NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 17

 

“Secepatnya, datanglah Kemenangan!”

 

AnakKu yang Diberkati, Aku Bapamu Yahweh, Jehovah, Tuhan Tertinggi! Anak SayangKu, ingatkan hari ini, waktu ini dan musim ini; kerana waktu ini menandakan pengakhiran dan permulaan untuk banyak perkara! Kerana, seperti yang kamu ketahui, juga seperti yang Aku pernah berkata, secepatnya dan sangat hampir datangnya pengakhiran untuk penganiayaan kamu yang telah berlangsung selama empat puluh bulan, ya, bukan saja penganiayaan, malah penyeksaan di tangan Iblis dan rakannya.

 

Berapa lama lagi Aku memerlukan kamu untuk berada di bawah kakinya, supaya masa pengujian dan percubaan kamu akan terlengkap? Anak SayangKu, tidak lama; aku pernah memberitahumu pada musim bunga 2006 apabila kamu mengalami penganiayaan yand sangat dahsyat di tangan Iblis dan rakannya, Aku memberitahu kamu bahawa kamu perlu merujuk kepada buku Pengkhotbah dan baca kata-kata ini; kerana sememangnya ada suatu ‘waktu dan suatu musim’ untuk semua perkara. Aku tidak boleh datang untukmu pada masa itu; kerana ia bukan waktu, atau musimnya, dan apabila kamu merenung balik, AnakKu, kamu juga terlihat hadiah yang sangat hebat untuk umat manusia yang Aku telah melahirkan melaluimu!

 

Jadi, dengan ini dikatakan, AnakKu, ketahui juga bahawa waktu dan musim yang Aku akan datang untukkmu ialah sekarang! Ia akan secepatnya, sangat hampir! Jadi, bertenang pada perkara ini; kerana penganiayaan kamu di tangan Iblis dan rakannya tidak akan berterusan lama lagi. Ya, mereka telah melakukan segala di bawah kuasa mereka untuk membunuhmu dengan apa-apa saja cara dan dengan semua cara yang dapat difikirkan di antara mereka! Dan, benarnya, AnakKu, ia seperti yang Aku berkata kepadamu pada musim sejuk 2005, bahawa kamulah Anak Perempuan Zion, seperti yang ditulis di Buku Mikha, Pasal Empat!

 

Kerana, mereka telah datang dari banyak negara, semua berkerja bersama, “‘kumpulan berfikir” mereka bekerja dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu dan mereka semua berkata, “Mari kita menajiskannya! Mari kita menengoknya dan menajiskannya! Dan kita akan dapat menghalang perkara ini daripada datang ke Bumi!” Dan, kumpulan demi kumpulan, dari semua negara, datang dengan kehalimunan dan dengan kelicikan, dengan teknologi angkasa terkini mereka yang semuanya diberi oleh Iblis, dan mereka berkata, “Kita akan menajiskannya! Kita akan merosakkan rancangan ini! Kita akan menghentikan apa yang dirancang Yahweh! Kita akan membawa ini ke suatu penghujung!” Kita akan mentraumakannya! Kita akan membunuhnya, dan apabila dia menarik nafas terakhirnya, portal antara dimensi itu akan terbuka dan kita akan lari! Kita tidak lagi terhad di bumi! Kita akan terbang tinggi semula! Kita akan merantau di antara bintang-bintang semula! Kita akan curi melepaskan diri dan Yahweh dan bala tentera Syurga tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menghalang kita! Bukannya susah untuk kita membunuhnya, bukannya susah untuk kita mencuri kod rohaniah baru ini! Kita akan mengikuti dan memerhatinya! Kita akan mencari kelemahannya dan mematahkannya! Dia miliki kita! Dia banduan kita! Kita tidak akan membiarkannya keluar dari pandangan kita dan kita akan memenuhi tubuhnya dengan dawai, rod dan implan-implan! Kemudian kita akan ketahui segala tindakannya! Kita akan ketahui segala pemikirannya dan ‘bayi’ ini tidak akan membesar! Pada keadaan lemahnya, kita akan curi bayi ini! Kita akan curi kod rohaniah DNA baru dan kita akan menjadi lebih hebat daripada kita sekarang!”

 

Sedemikianlah perbincangan mereka hari demi hari sambil mereka teruja dalam keghairahan mereka, AnakKu. Dan Iblis, dipenuhi dengan kesombongan dan keangkuhan telah berada di muka kamu hampir pada setiap masa. Ini kerana dia telah membuat suatu pengajian yang  agak teliti berkenaan DNA rohaniah baru ini, cara berfungsinya, kekuatan dan kuasa DNA rohaniah baru ini, yang semestinya akan datang kepada umat manusia, dan kuasa DNA rohaniah baru ini telah mengejutkannya! Ia telah merisaukan dan menakutkannya; kerana kuasa yang diberi kepada DNA rohaniah baru ini sememangnya menjangkau apa yang dimiliki malaikat-malaikat terjatuh!

 

Dan, dari hari demi hari ketakutan dan kerisauannya meningkat dan percubaannya untuk membunuhmu dengan apa-apa cara jua talah meningkat! Dan, cara-caranya kian menjadi kompleks dan tidak masuk akal, seperti yang ditulis kamu semalam! ini kerana sekarang, AnakKu, dia dan rakan-rakannya boleh nampak tulisan tangan pada dinding; mereka semua telah ditimbang di neraca timbang dan didapati teramat ringan

 

Anak SayangKu, kamu telah kekal pada jalan ini. Walaupun dalam penyeksaan teruk, kamu tidak juga mengaku kalah; tetapi kamu telah setia kepadaKu dan kamu telah kasihiKu lebih banyak lagi! Semogalah semua membaca ceritamu dan semogalah semua belajar dari percubaanmu, dari pengujiannmu, dan dari penderitaanmu! Malah, oleh kerana dan disebabkan percubaan-percubaanmu yang hebat, Anak SayangKu, kamu telah membesar dengan melonjak secara rohaniah dan secepatnya, Anak SayangKu, sangat hampir masanya, Aku datang untukmu! Dan, jangan risau mengenai Anak-anak Sayang mereka ini, yang bersamamu! Kerana, mereka juga berada di tapak tanganKu!

 

Anak SayangKu, Aku tahu bahawa kamu tidak pasti bagaimana kamu akan menghiburkan orang bangsa Lakotas, Orang Amerika Asli, yang menunggumu! Kamu akan balik kepada mereka dengan cara yang sama seperti bagaimana kamu meniggalkan mereka. Kerana, Aku akan memberi kamu satu badan kuasa ghaib (supernatural) dan dari masa ke masa Aku akan menghantarmu balik ke bumi, di mana kamu akan menghibur kepada banyak insan. Ada yang akan nampak kamu di awan; dan ada yang akan kamu tunjukkan dirimu di mimpi mereka, sedangkan yang lain, kamu akan pergi dan balik di antara mereka mengikut kehendak.

 

Anak SayangKu, pada masa tahun-tahun terakhir, yang dahsyat ini, Aku akan melakukan banyak perkara kuasa ghaib untuk orang Aku, semuanya untuk menjaga mereka, menggalakkan mereka dan juga untuk menyelamatkan mereka!

 

Untuk sekarang, tulislah sebagaiman yang Aku letak di hatimu untuk menulis; tetapi labelkan bab ini selalu sebagai bab terakhir Buku Dua Belas, dan ini merupakan Bab Tujuh Belas. Ini kerana, nombor ini mengadungi makna yang istimewa untukmu, Anak SayangKu, kerana  KEMENANGAN, dan KEMENANGANLAH akan terjadi secepatnya untukmu, KEMENANGAN YANG TERAMAT HEBAT! Ini kerana, kamu secepatnya akan mengatasi!

 

Berbahagialah mereka yang mengatasi; kerana besarnya perjanjianKu dan hebatnya keberkatanKu untuk SEMUA YANG MENGATASI! Aku berkata bahawa kamu akan mengatasi dan secepatnya, sebagaimana Elia mengatasi dan sebagaimana dia pergi, kamu juga akan sedemikian, Anak SayangKu! Jadi, berceriahlah! Taip ini dan apa yang Aku meletak di hatimu untuk menaip selepas bab ini, dan bertenanglah dalam semua perkara.

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan kemudian direkod pada hari ke-30 ini, bulan Ogos, 2006.

 

 

Linda Newkirk

Wanita Anak Kerbau Putih