Nubuatan Dari Gunung

Buku Dua Belas

Bab 100

Bahagian I

 

Penyebaran Wabak Ebola: Kematian Besar!

 

Selepas saya berdoa bersama seorang kawan, Penyelamat Terberkat kita berikan saya beberapa penglihatan berkenaan dengan wabak ebola, penyebarannya di negara ini dan juga penyebarannya di beberapa negara yang lain.

 

Saya nampak dalam penglihatan itu seorang malaikat, yang menuangkan sesuatu dari botol besar yang mengandungi bahan yang gelap di dalamnya, ia dituangkan ke kawasan pertengahan negara ini. Tidak lama selepas malaikat ini menuangkan botol ini pada negara ini, yang saya fahamkan sebagai salah satu wabak dari Buku Wahyu Dua Belas, saya nampak anak sungai gelap mula terbentuk dan anak-anak sungai ini mula membesar dan mengalir merentas negara ini ke pinggir. Sungai-sungai gelap ini membesar dengan cepat sehinggalah ianya tersebar luas,ia terus menyebar sehinggalah satu bahan merah yang gelap mula menutup negara ini dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Ia nampaknya bahawa seluruh negara ini dilitupi dengan darah dan saya tahu bahawa saya sedang lihat penyebaran cepat virus ebola di negara ini! Kemudian, saya terdengar Penyelamat kita kata, “Kerana kamu sukakan penumpahan darah tidak berdosa!” (Berapa  bayi-bayi yang dibunuh di negara ini? Mungkin sebanyak 100 juta?)

 

Selepas saya lihat negara ini, yang nampaknya dilitupi dengan darah, saya ternampak timbunan-timbunan mayat. Saya nampak mayat ditimbunkan dengan begitu cepat! Dalam timbunan besar, mereka ditimbunkan! Kemudian, saya nampak pekerja-pekerja, yang angkat mayat yang dibalut dalam plastik, dan mereka mula humbankan timbunan-timbunan mayat ke dalam kenderaan beruang besar dan trak panjang beruang besar.

 

Selepas itu, saya nampak mereka menurunkan mayat-mayat ini dan buangkannya ke dalam rumah-rumah kosong dan kemudian bakarkan rumah-rumah itu, yang dipenuhkan dengan mayat dan mereka bakarkan mayat-mayat dan rumah-rumah sekaligus! Kemudian, saya nampak pekerja-pekerja ini angkat lebih banyak mayat dan humbankannya ke dalam lubang berbentuk segiempat, yang berdasar konkrit dan berdinding konkrit, ianya satu lubang yang tidak bertutup dan di atas mayat-mayat itu, mereka tuangkan bahan bakar dan nyalakan mayat-mayat ini dan bakarkannya sedemikian.

 

Selepas saya terima bahagian atas penglihatan ini, saya kemudiannya dibawa ke satu pengkalan bahwah tanah dan saya nampak Presiden negara ini. Bersama-sama dia adanya sekumpulan orang, walaupun saya tidak pasti samada kesemua mereka manusia; dan saya kata ini kerana ada hibrid reptilia-tinggi, yang nampak seperti manusia. Tetapi, mereka bukan manusia, tetapi beleh jadi 99% reptilia dan mereka adalah musuh besar semua orang.

 

Saya lihat mereka di situ dan saya sedar bahawa mereka sedang membuat perancangan, satu perangcangan yang sangat besar, sememangnya; dan perancangan itu adalah untuk menentukan bagaimana nak menyebarkan virus ini di kalangan orang ramai di negara ini dengan kadar yang lagi cepat. Saya nampak mereka merancang untuk meletakkan virus ini di dalam daging yang dipek di sesetengah kedai runcit. Kemudian, saya nampak mereka merancang untuk meletakkan virus ini di dalam takungan air minuman yang terdedah. Kemudian, saya namapak bahawa mereka merancang untuk meletakkan pengganas ke dalam kompleks beli belah, yang akan berlari dengan cepat dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain dan menyuntikkan pelanggan yang tidak sangkakannya dengan virus ebola, dan kemudian larikan diri!

 

Saya amat terganggu oleh apa yang saya nampak, tetapi saya juga tahu bahawa saya ditunjukkan cuma sebahagian daripada skema jahat mereka! Untuk banyak tahun, Tuhan Terpuji kita telah tunjukkan saya pelan-pelan musuh dan apabila pelan ini diketahui, beberapa antara kita akan berdoa dan kami akan nampak Penyelamat kita campur tangan untuk memberhentikan rancangan-rancangan mereka. Tetapi, sedihnya, Kalian yang Disayangi, saya percaya bahawa kita sekarang sudah sampai satu titik-yang-tidak-dapat-dipatah-balik, bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia!

 

Kemudian, penglihatan ini bawakan saya dari negara ini dan ke negara Cina dan di Cina saya nampak seorang buka pili air ini dan dari pili air ini teralirnya darah, satu sungai darah besar dan darah mula melimpahi seluruh Cina. Saya tahu dari penglihatan ini bahawa darah mewakili virus ebola dan ini merupakan kemurkaan Penyelamat kita terhadap Cina kerana pembunuhan yang mereka lakukan terhadap orang yang belum dilahirkan! Kemudian, saya terdengar, “Satu pertiga mati akibat wabak ini di Cina!”

 

Kemudian, di satu bahagian yang lain di penglihatan ini, saya dibawa ke Eropah dan saya saksikan satu awan yang tinggi dan gelap sedangkan ia turun dan melitupi Eropah dan saya berusaha untuk melihat apa yang tersembunyi di bawah awan gelap ini; kerana satu kegelapan besar melitupi seluruh Eropah! Tetapi, selepas meninjau di kegelapan untuk seketika, saya mula ternampak, tersembunyi di bawah awan yang amat gelap, adanya salib putih yang amat banyak, ya, banyak orang yang terkubur di kubur-kubur yang amat besar bilangannya. Sejauh yang saya boleh lihat, malah untuk jarak yang sangat jauh, tiada benda lain kecuali kubur. Dan sedangkan saya lihat bilangan kubur yang banyak ini, saya mula ada satu pengesanan yang mengganggukan di roh saya, satu perasaan teruk bahawa di beberapa negara-negara itu, kebanyakan orang sudah mati!

 

Dan, kemudian mataku tengok ke bawah, ke arah Afrika dan ada warna merah melitupi seluruh Afrika dan melitupi kebanyakan daripada Afrika. Dan, saya tahu bahawa ramai orang di kebanyakan benua Afrika akan mengalami penyakit pendarahan dahsyat ini! Sedangakan saya sedang melihat penglihatan akhir ini, saya mula terdengar kata-kata Penyelamat kita; dan ia adalah sedemikian!

 

Pesanan dari Yesus, Penyelamat Terberkat kita

 

“Tidak lagi,” kata Tuan, Tuhan kita! “Tidak lagi Aku akan dengan belas kasihan menangguhkan penghakiman Aku terhadap kelakuan jahatmu! Kamu satu keluarga yang jahat, oh keluargaKu, dan di seluruh negara ini, kamu tayangkan kejahatan kamu! Aku tidak akan lagi berusaha denganmu, oh Amerika; kerana kamu telah memesongkan kata-kataKu! Kamu telah memberontak terhadapKu dan Aku kini menentangmu, oh Amerika!

 

Dari satu negara ke satu negara, Aku akan lihat; dan Aku akan bangkit sekarang untuk menghakim dalam kebenaran; kerana kejahatan mengancam untuk membaham seluruh dunia! Dan, sebagaimana kamu sayangkan kejahatan di seluruh dunia dan sebagaimana kamu memperkecilkan kebenaran, Aku akan buatkan kamu terjatuh dan melayan kejahatan dan terjatuh ke setiap pembohongan; kerana kamu sukakan pembohongan! Dan, Aku akan sembunyikan DiriKu dari mereka, yang sukakan kejahatan, tetapi orang soleh Aku akan peliharakan, malah di tengah-tengah peperangan dahsayt! Tetapi, orangKu yang Dicuba dan Benar akan Aku ambil dan mereka akan bersamaKu; kerana sedangkan Aku sedang mencabut, Aku juga sedang menuai!

 

Celakalah kepada penghuni-penghuni bumi; kerana Satan dan semua golongan jahatnya sedang dihumban turun dan kamu, oh orangKu, mereka bencikan kamu dengan benci sempurna!

 

Jadi, kamu samada akan bertaubat, dan pusing kepadaKu dengan seluruh hatimu, atau kamu akan mati dalam dosamu!

 

Celakalah kepadamu, yang mengambil tanda binatang itu! Kerana, tanda itu adalah penghujung untuk rohmu!

 

Aku Tuhan yang soleh dan Aku akan adakan satu kerajaan yang suci dan betul! Terberkatnya Dia, yang mencari dulu kerajaan Tuhan, agar kesolehan akan ditambahkan kepadamu! Kerana, kesolehan berterusan di dalammu, oh OrangKu yang Terberkat dan Taat, adalah kebebasan selama-lamnya kamu!

 

Aku adalah Yesus!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-11 Oktober ini, 2014.

 

Ini adalah di mana kita berada, Jiwa-jiwa yang Dikasihi, di waktu pengasingan, di waktu penapisan. Masuklah ke bilik doamu! Tengok, dan berdoalah selalu! Kerana, semestinya ada yang akan dikira layak untuk terlepas dari semua ini!

 

Yesus berkati kamu, Kalian yang Dikasihi! Saya kasihi kamu dengan banyak!

 

Linda