NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 76

 

"Anak-anak Lelaki Tuhan!"

 

"Engkau tadinya adalah palu godam bagi-Ku, senjata perang: Dengan engkau Aku menghancurkan bangsa-bangsa, dengan engkau Aku memusnahkan kerajaan-kerajaan, dengan engkau Aku menghancurkan kuda dan pengendaranya, dengan engkau Aku menghancurkan kereta dan penunggangnya,  dengan engkau Aku menghancurkan orang laki-laki dan perempuan, dengan engkau Aku menghancurkan orang tua dan muda, dengan engkau Aku menghancurkan teruna dan dara, dengan engkau Aku menghancurkan gembala dan kawanan dombanya, dengan engkau Aku menghancurkan petani dan lembu pembajaknya, dengan engkau Aku menghancurkan bupati-bupati dan pembesar-pembesar!"

Yeremia 51:20-23

 

 

"Anak-anak Lelaki Tuhan akan Datang!"

 

"Dengarlah Aku sekarang, AnakKu yang Diberkati; kerana Aku adalah Bapamu Yahweh, Tuhan Tertinggi. Dengarlah kata-kata Aku, AnakKu yang Diberkati. Seluruh dunia telah terpecah dalam kegelapan. Ia telah pecah. Seluruh dunia berkabung. Ia menangis dan ia menggonggong. Hebatnya kegelapan atas muka bumi dan kawasan dalam mengeluh dan berkabung. Satu laknat telah dikeluarkan; yea satu laknat hebat dan ia sedang membaham seluruh dunia; kerana dosa, dosa hebat telah berputik! Ia telah memekar dan telah menghasilkan satu buah yang hodoh. Buah  dosa yang hodoh, yang merupakan kejahatan tak terbanding, lebih teruk daripada masa Sodom dan Gomora, ya kejahatan tak terbanding telah berakar, menutupi seluruh bumi, dan satu sumpahan telah dijatuhkan pada orang ramai. Kegelapan telah menutupi mata-mata mereka dan kegelapan telah mengisi telinga-telinga mereka. Kegelapan telah membaham hati-hati mereka dan duri-duri telah berganda untuk menutupi seluruh bumi.

 

Satu bau busuk yang dahsyat dan teruk telah tertampil, bau busuk kegelapan dan kejahatan, dan satu kegelapan yang membaham telah bergulung meliputi seluruh dunia. Dunia berada dalam kesakitan! Dunia menderita! Asap dan api mengalir naik daripada kedalaman. Dunia telah dialih daripada dasarnya, kerja tangan-tangan jahat dan minda-minda jahat, satu teknologi begitu hebat dan jahat dan jikalau Aku tidak bercampur tangan, mereka yang jahat akan maju dalam rancangan jahat mereka untuk memusnahkan seluruh dunia.

 

Dengarlah Aku, oh kamu yang jahat, kamu, yang memanggil hitam putih dan putih hitam, kamu yang mengasihi kejahatan, yang mengatakan segala pembohongan, yang menghujat apa yang bagus dan daripada Aku. Aku telah meletakkan satu batu hebat, satu batu sandung yang hebat pada jalan kamu, satu batu hebat sememangnya, dan kamu akan menolak batu ini, kamu akan menghentam batu ini dan kamu akan mencari lagi cara yang lebih hebat untuk memusnahkan batu ini. Tetapi, Aku berkata kepada kamu, oh pelacur hebat, yang merengek dan membisik, yang menari dan menjerit untuk Iblis dan untuk tuhan-tuhan dunia lain, Aku telah melukis satu garis, satu garis yang nyata, satu garisan pembahagian. Garis itu dan batu ini adalah satu dan garis ini dan batu ini kedua-duanya berada dalam tangan Aku; kerana aku telah meletakkan satu tali pengukur tegak lurus dan ia adalah lurus. Aku telah menaikkan satu piawai dan piawai ini adalah suci! Aku telah menghantar keluar ranting-ranting Aku dan ia adalah suci. Dia adalah Anak Lelaki suci Aku, anak suci aku Wahyu Dua-belas; dan dia berada di antara kau, oh kamu anak-anak lelaki kejahatan yang bising dan tak terkawal!

 

Dia telah membayar harga dia dan sekarang dia adalah harga kamu! Satu harga hebat, sememangnya; meskipun kamu tersandung pada Aku, kamu tidak akan tersandung pada dia dan dia adalah penanda dan ganjaran. Dia adalah ganjaran kepada yang setia pada aku dan tanda pemusnahan kepada yang jahat. Kerana, semua, yang menjadikan dia sasaran mereka, akan ditanda; dan semua yang mencari masalah dengan dia, dia sekarang akan mencari masalah dengan kamu. Semua, yang mengacau dia, semestinya akan dikacau. Semua, yang mengolok-olokkan dia, akan diolok-olokkan. Semua, yang mendera dia, akan didera. Semua, yang berusaha untuk menghapuskan dia, akan dihapuskan. Semua, yang memijak dia, akan dipijak. Dan, semua, yang memikir dia, akan diberkati! Semua, yang mengasihi Dia, Dia akan mengasihi! Semua, yang menyanjungi dia, akan disanjung. Semua, yang memujinya, akan diberkati! Semua, yang menerima dia, akan menerima Aku! Semua, yang membuat hati mereka suci dan yang mengasihi Aku atas segalanya dalam kebenaran, kepujian dan rohaniah, akan mengenali dia. Yang ini akan memiliki dia sebagai sahabat kekal mereka!

 

Kerana, RANTING Aku adalah daripada Aku. Dia kepunyaan Aku dan mereka yang suci kepunyaan Aku. Mereka adalah Anak-anak Lelaki Suci Aku dan melalui Anak Lelaki Aku, RANTING itu, malah mereka juga adalah Benih-benih Suci Aku.

 

Tembuslah, oh wanita yang bersengsara hebat! Tembuslah, hamba terpilih Aku, Linda Newkirk. Tembuslah sebagai bayu musim bunga, selepas satu malam panjang musim sejuk. Menembusi, anak perempuan terpilih aku. Tembuslah dalam kekuatan Aku, dalam kuasa Aku, dalam kebebasan Aku, dalam kasih Aku, dalam kehormatan, kesucian dan kebenaran! Kerana, Aku akan membuatkan kaki kamu besar dan Aku akan membuarkan kasut kamu lebar dan angin kuasa Aku akan berada dibawah kaki kamu! Kamu akan mendaki gunung-gunung tinggi, kamu akan terbang seperti helang, dan Aku akan membawa kamu dalam tangan Aku. Dimana perginya angin roh Aku, kamu akan pergi dalam kebenaran Aku, dalam kasih Aku, dalam belas kasihan dan kuasa Aku. Dan, tiada perkara baik akan ditahan daripada kamu! Kerana, kamu telah menderita, Anak SayangKu! Penderitaan kamu adalah panjang, penyeksaan kamu adalah hebat. Dalam semua cara, kamu telah sengsara dan sekarang Aku sedang membuka satu muka surat baru sebuah buku baru.

 

Ya, mereka akan melihat kamu di atas angin! Pada langit waktu malam, sesetengah akan melihat wajah kamu yang penuh kasih dan kebaikan hati! Kerana, Aku akan menghantar kamu atas angin dan mereka akan berkata, "Siapakah wanita ini, yang menunggang atas angin." Dan, Aku akan berkata, "Dia adalah anak Aku, ibu kepada Anak Lelaki Aku, Ranting itu, dan dia menunggang angin Roh Aku! Kakinya adalah diperbuat daripada tembaga dan kasutnya bersinar dengan cahaya dan api Aku; kerana Aku telah memberi kepada dia kemenangan! Dia adalah pemenang ke atas semua musuh-musuh dia dan naga itu ada dibawah kaki dia! Kerana, dia merupakan orang itu, yang tidur malam dan siang untuk begitu banyak tahun dibawah kaki naga itu! Dan, naga itu dan konco-konconya membuat kepada dia apa yang mereka mahu, tetapi mindanya tidak pernah tergoyang atau teragak-agak, tetapi berehat dalam pengetahuan, kebenaran, kesucian dan kasih Yang Tertinggi! Dan, walaupun air mata dia banyak dan kesakitan dan penderitaan dia hebat, dan penyengsaraan dia besar dan dahsyat, dia percaya kepada Yang Tertinggi dan Dia memberikan dia kemenangan atas naga itu dan konco-konconya yang ramai. Dan, dia menampilkan, bukan angin, tetapi menampilkan anak lelaki suci, anak kepada Raja segala raja, dan melalui penderitaannya, dia melahirkan anak-anak lelaki Tuhan.

 

Berdiri tinggi, oh kamu gunung-gunung jauh dan bergembira, oh kamu pokok-pokok! Beriang, oh kamu sungai-sungai dan aliran-aliran; kerana Anak-anak Lelaki (Tuhan) akan tiba pada seluruh dunia. Kaki mereka akan berbunyi seperti bunyi kuda-kuda berlari. Larian mereka akan menggoncangkan seluruh dunia. Angin daripada mulut mereka akan menghembus keluar aliran suci api dan cahaya Aku! Kerana, ini adalah kepunyaan Aku! Anak-anak Lelaki ini daripada Aku! Mereka telah dipilih, sebelum dasar-dasar dunia ini; dan mereka adalah terlantik. Mereka tidak akan menipu! Dan mereka tidak akan menerima rasuah! Mereka tidak akan mengasihi kejahatan dan tiada kejahatan akan ditemui di dalam mereka! Kerana, Aku akan membuatkan hati mereka lembut dan kasih Aku akan mengalir keluar daripada mereka. Tiada kejahatan akan ditemui di dalam mereka; kerana mereka akan cepat bertaubat. Belas kasihan Aku akan  melimpahi mereka dan jika mereka tersilap, kesilapan mereka akan berada pada bahagian belas kasihan. Tetapi, mereka akan benci setiap kejahatan dan benda yang memusnahkan dan akan merayu agar kejahatan ditentangkan. Panggilan mereka adalah untuk bertaubat, atau mati! Kasih besar mereka adalah terhadap mereka yang terabai dan tak terdaya, kepada mereka, yang menderita. Tetapi, hati mereka akan ditetapkan pada pemusnahan setiap benda yang jahat. Dan, melalui kata-kata mereka, mereka akan jadikan hasrat sempurna Aku terhadap setiap benda jahat ternyata. Mereka tidak akan menggunakan pedang. Mereka tidak akan menjadi ganas dalam apa jua cara, tetapi akan menuturkan kata-kata Aku; dan apabila mereka menuturkan kata-kata Aku dan bergerak dalam hasrat Aku, kata-kata Aku akan bergerak untuk mencapai hasrat sempurna Aku terhadap semua benda.

 

Ini adalah Anak-anak Lelaki Aku, penuh dengan kasih, belas kasihan, kasih karunia, penuh dengan kesabaran, penuh dengan kebaikan hati, lambat untuk marah dan cepat untuk bertaubat, penuh dengan setiap nilai yang baik; dan, Anak-anak Lelaki Aku ini, akan memerintah dunia; kerana ini juga adalah RANTING Aku. Mereka datang daripada Aku! Aku akan menerima kemuliaan Aku; kerana yang ini akan memuliakan Aku malam dan siang dan di dalam mereka akan tiada tipu daya.

 

Dengarlah Aku dalam ini, oh kamu negara yang tidak mengenal Tuhan! Bertaubatlah dari cara-cara jahat kamu, supaya kamu tidak jatuh dalam penipuan licik aturan dunia baru Iblis. Kerana, jika kamu ambil tandanya dan jika kamu jatuh dan memujinya sebagai tuhan, kamu membuat pilihan terakhir kamu dan roh kamu akan mengalami pemusnahan.

 

Dengarlah Aku, oh kamu yang tidak berhati-hati! Kerana, kamu tidak berhati-hati dengan roh kamu! Dengarlah Aku, oh kamu penipu dan semua, yang mengolok-olok apa yang suci dan apa yang daripada Aku; kerana tempat kamu adalah di dalam lautan api. Dengarlah Aku, semua yang menghujat kerja-kerja Aku mengenai Wahyu Dua-belas, melalui hamba terpilih Aku, Linda Newkirk; kerana jika kamu tidak bertaubat dengan tangisan yang hebat, tempat kamu akan bersama-sama dengan semua penipu di dalam lautan api.

 

Satu waktu pengakhiran unggul akan tiba pada dunia. Celaka kepada kamu, yang mengasihi kejahatan, yang menunjuk-nunjuk dengan kekotoran daging badan dan enggan bertaubat; kerana jika kamu enggan bertaubat, dan secepatnya, kamu akan membakar!

 

Kerana, Aku akan mengocokkan dunia! Aku akan mengocokkan bintang-bintang! Aku akan mengocokkan syurga dan dalam satu saat daripada satu minit, ramai, ramai daripada kamu akan diambil tanpa amaran. Celaka kepada penghuni-penghuni di dunia; kerana Iblis dan konco-konconya telah dilempar turun dan ramai daripada mereka, yang Aku telah hantar ke penjara  dalam api di geronggang dunia, akan tidak lama lagi dilepaskan ke dunia yang tidak menjangkakan ini! Kerana, mereka akan naik ke atas, keluar daripada api membara; dan mereka akan datang untuk membaham kamu! Mereka akan menyeksa kamu! Mereka akan mengacau kamu dengan hebat!

 

Terberkatnya hamba pilihan Aku, Linda Newkirk, kerana dia bertahan api mereka, serta penyeksaan dan penderaan untuk berbulan-bulan yang dilantik bagi dia dan melalui penyeksaan hebatnya, dia mambayar harga untuk semua Anak-anak Lelaki Aku, supaya apabila mereka yang jahat ini datang lagi, sengatan mereka tidak akan menjejaskan Anak-anak Lelaki Aku, yang akan pada masa itu dimeterai sepenuhnya.

 

Dengarlah, oh kamu yang mengolok-olok dan menghinakan hamba Aku, Linda Newkirk. Dengarlah, semua, yang telah menyebarkan pembohongan hebat dan fitnah terhadap dia. Kerana, jika kamu tidak bertaubat dengan cepat mengenai kejahatan hebat yang kamu lakukan pada dia, Aku akan mengambil kamu dalam sekelip mata dan Aku akan meleburkan kamu seperti lilin di dalam haba matahari. Daripada lopak pembakaran kamu, kamu akan memanggil, tetapi panggilan kamu tidak akan didengari. Ya, Aku memberi amaran kepada kamu sekarang, kamu semua, yang telah dengan gembiranya meletakkan kaki kamu pada belakang badan hamba terpilih Aku, Linda Newkirk, walaupun dia bersengsara untuk penyelamatan roh-roh yang amat ramai, celaka kamu! Celaka kepada kamu pembohong dan penfitnah; kerana kamu mengolok-olokkan apa yang suci! Bertaubatlah sekarang, atau mati! Kerana, kamu telah mendapat masa kamu untuk bergembira dalam kejahatan kamu dan jika kamu enggan bertaubat dengan cepat, api daripada neraka akan menangkap kamu! Kerana, Aku sudah melukiskan satu garis, dan garis ini adalah garis pengakhiran muktamad!

 

Siapa diantara kamu akan sekarang mengolok-olokkan apa yang suci dan dari Aku? Sama seperti pasir-pasir di dalam gelas jam pasir, hari-hari kamu terhitung dan pendek, sememangnya!

 

Aku adalah Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi.

 

Seperti yang disaksikan, direncanakanm dan direkodkan pada 29hb Januari, 2011,

 

Linda Newkirk

 

 

Kawan-kawan Tersayangku, Penyelamat kita telah memberikan aku penglihatan, mengenai keadaan undang-undang darurat yang pasti akan berlaku di Amerika. Negara ini sedang jatuh dengan sangat cepat; kerana rakyat-rakyat mengasihi kejahatan dan enggan bertaubat. Begitu menyedihkan, sememangnya; tetapi walaubagaimana pun semua ini sedang berlaku pada kita.

 

Jatuh kepada muka-muka kamu, oh kamu rakyat-rakyat Amerika, dan bertaubat daripada cara-cara jahat kamu, supaya yang Tertinggi mungkin akan terharu untuk berbelas kasihan dan melepaskan roh-roh kamu. Kerana, begitu hebat kemarahan Dia terhadap negara ini. Satu jaring, satu jaring hebat, sedang terjatuh atas Amerika; dan celaka kepada penghuni-penghuni tanah ini.

 

Kerana, ramai akan tidak lama lagi lenyap apabila mereka memasuki keretapi, kapal terbang dan kepal-kapal layar. Ramai akan lenyap apabila mereka pergi memohon visa untuk perjalanan. Ramai akan dinafikan kemasukkan ke dalam USA atau keluar daripada negara ini; kerana Penyelamat kita telah menunjukkan ini kepada aku melalui penglihatan baru-baru ini.

 

Satu gonggongan yang hebat hampir akan terdengar di negara ini; kerana kamu, oh Amerika, telah meninggalkan Tuhan yang Hidup, Tuhan yang satu-satunya, Tuhan Maha Kuasa, Yahweh, yang telah menjadikan negara hebat ini.

 

Dengarlah aku, oh kamu Amerika yang murtad, kamu tidak akan terlepas daripada apa yang akan datang pada kamu. Kerana, begitu hebat adalah penghakiman Yang Tertinggi terhadap kamu, oh negara Amerika yang angkuh.

 

Celaka kepada mereka, yang telah mengolok-olokkan amaran Penyelamat kita untuk bertaubat, atau mati. Oh, begitu hebat adalah hukuman kamu jika kamu tidak bertaubat daripada kejahatan kamu.

 

"Sekarang, Penyelamat kita bercakap pada kamu, Amerika!"

 

"Dalam sekilip mata, kamu akan diambil," kata Tuhan Tertinggi Yahweh. "Dalam sekelip mata, kamu akan hilang, oh kamu pengolok, penghina, kamu pelacur, kamu bapa ayam, kamu pemabuk, kamu penzina, kamu penagih seks, kamu pembohong, perancang kejahatan, kamu yang mengasihi diri-sendiri, bermegah diri, angkuh, bercakap besar sombong! Dosa-dosa kamu telah mencemarkan seluruh dunia. Dosa-dosa daging badan kamu telah merosakkan seluruh dunia dan oh akan begitu hebatnya pembakaran kamu, oh Amerika! Kerana, kamu telah mempunyai masa kamu pada atasan dunia. Aku meletakkan kamu di sana dan Aku akan menurunkan kamu, oh kamu negara Amerika yang jahat! Dalam satu hari, kamu akan terjatuh dan dalam satu hari, tangisan kamu akan kedengaran di seluruh dunia; kamu negara penzina-penzina, kamu negara pengolok-pengolok dan pencela-pencela, kamu yang buta, yang memimpin yang buta, kamu pendakwah yang kotor, yang mencari kesilapan kecil dan sejurusnya menghumban seluruh pesanan benar keluar. Dengarlah Aku sekarang, kamu negara murtad; kerana Aku telah menanda kamu, oh negara pelacur, dan seperti yang Aku telah menanda kamu, Aku sekarang membawa penghakiman Aku pada kamu! Aku adalah Tuhan Tertinggi Yahweh dan selain Aku tiada yang lain!

 

Ya, kamu mempunyai satu calar, oh negara Amerika yang terpesong! Kamu mempunyai satu kegatalan, kamu mempunyai satu bisul, satu luka hebat, dan luka hebat ini adalah bau busuk dosa-dosa kamu sendiri. Usus-usus kamu penuh bernah-nah dan nafas kamu penuh dengan kejahatan. Cara-cara kamu adalah bengkok dan jalan kamu telah sampai ke jalan mati.

 

Apa yang akan kamu buat sekarang, oh kamu negara yang buruk; kerana cahaya kamu yang hebat pada suatu ketika dahulu sedang berkelip-kelip terpadam. Aku akan mematikan suis kamu dan Aku akan menamatkan cara kehidupan kamu yang hebat pada suatu ketika dahulu. Kemudian, Aku akan menapis (kamu) dan Aku akan merayu dengan kamu melalui peperangan hebat dan melalui malapetaka hebat.

 

Aku akan panggil kepada kamu dan sesetengah daripada kamu akan dengar, tetapi melalui kesemuanya, ramai daripada kamu akan mati. Dan, apabila Aku telah berpuas hati dalam penghakiman Aku terhadap kamu, Aku akan mempunyai di dalam tangan Aku, mereka yang akan melihat kepada Aku dan berkata,"Engkau adalah Tuhan kami dan kami adalah orang Engkau. Kami adalah anak domba di padang rumput Engkau."

 

Kembali, kembali, kembalilah, oh kamu anak perempuan Amerika yang murtad. Kembali, kembali, kembalilah, supaya Aku akan tersentuh untuk berbelas kasihan. Kembali, kembali, kembalilah, supaya Aku akan mengubah haluan kamu. Kembali, kembali, kembalilah, supaya Aku akan membersihkan kamu dengan pengampunan besar Aku. Kembali, kembali, kembalilah, supaya Aku akan mengurangkan penghakiman kamu.

 

Kerana, jikan kamu enggan kembali kepada Aku secara beramai-ramai, dengan tangisan dan gonggongan untuk dosa-dosa hebat kamu, Aku akan membangkitkan ramai musuh-musuh kamu, Aku akan mengarahkan mereka kepada kamu; dan Aku akan menghentam kamu tanpa amaran.

 

Dengarlah Aku, oh kamu negara Amerika pelacur; kerana penghakiman hebat Aku sekarang terbentang di antara kamu.

 

Aku Bapamu Yahweh, yea Tuhan Tertinggi.

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-10 Febuari, 2011,

 

Linda Newkirk