak daging untukku. Aku tidak pernah melihat sebegitu banyak daging seperti yang aku lihat dalam salah satu mimpi itu. Ia memenuhi seluruh meja dapur, peti sejuk dan tempat memasak.

 

AlKitab menyatakan bahawa daging adalah tidak sesuai untuk mereka yang baru kepada Perjalanan Rohaniah. Bayi tidak dapat menghadamnya, kerana dia memerlukan susu. Ramai yang tidak akan menerima daging dalam kata-kata nubuat ini. Mereka masih berada di peringkat susu. Dalam 1 Kor. 3:2, Rasul Paulus menulis, "Susulah yang kuberikan kepadamu, bukanlah makanan keras, sebab kamu belum dapat menerimanya. Dan sekarangpun kamu belum dapat menerimanya." Tetapi sekarang kami berada dalam hari-hari terakhir sebelum pemulangan Kristus dan Dia mahu kebenaran-kebenaran untuk tertampil. Kebanyakan kebenaran ini telah disembunyikan atau tidak diberikan orang ramai sejak perjalananNya di dunia ini. Ini tidak akan lagi sedemikian. Daging akan diberikan kepada mereka yang mampu menghadamnya.

 

Tuhan memberitahu aku bahawa Dia akan membuka jalan untuk menerbitkan kerja-kerja ini dan aku harus bertenang, duduk berdiam dan tunggu padaNya. Dalam masa satu bulan, dari pertengahan Disember 1997 ke pertengahan Januari 1998, aku menunggu pada Tuhan. Yesus memberitahuku untuk menjalani puasa jenis terubah suai selama lima hari dan, selepas berlalunya lima hari, untuk membuat keputusan tentang bagaimana harus meneruskan.

 

Sementara itu, seseorang yang dipanggil untuk bernubuat dari negeri lain menulis kepadaku dan memberitahu aku bahawa Tuhan mengarahkan dia untuk membinakanku satu laman web. Tetapi Tuhan tidak memberitahuku mengenai ini. Jadi, aku berdoa dan Yesus memberitahu aku untuk menunggu tiga hari lagi sebelum aku membuat keputusan. Pada hari ketiga, iaitu hari kelima puasa jenis terubai suai itu, Yesus memberitahu aku bahawa lelaki yang menawarkan untuk membina laman web itu akan berasa tersinggung oleh sebahagian daripada penulisan dan dia akan membuat keputusan dalam mindanya untuk menolaknya. Aku menghantar kapada lelaki itu apa yang Yesus berkata dan selepas itu tidak mendengar daripadanya untuk beberapa minggu. Tetapi kata-kata Yesus terjadi kenyataan pada masa kemudian apabila lelaki ini menentang aku, menyatakan tuduhan-tuduhan yang ada dalam mindanya.

 

Pada hari yang sama aku menghantar e-mel kepada lelaki itu, aku pergi ke pejabat pos dan menerima surat daripada seorang nabi di negeri lain, yang sedang mengalami keadaan yang susah. Dalam surat ini dia menghantarkan wang yang mencukupi untuk kami membina sebuah laman web. Kami akhirnya membeli beberapa program sebelum laman web boleh dibina.

 

Suami tersayangku mengaji program-program ini hari demi hari, minggu demi minggu, bekerja, membuat pembetulan, mengaji, dan bekerja. Aku sungguh terharu dengan dedikasinya. Tuhan telah memberinya suatu bakat, suatu kesempurnaan, dan dia menggunakannya untuk kemuliaan Tuhan.

 

Nabi terharga ini yang telah mengirimkan aku wang juga telah mengirimkan satu nota daripada Tuhan. Aku ingin berkongsi nota ini bersamamu:

 

"Ini adalah kata-kata nubuat Tuhan memberi kepadaku untukmu:

 

Berpegang teguh, MalaikatKu, kepada apa yang telah Aku tunjukkan kepadamu. Walaupun sepuluh ribu atau sepuluh juta menentangmu, mereka bukannya apa-apa di dapanKu. AKU ADALAH arkitek lebih daripda satu ratus bilion galaksi, tetapi Aku masih menelitiikan setiap rambut pada kepala kamu, jadi beradalah dalam ketenangan.

 

Kamu telah ditanda dengan Darah TerhargaKu. Ia ada pada tangga pintu dan ambang pintu rumah kamu, dan malaikat Maut mesti melaluinya, kerana Aku, Tuhan, telah mengatakannya.

 

Jangan menakuti anak panah kritikan yang terbang pada waktu siang ataupun kedahsyatan yang datang pada waktu malam dalam serangan Satanik. GadaKu dan TongkatKu yang menenangkan hatimu. Aku tidak akan meninggalkanmu ataupun mengabaikanmu.

 

Walaupun seratus terjatuh pada sisimu, musuh tidak akan memudaratkan kamu; walaupun api menghangus semua disekelilingmu, kamu tidak akan terbakar, kerana Aku mencipta segalanya dan kuasaKu adalah tidak terhad. Berehatlah di atas tanah itu dan nikmatilah padangarumput yang selamat , kerana Gembala kamu mengawasi kamu dan tetap memerhati dan berwaspada untuk serigala, siang dan malam."

 

J. Douglas Swaffield

 

Untuk menerima kata-kata ini adalah amat bermakna dan tepat pada masanya. Untuk beberapa malam, aku telah berlawan dengan setan-setan dalam tidurku. Kata-kataNya mengenai kritikan begitu berharga, kerana ada ramai yang sudahpun mengkritik aku.

 

Apabila kamu membaca muka surat ini, tahu bahawa aku berterima kasih kepada Tuhan untuk hidup kamu dan berharap bahawa kamu mengenali tangan Tuhan dalam urusan harian kamu. Kita tidak akan berjaya melalui diri kita, walaupun kita mungkin beranggapan sedemikian. Aku pernah ke sana dan tidak ingin kembali ke kegelapan yang aku ketahui itu. (Lihat "Tangan Tuhan dalam Hidupku.)

 

Ketahuilah bahawa dunia duduk di pinggir pemusnahan hebat. Tibalah masa untuk mengambil perhatian tentang perjalanan rohaniahmu dengan sangat serius. Jika kamu suka sikap berpuas dan berselesa, kamu akan tersesat. Carilah Tuhan dan Dia akan memberikan kamu penyelamatan. Yesus adalah kebenaranmu.

 

Berdiri dalam Kasih Yesus,

 

Linda Newkirk