NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 68

 

Alatan Untuk Penyelamatan!

 

Bagaimana Membersihkan Rumah Rohaniah Kamu!

 

AnakKu yang Diberkati, datang kepadaKu; kerana Aku adalah Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi! Anak SayangKu, lihatlah daging rohaniah di palet ini, yang berada di depanmu; kerana palet daging rohaniah ini dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, Aku telah buka; dan Aku telah beri kamu apa yang patut kamu tulis dari bahagian pertama ini, kecuali satu keping. Ya, Aku telah memberi kamu pesanan, yang kamu belum membebaskan; kerana Aku belum mengharukan kamu untuk membebaskannya! Dan Aku telah membawa kamu secara rohaniah ke banyak tempat dan Aku telah meminta kamu untuk membuat beberapa perkara; tetapi, Aku belum bersedia untuk kamu membebaskan perkara-perkara ini! Aku telah mengakibatkan kamu menaip dan membebaskan apa yang Aku inginkan kamu untuk taip dan bebaskan. Tetapi, tertinggalnya satu keping lagi daging rohaniah dari bahagian pertama, yang Aku ingin memberikan!

 

Alatan Untuk Penyelamatan!

 

Anak SayangKu, di depan kamu merupakan satu kotak alatan dan padanya tertulis perkataan: Alatan untuk Penyelamatan. Anak SayangKu, ingatlah kataku kepada nabi, Yesaya! (Yesaya 10:22) “ Sebab sekalipun bangsamu, hai Israel, seperti pasir di laut banyaknya, namun hanya sisanya akan kembali...” Dan, dinyatakan sekali lagi oleh AnakKu, Paulus, (Roma 9:27) “Dan Yesaya berseru tentang Israel: “Sekalipun jumlah anak Israel seperti pasir di laut, namun hanya sisanya akan diselamatkan.” Dan, pengesahan kata-kata ini merupakan kata-kata AnakKu, Petrus: “Dan jika orang benar hampir-hampir tidak diselamatkan,”...apakah yang akan terjadi dengan yang lain? (1 Petrus 4:18) Anak SayangKu, kata-kata ini adalah benar! JIKA ORANG BENAR HAMPIR-HAMPIR TIDAK DISELAMATKAN, APAKAH YANG AKAN TERJADI DENGAN YANG LAIN? [sesetengah terjemahan menterjemahkannya sebagai- “apakah yang akan terjadi dengan orang fasik dan berdosa?” - kata penterjemah]

 

Anak SayangKu, lihatlah ke dalam kotak alatan ini, pada bahagian kiri, akan ternampak ada beberapa dokumen. Tarik keluar dokumen pertama dan baca perkataan, yang berada di tajuk dan tengok apa yang berada di bawah tajuk itu.

 

Tuhanku, Aku ada dokumen pertama di tanganku dan tajuk dokumen ini adalah “Seni Halus.”

 

Seni Halus!

 

Sangat bagus, Anak SayangKu! Sekarang, pakai cermin mata ini dan baca apa yang kecil dan sukar untuk dilihat.

 

Tuhanku, terima kasih bagi cermin mata indah ini yang Engkau sekarang membenarkan aku untuk melihat melalui; kerana aku tahu bahawa segala yang Engkau beri aku di sini adalah untuk penyelamatan roh! Tolonglah aku, Raja Terpuji, untuk lihat dengan jelasnya dan untuk baca dengan jelasnya apa yang kamu inginkan aku untuk lihat

 

Kemudian, Aku ternampak satu bangunan yang sangat besar. Ia merupakan bangunan berbentuk bulat, putih dan dengan tiang-tiang putih, yang mengelilingi lilitan bangunan itu. Aku sekarang menaiki beberapa tangga batu dan membuka pintu dua-belah bangunan yang kelihatan megah ini! Dalamnya, sangat gelap; kerana lampu telah dipadamkan, sedangkan satu wayang tengah disiarkan pada satu skrin yang sangat besar.

 

Aku tidak ingin untuk melihat wayang ini, kerana pada skrin merupakan seorang lelaki dan wanita dan aku dengan jelasnya nampak mereka merupakan Scarlett O’hara dan Rhet Butler dalam satu babak ghairah wayang, “Gone With The Wind.” Jadi, aku berundur keluar melalui pintu itu.

 

Bapa, aku tidak ingin tengok ini! Aku tidak meminati sebahagian daripadanya itu pun; kerana aku telah menafikan dan meninggalkan dunia jahat ini dan segala nafsu daging! Aku menafikan dan meninggalkan segala fikiran jahat dan segala tindakan jahat! Aku menafikan dan meninggalkan segala benda dalamnya dan tidak ingin apa-apa pun benda; tetapi cuma itu, yang diperlukan untuk aku sekarang dan untuk orang-orang Engkau pada masa depan! Aku cuma inginkan apa yang Engkau inginkan aku untuk miliki; dan aku pilih dan inginkan hasrat sempurna Engkau sahaja untuk hidupku, tidak lebih, tidak kurang!

 

Bapa, kenapa Engkau tunjukkan aku ini; kerana, untuk kira-kira sepuluh tahun, aku cuma ada lihat beberapa pandangan television di restoran dan tempat lain, yang aku melawati. Engkau telah meminta aku untuk meninggalkan televisyen dan wayang; dan untuk kira-kira sepuluh tahun aku telah berusaha berbuat demikian! Jadi, Bapa, kenapa Engkau minta aku masuk ke sana dan menengoknya; kerana Engkau juga tahu bahawa Aku tidak inginkan televisyen, atau wayang, atau apa-apa situasi nafsu hawa daging badan! Aku telah meninggalkan segala ini dan tidak inginkan apa-apa bahagian dalamnya!

 

Anak SayangKu, inilah apa yang orang memanggil seni halus, tetapi teruskan. Tarik keluar dokumen seterusnya dan bacakan tajuknya.

 

“ Laparlah akan Aku!”

 

TuhanKu, Aku ada dokumen kedua ini di tanganku dan tajuk dokumen ini adalah “Laparlah akan Aku.” Sekarang, Bapa, dengan bantuanMu, aku akan mendedahkan apa yang tersembunyi. Tiba-tiba, aku nampak diri aku dan aku sedang berada di dalam tab mandi, di mana aku telah buatkan diriku satu air rendaman berbuih yang indah dan airnya panas suam. Sambil aku berselesa di airnya panas suam yang indah ini, aku tengah membaca kata-kataMu di penulisan purba Pistis Sophia. Tiba-tiba, aku sedar bahawa aku seorang kanak kecil, kemungkinan umur dua atau tiga, dan Aku tengah berdiri di bawah satu meja putih, dan sangat berdekatan dengan satu kaki meja itu. Aku tengah menangis meminta makanan. Aku tidak boleh nampak muka meja itu; tetapi aku tahu ada yang tengah memakan hidangan-hidangan yang sangat sedap, dan aku juga boleh nampak bahawa makhluk-makhluk ini, yang berada di meja ini, merupakan makhluk yang sangat besar.

 

Tiada orang bercakap dengan aku, belum lagi; tetapi apabila aku melaung nangis meminta makanan, satu suara yang kedengaran baik hati berkata kepada aku, “Shhhh, shhhh! kamu sedang mengganggu satu perbualan suci! Kamu sedang mengganggu satu permakanan penting! Kamu mesti diam! Bersabarlah dan tunggu giliran kamu; kerana mereka ini perlu dilayan dulu dan kemudian kamu akan dilayan!”

 

Aku dapat merasa nada serius, suara yang kedengaran sangat baik hati ini dan selepas itu Aku pun berduduk di lantai di sebelah kaki meja putih ini dan aku mula menyanyikan satu lagu! “Yesus kasihi aku. Ini aku tahu; kerana Alkitab mengajarku!” Dan, dengan suara rendah aku menyanyi kepada diriku! Kemudian, dalam satu penglihatan, termunculnya di depanku Penyelamat Indah kita, dan dia begitu dekat dengan aku. Dia mencapai aku dan Dia berkata, “Datanglah kepadaKu, oh kamu kanak-kanak kecil! Datanglah semua, yang dibeban berat; dan Aku akan mengambil beban kamu! Aku akan menyembuhkan hati hancur kamu! Aku akan meringankan jalanmu; kerana bebanKu senang dan kuk Aku ringan!”

 

Ahli Sihir Jahat Dunia

 

Kemudian, aku ternampak seorang ahli sihir yang teramat hodoh, dia seorang wanita yang gelap, jahat, dan busuk; dan sedangkan Penyelamat kita berkata kata-kata ini kepadaku, dia tengah menangkap banyak kanak-kanak kecil yang kotor, lapar, dan menangis; kerana begitu banyak yang berkeperluan! Dan, sebelum mereka langsung boleh berfikir untuk berpaling kepada Penyelamat kita, kerana mereka dapat mendengar Dia, ahli sihir jahat ini menangkap mereka dan mendudukkan mereka semua di meja -meja kecil dan memberi mereka makan daging khinzir, lemak haiwan, darah dan dalaman, dan gula-gula yang tiada nutrien. Kemudian, dia beri mereka pas “percuma” ke wayang-wayang; dan dengan tiba-tiba dia mencapai ke kotak harta karunnya dan berkata, “Satu basikal untuk Timmie, Satu kereta mainan untuk Marianna, satu komputer baru untuk Joel, satu papan luncur untuk Si Johnnie,” dan sedemikian dia berterusan; kotak harta karunnya diisi dengan benda yang mententeramkan deria-deria!

 

Mereka Mengasihi Dunia!

 

Oh, Tuhanku, ini begitu teruk; kerana begitu ramai dapat mendengar suaraMu; tetapi, Tuhanku, sebelum mereka langsung boleh datang kepadaMu, ahli sihir jahat ini menangkap mereka dan menggoda mereka dengan benda-benda di dunia! Oh, Bapa, ini terlalu dahsyat untuk dihuraikan dengan perkataan; kerana mereka tidak boleh nampak bahawa mereka sedang ditipu helah! Mereka tidak boleh nampak mereka tengah diperbodohkan! Mereka tidak boleh nampak bahawa mereka sedang menikmati apa yang palsu, menikmati illusi dunia! Mereka tidak sedar bahawa semua yang mereka mengidamkan hari ini akan terhilang keesokan harinya. Bapa, begitu sedihnya begitu banyak roh juga akan terhilang keesokan harinya, dan banyak daripada mereka pergi ke hukuman yang berapi dan dahsyat! Oh, Penyelamat Terpuji, mereka mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan mereka gagal memahami konsep hidup kekal dan gagal memahami konsep penyelamatan! Bapa, dunialah mereka kenal dan kasihi. Itu di mana hati mereka berada. Itu merupakan apa yang mereka idamkan; tetapi, Bapa, Engkau, Engkau, Oh Yesus Terpuji, Pencipta Segalanya, yang datang dan mati untuk penyelamatan kita, supaya kita boleh terselamat, ya, Engkau, mereka tidak kenal mahupun inginkan!

 

Oh, Bapa, jika Engkau tidak membuatkan mereka terbangun kepada ahli sihir jahat dan tipu helahnya yang banyak dan membangunkan mereka kepada sifat sementara dunia ini dan segala yang ada di dalamnya, mereka tidak akan mengenali Engkau! Kerana, kebisingan dunia menutupi panggilan lembut Roh Tuhan!

 

...hanya sisanya akan diselamatkan

 

Sekarang, Anak SayangKu, adakah kamu memahami kata-kata Yesaya? (Sekalipun jumlah anak Israel seperti pasir di laut, namun hanya sisanya akan diselamatkan...)

 

Oh, Bapa, Aku memahaminya dan aku telah memahaminya dengan baik. Kerana, Tuhanku, aku telah memberi amaran kepada orang ramai melalui pesanan nubuat ini untuk keluar dari dunia, untuk melepaskan televisyen, untuk melepaskan wayang, untuk melepaskan tempat sosial yang tidak berguna, untuk melepaskan permainan minda yang tak habis-habis di dunia, seperti mainan video yang mengawal minda, seperti bahan-bahan lucah dan begitu banyak lagi perangkap dahsyat di dunia. Aku telah memberi amaran kepada mereka berulang-ulang, dan menerusi kata-kata Engkau, untuk bertaubat, dan untuk menjadikan jalan mereka Lurus di depanMu, oh Raja Gagah Perkasa, untuk mematuhi perintah-perintahMu, untuk mengasihiMu di atas segalanya dan untuk mengasihi orang lain. Aku telah berkata kepada mereka, seperti yang Engkau suruh aku untuk berkata kepada mereka, untuk berkelakuan benar di segala urusan mereka; dan begitu banyak amaran-amaran lain aku telah memberi mereka, seperti yang Engkau memberitahu aku untuk memberi kepada mereka dan untuk mengingatkan mereka.

 

Mereka Ketagih kepada Dunia!

 

Tetapi, Bapa, mereka juga ketagih kepada televisyen. Mereka ketagih kepada wayang. Mereka ketagih kepada komputer. Mereka ketagih kepada mainan video! Mereka ketagih kepada bahan lucah! Mereka ketagih kepada wain dan minuman keras! Mereka ketagih kepada segala benda-benda dunia dan benda-benda dunia ini merupakan patung dan tuhan mereka; dan mereka enggan melepaskannya, tetapi menutup mata dan telinga kepada segala amaran sedemikian untuk melepaskan perangkap-perangkap dunia sedemikian! Kerana, mereka percaya bahawa mereka berkelayakan kepada benda-benda sedemikian dan berkelayakan untuk mempunyai hasrat bebas untuk memilih benda sedemikian, walaupun pilihan mereka mengakibatkan mereka untuk tenggelam dalam kegelapan dan kekecewaan, dan untuk terputus dari Engkau dan dari Roh Engkau!

 

Bapa, Aku telah melepaskan benda-benda sebegini seperti televisyen dan wayang, cuma kerana kekerasanMu terhadapku berkaitan benda-benda ini! Untuk pilihan dunia lain yang aku kehilangan, Tuhanku, aku cuma boleh berkata bahawa Engkau mendengar tangisanku terhadap Engkau! Engkau tahu bahawa aku mengidamkanMu, tetapi Aku tersesat dan tidak dapat mencari Engkau di gereja-gereja. Jadi, Engkau melawati aku dan bawa aku bawah pembetulan sehingga aku sudi membuat apa yang perlu untuk melepaskan kejahatan dan untuk membersihkan hidupku!

 

Tuhanku, itu sudah hampir lebih dua puluh satu tahun dahulu dan hampir dua puluh tiga tahun dahulu sejak Engkau melawati aku dan menyembuhkan hati terhancur aku. Bapa, aku berterima kasih kepada Engkau untuk segala pembetulan, yang Engkau letak padaku, yang Engkau bawa pada kepalaku! Kerana, pembetulan ini teramat diperlukan untuk aku melihat kesilapan cara jalanku dan untuk bertaubat bagi banyak, banyak perkara!

 

Tetapi, Tuhanku, banyak yang tidak mengidamkan Engkau! Mereka tidak mencari Engkau; kerana Engkau tidak menjadikan hidup mereka cukup menderita! Jadi, mereka tidak mahu bertaubat, tetapi terus dengan hidup mereka yang rosak!

 

Sekarang, Anak SayangKu, adakah kamu lebih memahami kata-kataKu melalui Petrus, yang juga membayangkan kataKu kepada Yesaya: “Jika orang benar hampir-hampir tidak diselamatkan...” apakah yang akan terjadi dengan orang lain?

 

Ya, Tuhanku, Aku memahami dengan baik kata-kata itu; tetapi, TuhanKu, Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau akan membernarkan aku untuk melihat penyelamatan bilangan orang yang terbanyak, jadi bagaimana ini akan terjadi sedangkan bilangan orang terbanyak enggan mencari Engkau, tetapi mengasihi dunia dan apa yang ada di dalmnya!

 

Aku Akan Mula Mengambil Apa Yang Orang Ramai Kasihi!

 

Ini dikatakan dengan bagus, Anak SayangKu; dan ianya begitu benar! Dan, kata-katamu sememangnya betul, bahawa Aku berjanji kepada kamu untuk membenarkan kamu melihat penyelamatan bilangan orang terbanyak; dan sedangkan bilangan orang terbanyak mengasihi dunia jahat ini dan apa yang ada di dalamnya, dan tidak mengasihi Aku, Aku akan mula mengambil apa yang orang ramai kasihi, apa yang dari dunia ini.

 

Aku Telah Mengoyakkan PerjanjianKu Dengan Negara Ini!

 

Buatlah satu rekod mengenai ini! Kerana, Aku telah menunjukkan kepadamu apa yang telah Aku buat! Tengok dan fahaminya, Oh, orangKu di Amerika! Aku telah mengoyakkan perjanjianKu dengan negara ini! Aku mengambil setengah daripadanya dan letakkannya juga di api; dan Aku mengambil setengah yang satu lagi dan letakkannya di api! Adakah kamu mendengar Aku, oh orang Amerika? Aku tidak lagi duduk sebagai ketua negara ini! Iblis, rakannya dan tuhan-tuhan duduk sebagai ketua negara ini.

 

Gereja-gereja Telah Menjadi Buruk Dan Tidak Sesuai Untuk Digunakan!

 

Gereja-gereja di negara Amerika ini telah terlampau menjadi buruk! Mereka berbau busuk! Mereka tidak sesuai untuk digunakan! Mereka telah menjadi buruk! Mereka sama ada dipenuhi dengan api asing, ataupun tiada api langsung! Mereka penuh dengan tulang orang mati, orang mati, lelaki, wanita, dan kanak-kanak mati!; dan mereka telah menjadi buruk! Mereka telah menjadi buruk dan tidak sesuai untuk digunakan! Oleh itu, Aku telah mengoyakkan perjanjianKu dengan Amerika! Serigala telah terbangkit dan mengambil alih di semua tahap! Domba-domba adalah buta, semuanya kecuali beberapa; dan beberapa ini Aku ada simpan di tapak tanganKu! Dengan beberapa ini Aku ada perjanjian; dan Aku ada perjanjian dengan mereka ini kerana sebab-sebab di bawah:

 

Kenapa Aku Ada Perjanjian Dengan Yang Setia!

 

1.      Domba-domba ini kasihi Aku lebih dari segalanya;

2.      Domba-domba in kasihi Aku dengan seluruh hati mereka, dengan seluruh roh mereka, dengan seluruh minda mereka dan dengan seluruh tenaga mereka;

3.      Domba-domba ini dengar suaraKu dan domba-domba ini mengikuti Aku; kerana mereka "terserah penuh" kepadaKu;

4.      Domba-domba ini telah keluar dari dunia dan semua perangkapnya; kerana mereka telah mendengar dan menerima amaran-amaranKu untuk keluar dari dunia, untuk melepaskan dunia dan segala ilusi dan perangkapnya;

5.      Dan, akhirnya, domba-domba ini semuanya bersih di depanKu, bersih tak berbintik; kerana mereka telah menghabiskan banyak masa dalam doa dalam, mencari Aku dengan sepenuh hati mereka, mencari dan meminta Aku untuk memaafkan semua dosa mereka dan untuk menyembuhkan semua luka mereka, rohaniah dan emosi; dan mencari dan meminta Aku untuk meletakkan pengampunan di hati mereka terhadap semua, malah terhadap musuh terdahsyat mereka!

 

Dan, Aku telah berbuat satu kerja di dalam domba-domba ini untuk menjadikan mereka bersih di dalam dan luar!  Tiadanya "kubur yang diputihkan" di antara domba-domba ini; kerana apa yang seseorang nampak di luar, seseorang juga ternampak apa yang ada di dalam dan merentasi semua kerja-kerja mereka! Kerana, mereka benar dan suci untukKu! Dan, dengan mereka ini, di Amerika dan di negara-negara di seluruh dunia, Aku telah membuat satu perjanjian! Tetapi, dengan Amerika dan semua negara-negara di seluruh dunia, Aku telah mengoyakkan kontrak Aku; kerana mereka telah menyerahkan diri mereka kepada BINATANG itu!

 

Satu Garisan Pembahagi Hebat...Aku Telah Lukiskannya!

 

Dengarlah Aku dalam hal ini; kerana satu garisan pembahagi hebat telah dilukis! Aku telah melukiskannya! Cuma ada yang telah, ataupun akan, bersama Aku dan rumahKu mula dari masa ini, tiada pertengahan jalan! Mereka, yang berada di pertengahan jalan, adalah berada di dunia; dan jika kamu berada di dunia dan kasihi apa yang ada di dunia, kamu berada di kem Iblis.

 

Berwaspadalah Pada Doktrin Palsu:

 

Melayan Aku; Dan Kamu Tidak Perlu Menderita!

 

Dengarlah Aku, oh orang ramai, bukan sahaja di Amerika, tetapi di seluruh dunia! Jalanku merupakan jalan itu yang Lurus dan Sempit. Tiadanya jalan lain! Dengar amaran ini, oh kamu pendakwah dan nabi, yang mengajar doktrin palsu, bahawa jika kamu melayan Aku dan berbuat betul, kamu tidak perlu menderita! Kerana, jika kamu melayan Aku dan berbuat betul, kamu akan menderita. Kerana, Iblis dan ahli sihir jahat dunia ini, bila nampak kamu putih dan bersih secara rohaniah, akan mengejar kamu dengan penuh dendam. Dia akan meletakkan segala perangkap dan jerat yang mungkin di depanmu! Dia akan menggoda kamu dan setan-setannya akan mengejar kamu! Dia akan mengganggu kamu di mimpimu dan dia akan membuat segala di dalam kuasanya untuk mengawal minda kamu! Dia akan menculik banyak daripada kamu dan bawa kamu ke kapalnya, dan dia akan membiuskan kamu dengan dadah! Dia akan tengok segala kelemahanmu dan dia akan menghentam tempat-tempat ini dengan segala jenis pengawalan minda, penyerangan setan-setan dan penggodaaan. Dia juga akan menghantar setan-setannya untuk merogolmu dan mengocokkan kamu di pekara daging badan sehingga kamu mengaku setiap satu dosa dan melepaskan benda-benda daging badan. Jika kelemahan kamu adalah alkohol, dia akan menghantar setan kuat kepadamu, yang akan memasuki badanmu, dan yang akan mengambil alih minda kamu dan memaksa kamu meminum alkohol! Dan, kamu akan minum pada kebanyakan kes, jika ini merupakan kelemahanmu, sehingga kamu mengaku semua dosa kamu dan mencari Aku dengan penuh kesungguhan untuk menyembuhkan lubang-lubang di hatimu!

 

Pembohongan Dahsyat!

 

Kebodohan besarnya yang kamu berkata apabila kamu memberitahu orangKu untuk hidup dengan betul dan Iblis tidak akan menggoda kamu! Sudahkan kamu melupakan Ayub? Sudahkah kamu melupakan nabi-nabi dan rasul-rasul, yang dibunuh kerana kasih mereka terhadapKu? Sudahkah kamu terlupa bahawa Aku, juga, dibunuh, kerana Aku datang untuk menyelamatkan kamu?

 

Mereka, Yang Menginginkan Penyelamatan

 

Akan Membayar Dengan Bayaran Tinggi

 

Mereka yang pilih kebenaran, yang menginginkan penyelamatan, iaitu hidup kekal, akan membayar dengan bayaran tinggi! Mereka akan membayar dengan penderitaan besar di badan mereka. Mereka akan mengalami kehilangan di keluarga dan di antara kawan-kawan mereka; kerana Iblis akan berusaha untuk memberi mereka dukacita dalam segalanya! Ramai akan meninggalkan serta mengabaikan mereka dan bangkit menjadi saksi palsu terhadap mereka; kerana Iblis akan memasuki mereka, sama seperti dia memasuki Yudas, yang mengkhianati Aku! Ya, banyak akan bangkit untuk mengkhianati mereka yang benar, untuk berbuat kepada mereka segala yang melukakan, untuk memfitnah nama baik mereka, dan untuk bantu memusnahkan mereka, malah untuk membunuh mereka.

 

Ingin Tinggal Di Zon Selamat,

 

Yang Juga Merupakan Tinggal Di Dunia!

 

Terlampau lebih daripada kamu ingin untuk menjadi lurus bendul! Terlampau banyak daripada kamu ingin tinggal di zon "selamat" itu, iaitu zon "di dunia" dan kamu bergembira dalam diri kamu, kerana semuanya elok-elok belaka untukmu, dan kamu tidak perlu menderita, sebagaimana anak perempuanKu, Linda Newkirk telah menderita! Tetapi, kamu, dalam kejahilan besar kamu, langsung tidak sedar bahawa anak perempuan terpilih Aku, Linda Newkirk, teramat diberkati; kerana dia mendengar suaraKu dan mematuhi Aku! Aku telah memanggilnya dan Aku ada satu kontrak dengannya; kerana dia merupakan ibu kepada anak lelaki api dan cahayaKu!

 

Berwaspadalah Pada Hamba-hamba Iblis!

 

Tetapi, terlampau banyak daripada kamu memandangnya dengan ejekan, dengan penghinaan, dengan pengolokan dan pencacian dan kamu cepat percaya semua pembohongan seperti pembohongan yang disebarkan oleh seorang yang dimiliki Iblis, Elizabeth Sheri Elijah Nikomia! Ya, kamu cepat mengikuti yang ini, Elizabeth Sheri Elijah Nikomia! Dia memanggil dirinya hamba Aku, sedangkan dia bukan hamba Aku, tetapi hamba terpilih Iblis dan hamba terpilih kuasa ghaib gelap di dalam CIA dan cabang pengawalan minda Kerajaan U.S. yang lain! Dengan mulutnya yang kuat dan kasar, dia telah memuntahkan pembohongannya, penghinaannya dan penyaksian palsunya terhadap hamba Aku, Linda Newkirk, untuk lebih dari sembilan tahun! Dan, penyebar benci dan niat jahat di kerajaan U.S. dan cabang-cabang perisikan Kerajaan U.S. telah mengekalkan kebencian sebegini di tempat paling atas dalam injin cari (internet) nombor satu di negara ini dan tempat lain; kerana mereka benci kerja-kerja ini! Iblis benci kerja-kerja ini; dan berapa daripada kamu yang menjadi lebih bijaksana? Ya, kamu mengikuti wanita ini, Elizabeth Sheri Elijah Nikomia, yang mendakwa dia melayan Aku, sedangkan dia tidak melayan Aku langsung, tetapi merupakan produk asuhan Satanik dan organisasi pengawalan minda ghaib gelap CIA!

 

Yang Buta Mengikut Yang Buta!

 

Oh, kamu ini yang generasi jahat dan menzina! Buta dan pekak, kamu lari dan menerjun dari tebing bukit! Kerana, kamu enggan bertaubat! Kamu enggan menghabiskan masa berkualiti dengan Aku supaya Aku boleh membersihkan kamu di dalam! Tidak, ini kamu tidak buat, tetapi ingin berfikir diri kamu bersih apabila kamu membuatkan diri kamu bersih di luar, tetapi dalam kamu dipenuhi dengan tulang orang mati dan daging reput!

 

Oh, kamu ini yang generasi jahat dan menzina! Untuk begitu lama aku telah merayu! Tetapi, kamu tidak mahu jalan yang Luris dan Sempit; kerana ia terlalu sukar untukmu! Jadi, untuk menyesuaikan kehendakmu, kamu mencari jalan lain dan jalan lain ini dipenuhi dengan kereputan dan kekotoran, tetapi kamu tidak nampaknya! Kerana, kamu, juga, dipenuhi kereputan dan kekotoran! Ini sebabnya kamu tidak nampak kesilapan jalanmu dan kenapa begitu banyak daripada kamu mengikut nabi dunia dan gereja dunia. Mereka memberitahu kamu apa yang kamu ingin dengar. Oleh itu, kamu terus berada di tempat selesamu, di antara keinginan duniamu, dengan hati duniamu bertenang! Kerana, kamu teruskan dengan hidupmu dan hidup kamu tetap sama. Jadi, berdasarkan hujah kamu, kamu mesti sedang berbuat pekara yang betul.

 

Banyak Yang Tidak Boleh Membezakan Betul Dan Salah!

 

Sebaliknya, kamu lihat hamba Aku, Linda Newkirk, dan ramai daripada kamu berhujah antara kamu sendiri, bahawa dia mesti berada pada jalan “salah”; kerana begitu dahsyatnya kesengsaraan dia, dukacitanya dan penderitaannya. Tetapi, betapa silapnya kamu! Kerana Aku telah meletakkan dia di tempat suci, sememangnya di satu tempat yang merupakan padang gurun dan Aku jaga dia di sana dengan Anak Lelaki api dan cahaya suciKu! Malang baginya, Aku juga telah meletakkan Iblis di depan mukanya; kerana ini juga merupakan kata tertulis Aku! Dan, beberapa daripada kamu ingat bahawa dia “dilaknat”, tetapi, Aku memberitahu kamu bahawa Linda Newkirk adalah diberkati, diberkati sememangnya; kerana dia merupakan ibu kepada Anak Lelaki Kecil cahaya dan api Aku; dan dia merupakan ibu rohaniah kepada semua Anak Aku di dunia, sememangnya ibu rohaniah kepada semua anak Aku! Oleh itu, Linda Newkirk teramat diberkati, malah dia lebih terberkat berbanding dengan semua wanita.

 

Amaran Bapa Yahweh

 

Kepada Elizabeth Sheri Elijah Nikomia

 

Tetapi, betapa ramainya mereka yang jahat bangkit untuk bersuka pada penderitaannya, untuk menentang dan menjerit di atas pokok, dan kepada seluruh dunia, menyebarkan tuduhan menipu bertubi-tubi. Dan, kamu, Elizabeth Sheri Elijah Nikomia, merupakan ketua di antara mereka! Dan, jika kamu tidak bertaubat bagi cara jalan kamu yang jahat, Elizabeth Sheri Elijah Nikomia, kamu akan nampak api neraka dan kamu tidak akan keluar daripadanya untuk masa yang sangat lama, itupun kalau kamu keluar langsung.

 

Kerana, ilmu sihir, Aku benci! Cara jalan membohong, menipu, Aku benci! Doktrin palsu, Aku benci! Fitnah, Aku benci! Keangkuhan, Aku benci! Membunuh, Aku benci! Elizabeth Sheri Elijah, adakah kamu menerima pesanan Aku? Aku membenci cara jalan jahat kamu dan cara kamu menggunakan orang Aku dan kemudian melempar mereka ke tepi! Aku memberi amaran kepada kamu untuk bertaubat bagi cara jalan jahat kamu; kerana kamu tidak tahu bila Aku akan membawa tukul penghakiman turun pada rumah jahat kamu! Kerana , Aku telah memberimu lebih daripada sembilan tahun kasih karunia! Kamu sekarang berada di tahun ke-sepuluh penipuan kamu terhadap hamba aku, Linda Newkirk; tetapi kamu masih bangkit untuk memuntahkan pembohongan kamu, untuk mengolok-olokkan Aku dan hamba sebenar Aku! Jika kamu tidak bertaubat, secepatnya dengan cara yang besar, Aku akan menghumban kapakKu pada akarmu! Kerana, Aku adalah Pencipta! Aku, seorang diri, adalah Pencipta; Aku, seorang diri adalah Penyelamat, dan Aku, seorang diri, mempunyai kuasa untuk menyelamatkan roh dan kuasa untuk memusnahkan roh!

 

Dan, dengan ini, Anak SayangKu, kita akan berhenti bagi sekarang, tetapi akan bersambung dengan pesanan ini

 

Kemudian!

 

 

Pesanan Bapa Kita Bersambung...

 

Febuari 21, 2010

 

Konsep-konsep Yang Sangat Penting... Untuk PengantinKu!

 

Bantuan Yang Amat Diperlukan Untuk Semua!

 

Anak SayangKu, Aku Bapamu Yahweh, Tuhan Tertinggi; dan Aku datang kembali kepada kamu pada hari yang sama ini, supaya kita boleh meneruskan kerja ini! Kerana, Aku perlu berkongsi beberapa konsep yang sangat penting berkaitan dengan apa yang Aku menjangkakan untuk PengantinKu, tetapi juga, Anak SayangKu, Aku akan menyertakan beberapa bantuan yang amat diperlukan untuk semua orang, yang ingin untuk menjadi bersih, tetapi tidak boleh melepaskan diri dari penderitaan dahsyat masa lalu! Dan, kerana mereka tidak boleh melepaskan diri dari penderitaan yang begitu dahsyat, hari demi hari mereka kian menjadi banduan mereka. Anak SayangKu, adakah kamu faham bahawa apa yang Aku telah berikan sehingga tahap ini dan sebabnya?

 

TuhanKu, Aku percaya bahawa aku faham dengan baiknya semua yang Engkau telah berikan; tetapi untuk beberapa orang, yang mungkin tidak faham, aku ingin menjelaskan beberapa poin! TuhanKu, bangunan seni halus itu, di mana wayang itu sedang dimainkan, mewakili perangkap dunia ini dan bagaimana mereka dijadikan untuk kelihatan, di banyak kes, seputih dan susuci bangunan megah  putih dan bersih itu; tetapi bangunan itu digelapkan di dalam dan dipenuhi dengan fantasi dan daging badan!

 

Kamu telah berkata dengan baik, Anak SayangKu.

 

Jadi, Bapa, kerana begitu banyak kejahatan dijadikan untuk kelihatan bagus dan dilabelkan sebagai “seni halus,” ramai, ramai terpedaya dan terjatuh kepada umpan dan perangkap “seni halus” ini.

 

Kamu telah melihatnya, Anak SayangKu; dan dunia dipenuhi dengannya!

 

Keluarlah Dari Perangkap-perangkap Dunia

 

Jadi, Bapa, pesanan ini merupakan satu lagi amaran kepada orang kamu untuk keluar dari perangkap dunia sedemikian! Kerana, tiada orang yang boleh memasuki tempat sedemikian dan membenarkan perkara sedemikian untuk memasuki hati, minda, roh dan jiwa, tanpa membayar satu bayaran! Dan, bayaran itu, Bapa, adalah seperti, teater gelap itu! Kegelapan memasuki minda mereka, hati mereka, jiwa mereka, roh dan badan untuk menggoda mereka, untuk menolak Roh Engkau keluar, untuk mencairkan kuasaMu dan untuk memutuskan mereka dari cahayaMu, untuk membaham mereka sepenuhnya! Kerana, apabila Roh Engkau meninggalkan mereka, jika mereka pernah ada Roh Engkau, akan tertinggalnya di dalam mereka satu lubang kosong dan banyak setan-setan akan cari dan berusaha untuk mengisi lubang kosong sedemikian!

 

Keadaan Terakhir Lebih Teruk Daripada Keadaan Pertama!

 

“Ianya begitu, Anak SayangKu dan keadaan akhir mereka, yang pernah mempunyai Roh Aku, tetapi menghinanya dengan kejahatan, supaya ia tercabut, keadaan akhir adalah jauh lebih teruk daripada keadaan sebelumnya, apabila mereka tidak tahu dan tidak mempunyai Roh Aku. Jadi, penyengsaraan, yang akan datang pada mereka ini adalah lebih teruk daripada penyengsaraan, yang mereka akan mengalami jika mereka tidak pernah mengenali Aku!”

 

Tetapi, Bapa, begitu banyak berbuat perkara dalam kejahilan! Mereka merupakan bayi rohaniah dan gereja-gereja tidak mengajar mereka; kerana gereja-gereja terlampau penuh dengan kejahatan!

 

Berusaha cari dan kamu akan dapat cari!

 

Ini sebabnya Aku memberitahu kamu untuk mengetuk dan ia akan dibuka kepada kamu, untuk berusaha cari dan kamu akan dapat cari! Tetapi, kebanyakan orang tidak mahu membebankan diri mereka dengan mengaji kata-kataKu dan dengan memanggil Aku dengan doa dalam, malah dengan seluruh hati mereka! Mereka lebih suka percaya bahawa Aku telah memberi semua kepada mereka di piring perak dan mereka tidak perlu berusaha untuk apa-apa pun! Tetapi bukankah Aku telah memberitahu kamu bahawa menurut kerja kamu Aku akan menghakimimu? Tetapi, gereja yang tengik akan memberitahu kamu bahawa kerja adalah tidak penting, dan penyelamatan semuanya mengenai kasih karunia! Tetapi, Aku memberitahu kamu bahawa kasih karunia Aku adalah hebat dan melalui kasih karunia besarKu, Aku telah membawa kepadamu penyelamatan; tetapi Aku akan menghakimi kamu menurut kerja kamu; kerana tindakan kamu mendedahkan siapa kamu sebenar! Tindakan kamu berkata mengenai kasih dan kepatuhan kamu terhadap Aku dan kasihmu terhadap yang lain! Oleh itu, apabila hari penghakiman kamu telah tiba padamu, Aku akan menghakimi kamu menurut kerja kamu, bukan apa yang kamu mengaku keluar dari mulut! ( Wahyu 2:23 Aku akan membalaskan kepada kamu setiap orang menurut perbuatannya. Pengkhotbah 12:14 Kerana Tuhan akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku ke atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat. )

 

Sesuatu Pokok Dikenali Mengikut Buahnya!

 

Kerana, bahkan setan-setan pun mengenali Aku dan mengaku Aku! Iblis kenal Aku dan mengaku Aku! Banyak mengenali Aku dan mengaku Aku, tetapi dari kerja mereka, buah mereka, kamu akan mengenali siapa sebenarnya mengasihi Aku dan melayan Aku! Kerana! Kerana, suatu pokok dikenali mengikut buahnya. Oleh itu, buah kamu akan menunjukkan sama ada pokok kamu akan berdiri dan dikumpulkan kepadaKu, atau sama ada pokok kamu akan ditebang dan dihumban ke api!

 

Jadi, doktrin palsu ini perlu ditamatkan satu kali lagi sekarang ini dan untuk selama-lamanya! Aku menghakimi kamu mengikut kerja kamu dan melalui kasihKu untukmu, Aku menyelamatkan kamu! Tetapi, jika kerja kamu jahat, dan penghujung tertiba pada kamu, kerja kamu juga akan menghakimi kamu, malah sampai kamu terjatuh kepada api memusnah neraka, atau Tasik Api! Oleh itu, kerja kamu akan menjadi saksi kepada siapa sebenar kamu, siapa yang kamu kasihi dan siapa yang kamu melayan! Jadi, kerja kamu sendiri yang menghakimi kamu dan, Aku, pada hari terakhir, akan melihat kerja kamu, dan Aku akan berkata, “ Datanglah kepadaKu, Pengurus Rumah Setia Aku; kerana Aku telah menyediakan satu tempat untukmu,” Atau Aku akan berkata, “Pergi dari Aku, kamu yang bekerja kejahatan; kerana Aku tidak pernah mengenali kamu!” Jadi, menurut kerja kamu, kamu dikenali dan dihakimi!

 

Guna Karuniah Rohaniah Kamu, Atau Kehilangannya!

 

Kerana, kepada sebilangan Aku telah memberi satu talenta dan kepada sebilangan Aku telah memberi sepuluh talenta. Orang itu, yang sebenarnya mengasihi Aku dan sebenarnya melayan Aku, tidak akan menyembunyikan talenta dia (karuniah rohaniah) tetapi akan menggunakannya untuk membantu orang lain! Jadi, jika mereka sanggup menggunakannya untuk membantu orang lain, Aku akan menggandakan karuniah rohaniah Aku dan kuasa di dalamnya! Tetapi, jika mereka menyembunyikan karuniah rohaniah Aku, jika mereka malu terhadapnya dan enggan menggunakannya, Aku akan mengalihkan karuniah rohaniah Aku, malah juga Roh Aku dari mereka dan Aku akan memberi sedikit itu yang dimiliki mereka kepada orang, yang sanggup menggunakan Karuniah Rohanaiah Aku untuk membantu orang lain! Oleh itu, kepada mereka, yang mempunyai karuniah rohaniahKu, dan menggunakkannya, akan diberi lebih banyak lagi karuniah rohaniah dan penjelmaan kuasa dan Roh Aku! Tetapi, meskipun demikian, lebih besarnya harga yang perlu dibayar mereka; kerana kepada sesiapa yang diberi banyak, banyaklah yang dijangka!

 

Seperti Pencuri, Aku Akan Datang Untuk Tuaian Pertama Aku!

 

Dan, ini di mana kita ada sekarang, Anak SayangKu! Kita telah sampai pada masa tuaian pertama, di mana Aku sibuk mengasingkan gandum Aku dari lalang! Dan, oleh yang demikian, Aku telah memberi notis kepada PengantinKu bahawa Aku akan datang untuknya seperti pencuri pada waktu malam! Tiada sesiapa yang akan mengetahui masa dan tidak akan ada penjelmaan hebat di langit atau di tempat lain; kerana di kedatangan pertama ini, Aku akan datang seperti pencuri! Oleh itu, tiada yang akan tahu tarikh tepat, atau jam tepat yang Aku akan datang seperti pencuri! Kerana, seperti pencuri Aku akan datang untuk tuaian pertamaKu!

 

Satu Pesanan Kepada Pengantin!

 

Satu Laugan Terakhir!

 

Dan, dengan pesanan ini, Aku memberi satu laungan terakhir kepada PengantinKu; kepada dara bijaksana, yang menunggu Aku! Kerana, beberapa daripada kamu sedang berpegang pada pekara yang sudah berlalu! Beberapa daripada kamu belum lagi menghadapi dan memperbaiki kesakitan dan derita zaman kanak-kanak kamu! Beberapa daripada kamu telah mengalami trauma-trauma dan pengujian emosi yang parah dan kamu belum disembuhkan oleh Roh dan kuasa Aku! Oleh itu, kamu juga belum mengampunkan, dan kamu belum mengampunkan diri sendiri, seseorang ataupun sekumpulan orang yang menyinggung kamu! Dan kamu bawa di dalam rohaniah kamu lubang-lubang rohaniah dan tempat berongga yang gelap! Dan, disebabkan tempat berongga gelap ini, setan-setan memasuki kamu dari masa ke masa, untuk menggoda kamu dan untuk membuatkan kamu berbuat dosa! Oleh itu, beberapa, yang Aku ingin mengambil, Aku tidak boleh ambil; kerana kamu mesti berdamai dengan masa lalu kamu, dan oleh kerana masa lalu ramai daripada kamu begitu penuh dengan derita dan kesakitan, kamu ingin menutupkan masa lalu kamu! Kamu ingin lari dari masa lalu kamu dan menyembunyikan diri dari masa lalu kamu dan kamu enggan kembali kepada masa lalu kamu, sama ada untuk mengingat kembali pilihan-pilihan kamu, untuk mengingat kembali derita hebat kamu, ataupun untuk berdamai dengan mana-mana cara, dengan mereka yang kamu telah melukai! Jadi, kamu menutupnya dan berusaha untuk kelihatan bersih di luar dan cuba untuk menjalani hidup bersih. Tetapi, kamu adalah kubur yang diputihkan, yang dipenuhi dengan tulang dan daging reput orang mati!

 

Carilah Aku Dengan Sepenuh Hatimu;

 

Dan, Aku Akan Menyembuhkan Masa Lalu Traumatik Kamu!

 

Oleh itu, Aku akan menampilkan sekarang satu pelan untuk setiap daripada kamu, di mana jikalau kamu berbuat seperti yang Aku berkata kepada kamu, dan jika kamu mencari Aku dengan sepenuh hatimu, Aku akan menyembuhkan masa lalu traumatik kamu! Aku akan menyembuhkan luka-luka minda, roh, hati dan jiwa! Aku akan menjadikan kamu bersih, bukan sahaja di luar, tetapi di dalam juga! Tetapi, kamu perlu berbuat satu kerja yang sangat penting! Dan kamu perlu menginginkan untuk menjadi bersih dan bebas dengan sepenuh hatimu! Dan, jika kamu mencari Aku dengan sepenuh hatimu dan berbuat seperti yang Aku kata, Aku akan menyembuhkan emosi yang menyakitkan kamu. Aku akan menyembuhkan ingatan-ingatan yang menyakitkan dan Aku akan menyembuhkan kehancuranmu; dan untuk kali pertama di sepanjang hidup kamu, kamu akan ketahui apa rasanya untuk Aku mengambil semua beban kamu dan menjadikan kamu sihat menyeluruh!

 

Tidak Mungkin Dan Tidak Ada Masanya

 

Di Mana Aku Akan Mengahwinkan Kubur Yang Diputihkan!

 

Berilah perhatian kepada apa yang Aku beritahu kamu sekarang; kerana tidak mungkin dan tiada masanya di mana Aku akan mengahwinkan kubur yang diputihkan! Sekaranglah peluang kamu untuk membesar secara rohaniah dan emosi dengan cara yang sangat hebat jika kamu sudi mencari Aku dengan sepenuh hatimu, Aku akan berbuat untukmu, seperti yang Aku janji sekarang! Kerana, apa yang Aku sekarang berkata kepadamu, beberapa orang sahaja pendakwah dan nabi yang akan memberitahu kamu! Apa yang Aku sekarang menunjukkan, beberapa orang sahaja pendakwah dan nabi akan menunjukkan kepadamu, waluapun sebahagian daripada mereka sangat menyedari akan kerja rohaniah mendalam ini, yang perlu dilakukan di dalam semua orang, yang ingin mengahwini Aku, untuk menjadi Pengantin Aku, untuk menjadi Anak Aku, dan untuk mewarisi hidup kekal, iaitu penyelamatan! Kerana jika kamu enggan berbuat kerja dalaman ini, yang teramat penting, kamu tidak akan dapat mencari tempat rehat di cahaya, tetapi akan diacukan kembali sehingga kamu belajar pelajaran teramat penting ini.

 

Anak SayangKu, kita akan berhenti sekarang supaya kamu dapat berehat sekejap!

 

Pesanan Bapa Kita Bersambung

 

Febuari 21, 2010

 

Anak SayangKu, Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi! Anak SayangKu, Aku bertanya kamu sekarang, adakah kamu memahami sebaiknya apa yang telah Aku berikan?

 

Bapa, untuk kejelasan lebih, Aku ada satu soalan. Bapa, dokumen kedua pada permulaan pesanan-pesanan ini, dilabelkan, “Laparlah akan Aku,” dan diikuti dengan satu babak, di mana aku seorang kanak kecil, yang sangat rendah, berdiri di bawah satu meja dan berdekatan dengan satu kakinya. Dan, makhluk-makhluk yang sangat besar sedang memakan hidangan indah dan aku boleh membaukan makanan mereka dan teringin untuk makan, tetapi mereka berkata kepada aku bahawa aku mesti tunggu. Tetapi, kemudian aku menyanyi kepada Engkau, Tuhan, dan Engkau membuka besar tangan-tangan Engkau kepadaKu dan kepada semua kanak-kanak kecil; kerana Engkau mengasihi kami! Bapa, siapakah makhluk-makhluk besar itu, yang memakan hidangan yang begitu indah, tetapi suruh aku untuk berdiam dan menunggu giliran aku?

 

Anak SayangKu, tengok sana, tinggi sekali, pada belakang kerusi itu.

 

Aku nampak, Bapa! Aku nampak perkataan. “Kami adalah Elohim, sebahagian daripada golongan pemerhati.”

 

Tetapi, Bapa, kenapa Engkau menunjukkan aku babak sedemikian? Kerana, Aku tidak memandang kepada mereka untuk menyuapkan aku?

 

Tidak, bukannya yang kamu ketahui; tetapi mereka berbuat satu kerja besar untuk mereka yang berada di bumi; dan kamu tidak sedar sifat kerja hebat ini! Tetapi, kebenarannya adalah mereka memang menyuapkan kamu, banyak daripada kamu di bumi, tetapi mereka tidak menyuapkan kamu penyelamatan dan hidup kekal.

 

Tetapi, Bapa, Aku tidak meminta mereka untuk menyuapkan aku di hidup sebenar. Jadi, bagaimana ini terjadi di mana Aku duduk di bawah meja mereka dan tunggu untuk disuapkan?

 

Elohim!

 

Banyak yang mereka menyuapkan kamu...adalah jahat!

 

Semua daripada kamu duduk di bawah meja mereka dan sedangkan kamu langsung tidak menyedarinya, kamu tetap duduk di bawah meja mereka! Dan, mereka bertanggungjawab banyak untuk banyak pekara yang berlaku di bumi; kerana Aku mencipta mereka dan meletakkan mereka di atas kamu! Jadi, walaupun kamu tidak pergi kepada mereka untuk makanan dengan sedar, walau bagaimanapun kamu masih disuapkan oleh mereka dan banyak daripada yang mereka menyuapkan kamu, dan Aku betul-betul bermaksud “semua daripada kamu” apabila Aku berkata “kamu”, adalah jahat! Tidak, kamu tidak pergi ke meja mereka untuk makan secara sedar; kerana kebanyakan daripada kamu tidak tahu apa-apa pun mengenai mereka! Tetapi mereka mengumpan kamu, semua daripada kamu, ke meja mereka untuk makan dan mereka membuatkan kamu makan apa yang kamu tidak mahu makan dan tiada minat untuk makan!

 

Dengarlah Aku! Kerana, Aku telah berkata bahawa mereka “mengumpan” kamu semua dan mereka memikat kamu dengan segala penggodaan-penggodaan, yang berbau indah, berasa indah, tetapi ia akan memusnahkan roh kamu! Kerana, banyak daripada mereka tidak menyuapkan kamu apa yang baik untukmu, tetapi apa yang memusnahkan kepadamu! Kerana, banyak daripada mereka dipenuhi dengan cemburu dan iri hati terhadap kamu, jadi mereka secara berterusan merancangkan kematian kamu.

 

Tetapi, Anak SayangKu, apabila kamu diberitahu untuk berdiam dan menunggu giliran kamu, kamu betul-betul menunggu seperti kanak kecil yang rendah hati. Dan, kamu telah menunggu seperti kanak kecil, yang rendah hati, di tengah-tengah begitu banyak percubaan dahsyatmu, kamu telah tahu bahawa, “Yesus kasihi aku,” kerana kamu telah memanggil Aku dan kamu telah memuji Aku di tengah-tengah penderitaan hebat kamu! Dan Aku telah mencapai kepadamu! Aku telah menyuapkanmu dan Aku telah menenangkanmu! Betapa diberkatinya kamu, Anak SayangKu; kerana kamu telah menunggu Aku dan Aku akan secepatnya ganjarankan kamu dengan besarnya! Sekarang, Anak SayangKu, adakah kamu ada lebih soalan lagi?

 

Tidak, Tuhanku, tidak pada masa ini; kerana Aku faham apa yang Engkau telah berikan dan Aku percaya bahawa semua akan memahaminya dengan baik!

 

Sekarang, AnakKu yang Diberkati, Aku hendak kamu kembali ke kotak terbuka itu dan ambil dokumen seterusnya dan tab pada bahagian atas dokumen akan menunjukkan tajuknya.

 

Adanya Api Dan Adanya Percikan Api!

 

Terima kasih, Tuhanku! Oh, Penyelamat Terpuji, adanya api dan adanya percikan api, yang datang dari dokumen ini! Alangkah baiknya kalau aku ada cermin mata tukang pengimpal; kerana percikan api banyak dan juga sangat cerah!

 

Anak SayangKu, cuma ada satu dokumen sahaja dan ia agak tebal, jadi tarikkannya keluar! Aku kini memakaikan cermin mata-Anak pada cermin mata kamu dan ia akan mengurangkan kecerahan percikan api ini!

 

Diari Hidupku!

 

Oh, terima kasih, Penyelamat Terpuji. Aku sekarang mempunyai dokumen itu di tanganku dan dokumen ini masih memercik! Aku tahu bahawa Iblis mesti membenci apa yang ada di dalam sini! Kerana, yang ini penuh dengan kuasaMu. Tuhanku, dokumen ini seakan diari kecil dan aku nampak ianya terkunci, tetapi Aku sekarang nampak kuncinya terikat pada tepi diari ini; jadi aku akan mengalihkan kunci itu, dan dengan senangnya aku sekarang dapat meletakkannya ke dalam lubang kunci, yang berada di bahagian tepi diari itu! Dan, ia semestinya sebuah diari; kerana aku nampak nama buku kecil ini dan ia dipanggil, “Hidupku!”

 

Aku memusingkan kunci itu sekali dan tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian, aku memusingkannya sekali lagi dan tiada apa-apa berlaku, cuma bunyi satu klik! Bapa, aku percaya bahawa aku patut cuba sekali lagi, jadi aku memusingkan kunci itu sekali lagi dan muka depan buku kecil ini terbuka seperti ia dimampatkan dengan spring! Bapa, aku tudak tahu apa yang patut aku berfikir mengenai diari ini! Bahagian tengah setiap muka suratnya terhilang, meninggalkan satu lubang di semua muka suratnya! Bapa, apa gunanya diari sedemikian apabila bahagian tengahnya terhilang dari setiap muka surat? Buku ini tidak akan berharga kepada sesiapa pun, terutamanya kepada orang itu, yang menulisnya!

 

Anak SayangKu, adakah kamu tahu kenapa Aku menunjukkan kamu diari sebegini?

 

Bapa, aku rasa aku ada beberapa idea, tetapi, Bapa, aku lebih rela dengar apa yang Engkau ada untuk berkata mengenai diari itu!

 

Anak SayangKu, nama diari ini ialah HidupKu.” Perkataan ini, “Hidupku”, boleh jadi merujuk kepada sesiapa pun di antara kamu! Dalam kata lain, diari ini boleh jadi dimiliki oleh sesiapa pun!

 

Dan, Bapa, hakikat bahawa segmen besar terhilang, mestinya penting.

 

Lubang di Hidup Kebanyakan Roh!

 

Lubang Besar Di Hati Mereka, Di Minda Mereka, Di Roh Mereka Dan Di Jiwa Mereka!

 

Anak SayangKu, ini merupakan keadaan yang amat menyedihkan berkenaan dengan diari kehidupan bagi kebanyakan orang di planet ini! Sangat kurangnya orang yang mempunyai diari yang lengkap! Sangat kurangnya orang yang mempunyai kehidupan lengkap; kerana trauma, ingatan-ingatan yang berdasarkan trauma, kemarahan, kesedihan, kehilangan harapan dan impian, penderaan, pengabaian, tidak mengampun dan pelbagai lagi pekara telah meninggalkan lubang di kehidupan kebanyakan roh! Sangat kurangnya orang yang ingin kembali kepada luka-luka, dukacita, kesakitan dan kepada tingkah laku dahsyat masa lalu mereka dan mengaku kelukaan dan kesakitan itu, dan sejurusnya membawa pekara itu kepadaKu untuk penyembuhan!

 

Sebaliknya, apa yang kebanyakan orang lakukan ialah menutupkan penderitaan hebat mereka dari tahun-tahun lalu dengan kerja sibuk yang seakan bukit, atau dengan berbukit-bukit kerja baik, atau melarikan diri kepada begitu banyak benda di dunia, hawa nafsu, dadah, bahan lucah, dll. Mereka menyapunya ke bawah permaidani, atau ke dalam almari tersembunyi, begitu banyak kesakitan mereka di hidup mereka yang tidak berfungsi elok, dan mereka tidak pernah menguruskan perkara-perkara ini!

 

Dan, apabila mereka membawa diari-diari mereka kepadaKu, inilah apa yang kelihatan! Lubang besar di hati mereka, di minda mereka, di jiwa mereka dan di roh mereka! Kerana, mereka telah menghimpunkan di dalam diri mereka, begitu banyak trauma, begitu banyak sakit hati, begitu banyak kemarahan, dukacita, ketakutan, perasaan malu dan pelbagai jenis emosi dan fikiran negatif; dan mereka cuba menyembunyikan pekara-pekara ini dari diri mereka dan orang lain!

 

Kebanyakan orang tidak tahu mengenai lubang-lubang besar ini di hidup mereka, di pemikiran dan perasaan mereka, tetapi Aku tahu; dan mereka ini semestinya terlumpuh dalam jalan rohaniah mereka kerana mereka enggan datang kepadaKu untuk penyembuhan di kawasan sebegitu yang menyakitkan di hidup mereka.

 

Anak SayangKu, banyak daripada mereka ini adalah kubur yang diputihkan! Mereka kelihatan bagus di luar dan mereka kedengaran bagus; tetapi di dalam mereka terhancur! Kerana, mereka membawa begitu banyak kesakitan, kelukaan, dukacita dan ke-tidak-ampunan; dan sehinggga mereka menyelesaikan semua situasi ini dengan Aku, mereka tidak akan menjadi lengkap dan bersih di depanKu!

 

Ambil Perhatian!

 

Ini merupakan Waktu Terdesak...Panggilan Teramat Mendesak kepada PengantinKu!

 

Anak SayangKu, pesanan ini teramat penting, satu pesanan yang teramat penting kepada sesiapa dan semua, yang mencari penyelamatan dan hidup kekal! Kerana, jika kamu enggan membersihkan almari rohaniah kamu sekarang; dan jika kamu mati dalam keadaaan sebegini, kamu akan datang semula dan semula lagi sehingga kamu membersihkan mereka, atau mati di api! Ambil Perhatian! Ini merupakan waktu terdesak! Ambil perhatian kepada apa yang Aku sekarang memberitahu kamu; kerana ini merupakan panggilan teramat mendesak kepada pengantinKu! Ia merupakan Jam Kedua Belas dan Aku boleh datang bila-bila masa sekarang! Tetapi, Aku melengahkannya untuk beberapa daripada kamu, yang amat perlu membaca pesanan ini dan berbuat seperti yang Aku suruh kamu untuk berbuat! Kerana, beberapa daripada kamu, Aku ingin mengambil di Tuaian Pertama; tetapi kamu seperti kubur yang diputihkan, dan Aku tidak boleh dan tak akan mengahwini kamu! Oleh itu, ini merupakan pesanan teramat penting kepada kamu; dan kamu, yang bijaksana, akan mendengar! Dengarlah Aku, dan buat seperti yang Aku kata supaya Aku boleh membersihkan kamu dan membuatkan kamu lengkap!

 

Anak SayangKu, kita akan berhenti untuk sekarang supaya kamu boleh berehat seketika.

 

Pesanan Bapa Kita Bersambung

 

Febuari 21, 2010

 

Anak SayangKu, Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi! Sekarang, AnakKu yang diberkati, kita akan bersambung dengan pesanan teramat mendesak ini kepada PengantinKu! Adakah kamu faham sebaiknya apa yang Aku telah beri, Anak SayangKu?

 

Ya, Bapa, aku percaya bahawa aku faham sebaiknya apa yang telah Engkau berikan, tetapi aku ada beberapa soalan; dan Aku inginkan penjelasan berkaitan perkara-perkara ini.

 

Teruskan...

 

TuhanKu, kenapakah ia diperlukan untuk aku memusingkan kunci itu tiga kali di lubang kunci?

 

Kamu Mungkin Akan Gagal Melihat Hidup Kamu Dalam Keadaan Sebenarnya!

 

Anak SayangKu, ini sebabnya: jika kamu lihat di cermin pada pantulan kamu, apa yang kamu nampak?

 

Bapa, aku nampak satu imej yang kabur dan terherot. Tetapi, apakah kaitan ini dengan pemusingan tiga kali kunci itu?

 

Anak SayangKu, jika kamu kembali kepada cermin dan pandang sekali lagi pada imej kamu, apa yang kamu nampak?

 

TuhanKu, ia nampaknya seperti pantulanku di cermin, tetapi apabila aku pusing ke sebelah, Aku nampak sangat kurus, hampir seakan sekeping roti, yang dipusingkan ke sebelah. Tetapi, Bapa, apa yang dimaksudkan ini?

 

Anak SayangKu, tengok imej kamu di cermin itu sekali lagi, Apa yang kamu nampak?

 

BapaKu, Aku tengok dan aku nampak satu imej aku sendiri; dan aku nampak diriku seperti yang aku betul-betul nampak di hidup sebenar! Tetapi, Bapa, kenapa kamu menunjukkan aku semua pekara ini?

 

Jika Seseorang Enggan Beroperasi Dalam Alam Kebenaran,

 

Dia Tidak Akan Disembuhkan!

 

Anak SayangKu, buku ini adalah sebuah diari dan diari ini boleh jadi diari siapa-siapa sahaja! Dalam pandangan pertama pada diri sendiri, atau dalam usaha pertama untuk memandang diri sendiri dengan kebenaran dan kejujuran, mungkin akan tiada keputusan! Kerana, roh-roh penafian mungkin menghalang kemasukan seseorang ke dalam bukunya sendiri. Dan, bukan saja roh-roh penafian yang akan menghalang kemasukan seseorang ke dalam diari sendiri seseorang, tetapi ketidakupayaan atau kekurangan keinginan untuk lihat juga akan menghalang kemasukan seseorang!

 

Dalam kata lain, ramai yang tidak ingin untuk lihat kepada hidup mereka sendiri dan mengalami semula kesakitan dan penderitaan itu supaya mereka dapat dibebaskan! Juga kerap adanya, seperti yang Aku telah katakan, satu kecenderungan untuk enggan mengakukan emosi, atau kelakuan, apabila ianya adalah negatif ataupun merupakan kelakuan yang tidak boleh diterima!

 

Sebagai contoh, apabila seseorang tidak dibenarkan untuk menjadi marah sebagai seorang kanak, seseorang itu akan membesar dengan menafikan emosi marah! Jika seseorang tidak dibenarkan untuk menjadi sedih sebagai seorang kanak, seseorang itu akan membesar dengan menafikan emosi sedih, tetapi sebaliknya dia mungkin akan sembunyi di belakang satu muka depan yang ceria! Jadi, adalah sangat penting untuk belajar menuntutkan emosi dan kelakuan sebenar seseorang! Jika seseorang enggan beroperasi dalam alam kebenaran ini, dia tidak akan disembuhkan!

 

Jadi, bukan sahaja seseorang mesti menuntutkan emosi sebenarnya, tetapi seseorang juga mesti jujur dalam fakta peristiwa yang berkenaan dengan tingkah laku lepas ini. Ramai yang memasuki permainan 'tuduh-menuduh' dan ingin menuduh orang lain untuk luka dan sakit masa lalu mereka. Jika seseorang ingin untuk disembuhkan, seseorang mesti sudi mengampunkan dan membenarkan Aku untuk masuk ke dalam dam menyembuhkan semua luka lepas (emosi) dan ingatan. Jadi, ini sebabnya kenapa kamu perlu memusingkan kunci itu tiga kali.

 

Kamu Mesti Bertahan Sehingga Kamu Disembuhkan!

 

Bagi, sesetengah orang, untuk melihat dengan jelas melangkaui kesakitan dan emosi, ingatan lepas yang menyakitkan dan pengalaman lain yang menyakitkan, dia mesti sanggup bertahan! Kerana, percubaan pertama untuk dengan sebenarnya mengakses emosi yang begitu menyakitkan ataupun ingatan-ingatan mungkin dihalang oleh minda, di mana minda kerap memeteraikan ingatan yang menyakitkan. Ataupun percubaan pertama mungkin dihalang oleh kekerasan di hati, di mana hati telah membina dinding kemarahan, penafian, kesedihan, ketakutan, antara emosi-emosi negatif yang lain, dan oleh itu ia menjadi keras! Jadi, orang yang keras-hati akan ada masalah lihat pada diari mereka, dan tengok dengan sejelasnya kebenaran tingkah laku yang menyakitkan mereka, dan juga kebenaran berkenaan apa yang orang lain telah melakukan kepada mereka!

 

Oleh itu, Aku menunjukkan ini kepada kamu sekarang; kerana banyak yang akan duduk untuk lihat pada semua kesakitan, dukacita dan kesakitan dan semua tingkah laku menyakitkan yang banyak, dan sesetengah akan mendapat keputusan kosong, atau hampir kosong. Kerana, mereka telah membina dinding sebegini di fikiran dan di hati mereka. Adakah kamu faham?

 

Ya, TuhanKu, aku faham. Aku tahu bahawa banyak ingatan yang berdasarkan trauma adalah sebegini dan ramai yang menderita hebat semata-mata untuk berkekal.

 

Anak SayangKu, di sesetengah situasi, ingatan-ingatan ini begitu traumatik sehingga ia tidak boleh dibuka dan ia juga tidak akan dapat dibuka oleh keinginan, semata-mata, seperti kes Elena. Dan, ini merupakan satu sebab Aku sedang membesarkan Anak Lelaki KecilKu, anaklelaki Wahyu Dua Belas! Kerana, dia akan secara luar biasa membuka ingatan tersimpan sebegini di ramai orang dan membawa api ke dalamnya, kuasaKu dan cahaya dan apiKu, yang akan dengan sepenuhnya melarutkan dan menyembuhkan ingatan sebegini dan emosi-emosi yang berkenaan.

 

 

Parut Emosi Dan Mental

 

Adalah Seperti Peta Jalan!

 

Tetapi, berkenaan diari ini, kebanyakan orang tidak akan mengalami ingatan dan emosi kosong. Ini kerana, apabila mereka kembali untuk lihat semula diari mereka, kebanyakan orang akan ingat dengan eloknya siapa yang telah melukakan mereka dan mereka juga ingat dengan eloknya bagaimana mereka melukakan orang lain. Mereka juga akan nampak dengan jelas bagaimana mereka melukakan orang lain! Mereka juga akan nampak bahawa mereka belum uruskan kesemua luka, kesakitan dan penderitaan, yang berkaitan dengan pekara sebegini!

 

Dan, mereka yang ini Aku akan sedia membantu jika mereka sanggup dengan sejujurnya dan sebenarnya berhadapan dengan trauma emosi dan mental ini, yang mereka telah menguburkan! Ya, ramai yang meminta Aku untuk mengampunkan mereka dan Aku dengan tersedia telah mengampunkan mereka; tetapi banyak situasi yang terledak dengan emosi dan mental serta perkara-oerkara yang berlaku di hidup orang ramai, telah meninggalkan jejak yang mendalam di ingatan, hati dan roh mereka; dan pekara-pekara sedemikian mestilah disembuhkan sebelum seseorang boleh terbebas!

 

Kerana, parut emosi dan mental ini adalah seperti peta jalan dan peta jalan ini, setelah ditetapkan, akan bercenderung manghasilkan tingkah laku yang sama jenis, dan ia akan menjolokkan sesorang untuk mengulangkan pekara yang sama dengan berulang-ulang! Jika ini bukan kesnya, ia walaubagaimanapun akan mengambil banyak tenaga emosi, mental, dan rohaniah semata-mata untuk menekankannya ke bawah serta mengekalkannya dari pandangan dan kesedaran seseorang  segala trauma, pertempuran yang tak terselesai, dan ke-tidak-ampunan sebegini.

 

Ramai Orang Sibuk, Kerana Cuba Untuk Mengisi

 

Lubang Besar Di Hidup Mereka!

 

Kerana, apa yang tersembunyi dengan cara ini akan mewujudkan satu lubang besar di hidup seseorang dan lubang ini akan hendak untuk diisi dengan sesuatu! Oleh itu, ramai yang sibuk cuba mengisikan lubang besar ini di hidup mereka dengan sesuatu! Dan, sebilangan mengisikan lubang sedemikian dengan agama! Kamu akan nampak mereka di gereja, sibuk dalam sesuatu pekara, atau pekara yang lain dan ternampaknya berfungsi dengan baik, dan juga hasilnya baik, tetapi pada kebanyakan masa melawan kekosongan, yang berada di dalam hidup mereka! Ada yang akan mengisi kekosongan dengan kerja yang keterlaluan, atau main yang keterlaluan, atau bersenam yang keterlaluan, atau makan yang keterlaluan, atau meminum alkohol dan mengambil dadah. Ada yang akan mengisikan kekosongan sedemikian dengan penagihan seksual, kepesongan seksual, atau penagihan jenis lain! Kerana, mereka berasa berongga di dalam dan ingin mengisikan kekosongan ini dengan sesuatu! Ada yang akan cakap, cakap, cakap, dan jarang bertindak! Dan, sedemikianlah yang lain! Kerana, ramai akan melakukan pelbagai pekara untuk mengisi kekosongan di hidup mereka!

 

Dan, ramai yang takut untuk melihat kekosongan ini, yang bagi ramai, termula pada waktu awal hidup mereka! Ramai tidak ingin untuk melihat kembali! Ramai tidak ingin tengok, sama ada apa yang orang lain melakukan kepada mereka, atau apa yang mereka lakukan kepada orang lain!

 

Tetapi, tidak akan adanya kedatangan penyembuhan dalam mereka, dalam hati mereka, dalam ingatan mereka, dalam badan mereka, sehinggalah mereka melihat kembali, mengaji hidup mereka dengan sangat terperinci dan minta Aku untuk datang ke dalam semua impian terhancur mereka, ke dalam emosi dan ingatan yang menyakitkan mereka, dan meminta Aku untuk menyembuhkan mereka!

 

Dan, sesiapa pun dan semua yang jikalau ikhlas dalam rayuan mereka terhadap Aku, Aku akan mendengar mereka; dan Aku bukan sahaja akan menunjukkan kepada mereka semua luka, dukacita, ingatan mereka yang menyakitkan, Aku juga akan menyembuhkan mereka! Aku akan memaafkan mereka! Aku akan membebaskan mereka; dan menjadikan mereka sebagai orang baru, dari dalam ke luar. Inilah apa yang Aku akan buat untuk sesiapa pun dan semua, yang menginginkannya dan mencari Aku dengan sepenuh hati mereka.

 

Oh, Bapa, Aku tahu ini dan ia memang sebegini dan Aku berdoa agar semua akan mengambil perhatian! Kerana, Engkau ingin untuk berbuat pekara yang begitu indah untuk begitu ramai orang!

 

Dan dengan ini, Anak SayangKu, kita akan berhenti untuk hari ini! Kerana kamu telah berbuat banyak dan ini sahaja yang Aku minta dari kamu hari ini. Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan tertinggi.

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-21 Febuari ini, 2010,

 

Linda Newkirk

 

Pesanan Bapa Kita Bersambung

 

Febuari 22, 2010

 

AnakKu yang Diberkati, Aku Bapamu Yahweh, Tuhan Tertinggi! Terberkatnya kamu, Anak SayangKu; kerana kamu lapar secara rohaniah dan kamu kembali di palung rohaniah hari ini; dan kerana kamu datang, Aku akan menyuapkan kamu! Anak Sayangku, adakah kamu faham sebaiknya apa yang Aku telah berikan, atau adakah kamu ada soalan lebih?

 

Bapa, seperti lazim, Aku ada beberapa soalan lagi berkenaan dengan Elohim. Dan, aku tertanya-tanya sekarang kenapa Aku disuruh untuk menunggu giliran aku, dan mereka mesti disuapkan dahulu, dan Aku mesti menunggu giliran aku. Bapa, apakah yang Engkau akan berikan aku lebih mengenai Elohim ini, dan juga tentang komen ini?

 

 

Sebilangan Daripada Elohim Inginkan Kita Untuk Berdiam Mengenai

 

Misteri-misteri Kerajaan Cahaya!

 

Anak SayangKu, kamu telah diberitahu bahawa untuk menunggu giliran kamu dan kamu perlu menunggu giliran kamu; kerana apa yang ada di meja mereka, apa yang mereka makan, kamu sekarang tidak boleh makan sekarang! Tetapi, kamu membuat kocokan di antara mereka! Kamu telah berbuat kocokan yang agak besar di antara mereka; kerana kamu sibuk mencari Aku untuk misteri-misteri cahaya! Banyak di antara mereka terasa jengkel dan masih lagi begitu dengan kamu; kerana kamu idam untuk pergi tinggi, ke dalam Kerajaan Cahaya dan menerima warisan kamu! Oleh itu, kamu dan beberapa orang lain telah bersibuk berdoa untuk misteri-misteri Kerajaan Cahaya!

 

Mereka ini, yang duduk di atas kamu, hendakkan kamu untuk berdiam, untuk duduk dan menunggu masa kamu! Tetapi, jangan beri perhatian kepada kenyataan-kenyataan itu; kerana bukan sahaja kamu akan menerima warisan kamu di cahaya, tetapi kamu akan duduk tinggi di atas mereka, tidak beringin untuk makan di meja mereka, mahupun makan dari meja mereka; kerana meja kamu akan berada lebih tinggi daripada meja mereka!

 

Ya, Anak SayangKu, kamu ingin untuk pergi tinggi dan mewariskan tempat kamu di Kerajaan Cahaya dan kamu akan, tetapi sesetengah daripada permerinatah ini, Elohim, inginkan kamu untuk berdiam, sangat diam berkaitan pesananKu di Pistis Sophia. Mereka ingin untuk kamu duduk dan berdiam!

 

Ya, Anak SayangKu, kamu akan menunggu giliran kamu, dan giliran kamu begitu dekat sekarang! Jadi, jangan terbingung mengenai pekara ini, tetapi cuma tahulah bahawa mereka semua sedar akan keinginan besar kamu untuk pergi tinggi dan menerima misteri-misteri dan meterai-meterai Kerajaan Cahaya, makanan syurga kamu, tetapi mereka ingin mendiamkan kamu! Mereka tidak ingin kamu untuk menerima atau disuapkan, misteri-misteri hebat ini!

 

Tetapi, kamu disuapkan oleh Aku dan Aku akan memberi kamu misteri hebat Kerajaan Cahaya, beberapa daripadanya kamu dan Anak Lelaki KecilKu telah mula menerima; kerana Aku tahu keinginan-keinginan sebenar hatimu, dan keinginan-keinginan ini adalah untuk Aku! Kerana, Aku tahu bahawa Aku adalah kasih pertama kamu! Aku adalah Harta Karun, dan di mana hatimu berada, iaitu pada Aku, di situlah juga harta karun kamu! Kerana, Aku, dan Aku, seorang, merupakan Harta Karun kamu! Terberkatnya kamu, anak SayangKu; kerana sememangnya Aku akan memberi kamu seluruh Kerajaan Cahaya!

 

Oh, terima kasih, oh Raja Terindah!!! Engkau merupakan Segalanya bagi Aku! Kemuliaan kepada Nama Suci Engkau selama-lamanya! Aku kasihiMu, oh Raja Gagah Perkasa dan begitu teridam  aku untuk berada di hadiran indahmu!

 

Ada soalan lebih, Anak SayangKu?

 

Tidak, TuhanKu, tidak pada masa ini, yang aku sedar.

 

Satu Pelan Untuk Kamu Menjadi Bersih Secara Rohaniah!

 

“ Bertaubat dan Berbalik Kepada Tuhan Serta Melakukan Kerja-Kerja Yang Sesuai Dengan Pertaubatan Itu.” (Kisah Para Rasul 26:20)

 

Baiklah, AnakKu yang Diberkati, kita akan teruskan; kerana Aku sekarang akan memberi garis panduan satu pelan, yang jikalau mereka yang mengasihi Aku, ingin untuk menjadi bersih secara rohaniah dalam dan luar; disembuhkan segala kehancuran, semua dukacita, kesakitan, kesedihan, kemarahan, penafian, perasaan malu, perasaan benci diri, benci, niat jahat, penghinaan, dan emosi negatif lain yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa traumatik ini; datang kepadaKu dengan hati yang ikhlas, jiwa yang hancur dan rendah hati dan mencari Aku dengan sepenuh hatinya, Aku bukan sahaja akan menyembuhkan mereka, tetapi akan juga ambil kesemua beban mereka! Aku bukan sahaja akan mengampunkan mereka, tetapi sedangkan mereka cari Aku untuk berbuat demikian, Aku juga akan mengampunkan orang lain, yang telah melukakan mereka!

 

Sekarang, ini apa yang Aku perlu semua untuk buat, mereka yang sebenarnya ingin rumah emosi dan rohaniahnya untuk dibersihkan.

 

Yang pertama, Anak SayangKu, Aku perlu mereka untuk berlutut di depan Aku dan mendoakan doa in dari hati mereka. Tiada masalahnya untuk menukar ayat menggunakan kata sendiri dalam doa ini, tetapi doalah doa ini kepadaKu dengan hati yang ikhlas dan jiwa yang terhancur dan rendah hati!

 

Doa Pertama

 

Satu Doa Untuk Mencari Bantuan Penyelamat Kita

 

Dalam Penerokaan Diari Hidup Kamu!

 

Oh, Bapa, BapaKu di Syurga, Pencipta syurga dan bumi, aku datang kepadaMu sebagai seorang kanak, Bapa; dan Aku mencari Engkau sebagai kanak, kerana kehancuran di hatiku besar! Bapa, Engkau ketahui bagaimana aku telah menderita di masa lalu aku! Engkau ketahui semua pengujian dan Engkau ketahui bahawa ada masanya kesakitan dan kepiluan hatiku amat besar! Bapa, aku telah menyumbatkan begitu banyak luka di hatiku! Aku cuba untuk tidak memikirkan begitu banyak pekara yang menyakitkan! Aku telah berbuat beberapa keputusan yang teruk, Bapa; dan aku tahu bahawa aku bukan sahaja menyebabkan kesakitan besar kepada diriku sendiri akibat keputusan buruk aku yang banyak, tetapi aku juga telah menyebabkan begitu banyak kesakitan dan kepiluan hati kepada orang lain.

 

Bapa, aku tidak teringin untuk memikirkan mengenai begitu banyak peristiwa yang menyakitkan; kerana beban pekara-pekara begini adalah besar di hati dan minda aku! Tetapi, Bapa, Engkau ketahui bahawa ingatan peristiwa traumatik ini tidak jauh di bawah permukaan minda aku! Dan, walaupun aku ingin untuk melupakan peristiwa traumatik yang begitu banyak ini dan untuk meneruskan dengan hidupku, aku tidak dapat melupakan mereka!

 

Bapa, Aku telah dengan sebenarnya menginginkan Engkau untuk mendengar aku dan mengampunkan aku untuk begitu banyak tingkah laku dan peristiwa yang menyakitkan, dan aku tahu bahawa Engkau mengampunkan! Tetapi, Penyelamat Terpujiku, roh aku berat dengan begitu banyak kesakitan dan penderitaan! Bapa, Aku ingin untuk menjadi bebas! Dengan sepenuh hatiku, aku betul-betul ingin untuk berbebas!

 

Bapa, peganglah tanganku dan pergi bersamaku ke dalam diari hidupku! Bagilah aku mata yang sangat jelas supaya aku boleh mengingat kembali dengan kejelasan besar segala situasi yang menyakitkan dan tidak terselesai, yang masih wujud di hatiku, di emosiku, di ingatanku dan di fikiranku. Bapa, tolong ambil tanganku dan berjalan denganku ke dalam semua situasi yang melukakan dan menyakitkan, dan biarlah aku tengok dan mengingatkan setiap situasi yang menyakitkan dengan sejelasnya.

 

Bapa, bakar dan runtuhkan dinding-dinding, yang aku telah bina di dalam hatiku sendiri dan di mindaku sendiri. Bapa, ikatkan dan humban keluar semua setan-setan penafian dan bakarkan dan hanguskan segala penafian, yang berada di dalamku! Bapa, jadikan aku untuk melihat pada hidupku, pada pilihan dan tingkah laku aku, dan pada pilihan dan tingkah laku orang lain dengan kejelasan besar, serta penglihatan dan pendengaran yang tulen, untuk mengingat kembali dengan sebenarnya semua pekara, yang telah mengganggu aku; kerana, Bapa, aku tidak ingin menuduh orang lain lagi untuk pilihan buruk aku, aku tidak ingin melayan orang lain dengan tidak adil akibat keengganan aku untuk mengampunkan mereka, sebaliknya menyimpan dendam pada mereka! Aku tidak ingin lagi untuk menjadi banduan kepada masa lalu aku; tetapi untuk menjadi bersih di depanMu, dengan pengetahuan bahawa Kamu telah mengampunkan aku, oh Tuhan, dengan pengetahuan bahawa aku telah mengampunkan diriku dan bahawa aku juga telah mengampunkan orang lain!

 

Oh, Penyelamat Terpuji, tolong pegang tanganku dan pegangnya dengan ketat dan berjalan denganku ke dalam diari hidupku sendiri; kerana aku sebenarnya ingin untuk menjadi bebas! Terima kasih, Bapa! Amen

 

Aku Akan Dengar Doa Ini!

 

Sekarang, Anak SayangKu, Aku berkata kepada kamu dan kepada semua, yang mendoakan doa ini dan mendoakannya dengan keinginan yang mendalam dan ikhlas dari hati mereka, malah mendoakannya dengan sepenuh hati mereka, Aku akan dengar doa ini! Aku akan menghormatkan doa ini dan Aku sememangnya akan memegang tangan orang sebegini, yang mendoakan doa ini dan Aku sememangnya akan menyebabkan orang sebegini untuk melihat dengan kejelasan besar dan dengan kebenaran besar masa lalunya dan untuk melihatnya dalam kebenaran dan kejujuran!

 

Buatlah Tiga Senarai Yang Nyata!

 

Seterusnya, Anak SayangKu, selepas seseorang mendoakan doa ini, sememangnya, dengan seluruh hati mereka, terdapat banyak kerja untuk dilakukan dan inilah apa yang Aku memerlukan setiap orang untuk buat! Buatlah senarai! Buatlah tiga senarai nyata dan senarai pertama patut dipanggil: 1. Apa yang orang lain telah lakukan kepadaku! Kemudian, buat senarai kedua dan senarai kedua ini patut dipanggil: 2. Apa yang aku telah lakukan kepada orang lain! Kemudian, buatlah satu senarai ketiga dan senarai ketiga ini patut dipanggil: 3. Apa yang aku telah lakukan kepada diriku!

 

Kerana, sedangkan seseorang meluangkan masa dengan Aku untuk kembali ke hidupnya; dan sedangkan seseorang melihat dan mengaji semula konflik yang menyakitkan dan tak terselesai, sememangnya situasi yang diledakkan emosi, seseorang sebegini perlu membuat senarai itu, sememangnya tiga senarai, dan pada tiga senarai, seseorang akan menyenaraikan ingatan yang menyakitkan ini dan situasi yang diledakkan dengan emosi, sememangnya, seperti yang Aku telah memberitahu kamu, senaraikannyalah di tiga senarai: 1. Apa yang orang lain telah lakukan kepadaku; 2...Apa yang aku telah lakukan kepada orang lain; 3... Apa yang aku telah lakukan kepada diriku.

 

Aku juga bertambah, Anak SayangKu, bahawa bagi seseorang untuk menjadi paling berjaya dalam mencapai penyembuhan rohaniah mendalam dan berkekal, seseorang perlu meluangkan beberapa hari bersendirian dengan Aku tanpa sebarang gangguan! Dengan keinginan mendalam dan matlamat yang tertumpu satu, seseorang perlu perlu meluangkan masa berdoa dalam dengan keinginan sebegini bersama Aku ini, mencari Aku dan cuma berbuat senarai-senarai ini! Untuk membuat senarai ini, bagi sesetengah orang, mungkin mengambil masa beberapa hari, ataupun beberapa minggu! Kerana, ia akan mengambil masa untuk kembali dan mengingatkan semula pekara-pekara ini dan untuk membuat senarai yang tepat.

 

Tetapi, inilah apa yang seseorang perlu berbuat terdahulu! Luangkan masa untuk buat senarai itu! Terus tambah kepada senarai ini sehingga tiada ingatan yang menyakitkan dan pengalaman yang terledak dengan emosi dapat diingatkan! Senarai ini adalah antara Aku dan kamu, yang, memerlukan penyembuhan! Aku tidak meminta kamu untuk buat senarai kebimbangan peribadi kamu dan berkongsi dengan orang lain, melainkan kamu betul-betul ingin untuk berbuat demikian!

 

Kerana, kamu akan datang kemudian dengan doa berikutan di bawah dan dengan sepenuh hatimu, kamu akan meminta Aku untuk memegang tangan kamu sekali lagi dan untuk pergi dengan kamu kepada setiap situasi yang menyakitkan, supaya Aku boleh membakarkan dan sepenuhnya menyembuhkan ingatan terluka dan emosi terluka kamu, supaya Aku juga boleh mengampunkan kamu dan orang lain, kamu juga mesti memaafkan diri sendiri.

 

Aku Akan Menyembuhkan Mereka, Yang Menginginkan Penyembuhan,

 

Dengan Sepenuh Hatimu!

 

Apabila penyembuhan sebegini selesai, akan datangnya kebebasan besar di minda kamu, di hatimu, di jiwa dan rohmu! Kerana, Aku akan menyembuhkan kamu yang, menginginkan penyembuhan ini dengan sepenuh hatimu! Dan jika kamu pada mulanya tidak mengalami pembebasan yang menyembuhkan setelah mendoakan doa kedua ini berkenaan sesuatu situasi, datang berulang-ulang dengan air mata, menangis dengan dukacita hebat juga untuk dosa dan sakitmu, dan aku akan pada akhirnya menyembuhkan kamu dan membersihkan semua trauma emosi dan mental kamu berkaitan dengan situasi ini.

 

Jadi, berikutan di bawah adalah doa kedua dan kamu perlu mendoakan doa ini berkenaan setiap situasi yang diledakkan emosi, yang kamu telah tersenarai di tiga senarai kamu. Doakan doa ini dengan sepenuh hatimu berkenaan dengan setiap “salah” pada senarai kamu! Jangan berkejar cepat dalam ini, tetapi berikhlas dan Aku akan dengar, juga, bagi pihak kamu, doa kedua ini.

 

Doa Kedua

 

Doa Untuk Penyembuhan Emosi Dan Ingatan Yang Menyakitkan

 

Dalam nama SuciMu, Tuhan Yesus, aku datang kepada Engkau; dan aku meminta Engkau untuk membantu aku! Oh, Penyelamat Terpuji, aku bersengsara melalui begitu banyak dukacita dan begitu banyak kesakitan di hidupku! Tuhan, Engkau ketahui trauma emosi yang telah aku menderita semata-mata untuk situasi ini; dan Engkau ketahui bahawa aku tidak ingin untuk mengalami kesakitan emosi berkenaan situasi ini untuk lebih lama lagi! Bapa, aku merayu pada Engkau dari dasar hatiku untuk memegang tanganku dan untuk pergi bersamaku ke dalam luka yang menyakitkan, luka mental serta emosi, dan untuk menyembuhkan aku dari dalam ke luar!

 

Penyelamat Terpuji, tolong bawakan kasihMu, cahayaMu dan penyembuhanMu kepada situasi penuh emosi ini yang amat menyakitkan dan sembuhkanlah aku! Sembuhkan ingatan dan emosi menyakitkan ini dan sembuhkan badanku, Tuhanku; kerana sakit sebegini telah sememangnya memberi kesan kepada kesihatanku! Bersihkan dan sucikan ingatan menyakitkan aku dan bersihkan dan sucikan emosi yang menyakitkan, supaya aku tidak lagi menderita atas kesan-kesan dahsyat pengalaman ini.

 

Ampunkanlah aku, oh Tuhan, di mana aku bersalah di situasi ini; dan ampunkan juga orang ini (atau sekumpulan orang), sedangkan aku juga mengampunkan setiap satu, yang masih merupakan dan yang telah menjadi sebahagian daripada situasi menyakitkan ini, termasuk diriku. Tuhan, janganlah memegang ini terhadapku atau sesiapa pun lagi!

 

Tuhan, Aku betul-betul ingin untuk selamanya terbebas daripada segala ingatan dan emosi yang menyakitkan sebegitu, yang berkaitan dengan peristiwa traumatik ini; dan aku tidak ingin untuk mengingatkannya lagi dengan cara yang menyakitkan.

 

Tuhan, tolong sembuhkan aku dalam segala aspek berkenaan dengan situasi ini dan ambillah segala bebanku berkaitan dengan peristiwa yang menyakitkan ini. Kerana, aku tahu bahawa pertistiwa yang menyakitkan ini telah membantu untuk mengacukan dan membentukkan tingkah laku aku dengan cara yang aku mungkin langsung tidak mengenali. Jadi, Bapa, tarikkan keluar segala dan semua akar tingkah laku yang tak berfungsi biasa, yang terbangkit di dalam aku, akibat daripada peristiwa dahsyat ini.

 

Tolonglah aku, oh Tuhan, untuk tengok dengan jelas bagaimana aku telah melukakan orang lain akibat daripada masa lalu aku yang menyakitkan, bagaimana Aku telah mengasingkan orang lain dari hidupku dan bagaimana aku telah membuat keputusan, yang tidak bagus untuk aku dan untuk orang lain.

 

Bapa, semua ingatan dahsyat ini telah berperanan sebagai penjaraku dan tiada yang dapat membantuku untuk disembuhkan. Tetapi, Bapa, aku meletakkan keyakinan dan kepercayaanku pada Engkau; kerana Engkau Yang Tertinggi! Engkau Pencipta! Engkau datang ke bawah sini dan mengambil satu tubuh badan dan mati untuk kita, supaya kita dapat mencari jalan kita ke Cahaya, kerana bumi ini begitu gelap. Engkau, dan Engkau, seorang sahaja, merupakan Penyelamat. Tiada yang lain dan tiada yang dapat menyelamatkan roh kecuali Engkau; dan Bapa, tiada yang dapat menyembuh seperti Engkau!

 

Tuhan Yesus, aku tahu bahawa Engkau penuh dengan simpati dan Engkau mengampunkan, Aku benar-benar ingin untuk diampunkan segala dosa aku dan aku merayu Engkau untuk mengampunkan aku segala dosaku dan untuk menyembuhkan aku sepenuhnya dari kesilapan lalu dan ingatan yang sangat dahsyat ini! Aku tahu Engkau ada dengar tangisan aku dan aku tahu bahawa Engkau prihatin terhadapku. Terima kasih, oh Penyelamat Terpuji! Aku kasihi Engkau! Amen.

 

Penyelamat kita Bersambung!

 

Jadi, dengan dua doa ini, dan jika Engkau membuatkan kerja rohaniah menyenaraikan segala kesalahan, dirimu dan juga orang lain, dan jika kamu berdoa dengan sepenuh hatimu, dan dengan keazaman besar, Aku akan membersihkan ingatan kamu yang menyakitkan! Aku akan mengampunkan kamu dan menyembuhkan kamu pada semua tahap, menjadikan kamu sememangnya bebas. Doa-doa ini, Aku beri kepada semua, yang sanggup menerima dan mendoakannya dengan bersungguh-sungguh! Kerana, Aku akan menghormatkan doa-doa ini! Aku akan menerima doa ini apabila kamu mendoakan mereka dengan sepenuh hati dan Aku akan menjadikan kamu tersembuh dan bebas!

 

Ingat! Jika kamu tidak merasakan kuasa penyembuhanKu dan pembebasan rohaniahKu di dalam kamu pada mulanya, terus kembali kepadaKu dalam doa dan terus doakan doa yang sama sehingga kamu merasakan penembusan rohaniah ini! Kerana, jika kamu ikhlas dan jika kamu tabah secara berterusan, kamu akan menerima satu penembusan rohaniah! Kerana, Aku akan menyembuhkan kamu; tetapi ingat juga bahawa pekara, seperti keraguan dan sikap yang tak serius boleh mengganggu penyembuhan kamu, jadi berwaspadalah pekara sedemikian dan terus kembali kepadaKu dalam doa sehingga kamu merasakan penembusan rohaniah!

 

Juga, ingatlah bahawa dinding, yang kamu telah bina di hatimu sendiri, minda, roh dan jiwa, mungkin tidak akan diruntuhkan semua sekaligus, tetapi mengikut peringkat! Dan, setan-setan dan fikiran penafian mungkin tidak akan dihalau keluar dan dialihkan semua secara serentak, tetapi mengikut peringkat! Jadi, kamu perlu bertekad dan bertabah; dan jika kamu sanggup bertekad dan bertabah, Aku semestinya akan menyembuhkan kamu dan Aku semestinya akan membebaskan kamu!

 

Selanjutnya, Aku ingin bertambah bahawa walaupun selepas kamu telah membuat senarai sebegini, dan telah meluangkan banyak masa menangani semua isu-isu, yang telah kamu senaraikan; konflik , ingatan-ingatan dan situasi terledak emosi lain yang tak terselesai mungkin tetap tertimbul. dan apabila yang ini tertimbul, cepat berlutut dan datang kepadaKu dan berdoa dengan perkataanmu sendiri doa kedua lagi! Kerana, proses pendedahan ini boleh berjalan bertahun-tahun; Tetapi hadiahKu kepadamu, yang bertekad, yang bertabah dan berdoa dengan sepenuh hati, akan terlaksana pada peringkat awal dalam ketekadanmu untuk bebas, jika kamu ikhlas dan mendoakan doa ini dan buat kerja ini dengan sepenuh hatimu.

 

Tahu bahawa, Anak-anak sayangKu, bahawa Aku bersama kamu! Aku menginginkan kamu untuk bebas! Aku juga menginginkan untuk menyelamatkan bilangan terbesar roh-roh kamu dan doa-doa ini merupakan dua alatan yang akan memberi manfaat hebat kepada setiap dari kamu, yang ingin untuk diselamatkan!

 

Bapa, akan datangnya juga mereka, yang sanggup membuat senarai mereka, dan yang akan mendoakan doa-doa ini, tetapi mereka tidak mempunayai Roh Engkau. Bapa, mereka perlukan Roh Engkau, dan mereka juga perlukan pembaptisanmu. Bapa, apa yang akan Engkau lakukan untuk mereka?

 

Anak SayangKu, doa berikutan adalah untuk mereka, yang telah berada di dalam dosa yang mendalam, yang jikalau pun mereka pernah mempunyai Roh Aku, ia telah cabut; dan jika mereka tidak pernah mempunayai Roh Aku, mereka sememangnya memerlukannya! Oleh itu, Aku memberikan doa ini sebagai doa ketiga untuk semua, yang begitu memerlukan Roh IndahKu  yang merupakan kasih, kasih karunia, belas kasihan, harapan, dan hadiah rohaniah yang hebat dan indah serta pemeljaan Aku.

 

Doa Ketiga

 

Doa Untuk Menerima Roh Tuhan

 

Yesus, Oh Penyelamat Terpuji, Engkau ketahui lubang-lubang besar di dalamku, yang telah berada di sana untuk masa yang sangat lama! Bapa, aku tidak inginkan apa-apa lubang di dalam hati atau rohaniah aku lagi; kerana lubang ini juga merupakan tempat untuk setan-setan bersembunyi. Oh, Penyelamat Terpuji, tolong bagi aku Roh Engkau! Tolong isikan lubang ini dengan Roh Indah Engkau yang merupakan Kasih, Belas Kasihan, Kasih Karunia dan keajaiban luar biasa.

 

Bapa, aku begitu mengidamkan Roh Engkau; kerana aku tidak ingin untuk menjadi seperti orang yang tidak mengenali Engkau, yang tinggal di kegelapan dan terputus dari Engkau! Bapa, dengarlah tangisan aku! Aku merayu kepada Engkau untuk mencapai ke bawah dan tanamkan Roh Engkau kepadaku; kerana Aku ingin untuk terhitung di antara Anak-anak Engkau! Dengarlah tangisan aku, oh Penyelamat Terpuji!

 

Bapa, aku juga meminta Engkau untuk menghantarkan kuasa hebat Engkau ke dalam aku dan menghalau setiap setan-setan dari aku, kerana aku teramat ingin untuk menjadi bebas! Dan Bapa, tolonglah aku untuk berprihatin terhadap tingkah laku yang salah dan untuk berprihatin terhadap tingkah laku, yang akan menghina atau menghalaukan Roh Engkau! Kerana, setelah Engkau memberikan Roh Engkau, Aku tidak ingin untuk menjadi rumah kosong sekali lagi! Aku tidak lagi ingin untuk diputuskan dari Engkau lagi! Aku tidak lagi ingin untuk terhitung di antara orang yang tidak mengenali Engkau!

 

Aku ingin mengenali Engkau, Yesus! Aku ingin mengenali Engkau dengan cara yang lebih hebat; dan jika ia hasrat Engkau, aku teringin untuk berkhidmat untuk Engkau pada suatu hari! Aku ingin untuk membantu menyelamatkan roh-roh, yang seperti aku, tersesat dan terputus dari Engkau!

 

Bapa, aku tahu bahawa tanpa Roh Engkau, aku terputus dari Engkau dan jika aku tidak mencari Engkau dan menerima Roh Engkau, pada hari terakhir, roh aku akan terbakar; kerana aku akan terhitung di antara mereka yang ditolak Engkau! Bapa, aku tidak inginkan ini! Berbelas kasihanlah pada aku! Tolong berkatilah aku untuk mempunyai Roh Engkau dan tolonglah aku untuk berbuat apa yang betul; kerana Aku teramat menghargai Roh Engkau! Janganlah biar aku mati, Oh Tuhan! Bagilah aku Roh Kudus Engkau; kerana aku begitu idam untuk terhitung di antara anak-anak Engkau, Terima kasih, Yesus! Terima Kasih, Oh Penyelamat Terpuji! Amen!

 

Anak SayangKu, untuk setiap orang, yang sanggup mendoakan doa ini, dan yang sanggup mendoakannya dengan sepenuh hati mereka, tahulah satu pekara, bahawa Aku akan melawati orang ini, dan Aku akan memberi kepada orang ini Roh Aku dengan cara yang luar biasa! Kerana, Aku juga sedar bahawa banyak yang tidak akan ketahui ke mana patut dia pergi untuk menerima Roh Tuhan! Dan, sesiapa pun boleh menerima Roh Aku menerusi peletakan tangan, tetapi ramai orang di gereja-gereja, yang akan berdoa bagi orang lain untuk menerima Roh Aku, dia sendiri pun tiada Roh Aku!

 

Jadi, di waktu akhir ini, Aku akan melakukan beberapa pekara yang luarbiasa untuk menyelamatkan roh! Dan, doa satu ini Aku akan menghormatkan apabila seseorang sebegitu mencari Roh Aku dengan sepenuh hati. Malah Aku akan melawati orang ini, seperti yang Aku telah memberitahu kamu, dan Aku akan menanamkan Roh Aku! Doa-doa ini juga akan memberi manfaat kepada ramai di rumahKu, yang dipanggil dengan NamaKu, kerana ramai, yang mendakwa bahawa mereka mengenali Aku tidak mengenali Aku, tetapi seolah kayu mati! Jadi, doa ini adalah untuk kononnya Kristian yang ramai, yang tak pernah pun mempunyai Roh Aku, atau telah menghalau Roh Aku dengan berbuat pekara-pekara, yang menyalahkan Roh Aku, dan belum lagi bertaubat!

 

Dengan memberi doa ini, yang sememangnya Aku akan hormati apabila seseorang mendoakannya dengan sepenuh hatinya, Aku sememangnya sedang memberi satu hadiah yang sangat terulung, dan  satu alatan hebat untuk penyelamatan! Kerana, jika seseorang mempunyai Roh Aku, orang ini diberi pertimbangan istimewa, walaupun dia mati dalam dosa, masih ada lagi harapan untuk ramai! Dengarlah Aku dalam ini! Ini merupakan doa yang sangat penting!

 

Jadi, jika kamu tidak pasti sama ada kamu mempunyai Roh Tuhan, atau tidak, doalah doa ini dan jangan doakannya untuk sekali sahaja, tetapi hari demi hari, dengan sepenuh hati, sehingga kamu tahu bahawa kamu mempunyai kasih dan cahaya Roh Aku di dalam kamu! Kerana, jika kamu pernah mempunyai Roh aku dan jika kamu telah menghinanya dan menghalaunya keluar, kamu mungkin perlu berdoa dengan kesungguhan yang lebih besar dan dengan keidaman yang lebih besar untuk menerimanya semula; dan jika kamu betul-betul menyesali segala dosa kamu dan jika kamu telah bekerja dengan baik langkah-langkah sebelum ini membersihkan diari hidup kamu, dengan mendoakan tiga doa ini, Aku akan mendengar rayuan kamu untuk menerima Roh Aku.

 

Dengan kata-kata ini, Aku akan menutupkan bahagian ini! Ambillah pelajaran ini dengan sangat, sangat serius. buatlah kerja ini dan bukan sahaja Aku akan menjadikan kamu bersih, tetapi jika kamu akan selepas ini berjalan dalam kasih, pengampunan dan kepatuhan pada Aku, mengasihi Aku melebihi segala dan mengasihi dan mengampunkan orang lain, malah musuh kamu, Aku juga akan menyelamatkan roh kamu dan kamu akan kemudian pergi tinggi dan menerima warisan terhebat di Kerajaan Cahaya, yang merupakan kegirangan dan kecantikan yang melampaui segala dan semua benda, yang kamu terbayang atau boleh membayangkan!

 

Bapa, dalam penutupan, Aku ada beberapa soalan.

 

Teruskan...

 

Bapa, pada permulaan penglihatan-penglihatan ini, yang berkaitan kepada diari hidup, aku ternampak banyak percikan apabila aku mengangkat diari ini. Bapa, kenapakah ia sebegitu?

 

Anak SayangKu, bahagian ini, kerja ini pada diari hidup seseorang, diurupi dengan banyak kuasa Aku! Doa-doa ini merupakan doa Aku. Kata-kata ini merupaka kata-kata Aku! Kerja ini Aku memberi dan Aku menghormati! Jadi, kerja ini diurupi oleh Aku dan percikan dan api ini merupakan percikan dan api Aku! Kerana, seseiapa dan semua yang akan mengambil ajaran ini, yang sekarang Aku beri, dan buat seperti yang Aku arahkan, Aku akan mendengar tangisan mereka kepadaKu! Kerana, kerja ini Aku sekarang merasmikan! Kerja ini Aku memberi kuasa melalui kuasaKu! Kerana, melalui doa-doa ini semata-mata, dan melalui kerja yang ikhlas dan terasa di hati, Aku akan betul-betul membersihkan dan menyelamatkan ramai jika mereka sanggup mengejar Aku dengan sepenuh hati mereka.

 

Oh, terima kasih, Penyelamat Terpuji! Betapanya aku bergembira di dalam Engkau! Aku kasihi Engkau!!!!

 

Sekarang, Anak SayangKu, kamu tahukah kenapa Aku membenarkan musuh untuk menyerang kamu dan menyebabkan kamu untuk terjatuh di salji dan ais, dan melukakan tulang belakang kamu? Ini merupakan harga kamu untuk kerja ini yang dihadap kepada penyelamatan roh, harga kamu untuk menerima bab ini, Bab Enam Puluh Lapan dari Buku Dua Belas, satu kerja yang sangat berkuasa sememangnya! Ramai perlu menyalinkan bab ini dan hantarnya lebar dan jauh, dan membuat salinan untuk keluarga dan kawan mereka, untuk membuat dan meninggalkan salinan yang tak tertulis nama di tempat awam dan untuk memberikannya keluar di jalan.

 

Iblis dan sebilangan daripada Elohim juga sangat marah pada keinginan Aku untuk memberi bab ini dan ingin untuk menghalang kerja Aku dalam penyelamatan roh! Wahyu-wahyu bab ini, di bab Enam Puluh lapan dari buku Dua Belas, teramatnya penting untuk penyelamatan ramai, ramai roh!

 

Penanaman Baptisan Api

 

Bapa, sebelum Engkau pergi, Aku ada satu soalan terakhir; dan Bapa, ini merupakan satu soalan yang penting. Kata Engkau memberitahu bahawa kita perlu untuk dibaptisankan di air untuk pengampunan dosa-dosa; tetapi Bapa, dengan baptisan ini, orang menghadapi dilema yang sama. Tidak ramai yang tahu bagaimana mencari hamba yang benar-benar terurup Engkau, yang diurup Engkau, Tuhan, dan dikuasakan oleh Engkau, supaya mereka boleh dibaptisankan untuk pengampunan dosa dan sejurusnya menerima Roh Engkau melalui peletakan tangan! Oleh itu, Bapa, untuk menerima baptisan sedemikian, bagi kebanyakan orang, adalah mustahil! Bapa, adakah Engkau akan sekarang dengan bebasnya menanamkan baptisan api Engkau? Bapa, Aku tahu mengenai baptisan api ini! Adakah Engkau sekarang membebaskan baptisan api kepada orang kamu?

 

Anak SayangKu, Aku telah menarik tali hati kamu dan Aku tengah menunggu kamu untuk menanyakan Aku sama ada Aku akan membebaskan baptisan api sebegini kepada hati mereka yang benar-benar mencari; dan jawapan Aku kepada kamu adalah “Ya!” Aku sekarang akan memberikan doa sebegini, supaya apabila seseorang mencari Aku dengan sepenuh hati mereka, Aku akan secara luarbiasa menanamkan padanya, baptisan api Aku, mengikut tahap kesediaannya, untuk menerima baptisan sedemikian dan mengikut doa ikhlas dan mendalam dia untuk baptisan api ini!

 

Kerana, baptisan api ini, seperti yang kamu tahu, merupakan api yang teramat bijaksana, yang akan secara berterusan pergi ke dalam roh dan mencari dan memburu dosa, yang tercetak pada roh dan ia akan membakarkan dosa! Baptisan ini adalah berbeza dengan baptisan air, tetapi kedua-dua adalah untuk pengampunan dosa! Tetapi, baptisan api ini, setelah ditanam, akan bekerja berterusan berulang-ulang untuk mencari dan membakar dosa, sedangkan seseorang mencari untuk diampunkan dosa. Inilah bagaimana baptisan api berfungsi, tetapi api ini akan melakukan lebih banyak lagi! Jadi, ya! Aku akan sekarang memberi doa sebegini dan Aku akan menghormatkan doa ini, apabila seseorang mendoakannya dengan hati ikhlas dan betul-betul menginginkan, dan menginginkannya dengan dalam, baptisan api sebegini.

 

Doa Keempat

 

Doa Untuk Pembaptisan Api

 

Oh, Penyelamat Terpuji, Yesus, Tuhan Kita, dan Satu-satunya  Penyelamat Umat Manusia, aku tahu mengenai baptisan api ini; kerana Engkau sekarang bercakap mengenainya dan aku tahu bahawa ini merupakan api yang teramat bijaksana, yang akan mencari dan membakar setiap dosa, yang tercetak di roh aku! Tuhanku, baptisan api ini merupakan hadiah rohaniah yang teramat menakjubkan; dan Bapa, dengan segala hatiku, aku mengidamkan hadiah ini! Tolong, Bapa, dengarlah tangisan aku dan tanamkan kepadaku baptisan api ini, supaya Aku beleh menjadi bersih di depanmu, Oh Tuhan, dan supaya roh aku boleh disucikan dan dijadikan teramat bersih melalui baptisan api yang menyucikan! Terima kasih, oh Penyelamat Terpuji! Terpujilah Nama Suci Engkau, Tuhan Yesus! Kemuliaan kepada Engkau selama-lamanya; kerana Engkau berprihatinkan seorang pendosa yang seperti aku! NamaMu Suci selama-lamanya! Amen!

 

Sebilangan, yang mendoakan doa ini akan menerima baptisan api dengan serta-merta, tetapi ada yang mesti bertabah dengan setia dan bertekad sebelum menerima baptisan api ini. Dan, ya, haba dari baptisan api ini akan terasa di badan seseorang; kerana ini merupakan api yang panas, api dari syurga, yang akan mencari dosa di roh seseorang dan membakar dosa sedemikian, tetapi kamu mesti juga berjalan seperti kanak kecil yang rendah hati, dan patuh; kerana jika kamu terus untuk dengan sengaja membuat pekara untuk menghina baptisan api ini, ia akan meninggalkan kamu dan lebih teruk akan terjadinya keadaanmu!

 

Sekarang, Anak SayangKu, adakah kamu ketahui kenapa Aku membenarkan musuh untuk menghentam kamu dan menyebabkan kamu terjatuh pada salji dan ais? Aku membaringkan kamu supaya Aku boleh mendapat tumpuan sepenuhmu! Dengan cara inilah, kamu menulis bab ini! Kerana, kamu membayar satu harga untuk membawa kerja ini yang sangat penting kepada orangKu! Jika mereka sanggup membacanya dan jika mereka sanggup mengambil serius kerja ini, banyak akan dijadikan bersih dan ramai yang akan dijadikan lengkap dan banyak yang akan diselamatkan!

 

Kerana, Aku adalah Penyelamat kamu, Aku adalah Yesus, Aku adalah Yahweh, Tuhan Tertinggi, dan Aku adalah Pencipta; dan selain daripada Aku, tiada yang lain; dan Aku memberi ajaran-ajaran ini. Aku mengajar kata-kata ini! Sekarang, pergi dengan ketengangan; kerana Aku telah memberi semua yang Aku bercadang unutk memberi pada masa ini.

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan, dan direkodkan pada hari ke-22 ini bulan Febuari, 2010,

 

Linda Newkirk

 

Terpujilah Raja Maha Perkasa Kita Selama-lamanya!

 

Sucinya Nama IndahNya!

 

Beberapa sahaja daripada kamu tahu bahawa aku tulis bab yang lalu selepas aku terjatuh pada salji dan mencederakan bahagian belakang aku. Pada masa itu, aku betul-betul tidak faham kenapa Penyelamat kita telah membenarkan pekara ini untuk berlaku kepadaku, tetapi sedangkan aku berehat, menunggu Penyelamat kita untuk menyembuhkan belakang aku, aku tanyaNya kenapa dia menangguh! Kerana, sebelum ini dia telah memberitahu aku bahawa secepatnya selepas kerja penyelamatan untuk anak-anak keturunan satanik disiapkan, Dia akan menghabiskan kerja-kerja ini.

 

Kemudian, Dia memberi aku satu penglihatan dan di penglihatan ini aku berdiri pada tebing dengan  anaklelaki kecil. Kami berada pada tempat yang tinggi, seperti berdiri di tepi tebing, yang terbina pada bahagian tepi sebuah gunung. Anaklelaki kecil itu dipeluk di dalam tanganku dan ia nampaknya seperti kami akan terbang pergi pada bila-bila masa sahaja.

 

Tetapi, apabila aku bertanya Bapa kita apa yang kita sedang tunggukan, Dia turunkan aku dan anaklelaki sebanyak beberapa kaki dan di situ depan kita ada beberapa besen putih, yang tertutup dengan penutup putih. Besen-besen ini merupai sinki bilik air, tetapi mereka tidak terbuka dan tertutup dengan penutup putih.

 

Aku pergi kepada besen-besen dan membuka beberapa daripada penutup besen ini dan aku nampak beberapa yang ternampak bersih dan beberapa yang separuh bersih, tetapi yang lain dipenuhi dengan udang karang hitam, mati, dan berbau busuk reput. Jadi aku menutupkan penutup-penutup dan Penyelamat kita berkata, “Inilah apa yang Aku sedang tunggukan!”

 

Kawan-kawan Tersayangku, kasihNya kepada setiap kita sangat besar dan kerana kasih besarNya, Dia telah memberikan bab ini. Penyelamat kita hendakkan aku terlantar supaya Dia boleh ada tumpuan sepenuh aku dan adalah pada masa itu dia mula menunjukkan kepadaku banyak pekara, bercakap dengan aku, dan menunjukkan kepadaku kenapa ramai yang lain tidak bersedia.

 

Ia adalah pada waktu awal penyembuhan ini apabila aku adakan satu perbualan dengan seorang kawan; dan adalah pada perbualan ini kawanku memberitahu aku bahawa aku tersilap dalam apa yang aku nampak, berkenaan dengan apa yang kita perbualkan. Aku semata-mata memberitahu dia untuk mencari Penyelamat kita dan Penyelamat kita akan menunjukkan kebenaran. Jadi aku teruskan dengan hal-hal aku dan Tuhan berkata, “Lain kali kamu bercakap dengan kawan ini, inlah apa yang kamu akan diberitahu: aku tidak boleh nampak apa yang kamu sedang bercakap.” Dan, beberapa jam berlalu dan kawan tersayang ini telefon dan berkata, “Aku tidak boleh nampak apa yang kamu sedang bercakap.”

 

Jadi, ini, Kawan-kawan TersayangKu, memulakan lima hari untuk kawan ini, di mana Bapa kita hendakkan orang ini untuk berbuat seperti yang digariskan di sini, tetapi bukan dengan doa yang sama sepenuhnya, tetapi dengan cara yang sangat serupa. Bapa kita berkata bahawa kerja ini perlu dibuat untuk lima hari dan pada hari keenam, Dia akan memberi sesuatu yang istimewa untuk kawan tersayangku. Benar pada kataNya, pada hari keenam, Penyelamat kita memang melawati kawan tersayang ini dan menanamkan hadiah-hadiah syurga yang indah.

 

Jadi, Kawan-kawan Tersayangku, ambillah perhatian, Kerana bukan sahaja Penyelamat kita akan menyembuhkan banyak daripada kamu dari kesakitan lalu kamu, tetapi Dia juga akan memberi kamu begitu banyak lagi!

 

Sedangkan hari berlalu, Penyelamat kita beransur-ansur menyembuhkan belakang aku! Dia menghantar malaikat-malaikat untuk menghiburkan aku; dan pada hari ini sedangkan aku menulis kata-kata akhir ini, belakang aku hampir-hampir tersembuh sepenuhnya.

 

Seperti yang telah aku tulis, dan seperti yang Penyelamat kita telah berkata kepada kita, kepada siapa yang diberi banyak, banyak yang dijangkakan. Dan apabila Dia memberi kita kerja yang begitu penting, kita sememangnya akan membayar satu harga yang sangat besar.

 

BANGUNLAH, OH PENGANTIN DAN AMBIL PERHATIAN! KAMU MASIH AKAN MEMBAYAR SATU HARGA YANG BESAR UNTUK MENGAHWINKAN RAJA MAHA PERKASA KITA. INI MASANYA UNTUK KELUAR DARIPADA PEMIKIRAN ANGAN-ANGAN DAN KEJAR JANJINYA DENGAN SEPENUH HATIMU. KETAHUI BAHAWA DIA TIDAK AKAN DATANG UNTUK KAMU, OH PENGANTIN, SUPAYA KAMU BOLEH TERLEPAS. DIA DATANG UNTUK PENGANTINNYA SUPAYA MEREKA BOLEH MEMBAWA KERAJAANNYA KEPADA DUNIA.

 

ADANYA SATU KERJA HEBAT UNTUK DILAKUKAN DI DUNIA INI, OH PENGANTIN KRISTUS; DAN JIKA KAMU SERIUS MENGENAINYA DAN SERIUS MENGENAI PENEYLAMATAN KAMU, KAMU AKAN MENGGUNAKAN HADIAH ROHANIAH KAMU UNTUK MENYELAMATKAN ROH-ROH, JANGAN-JANGAN KAMU PUN TERHILANG APA YANG KAMU MILIKI.

 

MEMANG ADANYA KEKURANGAN BENAR KASIH TUHAN DI BUMI INI! ADA BANYAK, YANG DENGAN SEPENUHNYA MEMENTINGKAN DIRI DAN TIDAK MENGISAHKAN ORANG LAIN. TERLALU BANYAK MERUPAKAN BANDUAN KEPADA BANYAK PEKARA JAHAT DUNIA. IA MEMANG SEBENARNYA MASA UNTUK MEMBUAT PEMBERSIHAN RUMAH YANG BESAR. DAN, KEPADA KAMU, YANG MENGAMBIL SERIUS PESANAN INI, DAN YANG SANGGUP BERBUAT KERJA INI, YANG “BERSESUAIAN DENGAN PENAUBATAN,” KAMU SESUNGGUHNYA AKAN SEHEBATNYA BERGEMBIRA UNTUK MELIHAT APA YANG PENYELAMAT KITA LAKUKAN UNTUK KAMU!

 

KIRIMKANLAH SURAT KEPADAKU DAN BERITAHULAH AKU APA YANG PENYELAMAT KITA BERBUAT UNTUK KAMU SEDANGKAN KAMU MEMBUAT PEMBERSIHAN RUMAH SERIUS KAMU, DAN AKU AKAN MEMPAMERKAN RESPON KAMU.

 

AKU KASIHI KAMU DENGAN KASIH BESAR!

 

Saudari kamu dan kawan,

 

Linda Newkirk

 

PS        Secepatnya, aku akan menulis dan mempamerkan lebih lagi testimoni indah kamu mengenai berkat indah yang kamu terima melalui urupan Penyelamat kita pada kain doa! Teruskan kirim kepadaku, agar Penyelamat kita boleh diperbesarkan di bumi ini dan supaya keyakinan mereka yang lemah secara rohaniah dapat dikuatkan!

 

Jika kamu sedang mencari kain doa, aku hampir hendak mengirimkan beberapa ratus helai. Selepas ini, aku mesti berpuasa dan berdoa atas lebih lagi, tetapi sila bersabar dengan aku; kerana cuma ada aku seorang sahaja. Jika kewangan membenarkan tahun ini, aku berharap untuk mengambil satu pembantu sambilan. Mungkin, Bapa kita akan membawa kewangan lebih untuk pekara ini; kemudianlah aku dapat menyiapkan sesetengah perkara dengan lebih cepat sedikit. Pujilah Nama SuciNya; kerana Dia begitu terharga dalam segala cara!