NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 71

 

BAHAGIAN I

 

Bencana Minyak Gulf:

Amaran-Amaran Penyelamat Kita

 

Bangkitlah, oh anak perempuanKu yang diberkati! Kerana Aku adalah Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi, Raja segala Raja dan Penyelamat yang satu-satunya sahaja! Duduklah dan tulis; kerana kata-kataKu mersti pergi kepada orang yang lapar, ke sebuah tanah yang kering dan dahaga!

 

Anak SayangKu, adakah kamu nampak apa yang Aku telah lakukan? Adakah kamu nampak? Kerana, Aku telah mengambil kapak Aku ke sebatang pokok yang kering dan Aku telah menebangnya! Aku telah mengambil kapak Aku kepada sebatang pokok yang tak produktif dan Aku telah menebangnya jatuh! Hebatlah kejatuhan pokok ini, suatu tempat, di mana banyak burung hitam yang gelap dan jahat, telah bersarang!

 

Kejahatan dan kejahatan menjijik telah melimpah secara berterusan dari pokok ini sehingga ia telah membunuhkan dirinya; kerana seluruh pokok ini telah menjadikan dirinya tempat berlindung kepada apa yang jahat dan keji di mataKu! Suatu bau busuk telah secara berterusan datang ke mukaKu dari kejahatan pokok jahat ini; dan Aku telah menebangnya!

 

Tuhanku, apakah pokok jahat ini dan di manakah pokok jahat ini?

 

Anak SayangKu, pokok jahat ini merupakan seluruh kawasan pesisiran pantai Negeri-negeri Gulf! Pokok ini cuma merupakan satu cabang sebuah pokok yang lebih besar; dan pokok yang lebih besar ini merupakan seluruh Amerika Syarikat! Apa yang kamu tidak nampak dari penglihatan ini adalah pokok yang ditebang ini cuma merupakan satu cabang besar sebuah pokok besar; tetapi kepadamu sememangnya ia akan kelihatan sebagai sebuah pokok yang sangat besar! Dan, ia merupakan sebuah pokok, dalam dirinya, tetapi masih juga merupakan cabang sesuatu yang lebih besar!

 

Biarlah ia diketahui, Anak SayangKu! Terbitkan apa yang Aku berikan kepadamu dan hantarkannya jauh dan lebar; kerana Aku telah lihat pada seluruh kawasan Gulf (Gulf Mexico) USA dan pada semua negeri-negeri Gulf (Gulf Mexico) dan Aku telah menandakan mereka! Aku telah mengambil pen menanda Aku dan Aku telah mewarnakan mereka semua dengan warna hitam! Aku telah menetapkan penentuan terhadap mereka dan Aku akan dengan sepenuhnya memadamkan mereka dari peta USA jika mereka tidak merendahkan hati mereka dan bertaubat secara beramai-ramai di depanKu!

 

Kerana, mereka penuh dengan kejahatan! Penuh dengan penzinaan! Penuh dengan penzinaan tanpa berkahwin [seks tanpa kahwin-kata penterjemah]! Penuh dengan kepesongan seksual pelbagai jenis,! Penuh dengan pemborosan! Penuh dengan ilmu sihir! Penuh dengan penyembahan berhala! Penuh dengan perdagangan pelacur! Penuh dengan mulut membohong dan jalan menipu! Penuh dengan orang “yang merupakan kawan kamu asalkan keadaannya baik!” Penuh dengan segala jenis kejahatan!

 

Tandakanlah kataKu dalam hal ini! Kerana, jika mereka yang ada di negeri-negeri ini, dan mereka yang ada di negeri-negeri ini, yang dipanggil dengan NamaKu, tidak bertaubat, Aku akan menghantar ribut, Aku akan menghantar tsunami, Aku akan menghantar gempa-bumi; dan Aku akan menghantar kebuluran dan penyakit sehingga Aku menyingkirkan kejahatan ini dari muka Aku! Aku telah menetapkan muka Aku menentang Negeri-negeri Pesisiran Pantai Gulf ini dan Aku tidak akan berpuas sehingga Aku telah musnahkan kejahatan besar ini!

 

Masa celaka hebat telah bermula di Amerika! Celaka, celaka, celakalah kamu, oh Amerika, perempuan jalang dunia! Celakalah wahai golongan bahan lucah; kerana jika kamu enggan bertaubat, kamu akan membakar di hukuman berapi! Celakalah wahai penzina; kerana jika kamu enggan bertaubat, kamu akan dimusnahkan di Tasik Api! Celakalah wahai pendakwah, yang tiada Roh Aku, yang mendakwah untuk keuntungan, dan yang memimpin orangKu ke kesesatan! Kerana, jika kamu enggan bertaubat, kamu akan ada tempatmu di api Kegelapan Luaran! Celakalah wahai yang mengingin (covetous), wahai penipu, wahai pekerja ilmu sihir; kerana jika kamu tidak bertaubat, roh kamu akan dikehendaki daripadamu untuk berada di hukuman berapi! Celakalah kamu, yang mengasihi dunia jahat ini dan apa yang ada di dalamnya; dan kamu tidak mengasihi Aku! Kerana, jika kamu tidak bertaubat, roh kamu akan mati di api membakar!

 

Oh, kamu pengolok dan pencemuh! Celak, celaka, celakalah wahai pengolok dan pencemuh; kerana jika kamu enggan bertaubat dari kejahatan besar ini, roh kamu akan menderita di api pembetulan untuk masa yang sangat lama!

 

Ia masa untuk semua orang untuk berhenti tertanya-tanya mengenai bencana minyak Gulf, tentang siapa buat apa dan siapa tidak buat apa! Kerana, Aku, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi, telah menetapkan mataKu padanya, Aku telah menetapkan penentuanKu padanya; dan Aku telah menjadikannya ternyata!

 

Yea, kamu terkagum hairan bahawa Iblis yang menyebabkannya dan kamu terkagum hairan bahawa Syarikat British Petroleum yang menyebabkannya; dan kamu terkagum hairan bahawa kegagalan alatan pencegah-gagal yang menyebabkannya; tetapi Aku memberitahu kamu bahawa Aku, Sendiri, menentukannya! Dan, kecualilah bilangan besar kamu yang berada di negeri-negeri kawasan pesisiran pantai ini menjatuhkan diri pada mukamu di depanKu dengan tangisan dan taubat untuk kejahatan besarmu, untuk dosa hebat dan pemberontakan terhadapKu, kamu tidak akan nampaknya berhenti, tidak di hayat kamu! Bukan sahaja kamu tidak akan nampaknya berhenti, tetapi jika ramai daripada kamu, apabila membaca amaran ini, mengolok dan menghina pesanan ini, aku akan sejurus lagi meletupkan perigi ini dan lebih lagi membanjirimu! Aku juga akan dengan hebatnya memusnahkan negeri-negeri pesisiran pantai sehinggal beberapa daripada kamu sahaja yang tertinggal!

 

Oh, kamu telah terfikir untuk mengawal minyak dan bahan cemar yang terbanyak ini dengan sara diri kamu sendiri; dan kamu telah terfikir bahawa Syarikat British Petroleum akan dapat mengawalnya, atau kerajaanmu dapat mengawalnya; tetapi Aku memberitahu kamu bahawa jika kamu enggan bertaubat dengan bilangan orang yang besar, dengan tangisan dan air mata yang banyak untuk jalan jahatmu, dan untuk berpaling dari jalan jahatmu dengan bilangan orang yang besar, kamu tidak akan terlepas! Kerana, Aku telah menandakan kamu, oh Negeri-negeri Gulf, dan Aku tidak akan berpuas sehinggan aku telah menyingkirkan kejahatan besar ini dari muka Aku!

 

Oh, bagunlah, kamu negara Amerika pelacur! Kerana, Aku telah meletakkan kamu di mesin mengisar Aku! Kamu telah memasuki ke waktu celaka yang hebat dan dahsyat! Tangan pembetulan Aku ada pada seluruh negara dan kamu akan terjatuh, oh Amerika!

 

Masa untuk memenuhi semua amaranKu terhadapmu telah tiba! Dan, sekarang negara akan bangkit menentang negara lain! Kelaparan dan kebuluran akan melitupi bumi! Peluru berpandu akan terbang antara negara-negara; dan Amerika semestinya akan diserang dan dimusnah hebat dengan senjata nuklear!

 

Kerana, Aku telah membangunkan nabiKu dan aku telah menghantar mereka merentasi negara ini; dan kepada ramai Aku telah memberi mimpi dan penglihatan dan amaran mengenai pekara yang akan tiba! Tetapi, sedangkan Aku telah melambankan penghakiman hebat Aku pada negara ini, ramai daripada kamu telah berkata, “Aha, pekara-pekara sedemikian tidak terjadi!” Dan, kamu telah labelkan sebagai “palsu” nabi-nabi benar Aku! Oh, betapanya kesilapan ini, betapa hebatnya kesilapan yang kemu telah lakukan!

 

Kerana, Aku memberitahu kamu sekarang; dan inilah apa yang aku tahu! Walaupun pesanan ini disebarkan jauh dan lebar di negara ini, sedikit daripada kamu sahaja yang akan bertaubat, walaupun Aku suruh kamu untuk bertaubat! Kerana, hatimu telah dikeraskan! Mata rohaniahmu buta dan telinga rohaniahmu pekak! Oleh itu, begitu ramai daripada kamu akan melihat pesanan ini dan kamu akan lebih lanjut meningkatkan dirimu dalam kesombongan dan keangkuhanmu!

 

Untuk sebab ini, penghakiman ini akan semestinya terjatuh padamu! Kerana, walaupun Aku memberi amaran sekarang, seperti yang Aku telah memberi amaran kepadamu begitu banyak, banyak kali untuk bertaubat dan melepaskan kejahatan, bilangan orang terbesar kamu enggan dengar; kerana kamu pengasih diri, sombong, bangga, bercakap besar! Kamu kasihi dunia ini dan apa yang ada di dalamnya dan kamu enggan berpaling dari jalan jahatmu!

 

Tetapi, beberapa daripadamu, akan baca! Kamu akan dengar! Kamu akan nampak dan kamu akan bertaubat! Tetapi, bukan bilangan terbesar! Inilah kenapa kamu sedang melihat penghakiman hebat Buku Wahyu sedangkan mereka terbentang di negara ini dan di seluruh dunia! Kerana, penghakiman bermula di negara ini, di rumahKu; dan Aku tidak akan berpuas sehingga Aku telah menyingkirkan kekotoran seluruh RumahKu!

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-16 Jun, 20101,

 

Linda Newkirk

 

 

NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 71

 

BAHAGIAN II

 

Penghakiman Hebat Penyelamat Kita Terhadap Negara Amerika!

 

Datang kepadaKu, AnakKu yang diberkati; kerana Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi! Dengarlah Aku pada hari ini, Anak SayangKu; dan semoga semua orang menjadi lebih bijaksana; kerana sekarang tibanya waktu-waktu celaka hebat pada orangKu, Israel, yang mendiami Negara Amerika Syarikat! Kerana, seperti yang Aku telah berjanji kepadamu suatu masa dahulu, Aku telah memberkati kamu! Aku memenuhkan semua janji Aku kepadamu dan Aku berikan kepadamu tanah-tanah orang kafir pada masa itu! Aku meninggikan kamu di antara mereka yang jahat dan dalam proses itu Aku telah mencipta Nama untuk diriKu! Tetapi, sedangkan masa berlalu, kamu bangkit untuk menyembah tuhan lain, untuk menyembah patung, dan untuk mencemarkan rumahKu itu! Dan, pada waktu itu juga, menurut janji-janji Aku, Aku menyerakkan kamu merentasi Bumi! Tetapi, dalam belas kasihanKu, Aku mengumpul kamu sekali lagi dan Aku memberi kamu negara Amerika Syarikat ini, yang Aku tubuhkan di atas prinsip-prinsip kebenaran!

 

Walaupun demikian, sedangkan Aku menjadikan kamu makmur dan menjadikan kamu sebagai negara terhebat di dunia ini, kamu dengan lebih lagi menjadi pelacur! Kamu juga bangkit dalam ketamakanmu untuk menginginkan banyak negara dan kamu pergi merompak seluruh Bumi! Kamu, oh negara Amerika, telah memenuhkan perut kamu dengan milikan yang tidak dimiliki kamu dan kamu melucutkan seluar kamu untuk setiap pelacur, yang berjalan lalu! kamu mencemarkan dirimu dengan setiap dosa daging badan sehingga kekotoran tertabur merentasi tanah ini!

 

Kamu, oh wahai orang Amerika, telah menjadikan setiap milikan kamu sebagai patungmu dan kamu telah menyembah kerja-kerja tanganmu! Kamu merompak mereka yang tidak berdosa dan membunuh mereka, malah sebelum mereka dapat dilahirkan! Kamu telah menghinakan diri kamu kepada keadaan berkekalan khinzir melalui jalan jahatmu; dan kamu telah mencemarkan badanmu dengan setiap jenis kepesongan dan kekotoran! Kamu menutupkan matamu sedangkan pemimpin kamu bangkit untuk menyembah tuhan-tuhan asing dan kamu telah membiarkan pengorbanan manusia untuk menjadi berleluasa di tanah ini! Setiap tahun, beratus ribu kanak-kanak kamu terhilang; dan kamu tidak menjadi lebih bijaksana; kerana kamu tidak pertimbangkan bahawa anak-anak Iblis merogol mereka, menyeksa mereka dan mengorbankan mereka kepada tuhan asing mereka!

 

Aku telah memanggil ramai nabi dan Aku telah hantar mereka untuk memberi amaran kepadamu untuk bertaubat, atau mati; tetapi kamu keraskan hatimu dan kakukan lehermu! Aku telah melanjutkan kasih karunia dan belas kasihan pada kamu kerana permintaan orang benar dan kamu dengan lebih lanjut lagi memijakkan kasih karunia dan belas kasihan Aku! Juga, ramai nabi, yang dipanggil olehKu, mencemarkan diri mereka dan ramai di gereja menjadi lebih lagi megah diri dan angkuh. Bau di gereja telah menjadi begitu busuk sehinggalah Aku telah mengeluarkan ramai orang yang ikhlas benar dan Aku telah membawa mereka ke tempat padang gurun mereka sendiri.

 

Ya, Amerika, Aku telah memberkatkan kamu di atas semua negara dan secepatnya, oh begitu cepatnya, Aku akan meletakkan kamu di bawah kaki semua negara! Orang kafir akan memandang kamu, menggoyangkan kepala mereka dan berkata, “Tengoklah apa yang Tuhan mereka lakukan kepada mereka!” Kerana, Aku akan menjadikan kamu untuk bahan olok di depan seluruh dunia! Yea, mereka akan mengolok-olokkan kamu dan ludah padamu dan kesat kamu sedangkan mereka muatkan dan bawakan kamu jauh ke negara asing! Kerana, sekali lagi, kamu, oh Rumah Israel, akan memasuki perhambaan dan penawanan!

 

Tetapi, kamu duduk di tempat selesa kamu dan kamu meninggikan diri kamu dalam keangkuhan, kamu berlega dalam semua wang kamu; tetapi Aku memberitahu kamu bahawa kamu telah merupakan banduan dan tidak ketahuinya! Antikristus duduk di kepada negara ini dan kamu tidak ketahuinya! kamu secara buta percaya pada tangan daging badan; tetapi ketua itu, yang kamu telah percaya, akan mengkhianatkan kamu kepada musuh, sehingga akhir!

 

Tidak lagi Aku akan merayu dengan kamu seperti yang Aku telah berbuat dahulu untuk bertaubat, atau mati! Kerana, Aku tahu bahawa bilangan orang terbesar kamu tidak akan bertaubat! Tetapi, dalam masa kesengsaraan besar, lebih ramai daripadamu akan nampak kesilapan jalanmu dan kamu akan bertaubat!

 

Ini kata Aku kepadamu, oh Amerika! Masa kesengsaraan hebat ada padamu dan mula dari sekarang, tidak akan ada putar balik untukmu! Aku akan membawamu ke api pengujian dan Aku tidak akan berlembut dengan kamu! Aku tidak akan berlembut dengan seluruh dunia sehinggalah Aku berpuas dengan penghakiman Aku pada kamu! Ya, sememangnya celaka dahsyat dan penghakiman hebat Buku Wahyu sekarang ada padamu dan tiada bilangan doa dan puasa akan ubahkan apa yang Aku, Sendiri, telah jadikan untuk ditulis di Buku itu (Wahyu).

 

Celaka, celaka, celakalah pada USA! Celaka, celaka, celakalah pada semua pembohong! Kerana, kamu akan membakar jika kamu tidak bertaubat! Celaka, celaka, celakalah pada semua pekerja ilmu sihir, pada semua penzina (tanpa kahwin), pada semua penzina (telah kahwin), pada semua penagih lucah, dan pada semua penagih sebarang jenis; kerana neraka, itu juga, merupakan warisanmu! Celaka, celaka, celakalah pada para homoseksual; kerana jika kamu tidak bertaubat, kamu akan mendapati dirimu berada di kesejukan dan kepanasan teramat Kegelapan Luaran! Celaka, celaka, celakalah pada semua, yang memecahkan perintah Aku dan enggan bertaubat; kerana kamu akan semestinya membakar dalam hukuman berapi!

 

Meraung nangislah, oh kamu negara Amerika, seperti seorang wanita berkabung! Pakaikanlah baju berkabungmu dan tutupkanlah malumu; kerana kamu telah dengan hebatnya berbuat silap dan Aku akan sekarang mengkehendakinya daripadamu! Meraunglah! Kerana, begitu hebat akan jadinya penderitaanmu, oh Amerika!

 

Dan, dengan ini, Anak sayangKu, kita akan berhenti untuk sekarang. Aku Bapamu yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-20 Jun, 2010,

 

Linda Newkirk

 

Kawan Tersayangku, Bapa kita telah memberitahu aku bahawa Dia akan membenarkan aku turun ke Louisiana untuk bertemu dan berdoa dengan beberapa daripadamu, jika kamu tunjukkan minat. Tetapi, kamu perlu membayar perbelanjaan aku; kerana ini boleh jadi agak mahal untuk aku. Jika satu atau dua kumpulan orang antara kamu inginkan untuk aku datang dan berdoa untukmu dan denganmu, Aku akan juga membawa beberapa ratus kain doa yang diurapi! Kamu boleh baca mengenai mukjizat dan penyembuhan, yang ada antara kamu telah terima melalui urapan Bapa kita pada kain ini di http://www.prophecies.org.

 

Anaklelaki Wahyu Dua Belas tinggal di dalamku; dan dia merupakan api! Aku tidak tahu sama ada Bapa kita akan membenarkan dia untuk berbuat apa-apa untuk membantu dalam malapetaka hebat, yang sekarang membara di Gulf; tetapi aku kenal kuasa dan api hebatnya dan dia merupakan berkat yang terharga dan menakjubkan!

 

Aku mesti memberitahu kamu bahawa Aku adalah seorang banduan dan apabila Aku datang, kapal-kapal Iblis yang banyak juga akan mengikuti aku. Tetapi, jika kamu tidak kisahkan perarakan ini,  aku akan datang.

 

Ia adalah pada musim sejuk 2008 di mana dua orang saudara terkasih menjemput aku untuk datang ke Tucson AZ! Mereka dua adalah dokotr naturopathic dan mereka tawarkan untuk memberi aku rawatan ozonated colonics “percuma” kerana Aku begitu letih waktu itu. Pada waktu mereka tawarkan untuk terbangkan aku ke sana, Aku tidak tahu bahawa Bapa kita akan menghantar aku merentasi Arizona, dan keluar ke Californa di musim panas 2008, kerana Dia akan melepaskan ramai malaikat gergasi, yang dipanggil malaikat geografikal.

 

Jadi, pada musim panas 2008 apabila Bapa kita hantar aku keluar untuk pelepasanNya malaikat-malaikat gergasi ini, aku buat satu perjalanan merentasi Tucson! Saudara-saudara terkasih ini memberikan aku rawatan ozonated colonics “percuma”, yang kemudian memang meningkatkan tahap tenaga aku! Aku ada di sana cuma untuk tiga hari dan pada satu pagi aku bangkit dan dengar Bapa kita beritahu aku bahawa aku mesti mengemaskan barangku dan berjalan, jadi Aku tidak dapat untuk tinggal lama dan melawat dua orang ini, yang sejak itu telah menjadi antara kawan sanagt baik aku.

 

Semasa di sana, aku telah berjanji untuk jalan bersama mereka di sekitar Tucson dan untuk berdoa atas bandarnya, tetapi tidak dapat juga aku berbuat ini sebelum aku perlu berjalan! Tetapi, aku tahu aku akan balik melalui jalan itu. jadi, pada perjalanan balikku melalui Tucson aku berhenti dan berdoa atas Tucson dan nampak Bapa kita melepaskan salah satu malaikat gergasi di atas Tucson.

 

Malikat-malaikat ini adalah kira-kira dua batu tinggi dan jarak antara kaki mereka semesti boleh capai setengah batu. Sedangkan aku berjalan pada musim panas di USA dan Kanada, aku terkagum  lihat malaikat-malaikat gergasi ini kerana mereka akan turun bawah melalui laluan antara dimensi, yang menuju ke Alam Atasan, dan pergi merentasi kawasan itu dengan langkah-langkah yang besar dan indah. Betapa menakjubkan makhluk mereka ini, hadiah hebat dari Penyelamat gagah Perkasa kita kepada semua kita di waktu hebat dan dahsyat ini!

 

Aku begitu gembira untuk menerima satu panggilan dalam dua bulan yang lepas, kira-kira, dari salah satu kawan aku di Tucson, yang memberitahu aku bahawa seorang pendakwah, “yang berjalan dalam nubuatan,” telah nampak empat malaikat gergasi, yang berdiri di sekitar Tucson! Dia menjangkakan bahawa setiap malaikat adalah kira-kira 10,000 kaki tinggi, dan empat malaikat itu memegangkan satu kanopi atas Tucson.

 

Penyelamat Terpujilah yang kita ada! Aku ternampak cuma satu malaikat, tetapi Dia sebenarnya telah melepaskan empat! Kerana kasih dua saudara ini, ia telah dilakukan; kerana jika bukan kerana kasih di hati mereka , aku tidak akan berjalan melalui Tucson, tetapi akan pergi ke California mengikut jalan lain!

 

Musim panas 2008 itu, aku telah berbuat banyak perjalanan dan telah berharap untuk melawat persisiran pantai Gulf of Mexico, merenatasi Texas, Louisiana, mississippi, alabama, turun sepanjang Florida, naik ke Atlantik Seaboard dan kemudian balik melalui pergunungan ke Arkansas.

 

Masalah besarnya adalah aku juga begitu teramat letih, setelah berjalan 12,000 batu musim panas itu dan sepanjang waktu itu Aku juga ada dalam penganiayaan hebat. Aku juga sedih untuk tengok perbelanjaan perjalanan ini terjatuh pada bahu beberapa daripada kamu; dan dengan mempertimbangkan ini juga, aku tidak membuatkan perjalanan sepanjang negeri-negeri Gulf dan naik ke Atlantic Seaboard. Aku mengesali ini dengan banyak pada masa ini, tetapi Kawan Tersayangku, kamu merupakanlah orang, yang akan menyesali ini untuk waktu yang sangat lama. Kerana, malaikat gergasi boleh pergi ke bawah bumi dan bantu untuk menstabilkan bumi dan bantu mengurangkan kesan pengalihan plat semasa aktiviti gempa bumi, antara banyak pekara indah yang  lain.

 

Ya, kawan-kawanku di Tucson nampak kapal-kapal itu di langit! Mereka terdengar bunyi gemuruh kapal-kapal ini dan aku tahu bahawa mereka betul-betul bimbang! Lawatan aku dengan mereka merupakan pembuka mata betul untuk mereka, walaupun demikian, Bapa kita telah menyimpan mereka! Dia telah memelihara mereka; dan mereka lebih bijaksana kerana menjemput aku dan tolong aku. Jika bukan kerana dua lelaki ini, tidak akan adanya malaikat geografikal atas Tucson.

 

Ramai daripada kamu boleh jadi tolong! Kamu boleh jadi menawarkan diri! Kamu boleh jadi melakukan sesuatu! Tetapi, sedihnya, kamu tidak percaya! Sepertilah yang ramai daripada kamu tidak percaya mengenai anaklelaki Wahyu Dua Belas, yang sudah tinggal di dalamku untuk lebih daripada empat puluh sembilan bulan! Kawan Tersayangku, sikap tidak ambil peduli kamu, ke-tidak-percayaanmu dan ke-tidak-sanggupan kamu untuk menolong akan memutuskan kamu bersih daripada kelimpahan Penyelamat kita!

 

Sekarang, aku tawar untuk datang dengan anaklelaki suci dan berdoa atas dan untuk beberapa orang daripada kamu dan untuk buat pekara lain untuk membantumu, yang sedang menderita dengan begitu hebat! Apa yang akan kamu buat sekarang??? Secepatnya, kamu, yang berada di sepanjang Gulf, akan mati dengan bilangan yang banyak! Semoga Raja Gagah Perkasa kita berbelas kasihan kepada kita semua!

 

Kirimkan banyak kasih kepada kamu semua,

Linda N.

P.O Box 17277

North Little Rock, AR 72117

lnewkirk_46@msn.com