NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

BAB 42

 

Bahagian Satu

 

Jemputan Terbuka untuk ke Suatu Acara Syurga yang Menakjubkan!

 

BAPA KITA DI SYURGA BERKATA!

 

TERIMA, PERCAYA, DAN MINTA!

 

AnakKu yang diberkati, Aku Bapamu Yahweh, Jehovah, Tuhan Tertinggi; dan Aku datang sekarang untuk menambah kepadamu suatu pesanan mengenai sayangKu yang hebat, mengenai simpatiKu yang hebat dan mengenai kasih karuniaKu yang hebat!

 

Anak SayangKu, sikit sahaja tahu, atau percaya, bahawa kamu, Linda Newkirk, Linda Newkirk dari Mayflower, Arkansas (USA), merupakan Wanita dari Wahyu Bab Dua Belas! Dan, sikit sahaja orang yang tahu bagaimana kamu telah bekerja payah, bagaimana kamu telah menampung beban, bagaimana kamu telah bersusah, bagaimana kamu telah menangis dibawah bebanan penindasan yang tak terkata!, Dan, semuanya kerana sayang kepadaKu, kerana sayangmu terhadap AnakKu dan terhadap manusia!

 

Ya, sikit sahaja yang tahu dan mereka yang tahu, sikit sahaja yang percaya! Percubaan kamu begitu hebat apabila kamu berbeban di bawah kaki syaitan dan rakan setan-setannya! Oh, ya, kamu telah bersusah untuk menampilkan benih suciKu! Satu benih yang sangat kecil apabila ia diberi kepadamu; tetapi pada masa ini, ia telah bermatang di badanmu untuk lebih dari tujuh belas bulan! Dan, pada masa ini, ia telah membesar dari segi kekuatan, kuasa, dan kedudukan sehingga ia sekarang, dengan pastinya, “anaklelaki!”

 

AnakKu, Aku telah memberitahu kamu bahwa kamu, sebagai Wanita Wahyu Bab Dua Belas, kamu merupakan ibu rohani kerajaanKu! Apa yang membesar di dalammu ialah Benih kerajaanKu! Ia juga merupakan benih AnakKu, Yesus, yang merupakan Penyelamat manusia! Semua, yang berkahwin dengan Dia, akan menerima benih ini! Dan, semua yang memasuki negaraKu, untuk bekerja dalam perkhidmatanKu, dan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaanKu, permaisuri-permaisuri, raja-raja dan semua yang lain, mesti menerima benih ini! Tiada yang akan menjadi sebahagian daripada kerajaanKu, yang tidak memiliki benih ini!

 

Anak SayangKu, seperti yang Aku memberitahumu, hampir dan sangat hampirnya, Aku akan mengambilmu dan “anaklelaki” Aku, benih sucimu yang kini telah matang, kembali ke takhta Aku! Dan, apa yang menunggu kamu di syurga memanglah perayaan kedua terbesar yang pernah berlaku di syurga, yang pertama merupakan apabila AnakKu kembali selepas Dia disalib! 

 

Sekarang datangnya satu lagi perayaan terulung di Syurga dan di sesetengah aspek, barangkali di banyak aspek, ia lebih megah daripada apabila AnakKu pulang, tetepi bukan di semua aspek! Kerana, perayaan ini, perkahwinan kepada AnakKu, akan berlangsung untuk waktu yang berlanjut; dengan kamu, Anak SayangKu, menjadi orang yang terdahulu mengahwini Dia, pengahwinanmu kepadaNya datang melalui benih suci AnakKu yang sekarang telah matang! Kerana, kamu merupakan ibu rohaniah Kerajaan Aku, kamu merupakan orang itu, yang melahirkan benih suci ke bumi, yang sekarang merupakan seorang anaklelaki!

 

Anak SayangKu, kamu telah kerap inginkan kerja-kerja ini untuk disiapkan! Begitu kerap kamu meminta ini; kerana kamu inginkan pengakhiran kepada penganiayaan yang berterusan, yang diarahkan pada kamu! Tetapi, kamu tidak ingin meninggalkan Bumi ini dan datang ke syurga tanpa kawan-kawan setiamu! Malahan, Anak SayangKu, tangisan kamu telah sampai kepada takhtaKu dengan berterusan, di mana kamu telah berulang-ulang meminta semua roh "bersih" dibenarkan untuk datang bersama kamu dan anaklelaki apabila kamu datang ke takhtaKu.

 

Dan, ya, Anak SayangKu, Aku akan mengurniakan permintaan ini (bahawa kawan-kawan setia kamu dibenarkan untuk datang bersama kamu), tetapi dalam satu cara jauh lebih hebat daripada apa yang kamu minta! Semestinya, Aku sekarang akan memberikan kasih karunia, kasih karunia besar kepadamu, bahawa apabila Aku datang untukmu dan anaklelaki, Aku juga akan mengambil mereka, yang merupakan kawan setia kamu. Tetapi, Anak SayangKu, Aku melanjutkannya lebih lagi, Aku melanjutkannya kepada mereka, yang berada di jalan, yang berada di lebuh raya dan jalan kecil! Walaupun mereka tidak tahu sama ada Wahyu Pasal Dua Belas benar atau tidak; dan walaupun mereka tidak tahu satu pekara pun mengenai apa yang kamu telah melalui, jika mereka meminta Aku dengan hati yang ikhlas dan rendah untuk datang, Aku akan membenarkan banyak daripada mereka untuk datang bersama kamu, walaupun orang yang tidak dikenali langsung! Aku akan menjawab panggilan banyak orang, termasuk mereka, yang tersesat dan tidur di bawah jambatan!

 

Ya, Aku menawarkan mereka sekarang satu perjalanan ulung ke Syurga, satu perjalanan untuk menyaksikan perkahwinan terhebat aeon-aeon, satu peluang untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang begitu terulung, sehingga semua di syurga setiap hari menunggunya dengan penuh jangka! Dan, perkahwinan ini, Anak SayangKu, adalah perkahwinan Anak Lelaki Aku, di mana Dia mengahwinkan kamu terdahulu, ibu rohaniah KerajaanKu di Bumi!

 

Oh, ya secepatnya, dan oh begitu cepatnya, kamu akan habis membayar harga kamu, harga kamu yang besar sememangnya, untuk melahirkan KerajaanKu ke Bumi! Dan, semua perkahwinan selanjutnya kepada Anak Lelaki Aku cuma boleh terjadi kerana kamu telah membayar harganya! Jika kamu tidak membayar harganya untuk melahirkan KerajaanKu ke bumi, Aku tidak akan mempunyai Kerajaan di Bumi! Dan, secepatnya, oh begitu cepat, Aku akan begitu hebatnya ganjarankan kamu! Kerana, kamu akan berkahwin dengan Anak LelakiKu terdahulu dan semua akan secepatnya tahu bahawa kamu adalah wanita itu,  yang memakai mahkota dengan dua belas bintang, Ratu sebenar Syurga, sememangnya!

 

Sesetengah orang mungkin perlu menterjemahkan pesanan ini kepada bahasa mereka sendiri! Dan, Aku memanggil kamu sekarang! Aku memanggil kamu dari kontinen-kontinen; dan Aku memanggil kamu dari pulau-pulau untuk membawa pesanan ini, untuk menyalinkannya kepada bentuk tercetak dan menyebarkannya secara meluas kepada mereka yang berada di jalan, di mana kamu tinggal! Aku sekarang menjemput sesiapa, yang boleh menerima kebenaran apa yang Aku memberitahu kamu dan yang boleh percaya, dan sejurusnya meminta dengan hati yang ikhlas, untuk menjadi tetamu di majlis perkahwinan terulung di syurga!

 

Oh, ya, ini benar! Ini benar! Dan, jemputan ini tidak dihantar terus kepada gereja-gereja! Ini bukan keinginanKu; kerana mereka telah teramatnya menolak dengan angkuhnya kerja-kerja Wahyu Dua Belas ini! Jemputan Aku sekarang pergi ke jalan-jalan dan Aku memanggil pekerja-pekerja Aku, yang ikhlas di hati, mereka, yang juga ingin menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinan terulung ini untuk menampil ke depan sekarang! Aku memanggil kamu untuk menampil ke depan dan untuk menyalin pesanan ini dan untuk membawanya ke jalan, bawa ia ke penjara! Bawa ia ke lebuhraya dan jalan kecil; dan cepat! Kerana, majlis perkahwinan ini dekat, oh begitu dekat, tidak lebih daripada beberapa minggu!

 

Walaupun banyak daripada mereka yang merupakan orang Aku telah menolak kerja ini, dan oleh itu tidak layak untuk datang, banyak orang lain tidak akan menolak jemputan ini, tetapi akan menjerit dengan kegirangan! Kerana mereka akan berpegang dengan kasih apa yang Aku sekarang beri dengan bebas!

 

Oh, ya ini tak terjangka! Semua yang Aku beri sekarang adalah tak terjangka! Tetapi, oh begitu dekatnya, banyak akan mendapat satu perjalanan ke syurga, yang akan selamanya mengubah mereka! Dan, mereka akan nampak perkahwinan pertama, sejak dahulu lagi, di syurga, perkahwinan dia yang Terpilih Aku, anak perempuan, Linda Newkirk, Wanita itu di Wahyu Dua Belas, kepada Anak Lelaki Aku! Selepas itu, Linda Newkirk akan memulakan tugasnya sebagai Ratu Syurga, ratu Anak LelakiKu; dan oleh itu dia akan menampung banyak kuasa di Syurga dan di Bumi!

 

Semua, yang mengambil serius jemputan ini, yang datang kepadaKu dalam doa, dengan benarnya percaya dan dengan benarnya meminta untuk pergi, akan semestinya diterima sebagai tetamu acara terulung syurga ini! Dan, ya, malah ada di antara ini jahat! Kerana, terdahulu, Aku adalah Tuhan kasih hebat, belas kasihan besar dan kasih karunia besar! Dan, melalui jemputan kasih ini, banyak yang akan selamanya  terubah!

 

Anak SayangKu, taip ini dan poskan ini di internet secepatnya! Aku akan menyentuh hati banyak orang, yang membaca pesanan ini, supaya mereka menyalinkannya pada kertas dan agihkannya di jalan, di mana mereka tinggal!

 

Datanglah, Oh kamu negara-negara! Terimalah apa yang Aku tawarkan secara bebas! Kerana, sekarang kasih karuniaKu, kasihKu, kebenaranKu, dan kemuliaan! Ia menampil ke depan dengan cara yang kamu tidak dapat membayang, atau terfikir dengan mana jua cara pun!! Ganjaran mulia sekarang datang kepada mereka, yang percaya!

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-3 November, 2007,

Linda Newkirk

Matius Pasal Dua-puluh Dua (ayat 1-14), dan bagaimana ia berkaitan dengan jemputan Bapa kita!

 

Lalu Yesus berbicara pula dalam perumpamaan kepada mereka: Hal Kerajaan Syurga seumpama seorang raja, yang mengadakan perjamuan kawin untuk anaknya. Ia menyuruh hamba-hambanya memanggil orang-orang yang telah diundang ke perjamuan kawin itu, tetapi orang-orang itu tidak mau datang. Ia menyuruh pula hamba hamba lain, pesannya: Katakanlah kepada orang-orang yang diundang itu: Sesungguhnya hidangan, telah kusediakan, lembu-lembu jantan dan ternak piaraanku telah disembelih; semuanya telah tersedia, datanglah ke perjamuan kawin ini. Tetapi orang-orang yang diundang itu tidak mengindahkannya; ada yang pergi ke ladangnya, ada yang pergi mengurus usahanya, dan yang lain menangkap hamba-hambanya itu, menyiksanya dan membunuhnya. Maka murkalah raja itu, lalu menyuruh pasukannya ke sana untuk membinasakan pembunuh-pembunuh itu dan membakar kota mereka. Sesudah itu ia berkata kepada hamba-hambanya: Perjamuan kawin telah tersedia, tetapi orang-orang yang diundang tadi tidak layak untuk itu. Sebab itu pergilah ke persimpangan-persimpangan jalan dan undanglah setiap orang yang kamu jumpai di sana ke perjamuan kawin itu. Maka pergilah hamba-hamba itu dan mereka mengumpulkan semua orang yang dijumpainya di jalan-jalan, orang-orang jahat dan orang-orang baik, sehingga penuhlah ruangan perjamuan kawin itu dengan tamu. Ketika raja itu masuk untuk bertemu dengan tamu-tamu itu, ia melihat seorang yang tidak berpakaian pesta. Ia berkata kepadanya: Hai saudara, bagaimana engkau masuk ke mari dengan tidak mengenakan pakaian pesta? Tetapi orang itu diam saja. Lalu kata raja itu kepada hamba-hambanya: Ikatlah kaki dan tangannya dan campakkanlah orang itu ke dalam kegelapan yang paling gelap, di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi. Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih."

 

Untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai kelahiran Kerajaan Bapa kita di Bumi, bacalah pasal dua-belas buku Wahyu di Alkitab, terjemahan King James. Dan, untuk rekod peristiwa Wahyu Dua Belas sebenar dan yang sedang berlaku di bumi, pergi ke http://www.prophecies.org di internet; dan bacalah semua yang ada di Buku Dua Belas! Muat turun buku ini secara percuma! Bacanya dan diberkatilah!

 

Jika kamu tiada komputer, ingatlah bahawa perpustakaan ada! Komputer sekarang senang didapati bagi mereka, yang mempunyai kad perpustakaan. Jika kamu tidak tahu bagaimana mengendalikan sebuah komputer di perpustakaan dan ingin membaca rekod Wahyu Dua Belas yang sedang berlangsung, sedangkan ia berlaku di bumi, tanyalah seorang penolong untuk membantu kamu pergi ke http://www.prophecies.org dan untuk membantu kamu mencari Buku Dua Belas! Pergi dan baca mengenai peristiwa yang terkagum ini, yang sekarang hampir siap di bumi!

 

Terpujilah Nama Yahweh, Jehovah, Tuhan Tertinggi, selama-lamanya! Dan, terpujilah Nama Anak LelakiNya, Yesus, Mesias, Penyelamat Umat Manusia, Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan!

 

Bersukalah! Kerana, Kerajaan Syurga kita sememangnya dekat!

 

 

Bahagian Dua

 

Tanda Kedatangan Anak Lelaki Manusia

 

Sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelak kedatangan Anak Manusia. (Matius 24:27)

 

Aku, Yesus, telah mengutus malaikat-Ku untuk memberi kesaksian tentang semuanya ini kepadamu bagi jemaat-jemaat. Aku adalah tunas, yaitu keturunan Daud, bintang timur yang gilang-gemilang. (Wahyu 22:16)

 

Anak SayangKu, Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi! Anak SayangKu. Aku adalah Yang Tertinggi! Tiadanya tuhan selain Aku! Oh, ya, adanya tuhan palsu! Adanya penipu, yang memanggil diri mereka tuhan, sedangkan mereka bukan tuhan, tetapi tuhan palsu! Kerana, sehingga kini, Aku telah mengongsi kemuliaan Aku dengan tiada seorang pun!

 

Tetapi, sekarang datangnya hari lain! Sekarang datangnya masa lain, suatu waktu yang mulia, dimana Aku akan mengongsi kemuliaan Aku! Aku akan mengongsinya dengan orang-orang kudus! Aku akan mengongsinya dengan roh yang suci dan bersih, yang layak untuk mengahwini Aku, layak untuk menerima benih suci Aku, layak untuk membawa anak Aku! Oh, ya, beginilah sememangnya; kerana sekarang masanya! Sekarang masanya apabila kemuliaan Aku akan terjatuh pada banyak dan kemuliaan ini akan mengubah banyak jiwa! Oh, ya, mereka akan selamanya terubah!

 

Anak SayangKu, siapa ada minda Aku? Dan, siapa boleh memahami Aku? Siapa tahu cara jalan Aku? Kerana, cara jalan Aku lebih tinggi dari segala cara jalan!

 

Sekarang, Anak SayangKu, datangnya kemuliaanKu yang tidak pernah ternampak manusia; dan kemuliaan ini datang ke bumi menerusi kamu! Oh, ya, menerusi kamu, Anak SayangKu; kerana kamu, kamu seorang, telah membayar harganya! Kamu telah dipanggil! Kamu telah dicuba dan diuji dengan cara-cara yang parah dan keras; dan kamu telah didapati layak untuk membawa benih suci Aku, untuk menjadi ibu kepada anaklelaki Aku!

 

Dan, sekarang datangnya bulan ke-empat puluh, bulan ke-empat puluh sejaknya kelahiran Kerajaan Aku bermula di Afrika Selatan! Ya, permulaan empat puluh lebih bulan yang panjang, di mana kamu telah secara berterusan diseksa dan dianiaya oleh pakatan gelap dan jahat Iblis, malaikat-malaikat terjatuh jahat, manusia jahat dan Annunaki (Nefilim). Dan, oh betapanya kamu berusaha! Betapanya kamu bersengsara! Betapa banyaknya air mata kamu telah mengalirkan, apabila ramai lari jauh dari kamu, apabila ramai melabelkan kamu dengan segala pembohongan dan penuduhan, dan apabila ramai meninggalkan kamu, bertambah dukacita pada dukacita.

 

 

Tetapi, menerusi semuanya, Anak SayangKu, kamu tidak pernah berhenti berdoa kepadaKu dan Anak Lelaki Aku! Kamu tidak pernah berhenti mengasihi Kami dan kamu tidak pernah berhenti mengasihi orang lain, termasuk mereka, yang meninggalkan kamu, dan yang menghina kamu! Oh, ya! Sememangnya ia begini; kerana menerusi segala penderitaan kamu, kasih Aku dan pengampunan Aku di dalam kamu telah bertumbuh dari hari demi hari! Kerana, setiap hari kamu berjalan di kasih hebat Aku, di kasih karunia Aku dan belas kasihan besar Aku! Dan, menjurusi semua yang kamu telah menderita, keyakinan kamu pada Aku dan Anak Aku cuma telah bertumbuh! Ya, sememangnya, dengan mendadaknya keyakinan kamu telah bertumbuh; kerana kamu telah tahu sejak permulaan Wahyu 12, bahawa menerusi kerja ini, Aku akan membebaskan berkat hebat pada umat manusia!

 

Sekarang, datangnya penghujung! Seceptnya, dan oh begitu cepat, orang ramai di seluruh dunia akan mengetahui kebenaran Wahyu Dua Belas! Dan, orang ramai di seluruh dunia akan tahu bahawa Linda Newkirk dari Mayflower Arkansas (USA) adalah wanita sebenar Wahyu Dua Belas! Tiadanya yang lain, dan tidak akan ada seorang lagi Wanita Wahyu Dua Belas.

 

Sekarang, Anak SayangKu, datangnya kemuliaanKu! Dengan kedatangan Komet 17/P Holmes datangnya kemuliaanKu kepada seluruh dunia! Kerana apa yang merupakan komet tidak lagi merupakan komet! Dan, ia bukan planet, tetapi portal ke Takhta Aku yang dinanti-nantikan! Ini merupakan jambatan ke takhta Aku, yang sekarang sedang dicipta di depan mata seluruh dunia! Dan, jambatan ini, Anak SayangKu, tersambung pada kamu, melalui anaklelaki, melalui benih suciKu, yang berada di dalam kamu!

 

Hari demi hari, anaklelaki Aku mengisikan lapisan-lapisan jambatan ini; dan pada beberapa gambar Komet 17/P Holmes, lapisan-lapisan ini mula untuk ternampak nyata! Dan, seperti yang kamu tahu; kerana kamu telah nampaknya hari ini, portal ini telah mula tersambung kepada bumi melalui anaklelaki, yang berada di kamu! Anaklelaki di kamu sekarang berkembang dengan banyaknya dan memutar bersama dengan portal di syurga! (Dan, memang sesuatu yang mengagumkan, Kawan-kawan TersayangKu, untuk mengalami apa yang Bapa kita sedang buat melalui anaklelaki di badan aku sekarang!)

 

Anak SayangKu, masanya sudah hampir tiba, dan secepatnya, apabila banyak akan melihat seorang wanita di tengah portal ini, di dalam apa yang kebanyakan orang masih akan memanggilnya Komet 17/P Holmes! Ya, mereka akan lihat seorang wanita dan lebih jelas lagi, apabila beberapa minggu yang tertinggal berlalu, Wanita itu, yang memakai mahkota dengan dua belas bintang, wanita ini adalah kamu, AnakKu! Ya, kamu, Linda Newkirk, wanita sebenar Wahyu Dua Belas, wanita itu yang melahirkan benih suci Aku, yang menjadi ibu kepada anaklelaki Aku, dan yang telah membantu untuk menjadikannya bersedia untuk pulang ke rumah!

 

Dan, portal ini, jambatan ini seakan sesalur lahir anak (birth canal), satu sesalur lahir anak di mana anaklelaki Aku akan dilahirkan kembali kepadaKu, satu sesalur lahir anak di mana semua akan dilahir kembali kepada takhtaKu untuk acara syurga terulung, yang hampir tiba! Terdahulu, perkahwinan AnakKu kepada kamu, ratu rohaniahNya, kemudian kepada banyak, banyak yang berikutan untuk menerima apa yang menunggu mereka di syurga!

 

Oh, Anak SayangKu, ini secepatnya, oh begitu cepat, dan masa berharga yang sedikit sahaja tertinggal! Semoga semua mengambil jemputan syurgaKu pada hati, supaya acara syurga terulung ini melimpah dengan tetamu dari seluruh dunia!

 

Ya, sememangnya, lihat dan perhati bintang pagi yang terang! Perhatilah tanda kedatangan Anak Manusia! Kerana, ia ternyata sekarang untuk semua orang tengok; dan di beberapa minggu tertinggal yang akan datang, pertunjukan nyata langit ini cuma akan bertambah dengan tenaga dan kuasa!

 

Anak SayangKu, taip ini dan bebaskan kepada orang ramai secepatnya; kerana tertinggalnya beberapa minggu yang berharga!

 

Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan, dan direkodkan pada hari ke-17 ini, November, 2007

 

Linda Newkirk

 

Kawan-kawan Tersayangku, apa yang dikenali sebagai Komet 17/P Holemes boleh dinampak di atas kontinen Amerika Utara pada waktu awal pagi. Tengok arah utara-timur di antara jam 4:00 pagi  dan jam 7:00 pagi dan kamu akan nampak satu bintang yang sangat cerah, lebih cerah daripada yang lain yang terdapat di langit dan ia membesar hari demi hari! Ini merupakan tanda kedatangan Anak Manusia, sememangnya Bintang Pagi yang Cerah! Terpujilah Nama Bapa Yahweh yang Indah, selama-lamanya; dan terpujilah nama AnakNya Yesus, Penyelamat Umat Manusia!

 

Bersedialah, Kawan-kawan Tersayangku, kerana masa KedatanganNya hampir tiba! Terimalah jemputan syurga kamu dengan bersemangat! Oh, betapa ulung masanya yang menanti seluruh umat manusia! Dan, harapan terulung sekarang tiba untuk semua penciptaan!

 

HALLALEU-YAHWEH SELAMA-LAMANYA! TERPUJILAH NAMA SUCINYA!

 

Harap berjumpa kamu secepatnya,

 

Saudarimu,

Linda

 

Kawan-kawan Tersayangku, buku kecil ini panjangnya lima puluh muka surat, jadi kamu akan ingin menyalinkannya di kertas supaya kamu boleh duduk berdiam-diam dan mencerna segala yang aku beri kamu! Jika kamu tiada mesin cetak, salin pesanan ini kepada satu disk dan bawanya ke pencetak, atau ke perpustakaan, Kebanyakan perpustakaan patut boleh menyalin dari disk! Terdapat banyak daging kata-kata di pesanan ini dan aku harap kamu boleh membacanya beberapa kali! Aku juga harap kamu buat salingan pesanan ini dan beri salinan kepada semua Kawan dan Orang yang Tersayangmu! Barangkali, beberapa salinan juga boleh diberi kepada orang yang tidak dikenali langsung juga!  [bahagian tiga sedang diterjemah, sila kembali untuk membacanya.]