NUBUATAN DARI GUNUNG

BUKU DUA BELAS

BAB 100

BAHAGIAN II

 

AWAS!

KAMI SEDANG MELIHAT KERUNTUHAN WALL STREET!

 

Kalian yang Dikasihi, penglihatan ini diberi kepada saya kira-kira enam minggu yang lepas, saya tidak ingat tarikh tepatnya, jadi saya kata, “enam minggu, ia mungkin juga kurang beberapa hari.”

 

Pada hari itu, saya sedang duduk di sofa di luar Rumah Doa. (Terberkatnya mereka, yang telah bantu dalam pembinaan rumah ini!) Dan, pada hari itu, berkenaan dengan penglihatan itu, sedangkan saya duduk di situ, saya nampak merentasi bahu kanan saya ada satu kereta lembu meluncur turun. Saya nampak kereta lembu ini ditarik oleh seekor lembu jantan gergasi!

 

Sedangkan saya berfokus pada kereta lembu dan lembu jantan itu, saya nampak dua orang kawan terkasih saya berada di kereta lembu itu, kedua-dua mereka berada dalam lingkungan umur enam puluhan. Tiba-tiba, seluruh bilik lenyap dan apa yang tertinggal cumalah kereta lembu itu, yang sedang meluncur turun melimpasi saya, dengan kawan-kawan saya di atasnya; dan ia berada dalam perjalanan turun!

 

Tetapi, dengan cepatnya selepas kereta lembu ini melimpasi saya, saya sedar bahawa lembu jantan ini ada masalah! Ketulan kulit mula tercabut dari lembu jantan itu, bersama dengan ketulan-ketulan lemak! Dengan hairan, saya lihat sedangkan lembu jantan itu terus meluncur ke arah bawah, lemak, otot, bulu dan bahagian-bahagian lain lembu berkeliaran di pelbagai arah!

 

Dalam waktu yang singkat, kereta lembu dan lembu itu, yang sedang mengangkat kawan-kawan terkasih saya, sampai ke satu tempat rata, sesuatu tempat di bawah sana; dan saya ingat bahawa saya fikir bahawa ia akan berada di situ untuk seketika dan ia memang berada di situ untuk seketika! Tetapi, cuma untuk seketika sahaja! Dan sedangkan saya terfikir bahawa lembu ini mungkin berehat di tempat rata itu untuk seketika, lembu jantan itu dengan tiba-tiba lari! Ia menjunam ke bawah! Begitu laju, ia turun ke bawah, dan ia terhenti dengan cepat di depan satu pokok yang bersendirian! Saya nampak kawan-kawan saya selamat, tetapi lembu jantan itu tidak elok!

 

Saya tidak lagi nampak seekor lembu jantan yang kuat dan besar, tetapi seekor binatang, yang tidak mempunyai kulit langsung, tidak mempunyai lemak dan tidak mempunyai semua bahagian, melainkan tulang dan lembu jantan ini kini bersaiz anjing, seakan anjing dengan berat 80 paun.

 

Saya telefon kawan saya untuk memberi amaran kepada mereka mengenai keruntuhan pasaran saham yang akan datang dan saya beri nasihat kepada mereka supaya untuk menggunakan kecerdikan berwas-was mengenai sebarang aset mereka, yang mungkin terikat kepada pasaran ini! Dan, sekarang, cuma beberapa minggu selepas berkongsi penglihatan ini dengan mereka, kami nampak Wall Street telah kehilangan segala keuntungan 2014 dan mengalami kerugian baru-baru ini dalam beberapa hari sahaja.

 

Keruntuhan ini akan jadi amat buruk untuk negara ini! Tetapi, jika kamu tinggal di luar negara, jangan kata, “Oh, itu di sana!” Akan datangnya satu keruntuhan pasaran sedunia!

 

Tuhan adalah Tempat Lindung kita! Dia adalah Pembekal kita! Dia adalah Pemenang kita! Tetapi, bertahan! Kerana, semua yang boleh digoncang akan digoncangkan! Terpujilah Nama Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan, Penebus Terpuji kita, selama-lamanya!

 

Yesus sayangkan kamu! Saya juga! Linda