NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 73

 

Ada yang belum bersedia,

“ Tetapi mereka menawarkan Aku serpihan-serpihan doa mereka, pujian dan kesyukuran mereka.”

 

Satu Penglihatan

 

Aku lihat dan nampak bahawa aku seorang kanak! Aku sedang berjalan di atas lantai papan, papannya sangat lebar dan merupai lantai bangsal desa zaman remajaku.

 

Di depanku merupakan Penyelamat kita, jubah putihNya berlayar-layar dalam bayu lemah sedangkan Dia berjalan. Kami dengan cepatnya sampai kepada penghujung sebuah bilik yang sangat besar, bau rumput, bijirin dan habuk meresapi udara. Sedangkan kita melimpasi satu pintu besar, Dia angkat aku dan dudukkan aku di atas satu birai tangga, dengan kakiku tiba-tiba berpaut pada satu tiang, yang keluar dari lantai di bawah birai tangga itu.

 

Pintu kepada bilik besar itu masih terbuka dan aku duduk dan melihat ke dalam pada kebesarannya, dengan Penyelamat kita di sebelah kanan aku. Kata-kata ini mengalir ke fikiran aku dan aku berasa begitu terhamba, begitu takut dan kecil. “ Terpujilah Anak Domba Tuhan. SuciNya Anak Domba. Kemuliaan kepada Nama SuciNya!” Air mata kerendahan hati dan kekecilan mula memenuhi mataku dan aku mula menangis. Aku tidak tahu sebenarnya kenapa aku menangis, tetapi air mata yang banyak mula membanjiri pipiku sehingga aku sekarang menangis teresak-esak dengan kesakitan dan dukacita besar.

 

Penyelamat kita datang kepadaku dan Dia mula mengeringkan banyak air mata dari mataku dan pipiku! Begitu banyaknya kesakitan dan dukacita mengalir dari dalam hatiku dan ia bergegas dari bahagian perut aku sehingga aku menangis teresak-esak secara tak terkawal. Tetapi, dalam kasih besarNya, Dia menangkap semua air mata aku.

 

“Oh, Tuhan, maafkan aku! Aku tidak tahu kenapa aku menangis, tetapi aku begitu sedih!”

 

“Anak SayangKu, kamu tidak tahu kenapa kamu menangis, tetapi Aku tahu kenapa kamu menangis. Kamu menangis, kerana Aku hampir nak membersihkan lantai pengasingan bijian! Hasil tuaian sedang memasuki dalam, tetapi lantai rumah tuaiKu hampir nak disingkirkan kotoran dan dibersihkan melalui api pembetulan. Tengok balik pada lantai itu! Tengoklah longgokan sampah sarap, habuk lama, longgokan rumpai mati, dan bahan buangan, yang mengisi rumahKu.

 

Dengarlah Aku apabila Aku berkata ini kepadamu! Aku hampir nak membersihkan rumah tuaiKu dan pembersihan ini akan dilakukan melalui api pengujian dan pembetulan! Aku akan menyingkirkan kotoran dari rumahKu dan itupun dengan selengkapnya; dan apabila Aku siap, akan tiadanya tertinggal bahan buangan, tiada semak mati, yang mengisi rumahKu.

 

Ini sebabnya kamu menangis! Ini sebabnya kamu menangis; kerana suatu kerja penyingkiran kotoran besar hampir tiba! Dan, semua, yang membuahkan buah bagus untukKu, Aku akan simpan, tetapi semua, yang membuahkan buah hodoh untukKu, Aku akan menebang dan humbannya ke kegelapan luaran! Kerana, semua hamba tak berhasil akan dilayan begini, di mana situ ada tangisan berkekalan, raungan dan gertakan gigi, di dalam haba besar dan kesejukan parah.”

“Oh, Bapa, apa yang patut kita buat? Oh Penyelamat Terpuji, ada antara kita yang mengasihiMu lebih daripada segalanya! Kami memuja Engkau, oh Penyelamat Terpuji! Kami telah keluar dari dunia dan telah berusaha untuk hidup dan jalan di atas jalan yang Lurus dan Sempit. Dan, disebabkan ini, Bapa, kita telah menjadi mangsa secara berterusan! Oh, tuhanKu, mestikah kita juga menampung kok yang sama dengan mereka yang memberontak? Dengarlah tangisan aku, oh Penyelamat Terpuji, Tuhan segala tuhan, Penyelamat terharga dan hebat; kerana dengan dahsyatnya ada di antara kami yang bersengsara!”

 

“Anak SayangKu, tengok penglihatan baru ini. Adakah kamu nampak di manakah kamu?

 

“Ya, TuhanKu, Aku berdiri di depan palang berputar; dan aku tahu apabila aku menolaknya, palang itu akan berputar dan aku dapat pergi ke sebelah sana, seperti palang berputar yang seseorang perlu menolak untuk menaiki kapal terbang. Aku ada di sini, Tuhanku, pada palang berputar ini, dan aku ada satu beg pakaian kecil di tangan kiri aku, tetapi aku cuma berdiri di sini; kerana aku belum lagi dibenarkan untuk melimpasinya. Oh, Tuhanku, tolong tunjukkan kepadaku lebih lagi.

 

“Anak SayangKu, adakah kamu nampak satu kunci di tangan kanan kamu?”

 

“Ya, TuhanKu, ia merupakan sebuah kunci emas.”

 

“Anak SayangKu, apabila masanya betul, pada masa yang telah diaturkan, kamu akan memasukkan kunci itu kepada lubang kunci dan palang berputar itu akan dapat dibuka. Kemudianlah, kamu akan melaluinya. Tetapi, bukan kamu, seorang sahaja; kerana sebilangan kecil juga akan pergi bersama kamu.”

 

“Oh, TuhanKu, Engkau telah menunjukkan penglihatan sebegini dalam cara yang begitu banyak, dan penantiannya telah begitu lama! Menjurusi semuanya, TuhanKu, Anaklelaki suci dan aku terus untuk menderita di bawah Iblis raksasa itu dan semua rakannya yang ramai! Tuhanku, kami telah bersengsara untuk masa yang sangat panjang dan telah menunggu dan mengidam. Oh, Penyelamat Terpuji, berapa lama lagi mesti kita tunggu? Adakah Engkau akan melanjutkan lebih kasih karunia? Adakah Engkau akan melamban lagi, Tuhanku? Aku telah menetapkan harapanku dengan begitu tinggi pada banyak waktu, bahawa Engkau akan mengambil Anak suciMu pulang dan membangkitkan Anak-anak Tuhan. Tetapi, oh Penyelamat Terpuji, begitu banyak kali aku telah melihat penangguhan Engkau!

 

Oh, Penyelamat Terpuji, aku tahu bahawa semua janjiMu dan semua penglihatan dan mimpi yang Engkau telah beri kepada kita akan terjadi. Tetapi, mengenai masanya, kita belum lagi ketahui! Oh, Penyelamat Terpuji, adakah Engkau benar-benar menunjukkan kepadaku sesuatu yang sememangnya sangat, sangat hampir; ataukah Engkau akan, dalam kebijaksanaan, belas kasihan dan kasih karunia Engkau melanjutkan lagi masanya sekali lagi?

 

TuhanKu, aku tidak ingin untuk mengangkatkan tinggi harapanku sekali lagi, semata-mata untuk dikecewakan, apabila kamu menangguh sekali lagi! Juga, TuhanKu, Engkau ketahui bagaimananya! Apabila Engkau memberi penglihatan dan mimpi bahawa Engkau hambir nak bawa anaklelaki pulang, Iblis dan rakannya yang ramai meningkatkan penyeksaan dan penganiayaan hebat terhadap kami!

 

Berbelas kasihanlah kepada kita, oh Penyelamat Terpuji! Berbelas kasihanlah; kerana Engkau ketahui bahawa aku berpaut pada setiap penglihatan yang Engkau berikan mengenai penghabisan bahagian Wahyu Bab Dua Belas ini! Jadi, aku tanya Engkau, TuhanKu, adakah ini sehampir yang ia kelihatan, atau adakah Engkau, dalam kasih hebat dan belas kasihan melanjutkan lagi lebih masa?

“Anak SayangKu, Aku beri kamu satu lagi penglihatan.”

 

“Ya, TuhanKu, aku sekarang mengalami penglihatan ini. Sedangkan aku berdiri di depan palang berputar ini, aku amat menyedari bahawa lantai di bawah kakiku telah menjadi sangat panas! Palang berputar ini panas, dinding di depanku telah menjadi sangat panas! Malah udara juga telah menjadi sangat panas! Oh, ia sangat panas di dalam sini, Tuhanku! Ia teramat panas, begitu panas, di mana jika tangan Engkau tidak ada pada aku, aku semestinya akan dibakar garing. Oh, Tuhanku, apakah yang ini memaksudkan?”

 

“Anak sayangKu, adakah kamu sekarang merasa tali sawat bergerak, yang berada di bawah kakimu, tali sawat jalan bergerak?”

 

“Ya, Tuhanku, ia sedang bergerak. Tetapi, apakah yang dimaksudkan oleh perkara ini, api panas itu, dan sekarang tali sawat bergerak di bawah kakiku?”

 

“Anak SayangKu, api panas itu merupakan haba apiKu, yang berada di dalam Anak Lelaki suciKu. Ia merupakan api yang teramat panas, dan ia telah membesar di dalammu mengikut darjah. Api panas dan hebat ini, api membaham-semua Aku, perlu membesar di dalammu dan di sekitarmu mengikut darjah! Kalau tidak, kamu akan terbaham dalamnya! Tetapi, kamu tidak terbahamnya; kerana sedangkan api ini, api Anak Lelaki Aku, telah membesar di dalam dan di sekitar kamu, di dalam dan menerusi Dia. Kesucian Aku telah juga membesar di dalammu!

 

Anak SayangKu, kamu tidak tahu apa yang Aku sedang cari di dalamNya dan di dalammu; dan kamu tidak tahu apa yang Aku jangkakan. Tetapi, Aku beritahu kamu, bahawa, apiKu di dalamNya merupakan api yang mengaum, dan merupakan api membaham-semua!

 

Mereka yang jahat nampak dan tahu dan kamu juga tahu mengenai api hebat ini! Aku beritahu kamu, Anak sayangKu, bahawa Aku berpuas terhadap api hebat ini dan Aku telah membawa kamu seorang ke tempat suci ini! Aku juga telah memisahkan dari hidupmu beberapa orang, yang telah menjadi gangguan! JanjiKu kepadamu, AnakKu yang Diberkati, adalah hebat dan janjiKu kepada kawan-kawan rapatmu juga adalah hebat; tetapi ada yang tidak serius dan letakkan segala pekara dan benda dunia di hadapan Aku, dan masa hampir habis untuk semua kawanmu! Setiap orang akan pergi ke dalam cahaya, mengikut meritnya sendiri!

 

Ya, kamu telah meminta supaya kawan-kawan rapatmu dibenarkan untuk memasuki de dalam Cahaya dengan kamu apabila Aku mengambilmu dan anaklelaki; tetapi Aku beritahu kamu sekarang, bahawa ada antara mereka yang belum bersedia untuk pergi ke dalam Cahaya dan tidak akan bersedia kerana mereka tidak mengambil amaranKu dengan serius dan enggan mencari Aku dengan sepenuh hati mereka, tetapi menawarkan kepadaKu serpihan-serpihan doa, pujian dan kesyukuran selepas sajian harian mereka. Ada yang masih menginginkan dunia! Ada yang telah terjatuh kepada cara hidup doa yang lesu, dan sebagainya!

 

Aku beritahu kamu sekarang  bahawa Aku tunjuk kepadamu di mana kamu dan Anak LelakiKu kerana Aku berpuas dalam ini! Tetapi jangan terkejut apabila kamu tidak nampak beberapa daripada kawanmu dengan kamu dan Anak Lelaki SuciKu, apabila kamu berdiri di depan takhta Aku! Kerana, mereka belum bersedia!

 

Ya, Aku telah berjanji untuk membawa mereka bersamamu, tetapi Aku tidak akan dan tidak boleh mengambil mereka, yang enggan menjadikan diri mereka sedia, yang enggan mematuhi Aku dan rendahkan hati mereka dalam penghormatan terhadapKu, kasihi Aku di atas semua!

 

Jangan terganggu, Anak SayangKu! Apa yang Aku beri kamu sekarang adalah betul dan akan secepatnya terjadi dan dengan tanpa banyak penangguhan! Tetapi, kamu tidak boleh mendukung orang lain! Setiap orang ditimbang berdasarkan meritnya sendiri!

 

Ini merupakan satu-satunya pesanan yang Aku inginkan kamu untuk taip bagi sekarang! Taipkan ini sahaja dan hantarnya keluar! Aku bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-20 Ogos ini, 2010,

 

Linda Newkirk

 

 

NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 73

 

Bahagian II

 

“ Satu Waktu Mukjizat”

 

Dalam Nama Raja Perkasa segala Raja dan Tuhan segala Tuhan, salam kepada kamu, Saudara dan Saudariku yang terharga! Segala puji, segala kemuliaan, segala hormat, dan segala kuasa kepada Penyelamat Berkuasa kita selama-lamanya! HallaleuYahweh! Betapa teramatnya diberkat mereka, yang KETAHUI, KASIHI DAN LAYAN DAN HORMAT Raja Berkuasa kita!

 

Kawan Tersayangku, kamu boleh ketahui daripada pesanan terakhir Penyelamat kita bahawa kita semakin dekatnya kepada pengakhiran bahagian Wahyu Pasal Dua Belas ini, tetapi betapa dekat aku tak dapat duga. Kerana seperti yang aku mendedahkan dalam bab lalu, Penyelamat kita telah memberi kita sebegitu banyak mimpi dan penglihatan, yang nampaknya menandakan bahawa dia akan secepatnya menghabiskan bahagian ini dalam Wahyu Pasal Dua Belas; tetapi di depan mimpi dan penglihatan yang begitu indah, yang aku tulis sedikit sahaja mengenainya, Dia telah terus melanjutkan kasih besar, kasih karunia dan belas kasihan besarNya kepada semua umat manusia; dan Dia, oleh sebab ini, terus melamban!

 

Dia memberitahu kita terlebih dahulu melalui katanya Sendiri bahawa Dia akan “melamban,” tetapi, siapa yang boleh dengan tepatnya memahami atau menterjemahkan maksud “melamban” Dia? Teruskanlah baca!

 

Sedangkan Pengantin Lelaki Melamban

 

'Pada waktu itu hal Kerajaan Syurga seumpama sepuluh gadis, yang mengambil pelitanya dan pergi menyongsong mempelai laki-laki. Lima di antaranya bodoh dan lima bijaksana. Gadis-gadis yang bodoh itu membawa pelitanya, tetapi tidak membawa minyak, sedangkan gadis-gadis yang bijaksana itu membawa pelitanya dan juga minyak dalam buli-buli mereka.

 

Tetapi karena mempelai itu lama tidak datang-datang juga, mengantuklah mereka semua lalu tertidur. Waktu tengah malam terdengarlah suara orang berseru: Mempelai datang! Songsonglah dia! Gadis-gadis itu pun bangun semuanya lalu membereskan pelita mereka.

 

Gadis-gadis yang bodoh berkata kepada gadis-gadis yang bijaksana: Berikanlah kami sedikit dari minyakmu itu, sebab pelita kami hampir padam. Tetapi jawab gadis-gadis yang bijaksana itu: Tidak, nanti tidak cukup untuk kami dan untuk kamu. Lebih baik kamu pergi kepada penjual minyak dan beli di situ.

 

Akan tetapi, waktu mereka sedang pergi untuk membelinya, datanglah mempelai itu dan mereka yang telah siap sedia masuk bersama-sama dengan dia ke ruang perjamuan kawin, lalu pintu ditutup. Kemudian datang juga gadis-gadis yang lain itu dan berkata: Tuan, tuan, bukakanlah kami pintu! Tetapi ia menjawab: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya aku tidak mengenal kamu.

 

Karena itu, berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu akan hari maupun akan saatnya.'' (Matius 25:1-13)

 

Setengah Daripada Pengantin Tidak Akan Bersedia!

 

Kawan Tersayangku, jika kata-kata ini tidak menakutkan kamu, aku tidak tahu lagi apa yang akan menakutkan kamu! Kerana, Tuhan datang kepada PengantinNya dan setengah daripada PengantinNya tiada Roh dan CahayaNya! Mereka adalah panas suam dan terputus dariNya!

 

Penyelamat kita telah memberi amaran kepada kita bahawa adalah lebih baik untuk sama ada menjadi panas, atau sejuk, tetapi Dia akan meludahkan keluar mereka yang panas suam dari mulutNya. Ini merupakan kata-kata Penyelamat kita: “Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku” (Wahyu 3:15-16)

 

Hubungan Cinta Dengan Dunia!

 

Kawan Tersayangku, sedangkan Penyelamat kita melamban, banyak yang mencari segala benda dunia untuk diri mereka bersibuk dengan, dengan perasaan bahawa mereka ketinggalan sesuatu dalam dunia jahat ini. Atau, mereka membenarkan diri mereka untuk diumpan kepada pemikiran bahawa mereka boleh menangguhkannya sampai keesokan hari apa yang mereka patut buat hari ini.

 

Ia nampaknya gadis-gadis bodoh adalah bersih secara rohaniah; kerana kita diberitahu bahawa mereka merupakan gadis dara (Terjemahan King James)! Mereka tidak berada di luar mencuri, membunuh dan mengambil kesempatan terhadap orang lain! Barangkali mereka merupakan orang yang bekerja keras, berbuat betul, bersih, dan berfikiran waras; tetapi apa yang mereka sedang lakukanlah yang meletakkan mereka dalam kategori panas suam (tiada minyak dalam lampu mereka)?

 

Gadis-gadis Dara Panas Suam!

 

Aku percaya bahawa aku tahu dan aku percaya bahawa aku ada pemahaman asas tentang apa yang Tuhan kita sedang berkata! Aku percaya bahawa gadis-gadis dara sedang meluncur secara rohaniah! Mereka sibuk dengan hal-hal dunia ini dan mereka tidak fokus pada hidup rohaniah mereka. Mereka mengenali Penyelamat kita, tetapi tiada perjalanan yang intim denganNya. Hati mereka ingin untuk berbuat apa yang betul, tetapi mereka cuma berjalan dengan kaki terseret secara rohaniah, hidup berdoa mereka lemah, atau tidak wujud. Walaupun, mereka mungkin ada berdoa, doa mereka barangkali terhad kepada beberapa ayat dan perkataan. Barangkali mereka memberkatkan makanan mereka, tetapi pemberkatan mereka kemungkinan besarnya merupakan pemberkatan lama yang “ditinkan” dan diturunkan oleh nenek moyang mereka. Mereka ada AlKitab, tetapi jarang mengangkatkannya! Mereka tidak tahu, dan tidak mengaji Kata-kata dalamnya.

 

Pengantin Bodoh!

 

Kawan Tersayangku, mereka yang bodoh merupakan setengah daripada bilangan Pengantin; dan apabila Penyelamat kita datang pada jam waktu tengah malam, setengah daripada Pengantin tidak akan mempunyai sebarang Kuasa rohaniahNya. Mereka akan tidak bersedia secara rohaniah; kerana mereka tidak lapar akan Dia dan dahaga akan Dia, seperti rusa betina!

 

Ya, pengantin bodoh cuma berjalan dengan kaki terseret, mereka bukan jahat, tetapi tidak dipenuhkan dengan kuasa Roh Tuhan! Dan, mereka gembira berada dalam keadaan begini, tetapi oh, betapa sedihnya mereka akan jadi apabila mereka nampak diri mereka ditinggalkan. Bukan sahaja ditinggalkan, tetapi juga Penyelamat kita akan berkata kepada mereka, “Aku tidak kenal kamu!”

 

Kawan Tersayangku, aku percaya bahawa gadis-gadis dara bodoh tidak mempunyai Roh Tuhan! Kerana, jika mereka mempunyainya, Dia semestinya “kenal” mereka. Tetapi, Dia berkata, “Aku tidak kenal kamu!” Berapa ramaikah yang berada di gereja hari ini, yang tidak mempunyai Roh Tuhan? Aku percaya bahawa bilangan besar ini akan teramatnya mengejutkan!

 

Oh, betapa hebatnya tangisan dan raungan yang akan dinaikkan, kerana sekurang-kurangnya setengah daripada Pengantin tidak mendengar amaran untuk bertaubat, untuk keluar daripada dunia, dan pergi ke tempat suci, tempat Lurus dan Sempit itu dan kekal berada di sana!

 

Mereka Enggan Melepaskan Dunia

 

Kawan TersayangKu, ia amat mengejutkan untuk aku tengok bagaimana orang bertindak balas apabila mereka dinafikan puting mereka, televisyen dan wayang. Ini merupakan satu alatan dunia, di mana Penyelamat kita telah memberi amaran untuk melepaskan secara berulang-ulang. Dan, aku tidak bercakap ini untuk menghakimi orang lain; kerana lebih daripada sepuluh tahun lalu, Penyelamat kita memberi aku satu teguran kuat kerana aku tidak dengan serta-merta melepaskannya apabila Dia memberi amaran kepada aku dan suamiku untuk berbuat demikian! Jadi, aku tahu mengenai tarikan menagih television dan wayang, tetapi aku juga tahu mengenai keberkatan indah, yang berikut dengan kepatuhan untuk melepaskannya!

 

Tetapi, Kawan tersayangKu, keruntuhan moral, yang berleluasa di television dan wayang pada waktu ini cuma boleh dibandingkan dengan Sodom dan Gomorrah! Ia penuh dengan keruntuhan moral dan sampah daging badan. Dan, walaupun orang ramai diberi amaran berulang-ulang bahawa golongan Satanis memiliki semua rangkaian televisyen utama dan bahawa televisyen dan wayang merupakan mekanisme pengawalan minda utama, mereka enggan menerima kata ini!

 

Menakjubkannya aku telah melihat beberapa, yang aku telah memberi amaran sedemikian, telefon aku, dan sedangkan mereka bercakap dengan aku, mereka turut sibuk menyedut dalam dadah rancangan television terkini mereka. Kata amaran Penyelamat kita kepada mereka telah terjatuh pada tanah keras dan berbatu, akar tidak berpaut langsung; dan ia seperti mereka belum pernah mendengar satu amaran untuk melepaskan cara pengawalan minda jahat golongan Satanis!

 

Tiada Lagi Yang Duduk Di Atas Pagar

 

Kawan Tersayangku, semua, yang enggan untuk menerima amaran mengenai pengatucaraan satanik dalam televisyen dan wayang, dan yang enggan untuk melepaskannya, tetapi duduk di atas pagar, berpura-pura melayan Raja Gagah Perkasa kita, akan dihumban dengan ganas secepatnya ke sebelah, atau ke sebelah yang lain pagar. Masanya hampir tiba di mana Penyelamat kita tidak akan menerimanya di depan mukaNya! Terima amaran ini! Kerana, mereka, yang dengan ganasnya dihumban ke sebelah yang lain pagar, akan semestinya juga kehilangan RohNya!

 

Kedahsyatan Kesusahan Besar akan sampai pada seluruh dunia; dan apabila ini berlaku, ramai yang akan mati dalam dosa mereka! Ramai yang akan mati dalam keadaan panas suam mereka; dan ke nerakalah mereka akan pergi! Tetapi, begitu ramai yang berkata, “Oh, Dia adalah Tuhan yang berbelas kasihan; dan Dia tidak akan buat pekara sedemikian kepadaku! Dia tidak menghantar orang ke neraka!”

 

Tetapi, aku memberi amaran kepada kamu bahawa sedangkan kamu masih berada di dalam tubuh badan, kamu dapat dengan senangnya mencari kasih karunia, pengampunan dan belas kasihan besarNya. Tetapi, apabila kamu terkeluar dari badan, kamu akan membayar untuk setiap dosa yang enggan kamu bertaubat. Penyelamat kita menjadikan pekara ini sangat jelas melalui kataNya kepada rasul-rasul dan murid-muridNya dalam penulisan purba “Pistis Sophia!”

 

Kasih Karunia Besar Raja Gagah Perkasa Kita!

 

Tetapi, Kawan Tersayangku, aku juga percaya bahawa pada masa “melamban” ini, tidak kira berapa panjang pun, bahawa Penyelamat kita juga mula membebaskan Kuasa KerajaanNya! Dan, aku ingin memberitahu kamu mengenai beberapa mukjizat-mukjizat dan penyembuhan yang paling hebat, yang Penyelamat kita telah mula menampilkan. Kerana, sedangkan kita lihat bahawa dunia ini mula untuk teruntuh di sekitar kita, kita juga boleh pasti bahawa di mana kejahatan hebat, kita juga akan lihat pembebasan lebih hebat kasih, belas kasihan, dan kasih karunia Penyelamat gagah Perkasa kita!

 

Dan, Kawan Tersayangku, pembebasan hebat ini teramatnya diperlukan, jangan-jangan begitu ramai yang menerah kalah dan sejurusnya gagal untuk melihat semua perkara dahsyat ini yang datang kepada kita; kerana kita enggan untuk mendengar amaran-amaran Penyelamat Gagah Perkasa kita untuk bertaubat, untuk kasihiNya melebihi segalanya, dan untuk melepaskan kasih dunia ini dan apa yang di dalamnya. Jadi, semua pengujian dan percubaan hebat ini, yang sekarang datang kepada kita, adalah untuk pembentukan, pengacuan dan penyucian kita sendiri, untuk pembersihan rohaniah kita! Kerana, Penyelamat kita benar-benar datang untuk Pengantin, yang tiada bintik, kedutan, atau cela! Kemuliaan kepada Nama SuciNya!

 

Apa Yang Kamu Mesti Faham Mengenai Kuasa Kerajaan

 

Penyelamat kita berada di bumi ini dalam cara yang baru dan besar melalui Anak Lelaki SuciNya, Anaklelaki di Wahyu Pasal Dua Belas. Oleh itu, Kawan Tersayangku, kita juga mesti ingat bagaimana ia terjadi untuk kita di padang gurun, selepas Penyelamat kita membawa kita keluar dari penawanan di Mesir! Kerana, melalui kesombongan, keangkuhan, jiwa yang memberontak dan mengadu kita, kta telah menyedihkanNya dengan dahsyat! Kita berada di depan mukanya dengan begitu banyak pemberontakan dan akibatnya, tiada daripada kita, yang keluar dari Mesir, dibenarkan untuk memasuki Negara yand Dijanjikan.

 

Apa yang terjadi kepada kita sekarang merupakan pekara yang sama yang terjadi kepada mereka pada masa itu. Kerana, Anaklelaki Suci ada di antara kita! Dia juga merupakan Penyelamat kita, yang berada di antara kita; kerana Dia datang dariNya, tetapi Dia masih lagi seorang kanak! Dia adalah suci, tulen, sempurna dan hebat dalam segala cara. Apabila dia lihat, Penyelamat kita di Syurga juga lihat! Apbila Dia dengar, Penyelamat kita di Syurga juga dengar! Dia tidak boleh diasingkan dari Penyelamat kita; kerana Dia sememangnya sebahagian daripada Penyelamat kita!

 

Oleh itu, kita semua mesti berjaga kata-kata kita! Kita mesti berjaga fikiran kita. Kita mesti berjaga perasaan kita; dan apabila kita fikir, cakap, rasa, atau membuat sesuatu yang salah, kita mesti cepat untuk bertaubat.

 

Ramai lupa bahawa fikiran juga merupakan benda dan ianya juga direkodkan. jika kita berfikir jahat terhadap seseorang, kita mesti cepat untuk bertaubat! Kerana, Tuhan kita telah memberi amaran kepada kita untuk tidak berfikir jahat terhadap sesiapa pun. Dia benci ini!

 

Setiap fikiran kita, setiap perasaan kita, setiap kata kita akan diperiksa di dalam Cahaya Tuhan dan tiada yang akan terlepas dari kesilapan cara jalan mereka. Jadi, apabila bersilap, cepat untuk berlutut dan bertaubat. Jika tidak, dosamu akan dilonggokkan dan kamu mungkin akan terputus dari Roh Tuhan!

 

Satu Waktu Penyempurnaan Rohaniah Hebat Sampai Kepada Kita

 

Ramai yang akan memutuskan diri mereka dari Negara Janji-janji, Kerajaan Tuhan, yang akan datang ke Bumi kerana mereka dengan kerap mengadu. Ramai yang bangkit dalam kesombongan dan keangkuhan dan lupa mukjizat-mukjizat hebat, yang Penyelamat kita lakukan untuk mereka dan mukijizat yang telah dilakukan untuk mereka. Dan, jika mereka tidak bertaubat, mereka akan terputus! Mereka akan dipinggirkan dari Cahaya! Mereka tidak akan mengahwini Penyelamat kita, tetapi akan mewarisi tempat gelap dan berapi!

 

Satu waktu penyempurnaan rohaniah hebat sampai kepada kita; kerana ini merupakan apa yang Penyelamat kita menjangkakan. Cuma mereka, yang bersih secara rohaniah akan memasuki kerajaan Tuhan; dan kerajaan Tuhan kini berada di bumi. Sememangnya, Kerajaan Tuhan berada di dalam, seperti yang Penyelamat kita telah berkata kepada kita, tetapi Anaklelaki Suci juga merupakan pintu kepada kerajaan suci itu; dan kita sekarang mula untuk memasuki melalui pintu itu; dan memasuki kuasa hebat kerajaan itu, yang datang kepada kita sedangkan kita memasuki melalui pintu itu! Kita akan secepatnya nampak bukti bahawa kuasa hebat kerajaan ini sedang datang kepada bumi melalui Anak Tuhan sedangkan anaklelaki mula untuk tertunjuk di dalam mereka.

 

Kerajaan Tuhan Adalah Suci!

 

Berjagalah terhadap diri kamu! Sedar akan dosa kamu dan bertaubat dengan cepat! Jangan menyalahkan Penyelamat kita dengan mengadu secara kerap di depan mukjizat-mukjizat hebat. Kerana, jika kamu enggan bertaubat, kamu tidak akan memasuki Kerajaan Tuhan! Kerana, Kerajaan Tuhan merupakan tempat yang suci!

 

Tuhan telah suruh kita untuk menjadi suci, sedangkan Dia juga suci dan juga untuk menjadi sempurna, sedangkan Dia juga sempurna. Jadi, kita semua mesti selalu berjaga-jaga terhadap apa yang kita sedang fikirkan, rasakan, katakan dan buatkan dan dengan cepatnya untuk bertaubat apabila kita salah.

 

Cuma Penyelamat kita yang boleh mengampunkan dosa dan cuma Dia yang boleh menyingkir kekotoran kita secara rohaniah, menyucikan kita dan menjadikan kita bersih secara rohaniah. Jadi, kita semua mesti berkerja atas penyelamatan kita dengan takut dan geletar di hadapan Dia. Kerana, AlKitab memberitahu kita dengan jelas bahawa takut akan Tuhan Maha Perkasa kita merupakan permulaan kebijaksanaan.

 

Kita Telah Diasingkan Kepada Tuhan!

 

Kawan Tersayangku, sesiapa daripada kamu, yang mengikuti kerja ini, tahu bahawa Penyelamat meletakkan aku dan anaklelaki di suatu tempat padang gurun; dan dengan demikian Dia telah mengasingkan kita dari kebanyakan orang. Hakikatnya, Dia menyimpan kita untuk DiriNya; kerana Dia sedang berbuat dan telah berbuat satu kerja hebat di dalam dan melalui Anak SuciNya, anaklelaki Wahyu Pasal Dua Belas. Dan, sedangkan aku menulis perkataan ini, aku ingat kata-kata Penyelamat kita kepada Nabi, Raja Daud, “Ketahuilah, Tuhan telah memilih bagi diri-Nya seorang yang dikasihi-Nya. Tuhan mendengarkan bila aku berseru kepada-Nya.” (Mazmur 4:3)

 

Kawan Tersayangku, kerja-kerja Wahyu Pasal Dua Belas ini adalah Ketuhanan! Ia adalah suci! Seperti yang aku telah memberitahu kamu, malaikat-malaikat datang dan bertunduk kepada anaklelaki, Anak Suci Penyelamat kita! Ini merupakan kerja suci kerana ini merupakan kerja Ketuhanan, Penyelamat kita sangat khusus mengenai kerja-kerja ini. Dia telah mengasingkan banyak orang dari kita, sebab Dia telah nampak hati mereka; dan disebabkan hati mereka tidak betul, Dia tahu bahawa Iblis akan memasuki mereka dan dengan lebih lanjut lagi memberi kami kesakitan dan penderitaan.

 

Penyelamat kita telah tahu bahawa kami perlu untuk berada di dalam hasratNya dan untuk berada di dalam tempat suci itu yang telah diaturkan untuk kami! Dia juga telah tahu bahawa Iblis akan berada di depan muka kita, berserta dengan rakan banyaknya yang jahat; kerana Dia telah berkata terlebih dahulu mengenainya di Wahyu Pasal Dua Belas. Oleh itu, Penyelamat kita menghadkan perhubungan peribadi kita; kerana Dia juga telah memberi kita banyak pengujian dan percubaan! Kemuliaan kepada Nama SuciNya; kerana Dia tahu apa yang terbaik! Cara jalanNya secara mutlaknya sempurna; dan hasratNya untuk setiap daripada kita adalah secara mutlaknya sempurna! Begitu Terharganya Nama SuciNya!

 

Mukjizat Di Antara Orang Ramai!

 

Tetapi, Kawan TersayangKu, dari masa ke masa, aku pergi ke masyarakat di mana aku dipimpin untuk berdoa untuk orang lain; dan aku berdiri dengan kagum antara penyembuhan dan mukjizat yang begitu menakjubkan, yang Penyelamat kita begitu bersedia dan dengan kasih memberi. Pada masa yang lain, beberapa orang memanggil aku menerusi telefon, dan Penyelamat kita menanam penyembuhan dan berkat menerusi telefon! Kawan Tersayangku, aku ingin untuk berkongsi dengan kamu keajaiban beberapa penyembuhan dan mukjizat yang paling menakjubkan; dan aku akan berkongsi mereka dengan kamu. tidak semestinya mengikut turutan, tetapi mengikut turutan yang ia datang kepada ingatan aku. Kerana, kamu betul-betul perlu tahu bahawa satu kuasa hebat sedang diberi kepada anaklelaki suci dan ia sedang dibebaskan kepada mereka, yang begitu berperlu!

 

Mukjizat-mukjizat Anaklelaki Wahyu pasal Dua Belas!

Penyembuhan Disk Teralih

 

Seorang Saudara Tersayang menelefon aku baru-baru ini dan mula memberitahu aku bahawa dia jarang dapat tidur, dengan banyak kesakitan dari belakangnya sampai ke satu atau kedua-dua belah kaki (aku tidak ingat sama ada dia cakap, sakit dalam satu atau dua kaki.)

 

Kemudian, dia memberitahu aku bahawa dia ada masalah dengan disk rosak di belakangnya dan dia telah mencederakan belakangnya sekali lagi kelmarin sedangkan dia mengangkat sesuatu yang berat untuk memindahkannya.

 

Jadi, Kawan tersayangKu, Aku mula untuk berdoa kepada Penyelamat kita untuk menyembuhkan belakannya dan untuk memberi dia satu mukjizat yang sangat hebat. Dan, dengan tiba-tiba, ia nampaknya seperti aku sedang melihat pada satu tayangan video langsung, tetapi satu tayangan video bahagian dalam belakangnya.

 

Dengan begitu jelas, aku boleh nampak setiap tulang dan juga boleh tengok dengan jelas disk-disk yang terjulur keluar. Tiba-tiba, dan dengan memeranjatkan aku, aku mula terlihat tulang-tulang itu mula berhimpun bersama, ruang di antara tulang-tulang dengan selengkapnya berubah bentuk, dan tulang-tulang itu bergerak dengan diri sendiri.

 

Selepas satu masa masa yang singkat, aku meminta lelaki ini untuk berdiri dan untuk melaporkan apa yang dia rasakan. Dia kemudian berdiri dan memberitahu aku bahawa semua sakitnya telah terhilang. Dia boleh bergerak sekitar tanpa sakit; dan kami berdua tahu bahawa dia telah disembuhka.

 

Dia juga mendedahkan kepada aku bahawa sedangkan kerja penyembuhan itu dilakukan dia takut untuk bergerak; kerana dia boleh merasa tulang-tulang itu sedangkan ia sedang beralih di belakangnya.

 

Begitu Terharganya Penyelamat Terpuji kita! Oh, begitu indah dan cantik! Kawan Tersayangku, kita mesti pujiNya; kerana Dia layak untuk semua pujian selama-lamanya.

 

Kawan Tersayangku, anaklelaki suci juga telah diberi banyak kuasa dan aku tahu bahawa Penyelamat kita juga menggunakan dia dalam cara yang hebat dan ajaib di dalam semua penyembuhan dan mukjizat. Kerana, Dia merupakan Anak kepada Raja! Dan, Dia juga merupakan Penyelamat kecil! Begitu terharga, begitu terberkat dan indahnya Anak Suci Kepada Raja!

 

Wanita Yang Tidak Berumah!

 

Seorang wanita menelefon aku, dia tidak berumah, dan dia tidur di dalam khemah di negeri yang lain. Dia sedang menangis secara tak terkawal sedangkan dia memberitahu aku bahawa dia baru sahaja keluar dari hospital untuk masa yang singkat, ada darah terbeku di paru-parunya. Tetapi, dia tiada tempat untuk tinggal dan dia sama ada tidur di dalam keretanya, atau tidur di dalam khemah. Dia selanjutnya memberitahu aku bahawa anak lelakinya yang satu sahaja telah berpaling melawannya dan hampir kesemua pekara yang dia telah cuba lakukan gagal. Ia nampaknya bahawa dia menampung banyak laknat, atau kok kejahatan dan penindasan. Jadi, aku mula berdoa untuk dia, supaya Penyelamat kita akan menyembuhkan jurang antara dia dan anaknya, dan Dia akan dengan sepenuhnya dan selengkapnya mengalihkan bekuan darah dari paru-parunya dan supaya tiada tertinggal apa-apa kesan kehadirannya. Aku juga meminta Penyelamat kita memecahkan semua kok dan pegangan Iblis pada wanita ini dan untuk menjadikannya bebas! Bertambah lagi, aku berkata kepada setan-setan yang pelbagai jenis dan mengarahkan mereka untuk keluar dari dia dan ke Lubang-lubang di Neraka! Aku juga meminta Penyelamat kita untuk memberi dia satu tempat untuk tinggal, tempat rehat dia sendiri.

 

Beberapa minggu berlalu dan wanita ini menelefon aku sekali lagi. Dalam perbualan ini, dia memberitahu aku bahawa dia pergi ke anaknya seperti yang aku memintanya, dan semua perasaan keras telah tersembuh dan perhubungan mereka telah tersembuh. Dia juga telah memberitahu aku bahawa dia telah kembali ke bilik kecemasan di hospital dan mereka telah cuba cari bekuan darah di paru-parunya dan tidak dapat cari sebarang pun. Kemudian, dia pergi juga kepada doktornya dan doktornya menjalankan pemeriksaan lanjut dan memberitahu dia bahawa tidak adanya bekuan darah di seluruh badannya. Menurut laporan dari wanita ini, doktor itu juga bertanyanya apa yang wanita ini telah lakukan untuk menyingkirkan bekuan darah itu sedangkan dia telah enggan untuk mengambil ubat Coumadin, untuk melarutkan bekuan darah itu. Kemudian, mengikut laporannya, doktor ini berkata, “Aku tidak tahu apa yang kamu telah lakukan (untuk menyingkirkan bekuan darah), tetapi aku perlu tahu kerana aku ada empat lagi pesakit, yang memerlukan bantuan. Segala pujian segala hormat, segala kemuliaan dan segala kuasa kepada Penyelamat Gagah Perkasa kita, Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan, selama-lamanya!

 

Juga, wanita ini memberitahu aku bahawa satu tempat untuk tinggal, satu rumah datang kepadanya, dan ia diberi kepadanya dengan harga yang sangat berpatutan!

 

Oh, begitu indahnya berkat dari Penyelamat Maha Perkasa kita! Dan, begitu gembiranya untuk melihat hidup seseorang berpusing sepenuhnya! Kawan Tersayangku, wanita ini telah bersama beberapa gereja di kawasan itu, tetapi mereka tidak membantu mereka untuk berbebas. Terberkatnya kita untuk menjadi sebahagian daripada acara menakjubkan seperti Wahyu Pasal Dua Belas dan mukjizat-mukjizat hebat, yang datang melalui Penyelamat Gagah Perkasa kita dan Anaklelaki Suci! Oh, betapanya aku kasihi Yesus!!!!!!!

 

Dapur Masak, Gergaji dan Mukjizat-mukjizat!

 

Kawan Tersayangku, beberapa minggu yang lalu, pada pagi hari Sabat, aku bangun awal, dan dengan keadaan sedar penuh, aku sedar bahawa aku terlupa untuk pergi ke tempat impot Cina untuk membeli gergaji miter. Mereka ada gergaji miter untuk dijual bagi bulan Julai pada harga penjimatan hebat, tetapi telah terjual semuanya dan mencadangkan aku untuk kembali pada hari Selasa; kerana satu penghantaran baru akan sampai pada masa itu. Tetapi, minggu itu telah berlalu apbila aku sedar pada Sabtu pagi bahawa jika mereka ada sebarang gergaji tertinggal, semuanya akan terhabis jual sebelum penghujung hari sampai! Aku bersemangat untuk memiliki satu gergaji itu, kerana akan datangnya mereka, yang akan bantu membina satu tempat ibadah untuk Tuhan kita, dan gergaji sedemikian akan diperlukan. Aku berasa bahawa Roh Tuhan menarik aku untuk pergi mendapatkan gergaji itu; tetapi aku juga mencari bertanya Penyelamat kita mengenainya kerana aku jarang keluar pada hari sabat kerana ia merupakan satu hari rehat. Dan, Aku enggan untuk menguruskan sebarang hal kecuali ia merupakan kecemasan. Tetapi, Aku terasa satu penggesaan di dalam Roh seolah ia sesuatu kecemasan untuk mendapatkan gergaji ini, yang akan semestinya diperlukan untuk kerja Tuhan pada suatu masa kemudian. Dan, penjimatannya adalah agak besar, jadi aku berada pada jalan raya awal, meninggalkan rumahku sekitar 7:15 pagi.

 

Sedangkan aku menghala ke Little Rock (Bukankah ini satu nama yang menarik untuk sebuah bandar, kerana anaklelaki suci juga merupakan batuan kecil), [ Little Rock merupakan nama tempat dan bila diterjemahkan bermaksud batuan kecil- kata penterjemah]; aku ternampak ada beberapa barang untuk dijual di depan rumah seseorang. Apa yang menarik perhatian aku adalah sebuah dapur masak lama, jenis besi tuang, yang menggunakan kayu bakar, di mana jikalau ia baru, ia akan berharga beberapa ribu dolar. Aku berfikir bahawa mungkin aku akan berhenti dan tengoknya pada perjalanan balik! Jadi, aku melimpasi rumah itu dan terus berjalan untuk kira-kira setengah batu dan Aku terdengar di Roh, “Apabila kamu kembali, dapur masak itu akan tiada sudah!” Jadi, aku berpusing trak aku dan menghala balik. Lelaki itu inginkan $100.00 untuk dapur masak itu dan aku tahu bahawa aku patut membeli dapur masak itu; kerana ia akan diperlukan di gereja, yang akan dibina untuk orang Tuhan.

 

Ada seorang lelaki lain, yang berada di rumah itu, dan dia sedang melawat. Dia bercakap dengan kurang jelas dan berjalan dengan sedikit tidak menentu. Pada mulanya, aku tidak memberi perhatian banyak, tetapi kemudian dia berkata bahawa dia terkena strok kelmarin. Aku tanya dia sama dia inginkan aku untuk berdoa untuknya dan dia kata, “ya.” Jadi, aku berdoa untuk penyembuhannya dan kemudian minta dia untuk berdiri dan berjalan sekitar dan dia berjalan dengan normal dan juga bercakap dengan normal. Kemudian, aku terdengar Roh Tuhan berkata, “Tiga tahun lagi.” Aku faham bahawa Penyelamat kita sedang memberikan lelaki ini tiga tahun lagi; jadi aku berkata kepadanya, “Kawan, aku tidak tahu apa-apa mengenai berapa lama yang Tuhan bercadang untuk kamu hidup, tetapi aku sekarang terdengar Dia berkata bahawa Dia akan menambahkan tiga tahun kepada hidupmu, untuk memberi kamu tiga tahun lebih.

 

Aku betul-betul terkejut apabila dia menjawab aku, “Kamu tidak tahunya, tetapi aku ada kanser otak dan pakar neurologi aku telah memberitahu aku bahawa aku ada satu bulan untuk hidup.”

 

Betapa hebatnya Tuhan Gagah Perkasa kita! Begitu penuh dengan kasih, belas kasihan dan kasih karunia! Aku kasihi Dia!

 

Aku kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu, yang aku membeli dapur masak itu dari, yang berdiri mungkin lima belas kaki dari aku, terasa kuasa Roh Tuhan, kerana ia juga menyentuh dia. Dia kemudian memberitahu aku bahawa rambut di kepalanya dan tangannya berdiri tegak kerana dia disentuh oleh kuasa Tuhan sedangkan aku berdoa untuk lelaki ini!

 

Lelaki ini, bersama jirannya, akan bawa dapur masak ini ke rumah aku, percuma, ia perlu dipunggah dengan sebuah traktor, kerana ia merupakan dapur masak yang sangat berat.

 

Kemudian, lelaki itu, yang menjualkan aku dapur masak itu, minta aku untuk berdoa untuknya, dan berdoa atas rumahnya, kerana ada hadiran setan-setan dirumahnya! Aku pergi ke rumahnya dan nampak setan-setan itu; dan sedangkan aku berdoa, Penyelamat kita mengalihkan setan-setan dari rumahnya; dan kemudian aku mula berdoa untuk lelaki ini, yang juga seorang yang ketagih alkohol. Aku meminta Penyelamat kita untuk menghantar turun kuasaNya pada lelaki ini dan apabila kuasa Tuhan mengena dia, dia mula menggoncang di seluruh badan dan berkata berulang-ulang, “Aku ingin melayan Tuhan! Aku ingin melayan Tuhan! Aku ingin melayan Tuhan!” Tetapi, kata-kata ini tidak dikata oleh lelaki ini, tetapi oleh setan yang besar dan berupa serigala, yang berada di dalam lelaki ini! Aku nampak setan ini dan mengarahkannya untuk keluar dari lelaki ini dan pergi ke lubang-lubang neraka; dan sedangkan ia pergi, percakapan mengenai melayan Penyelamat kita turut pergi dan lelaki ini berhenti menggoncang. Dia kemudian memberitahu aku bahawa dia terasa kuasa Tuhan datang melalui kepalanya dan menurun ke dalam dan seluruh badannya. Kawan Tersayangku, setan-setan menggoncang di hadiran Anaklelaki suci!

 

Aku tidak mendengar dari, atau nampak kedua-dua lelaki ini sejak masa itu, tetapi pada pagi Sabat itu, aku semestinya diatur untuk berada di sana.

 

Aku kemudian pergi ke kedai impot Cina itu, semata-mata untuk diberitahu bahawa mereka tiada lagi gergaji miter itu. Jadi, aku berkata kepada juruwang, “Kamu kata bahawa kamu akan adanya pada hari Selasa dan aku datang begitu jauh untuk mendapat satu dan kamu sekarang memberitahu aku bahawa kamu tidak mempunyai sebarang! Apa jenis tawaran ini?” Dan, juruwang itu tidak tahu apa untuk berkata, jadi dia memanggil pengurus dan pengurus itu datang dan mengambil Kupon, yang aku ada di tangan aku, dia mengambil ke belakang kedai dan sebentar lagi dia keluar dengan satu gergaji. Di atas kotak itu, ada satu label, yang menghuraikan gergaji itu dan ia berkata 2 dari 2.

 

Dengan pastinya, Tuhan telah menyimpan apa yang semestinya satu-satunya gergaji tertinggal sahaja untuk aku; kerana Dia juga tahu bahawa ia akan diperlukan untuk kerjaNya. Memang satu hari yang penuh dengan mukjizat indah! Kemuliaan besar kepada Penyelamat Terpuji; kerana tidak adanya yang seperti Dia; dan tiada yang boleh berbuat pekara sedemikian seperti yang Dia berbuat pada pagi itu dan pada pertemuan kemudian dengan lelaki itu, yang telah memiliki dapur masak itu!

 

Wanita Di Restoran!

 

Aku pergi makan di sebuah restoran pada suatu petang hari Ahad dan terlimpasku seorang pelayan yang sangat rendah dan sangat kurus. Oh, dia kelihatan begitu sedih! Dan, aku boleh dengan jelasnya nampak kegelapan setan-setan, yang sedang menindasnya. Jadi, aku memanggilnya dan berkata, “Sayang, kamu ditindas!” Kemudian, dia mula membuka hatinya kepadaku mengenai suaminya yang ganas dan menindas dan bagaimana dia telah cabut dari suaminya kerana keganasannya. Tetapi, suaminya ada duit dan telah membeli peguam penceraian terbaik, suaminya telah menyebabkan anak lelakinya berpaling menentang dia dan sekarang juga meminta wang sara hidup anak, tetapi wanita ini mendapat gaji orang miskin bekerja sebagai pelayan. Aku terasa begitu banyak kasih untuknya dan begitu ingin untuk tengok dia bebas jadi aku berkata, “Duduk sini dan biar aku berdoa untuk kamu!” Jadi, dia duduk dan aku meletakkan tanganku pada pipi bertulangnya dan mengarahkan setan-setan untuk keluar dari dia dan pergi ke lubang-lubang neraka. Aku minta Penyelamat kita untuk memenuhkan dia dengan RohNya; dan kemudian mula untuk berdoa bagi satu mukjizat hebat untuknya berkenaan kes penceraiannya. Aku berdoa untuk pembebasan bagi suaminya juga dan untuk Tuhan kita melembutkan hatinya, supaya penceraian itu akan terselesai dan terselesai dengan cepat dan memihak wanita ini. Aku percaya aku juga telah berdoa untuk anak lelakinya, tetapi masa banyak berlalu dan aku tidak ingat semua yang aku telah berdoa. Kemudian dia berdiri selepas doa ini, matanya penuh dengan cahaya, akibat terbebas dari banyak setan-setan. Dia memberitahu aku bahawa dia terasa penindasan telah tercabut dan dia tahu bahawa Raja Maha Perkasa kita telah melakukan sesuatu yang indah untuknya! Tetapi, dia memberitahu aku bahawa terdatangnya satu nabi wanita ke gerejanya pagi itu, yang telah memberi dia satu kata nubuat! Aku berasa sedih bahawa nabi wanita ini tidak nampak penderitaan hebat wanita ini dan tidak berdoa untuk pembebasannya!

 

Kira-kira sebulan berlalu dan aku kembali ke restoran itu, sekali lagi pada petang hari Ahad, dan di situ aku ternampak wanita kecil itu lagi. Dia kenal aku dan sangat teruja untuk memberitahu aku apa yang Penyelamat kita telah melakukan untuknya cuma dalam masa kira-kira satu minggu selepas aku mencariNya bagi pihak wanita ini. Dia beritahu aku bahawa suaminya datang kepadanya dan menawar untuk memberinya semua yang dia minta. Suaminya bagi dia duit dan sebuah kereta, bebas dari sebarang hutang. Dia kemudian menjualkan kereta ini untuk sebuah kereta yang lebih kecil untuk menjimatkan minyak. Dan, dalam penjualan kereta yang sangat bagus itu, dia juga teruntung duit! Semua di hidupnya telah bertukar! Dia senyum selalu dan telah mengatur untuk jalani latihan menjadi hamba Tuhan untuk golongan belia. Raja Gagah Perkasa dan Terpuji yang kita ada! Dia terlalu indah untuk dihuraikan perkataan! Mulia, mulia, kemuliaan kepada Penyelamat Terpuji kita! Aku begitu jatuh kasih denganNya!

 

Wanita Di Pejabat Pos

 

Aku peri mengirim kain-kain doa dan banyak surat di pejabat pos dan aku perhatikan bahawa ada seorang wanita, yang aku tidak ingat aku pernah nampak. Dia beritahu aku bahawa masanya dibahagikan di antara lima pejabat pos. Aku beritahu dia mengenai pengiriman kain-kain doa ini dan bagaimana Penyelamat kita memberi mukjizat dan penyembuhan melalui kain-kain ini dan dia berkata bahawa dia sememangnya perlu sedikit bantuan kerana minggu yang akan datang dia akan pergi untuk pemeriksaan perubatan, yang akan menentukan sama ada dia ada kanser. Jadi, aku berkata, “Adakah kamu inginkan aku untuk berdoa untukmu?” Dan, dia berkata, “Ya!”

 

Kawan Tersayangku, seperti kerapnya kes, apabila aku meletakkan tanganku pada orang untuk berdoa bagi mereka, aku terasa kuasa berombak-ombak, denutan kuasa menuruni lenganku dan memasuki tanganku, dan terkeluar memasuki orang itu, yang memerlukan penyembuhan. Ini selalu terjadi juga apabila Penyelamat kita menanamkan kuasaNya ke dalam kain suci yang diurapi, yang aku telah mengirim keluar kepada banyak daripada kamu untuk penyembuhan.

 

Jadi, pada hari itu bila aku berdoa untuk wanita ini, aku boleh merasa kuasa hebat datang kepadanya dan adanya satu hadiran hebat Roh Kudus di dalam dan di sekitar aku dan ia mula untuk bertambah kuat di pejabat pos itu juga. Tiba-tiba, aku terasa bahawa aku telah mendoa dengan cukup untuk wanita ini dan Raja Gagah Perkasa kita telah sememangnya menjawab doa aku untuk penyembuhan penuh dan lengkap wanita ini, untuk pembuangan semua kanser dan apabila dia pergi untuk pemeriksaan tiada yang akan dijumpai kerana memang tiada wujudnya kanser dalamnya. Kuasa di dalamku begitu hebat dan aku berpusing belakang dan mula bertanya beberapa orang, yang berada di belakangku di pejabat pos itu sama ada mereka inginkan untuk disentuh kuasa Roh Kudus. Ada seorang lelaki berdiri di belakang aku, yang memberitahu aku bahawa dia betul-betul perlu untuk disentuh kuasa ini, jadi aku meletakkan tanganku pada bahuNya untuk seketika dan kemudian teruskan. Lelaki ini orang hitam dan di belakangnya seorang orang putih, yang berdiri dengan tangannya bersilang. Tetapi, di belakan lelaki orang putih ada seorang wanita orang hitam, yang ingin untuk disentuh Roh Kudus, dan sebeginilah ia berlaku. Dua orang hitam disentuh kuasa Roh Kudus, tetapi lelaki orang putih enggan menolak kuasa Raja Gagah Perkasa kita.

 

Apabila aku meninggalkan situ, kuasa dan hadiran Roh Tuhan sangat hebat dan aku pergi duduk di trak aku. Aku tengok kembali kepada wanita itu, yang berada di pejabat pos itu, tetapi melangkaui pandangan fizikal aku; aku nampak di alam roh bahawa gumpalan perang sedang terjatuh dari wanita itu dan terjatuh ke lantai konkrit. Aku tengaok dengan kekaguman sedangkan gumpalan kaser ini meninggalkan wanita ini; dan aku memuji dan berterima kasih kepada Raja Gagah Perkasa kita! Oh, betapa terharganya Dia. Aku tahu Dia telah memberi satu mukjizat hebat kepada wanita itu! Oh, betapa sukanya aku untuk melihat apa yang Dia lakukan untuk orang di jalanan! Sememangnya begitu menggagumkan!

 

Kawan Tersayangku, in bukan kesemua mukjizat-mukjizat, tetapi mencukupi untuk biar kamu tahu bahawa Penyelamat kita sedang buat pekara yang begitu indah! Dia benar-benar ingin untuk memberikan mukjizat-mukjizat! Dia ingin untuk menyembuhkan orang yang sakit, untuk membangkitkan orang yang mati, untuk menjadikan orang lumpuh berjalan, untuk mengembalikan penglihatan kepada orang buta dan untuk menyebabkan orang pekak terdengar. Dia amat ingin untuk membebaskan orang yang tertawan dan Dia gembira berbuat demikian! Oh, betapa menakjubkan untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa gemilang begitu yang sedang terbentang; kerana Kuasa Kerajaan Penyelamat Gagah Perkasa kita sedang datang kepada Bumi! Penyelamat kita nampak penderitaan kita, tetapi tidak ingin untuk memindahkan kita dari penderitaan kita, belum lagi, tetapi sebaliknya akan membawa kita melalui api pengujian dan kepada satu tempat mukjizat-mukjizat yang hebat dan menakjubkan.

 

Kita tidak boleh memuji Penyelamat kita dengan cukup! Semoga bibir kita dipenuhi dengan pujian untukNya awal pagi, sepanjang hari dan sehingga malam! Dan apabila kita bangun pada waktu malam, semoga hati kita dipenuhi dengan pujian hebat dan kesyukuran  terhadapNya!

 

Kirimkan kamu kasih hatiku,

Linda