NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 80

 

9-11

 

Ia Tetap Terus Membakar!

 

 

Kawan-kawan Tersayangku, pada masa ini, pada ulangtahun ke-10 Malapetaka 9-11, banyak yang masih lagi tertanya, "kenapa?"

 

Tetapi, aku ingat dengan jelasnya pada masa itu, sepuluh tahun yang lalu, beberapa hari sebelum bencana besar ini, Penyelamat kami memberitahu aku bahawa Dia hampir akan menjatuhkan penghakiman pada negara ini. Dan, apabila menara-menara tersebut terbakar, aku memang teringat kata-kataNya mengenai penghakiman yang hebat terhadap negara ini. Aku hanya mampu menggelengkan kepala dalam kesedihan, kekejutan, dan perasaan malu. Aku tahu bahawa menara-menara membakar itu adalah penghakimanNya!

 

Malapetaka dahsyat 9-11 itu sahaja sudah cukup menggerikan, tetapi bencana teruk ini hanyalah permulaan. Peperangan "palsu" terrorisme dengan kumpulan Al-Qaeda yang dikawal oleh CIA, merupakanlah kengerian yang paling dahsyat menimpa negara ini sejak Perang Saudara.

 

Tetapi, ada yang akan mengatakan bahawa Perang Saudara berlaku di tanah negara ini dan peperangan terhadap terrorisme berlaku di tanah lain. Tetapi, tidak, Kawan-kawan Tersayangku, peperangan sepuluh tahun yang teruk ini berlaku di tanah ini. Ia merupakan peperangan hebat dan kekal sedemikian, suatu peperangan bertujuan untuk menjatuh dan melucutkan kekuatan ekonomi negara ini, untuk melemahkan dan mengurangkan angkatan tentera, untuk menguraikan undang-undang dasar (constitution) dan melucutkan kebebasan rakyat, untuk merampas banyak dan pelbagai sumber dan untuk membutakan rakyat dengan peperangan-peperangan bohong. Ya, ini adalah peperangan terutama berbanding semua peperangan di atas tanah ini, satu peperangan untuk dengan selengkapnya menghabiskan dan menjatuhkan negara ini yang pada suatu masa dahulu sebuah negara hebat. Dan, mereka telah berjaya!

 

Kamu adalah dari Bapamu, Bapa kepada semua penipuan, kamu mesin penipuan satanik; dan melalui penipuan kamu, kamu telah melucutkan negara ini! Kau telah membawanya ke  lututnya. Tetapi, walaupun demikian, kamu telah buat apa yang Penyelamat kami telah membenarkan dan jadikan kau buat. Sayangnya kerana orang ramai terdengar amaran Penyelamat kami dan enggan bertaubat!

 

Ya, inilah waktu Iblis; dan segala yang berakar dalam penipuan nampaknya berkembang, tetapi hanya untuk sementara waktu. Pada akhirnya, semua yang merupakan penipuan akan benar-benar digoncang; dan hanya kebenaran yang akan tertinggal. Ribut sedang terjadi sekarang tetapi masih ada ramai yang tidak tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar. Angin telah mula bergonggong dan pengoncangan bertambah keamatannya; tetapi penghentaman sebenar ribut masih belum bermula.

 

Masih ada ruang lagi untuk penafian; dan kerana penipu-penipu masih memutarkan benang penipuannya yang menyakinkan, ramai masih berkemampuan untuk mengabaikan keterukan situasi di negara ini dan di tempat-tempat lain. Tetapi, terdapat satu kebenaran dalam negara ini yang tidak dapat dinafikan: lemak telah dilucutkan dan kita sekarang hanya tertinggal tulang! Kesejukan sudah dirasai dan malam akan tiba dengan cepat. Berapa lama lagi penipuan hebat ini dapat bertahan?

 

Orang ramai boleh panggilnya apa yang mereka mahu, bencana 9-11 yang teruk, tetapi aku hanya bolah memanggilnya seperti mana yang telah diberitahu oleh Penyelamat kami: satu penghakiman hebat dari Yang Tertinggi. 9-11 adalah satu penghakiman, yang akan terus menghakim, suatu api yang terus membakar!

 

Seseorang mungkin akan rasa bahawa dengan penghakiman begitu hebat pada negara ini, rakyat akan terbangun dan mengambil perhatian; kerana ini hanyalah salah satu penghakiman, daripada banyak, yang akan menimpa negara ini. Tetapi, kebanyakan orang tidak terbangun; kerana mereka masih menaruh harapan pada semua penipuan-penipuan! Kerana, Bapa segala Penipuanlah, yang mereka kejari, yang mereka hormati, dan yang mereka sayangi, dan yang mereka percayai.

 

Ia cuma akan menjadi semakin teruk, sehingga orang-orang dipatahkan, dipatahkan selengkapnya; dan apabila musuh membanjiri negara ini, seperti awan, dan orang-orang yang terbuat berkeliaran telah direndahkan, ketika itulah, mereka akan memanggil Tuhan kami. Dan, dalam belas-kasihan besarNya Dia akan mendengar. Kemudian, Dia akan berlawan untuk orangNya; dan mereka akan berkata, "Engkau adalah Tuhan kami dan kami adalah orang Engkau."

 

Dengarlah tiupan angin. Dengarlah bunyi patah ranting-ranting dan dahan-dahan. Dengarlah lolongan. Ribut hebat tiba.