NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 82

 

“ Suatu Masa dipenuhi Keajaiban Hebat”

 

Salam kepada anda, Kawan-kawan Terhargaku. Hari ini merupakan hari ke-2 Oktober 2011, ia juga merupakan masa untuk mengingat kembali dan membayang misteri-misteri indah kepunyaan Penyelamat Terpuji kita. Kini, peristiwa-peristiwa di dunia memberitahu kita bahawa kita telah memasuki suatu waktu, yang tak seperti yang lain, sejak wujudnya negara. (Daniel 12:1). Kejahatan menampil di semua tempat. Moto orang-orang kaya adalah mencuri, membunuh dan memusnah. Kerana, di antara mereka terdapatnya anak-anak Iblis, dan matlamat Iblislah yang dikejar mereka; matlamat untuk sebuah kerajaan sedunia yang disepadukan dan penghambaan sepenuh/ pembasmian kemanusiaan.

 

Tetapi, Kawan-kawan Tersayangku, kita tahu bahawa mereka ini yang jahat tidak akan menang pada penghujungnya. Walupun demikian, mereka akan menang untuk seketika dan orang yang benar akan diburu seperti binatang liar, dipenjarakan, diseksa, dibius, dan dihadapkan dengan segala jenis pengawalan minda, diperhambakan, dibunuh, ditempatkan semula ke tempat lain, dan dilucutkan segalanya sehingga hampir tiada yang tertinggal. (Lihat Matius 24:9)

 

Penganiayaan (persecution) hebat badan Kristus

 

“Bukan mereka yang muhsin,” kamu mungkin berkata! Tetapi, tanyalah diri kamu ini: “Bukankah mereka yang jahat telah membunuh nabi-nabi? (Lukas 13:34, Roma 11:3) Bukankah mereka yang jahat telah membunuh rasul-rasul dan orang lain? (Kisah Para Rasul 7:59) Bukankah mereka telah membunuh Penyelamat Tersayang kita? (Matius: 27) Dan, tetap sehingga hari ini, tidakkah kita melihat penganiayaan orang Kristian meningkat hebat di seluruh dunia?” Oleh yang demikian, sekaranglah masanya untuk bersedia untuk untuk apa yang dihadapi setiap negara, kerajaan sedunia Iblis yang sangat dahsyat. Jangan tunggu.

 

Banyak orang yang belum bersedia kerana pembohongan!

 

Kawan-kawan Tersayangku, banyak di antara kamu yang tertidur di dalam kejahilanmu, kamu percaya dengan sepenuhnya pembohongan Iblis yang ulung, bahawa kamu tidak perlu menderita jika kamu percaya pada Penyelamat kita, sebaliknya akan, “diangkat” dari kejahatan-kejahatan dunia ini, sebelum kamu perlu menderita langsung.

 

Di sinilah, pembohongan ulung yang akan menenggelamkan roh banyak orang! Kerana dengan mempercayai pembohongan ini, banyak orang tidak bersedia rohaniahnya untuk waktu yang amat susah, mereka juga tidak bersedia untuk menghadapi waktu yang serba kekurangan dan kebuluran dahsyat, yang sekarang telah pun bermula di seluruh dunia. Penipuan ulung ini sama seperti dengan penipuan ulung yang satu lagi, iaitu “asal pernah terselamat, semestinya selalu terselamat”,  tetapi penipuan ulung itu adalah untuk aku menjelaskan pada masa lain.

 

Yesaya memberi amaran kepada kita mengenai waktu ini apabila dia memberitahu kita: Sebab mereka itu suatu bangsa yang pemberontak, anak-anak yang suka bohong, anak-anak yang enggan mendengar akan pengajaran Tuhan; yang mengatakan kepada para nabi-nabi: “Jangan menubuat,” dan kepada para pelihat: “Janganlah lihat bagi kami hal-hal yang benar, tetapi katakanlah kepada kami hal-hal yang manis, lihatlah bagi kami hal-hal yang semu. (Yesaya 30:9-10)

Penyucian Hati Seseorang

 

Walaupun demikian, Kawan-kawan Tersayangku, yang benar mestilah tidak mengalah, tetapi terus berjuang perjuangan yang baik ini; kerana kerajaan Penyelamat kita datang kepada mereka yang suci hatinya. Yang suci hatinya akan melihat mukaNya. (Matius 5:8)

 

Perbaharuilah hatimu...(Yehezkiel 18:31)

 

Tuhan melihat hati...(1 Samuel 16:7)

 

Tetapi, pengujian terhebat adalah pada penyucian hati; kerana hati kebanyakan orang adalah dipenuhi dengan kejahatan yang berbeza-beza bilangannya.

 

Kerana dari hati timbul segala fikiran jahat, pembunuhan, penzinaan, pencabulan, pencurian, sumpah palsu, hujat. (Matius 15:19)

 

 

            Sedarilah fikiranmu dan betaubat dengan segera segala fikiran salah

 

            Fikiran salah menghala ke dosa yang lebih besar

 

“Serahkanlah perbuatanmu kepada Tuhan, maka terlaksanalah segala rencanamu.” Amsal 16:3

 

Masalah yang sangat besar dalam penyucian hati seseorang, ialah banyak orang gagal melihat kandungan hatinya, yang kebanyakan masanya, dibentuk dan diacu oleh pemikirannya. Pemikiran, yang berkeliaran dan tak terkawal, akan tertetap di hati seseorang dan mewujudkan kegelapan yang amat. (pemikiran hati: Lukas 2:35, dan Lukas 24:38)

 

Bagaimana orang lain mendedahkan apa yang berada di hati mereka

 

Lisan dan bukan-lisan

 

Seseorang tidak mungkin bercakap “kasih” dari sebelah mulutnya dan kemudian menonjol sikap yang sombong atau mengejek terhadap orang yang terkasih dan masih percaya bahawa hatinya bersih. Juga tidak jadi untuk seseorang enggan berkomunikasi dan merajuk dengan senyap, dan mengandaikan orang lain untuk membaca mindanya. Kata-kata dari mulut, malah, kekurangan kata-kata, akan mendedahkan hati seseorang.

 

Melalui tingkah-laku luaran

 

Niat hati akan selanjutnya ternyata oleh pelbagai tingkah-laku. Jadi, di mana adanya kekurangan percakapan mengenai apa yang berada di hati seseorang, niatnya akan terdedah oleh pelbagai tindakan, malah, ketiadaan tindakannya. Oleh itu, Kawan-kawan Tersayangku, kandungan hati seseorang akan terdedah oleh apa yang dikata dan dilakukan, malah juga oleh apa yang tidak dikata, dan tidak dibuat. Fahamkah?

 

Hati yang menipu

 

Meskipun demikian, untuk  memahami dengan secukupnya sifat rohaniah sebenar hati seseorang mungkin mengambil masa; kerana hati kebanyakan orang amat pandai menipu. Dan, kebanyakan masanya, luka-luka yang banyak akan dilitupi oleh lapisan-lapisan penafian. Jadi untuk mendedahkan apa yang tersembunyi di hati diri sendiri seseorang boleh menjadi suatu kerja yang besar dan ia tak akan disiapkan dengan senang atau cepat.

 

Dalam segala pekara, kita semua mesti berdoa dan berusaha untuk mengetahui kebenaran mengenai diri kita. Aku benar-benar yakin bahawa kerja rohaniah terunggul yang kita akan lakukan ialah kerja rohaniah yang setiap daripada kita mesti melakukan di hadapan Penyelamat Gagah Perkasa kita.

 

Jikalau kita ikhlas di dalam doa kita mengenai mengatasi kesalahan kita sendiri dan mengatasi kemanusiaan kita sendiri, Penyelamat kita akan mendengar doa-doa yang rendah hati ini Dan, kemudianlah, Kawan-kawan Tersayangku, Dia akan menunjuk kepada kita sifat sebenar hati kita sendiri; dan pada kebanyakan masa, kita akan mendapati bahawa kita semua mempunyai begitu banyak yang perlu untuk diatasi. 1 Raja-Raja 8:46: Tidak ada manusia yang tidak berdosa.

 

Janji-janji Kerajaan untuk Mereka yang Mengatasi

 

Dari masa ke masa, aku terfikir ajaran gereja-gereja, yang menekankan bahawa kita akan terlepas dari apa yang akan datang. Banyak orang yang terpesona dengan tanggapan bahawa mereka akan dapat melepaskan diri. Tetapi, Kawan-kawanku yang tersayang, janji-janji Penyelamat kita terhadap mereka yang taat tidak berdasar pada perlepasan diri, tetapi pada pengatasan. Ingatlah janji-janjiNya di Wahyu Pasal dua dan tiga untuk mereka, yang mengatasi. Oleh kerana demikian, kita mesti menjadi orang yang mengatasi, bukan orang yang melepaskan diri. Untuk mengatasi bukanlah senang; dam melalui kerja mengatasi yang besar inilah kita semua akan dicuba dan diuji dengan parah, begitulah, sehingga kita dengan sebenarnya mengatasi, bukan sahaja diri kita sendiri, tetapi juga dunia ini yang kita mendiami ini.

 

Begitu banyak pengujian dan percubaan

 

Kawan-kawan Tersayangku, kita semua akan menghadapi banyak pengujian dan percubaan apabila kita membersihkan hati kita. Ini jalan ke penyelamatan dan sememangnya satu jalan yang banyaknya air mata dan penderitaan. Oh, barangkali menyakitkan untuk kita dengan seganasnya berjujur dengan diri kita sendiri dan melihat kesalahan kita yang banyak dengan nyata, untuk melihatnya dengan begitu jelas sehingga ia benar-benar menyakitkan kita dan menjadikan kita teringin sangat untuk berbebas.

 

Adakah anda bersedia untuk seganasnya berjujur dengan diri kamu sendiri? Jika kamu belum bersedia untuk berjujur dengan seganasnya terhadap diri kamu sendiri dan menghabiskan berjam-jam merenung kebenaran mengenai diri sendirimu, kamu belum bersedia untuk membuat kerja pembersihan hatimu yang serius. Ingat: yang suci hatinya sememangnya akan melihat muka Penyelamat kita. Mereka akan mewarisi Kerajaan Tuhan. Jadi, jika kamu serius mengenai keinginan untuk mengahwini Penyelamat kita dan untuk mewarisi kerajaanNya, kamu mesti buat kerja terpenting ini. Kamu mesti membersihkan hatimu sehingga ia dibersihkan melalui kasih, pengampunan dan penyembuhan Penyelamat kita. Mereka yang suci hatinya akan melihat muka Penyelamat kita,

 

Penafian merupakan jalan yang paling senang

 

Memang jauh lebih senang untuk menyembunyikan luka dan sakit di dalam hati seseorang dan berpura-pura bahawa ia tidak wujud; dan kebanyakan orang berbuat demikian. Tetapi, pada waktu dan peristiwa yang tak terduga, apabila sesuatu berlaku, yang mencetuskan ingatan-ingatan yang menyakitkan, masa itulah seseorang, atau sesuatu mesti dipersalahkan. Orang itu, yang dipersalahkan mungkin langsung tidak bersalah, tetapi orang itu cuma menjadi peringatan kepada masa-masa yang menyakitkan. Meskipun demikian, orang yang tidak bersalah itu, tanpa pengetahuannya, didapati bersalah kerana dia dikaitkan. Dalam kata lain, apabila ingatan-ingatan menyakitkan, ataupun emosi-emosi,  membanjiri kesedaran seseorang, orang lain, yang langsung tidak berkaitan kepada perkara menyakitkan hati itu yang lalu, barangkali akan dipersalahkan kerana kata-kata , gerak isyaratnya, bahkan perbuatan bukan-lisannya mengingatkan seseorang itu mengenai masa silamnya yang menyakitkan.

 

Mungkin, tiada teringat ingatan-ingatan, tetapi cuma kesakitan emosi

 

Ya, ingatan-ingatan yang menyakitkan akan tertimbul dari hati, kadang-kadang ia berlaku dengan nyata. Tetapi pada waktu yang lain kesakitan itu begitu jauh di latar belakang dan ia begitu traumatik sehingga bukan ingatan-ingatan yang tertimbul, tetapi cuma kesakitan atau kesedihan, perasaan marah atau duka, yang pada awalnya dikaitkan dengan peristiwa traumatik itu.

 

Dan, ingatan-ingatan itu tidak termuncul, tetapi akan termuncul perasaan-perasaan keberatan,  putus asa, pengabaian yang dahsyat, kemarahan, atau emosi-emosi negatif yang lain. Permunculan perasaan ini sama ada akan berlalu dengan cepat, ataupun ia akan menyahstabilkan secara emosi, apabila ia berlalu dengan cepat, seseorang itu mungkin akan dengan cepatnya cuba melupakannya sehinggalah ia muncul semula; ini kerana ia merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan. Tetapi, pada waktu yang lain, emosi yang berlalu ini akan begitu melumpuhkan sehingga berlakunya peletusan emosi, atau pengasingan diri, malah ketakterikatan [detachment].

 

Seseorang itu, yang telah menyimpan luka dan sakit ini, telah pelajari bahawa perasaan resah ini atau perasaan berat hati ini, mesti dielakkan dengan sama-sekali. Tindakan mengelakkan peletusan akibat luka-luka ini, disebabkan terlepasnya perasaan tersembunyi, akan mengakibatkan pelbagai tingkah laku yang pelik.

 

Kadang-kadang, dengan emosi bergelora dalaman yang dahsyat ini, terbangkitnya keperluan untuk menuduh orang lain dengan sia-sia, ataupun terbangkitnya keinginan untuk orang lain menyelamatnya dari keadaan itu atau mungkin terbangkitnya peletusan tindakan menjerit dan menuduh. Apa yang ada di dalam hati, biar yang baik, atau yang buruk, akan terkeluar.

 

“Dan, kamu akan mengetahui kebenaran,

dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.” (Yohanes 8:32)

 

Oleh kerana inilah pentingnya kita semua berjujur dengan diri kita terlebih dahulu, dan kemudian kita boleh berjujur dengan orang lain; kerana menerusi kebenaran ini, kejujuran ini, penyembuhan sebenar akan betul-betul bermula.

 

Tetapi, untuk mereka, yang selalu tidak jujur dengan diri sendiri untuk masa yang panjang sepanjang hidupnya, untuk menukar arah dan berjujur, mungkin boleh menjadi susah.

 

Tetapi, Kawan-kawan Tersayangku, kebenaran merupakan naluri kerja Penyelamat kita. Kerana, tidakkah Dia telah memberitahu kita bahawa: “ Dia datang, iaitu Roh Kebenaran, Dia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran.” (Yohanes 16:13) Jadi, usaha rohaniah kita perlu ditujukan kepada kebenaran, untuk mengetahui kebenaran mengenai diri kita dan untuk hidup dengan orang lain secara benar. Dan, jikalau kita membohong dengan dengan sengaja atau secara silap, kita perlu bertaubat dengan cepat. Kerana, satu pembohongan boleh dengan cepatnya menjadi satu bukit pembohongan. Fahamkah? Kejujuran mesti bermula dengan kita sendiri dan mesti bermula di hati kita. Jika kita enggan berjujur dengan diri kita, kita tidak akan berjujur dengan orang lain.

 

Pembohong-pembohong hebat!

 

Apakah perbezaan antara anak-anak Iblis dan anak-anak Penyelamat kita? Penyelamat kita pernah berkata kepada kita mengenai anak-anak Iblis apabila Dia berkata: “Kamu dari bapamu syaitan, dan kejahatan bapamulah yang kamu akan lakukan. Dia seorang pembunuh dari mulanya, dan tidak menetap di kebenaran, kerana tiada wujudnya kebenaran di dalamnya. Apabila dia berbohong, dia berbohong menerusi dirinya: kerana dia seorang pembohong, dan bapa pembohong.

 

Adakah kita patut terus membohong, sama ada kepada diri kita, atau kepada orang lain, dan kemudian gagal untuk bertaubat dan terus berfikiran bahawa kita masih berada dalam keadaan yang elok dengan Penyelamat kita? Kita semua mesti menyedari kata-kata kita pada dasar hari-ke-hari dan bertaubat dengan cepat segala pembohongan atau salah-laku. Banyak yang berkata bahawa tiada salahnya berbohong putih, tetapi pembohongan tetap pembohongan. Semua pembohongan adalah hitam dan tiada wujudnya pembohongan putih. Semua pembohongan yang enggan diakui dan ditaubat akan dipahat pada roh seseorang sebagai dosa.

 

Kawan-kawan Tersayangku, kita semua perlu berhati-hati mengenai kata-kata kita dan pemikiran kita di hati. Semoga kita cepat untuk bertaubat dan cepat untuk mengampun. Tuhan berbelas kasihanlah kepada kita semua; kerana kita semua orang yang berdosa.

 

Mencari kebenaran!

 

Luka silam, pengawal tersembunyi

 

Adakah anda dihantui ingatan-ingatan yang buruk? Adakah anda terdorong untu berkelakuan tidak wajar, sedangkan kamu tidak tahu kenapa kamu berkelakuan demikian? Apakah yang tersembunyi yang mendorong kamu, tanpa kebenaranmu? Kadang-kadang, ia juga boleh dari setan-setan, tetapi itu perkara yang lain.

 

Apa yang tersembunyi di hati seseorang, tidak akan terlesap. Ia mesti disingkirkan melalui Roh dan kuasa Penyelamat kita; dan tempat-tempat gelap ini di hati seseorang itu mesti disembuhkan.

 

Pengampunan adalah teramat penting

 

“Kerana jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu di syurga akan mengampuni kamu juga.” (Matius 6:14)

 

Jika kita enggan mengampunkan orang lain, satu akar yang pahit boleh tertumbuh di dalam hati kita; dan apabila akar yang pahit ini semakin menumbuh, ia akan mula merebak ke semua kawasan dalam kehidupan kita, ini mengakibatkan perasaan kemurungan, syak wasangka, kemarahan, kebencian dan permusuhan pada diri kita sendiri. Suatu akar yang pahit boleh juga mengakibatkan penyakit fizikal apabila akar sedemikian menghala dan menarik kegelapan ke dalam roh seseorang. TIADA bilangan kejahatan, yang boleh dilakukan terhadap kita oleh orang lain, boleh mewajarkan akar umbi kepahitan. Dalam kata lain, tiada bilangan kejahatan, ditanggap, atau sebaliknya, dapat mewajarkan keengganan mengampun, itu jika, kita ingin untuk dibebaskan dan memasuki Kerajaan Penyelamat kita. Ingatlah kata-kata Paulus: “Jagalah supaya jangan ada seorang pun menjauhkan diri dari kasih karunia Tuhan, agar jangan tumbuh akar yang pahit yang menimbulkan kerusuhan dan yang mencemarkan banyak orang. (Ibrani 12:15)

 

Jadi, apa yang perlu kita semua lakukan untuk menghalang akar yang pahit ini daripada membesar di hati kita? Kita mesti paling dahulu memaafkan semua orang untuk apa-apa sahaja dan semua perkara yang mereka telah melakukan terhadap kita, biarpun yang benar, atau terbayang. Dan, jika kita tidak dapat berbuat demikian kerana luka yang banyak, kita mesti minta Penyelamat kita untuk menolong kita untuk memaafkan seseorang, ataupun sekumpulan orang.

Kita juga mesti secara berterusan meminta Penyelamat kita untuk mengangkat semua beban kita dan untuk menjadikan perjalanan kita ringan. Kita juga mesti selalu memujiNya setiap hari dan sepanjang hari. DAN, LEBIH DARI SEMUA, KITA MESTI BERTERIMA KASIH KEPADANYA UNTUK SEGALA YANG KITA BERDERITA DAN BERTAHAN; DAN KITA MESTI DENGAN SEIKHLASNYA BERSYUKUR. HATI YANG BERSYUKUR DAN SUDI BERMAAF TIDAK  AKAN MENYIMPAN PERASAAN MARAH DAN KECEWA.

 

Bagaimana kita mengahalang berkat kita

 

Oh, betapa kita menghalang berkat kita dengan merintih dan mengadu, dengan membuat tuntutan yang tak masuk akal, dan dengan mempunyai rasa ‘berlayak menerima’ yang tak wajar. Ingatkah betapa marah Penyelamat kita terhadap kita di padang gurun? Di mana orang ramai merengek dan mereka mengadu? Mereka memberangsangkan Tuhan Kita, dengan aduan, rengetan mereka, dan kekurangan kesyukuran dan sikap mementingkan-diri-sendiri mereka. Betapa mereka mengesiankan diri mereka, meskipun di depan mukjizat-mukjizat yang begitu hebat dan indah! (Ulangan 14) Mereka ingat bahawa mereka terlayak dan tertakluk kepada lebih banyak lagi! Sehinggalah mukjizat -mukjizat hebat Tuhan Mahakuasa kita masih tidak mencukupi untuk menggembirakan mereka.

 

Rasa berlayak yang tak wajar

 

Apa itu rasa berlayak yang tak wajar? Rasa berlayak yang tak wajar adalah untuk menjangkakan perkara dari orang lain di mana kita tiada hak untuk menjangka.

 

Jangkaan ini yang tidak dipenuhi akan sejurusnya mula memakan ketenteraman minda seseorang dan mewujudkan perasaan benci dan kecewa dalam hati dan fikiran seseorang, kemudiannya ia mengasingkan seseorang itu dari orang yang terkasih, ataupun ia akan mengakibatkan perasaan yang letih dan kecewa atau peletusan kemarahan. Untuk orang itu, yang dengan silapnya berasa layak untuk sesuatu itu, akan adanya perpecahan emosi sejenis atau yang lain apabila jangkaan tak rasional ini tidak dipenuhi! Pada akar umbi segala perasaan berlayak tak wajar terdapatnya satu perkara: MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI.

 

MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MEMBIAKKAN PEMENCILAN. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MEMBIAKKAN KETAMAKAN. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MEMBIAKKAN SATU RASA BERLAYAK YANG TAK WAJAR. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MEMAKAN SEMUA. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MENGASINGKAN SESEORANG DARI ORANG LAIN KERANA MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI AKAN SELALU MENJADIKAN SESUATU BERKENAAN DIRI SENDIRI, MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MEMATIKAN CAHAYA TUHAN. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MERENGGANGKAN SESEORANG DARI KASIH TUHAN KERANA MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MERUPAKAN LUBANG YANG TAK BERDASAR, YANG TAK MUNGKIN DIPENUHKAN. DALAM MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI TIADANYA KASIH. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MERUPAKAN LUBANG EMOSI YANG HITAM. MEMENTINGKAN-DIRI-SENDIRI MANIPULASI DAN MENGAWAL DAN TIDAK INGIN UNTUK DILIHAT SEBAGAI ITU. FAHAMKAH? Tetapi, sebaliknya...

 

Kasih itu begitu berharga!

 

Kasihilah jiranmu seperti dirimu sendiri

 

(Imamat 19:18)

 

Yang penting sekali, mementingkan-diri-sendiri ialah musuh kasih; kerana Kawan-kawan Tersayangku, kasih dengan seikhlasnya memberi tanpa berjangka untuk dibalas dengan apa-apa. Kasih itu murah hati. Kasih itu penuh dengan kesimpatian dan keprihatinan sebenar untuk kesejahteraan orang lain. Kasih selalu mengharapkan kebaikan tertinggi untuk orang lain dan ia tak pernah mengawal. Kasih memberi dan kasih menyembuh.

 

Tetapi, pada sesetengah masa, kasih juga boleh menjadi tegas; kerana kasih sebenar ialah pengaliran mutlak cahaya Tuhan yang paling tulen dan ia adalah benar, Oleh kerana ini, kasih sebenar mesti juga benar dan ia mesti berurusan dengan kebenaran, tetapi meskipun demikian, kasih sebenar adalah secara mutlaknya sudi mengampunkan; dan apabila ia mengampun, ia dengan seikhlasnya tidak lagi mengingati kesalahan-kesalahan itu.

 

Kasih sebenar meliputi aneka kesalahan; kerana kasih sebenar, mengasihi, walaupun terdapatnya kesilapan dan kelemahan pada orang lain. Kasih sebenar pandang melepasi dosa-dosa dan menampak pada satu tahap, yang melampaui dunia ini; kerana kasih sebenar tidak berdasarkan kepada apa yang ada di dunia ini, tetapi mendatang kepada kita dari punca segala kasih itu, DARI HATI PENYELAMAT KITA YANG MENYAYANG.

 

BERBAHAGIALAH ORANG ITU, YANG DENGAN SEIKHLASNYA KASIHI ORANG LAIN, YANG MEMBERI DAN TIDAK MENJANGKA APA-APA.

BERBAHAGIALAH ORANG ITU, YANG DENGAN SEIKHLASNYA MERUPAKAN PENJAGA SAUDARANYA, MEMBERI DAN TIDAK MENJANGKA APA-APA.

 

BERBAHAGIALAH ORANG ITU, YANG AKAN MELETAKKAN NYAWANYA, UNTUK SAUDARA ATAU SAUDARI, SUATU KASIH YANG TIDAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI, YANG TAK BERNIAT UNTUK PEMELIHARAAN-DIRI, TETAPI BERNIAT UNTUK MEMBERI DAN MENGEKALKAN NYAWA HIDUP.

 

YA, DENGAN KEHILANGAN KEHIDUPAN SESEORANG DALAM KASIH SEDEMIKIAN, SESEORANG ITU AKAN MENCARI KEHIDUPAN, MALAH KEHIDUPAN YANG MELIMPAH.

 

Waktu yang begitu dahsyatnya dihadapi kita semua sekarang! Adakah anda akan menyayangi nyawa kamu sehingga maut, melawan dengan senapang dan pedang, atau akankah kamu memberikan nyawa kamu dengan sepenuhnya kepada Penyelamat Terberkat kita, mengasihiNya lebih dari segala-galanya, dan mengasihi orang lain, sama seperti kamu mengasihi diri sendiri, supaya kamu dapat  mencari hidup kamu, malah hidup yang kekal?

 

Di mana ada kebenaran di situ akan tumbuh damai sejahtera,

 

Dan akibat kebenaran ialah ketenangan dan ketenteraman untuk selama-lamanya!”

 

(Yesaya 32:17)

 

Berbahagialah mereka, yang mematuhi Penyelamat Terkasih kita, kerana kedamaian Tuhan yang hidup datang kepada yang berpatuh. Mereka inilah pengekal kedamaian sebenar; kerana hadiah  kedamaian diberi kepada mereka yang dengan benarnya mematuh, dan hadiah kedamaian ini adalah untuk dimiliki mereka apabila mereka melalui masa yang terdahsyat. Betapa bahagianya pengekal kedamaian sebenar: kerana merekalah yang merupakan orang yang berpatuh.

 

Kemuliaan, kemuliaan, kemuliaan kepada Anak Domba Tuhan, selama-lamanya. Begitu berharganya Nama Suci Yesus, Nama yang melampaui segala nama. Dia yang layak, layak, layaklah Anak Domba!

 

Yang Suci Hatinya akan melihat muka Penyelamat kita

 

Adakah anda bersedia untuk menangis kerana dosa-dosamu? Adakah anda bersedia untuk merayu dengan sepenuh hatinya kepada Penyelamat kita untuk menyembuhkan kepecahanmu dan menjadikan kamu menyuluruh secara emosi? Adakah anda betul-betul bersedia untuk mengampun dan melupa? Adakah anda bersedia untuk berhenti memainkan permainan barter dalam perkara emosi, yang menjadikan orang lain letih dan berasa terhabis tenaganya, menjadikan mereka bergoyang kepala dan cuba untuk mencari apa masalah sebenarnya? Adakah anda bersedia untuk berjujur dengan seganasnya terhadap diri kamu, dengan benarnya ingin menampak kebenaran segala perkara, yang tersimpan di hatimu?

 

Jika kamu enggan menjawab ya kepada semua perkara ini dan dengan sesungguhnya bercadang untuk mengatasi semua luka dan duka-dukamu dan untuk memperolehi hati yang bersih, kamu tidak akan dapat mengatasi. Dan, jika kamu tidak mengatasi perkara-perkara negatif ini, yang tersimpan di hatimu dan kamu enggan kasihi dan mengampunkan orang lain, tidak kira apa yang mereka lakukan terhadapmu, kamu tidak akan mempunyai satu hati yang bersih. Kekurangan  pengampunan semestinya menumbuhkan akar yang pahit.

 

Tetapi, jika kamu dengan teramatnya berhasrat, kamu akan mengatasi. Berbahagialah mereka yang mengatasi; kerana ganjaran mereka adalah sangat besar di Kerajaan Penyelamat kita.

 

Dan, berbahagialah mereka yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Penyelamat kita. Mereka yang suci hatinya mengampun dan memahami keperluannya untuk pengampunan. Mereka yang suci hatinya akan memasuki kerajaan Tuhan kita. Janganlah menangguhkan kerja terpenting ini! Janganlah biar kerja ini terlepas! Kerajaan Tuhan kita sememangnya dekat!

 

Dia datang untuk Pengantin yang tidak berkecacatan!

 

“....supaya dengan demikian Dia menempatkan jemaat di hadapan diriNya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela.” Efesus 5:27

 

“Kerana hari perkahwinan Anak Domba telah tiba...dan kepadanya dikaruniakan supaya memakai kain yang berkilau-kilauan dan yang putih bersih: kain halus itu adalah perbuatan-perbuatan yang benar dari orang-orang kudus.” (Wahyu 19:8-9)

 

Kita diberi amaran di AlKitab bahawa Penyelamat kita datang untuk pengatin yang tidak berkecacatan. Pengantin itu mesti bersih di dalam dan di luar sebelum menghadiri majlis makan perkahwinan. Hatinya mesti bersih dan dia mesti mempunyai jubah rohaniah yang bersih dan putih. Pembersihan hebat ini dekat dan ia akan sangat teruk! Pembersihan ini merupakan percubaan hebat dan pengujian di api, sama seperti emas dan perak dicuba dan diuji.

 

Penghalusan Hebat

 

“Dan Aku akan membawa bahagian ketiga melalui api, dan menghalusi mereka sama seperti cara perak dihalusi, dan akan cuba mereka seperti emas dicuba: mereka akan memanggil namaKu, dan Aku akan mendegari mereka: Aku akan berkata, Ini orang Aku: dan mereka akan berkata, Tuhan merupakan Tuhanku.

 

Api Pengujian

 

Adakah anda tahu bahawa api anaklelaki menjadi begitu panas sehingga ia membakar bahan terkeras yang diketahui oleh manusia? Anaklelaki boleh membakar emas dan perak dengan cepat dan senang, tetapi mereka tidak mengisikan badanku dengan bahan yang terbakar dengan cepat dan senang, pada kebanyakan masanya.

 

Iblis, sekutu bukan-manusianya, serta sekutunya di tentera U.S dan tentera-tertera lain mengisikan badan aku dengan banyaknya bahan terkeras yang diketahui Iblis dan hamba jahatnya. Mereka tahu bahawa ianya bukan payah bagi anaklelaki untuk membakar emas dan perak.

 

Api yang sangat panas

 

Adakah anda sekarang nampak betapa panas sebenarnya api penghalusan anaklelaki? Adakah ini telah betul-betul didalami dan difahami anda? Anaklelaki juga merupakan api yang teramat hebat. Berbahagialah mereka, yang dikira layak untuk memilikinya dan berbahagialah mereka, yang dicuba dan diuji seperti emas dan perak di  api Penyelamat kita. Api-api perngujian ini merupakan anak-anak lelaki suci, yang akan datang kepada Pengantin!

 

Api pengujian kamu akan datang!

 

Api pengujian untuk Pengantin akan datang! Api-api ini merupakan api bayi-bayi suci cahaya dan api, yang akan turun ke bawah dan memasuki roh-roh yang telah dilantik. Apabila mereka yang telah dilantik menerima aliran cahaya dan api, mereka akanlah menjadi Anak Tuhan sebenar, Pengantin sebenar Kristus, dan mereka akan, pada masa itu, mengahwini Penyelamat kita. Adalah pada masa ini, pada waktu perkahwinan ini, bahawa kerajaan sebenar Penyelamat kita datang ke bumi, walaupun dalam peringkat awal.

 

Tetapi, semua, yang menerima aliran cahaya dan api ini, bayi-bayi Penyelamat kita, akan dicuba dan diuji dengan cara yang payah dan keras. Ini merupakanlah percubaan dengan api, masa penyucian Pengantin; kerana dia mesti dijadikan putih, bersih dan tidak berkecacatan. Jika tidak, dia tidak mampu untuk berdiri di hadiran Penyelamat kita; kerana Dia merupakan api-membakar yang terutama. FIKIRKAN: KASIH, PENGAMPUNAN DAN KESYUKURAN SETIAP HARI UNTUK SEGALA PERKARA. FIKIR KEPATUHAN SETIAP HARI, FIKIR PENAUBATAN SETIAP HARI, DAN PUJI PENYELAMAT TERPUJI KITA SETIAP HARI DAN SEPANJANG HARI. JIKA INI BUKAN CARA HIDUP ANDA, IA MESTI MENJADI CARA HIDUP ANDA, JIKA KAMU HENDAK MENGAHWINI PENYELAMAT KITA. FAHAMKAH?

 

Ada yang berkata bahawa Penyelamat kita tidak uji orang

 

Masih ingat Ayub?

 

Ada yang berkata bahawa Penyelamat kita tidak uji orang. Oh, betapa bahayanya pemikiran ini! Apabila Raja Daud membuat dosa dan membunuh suami Batsyeba dengan meletakkan dia di garisan depan peperangan, (kerana Raja Daud menginginkan isteri orang ini 1 Raja-Raja 11:2), apa yang Penyelamat kita buat kemudian? Tuhan marah terhadap Raja Daud dan mula membawa siri-siri penghakiman kepadanya.

 

Jadi, Raja Daud telah diberi beberapa ujian dan dia gagal. Dia bernafsu isteri orang lain (satu ujian), dia menginginkan dia (ujian kedua); dan  apabila dia gagal ujian-ujian ini, dia memikirkan kejahatan.

Raja Daud kemudian mengarahkan supaya suami Batsyeba dibunuh dan dia berzina dengannya. Buah yang terjadi daripada pemikiran yang jahat, jika tidak dihalang, merupakan perbuatan yang berdosa. Jadi, untuk Raja Daud, masalah besarnya bermula dengan nafsu, yang menghala ke keinginan iri hati dan apabila dua dosa ini tidak ditaubat, fikiran-fikiran jahat mula untuk membuahkan buah yang teruk, penzinaan dan pembunuhan.

 

Kemudian, di tengah begitu banyak dosa, Raja Daud tergoda sekali lagi, kali ini dia tergoda untuk menomborkan, atau mengira bilangan orang di Israel. Kitab memberitahu kita di 2 Samuel 24:1, bahawa “Bangkitlah pula murka Tuhan terhadap orang Israel; Dia menghasut Daud melawan mereka, kataNya: “Pergilah, hitung orang Israel dan orang Yehuda.” Dalam masa lalu, Penyelamat kita telah memberi arahan untuk TIDAK mengira orangNya. Dan, cuma selepas Daud mengira orang ramai, bahawa Daud sedar akan kesalahannya, tetapi, ia telah terlambat. Tetapi, meskipun pelik bunyinya, Penyelamat kita yang menggerakkan Daud untuk mengira Israel dan Judah, satu ujian besar, dan Raja Daud gagal.

 

Penyelamat kita marah terhadap Raja Daud dan memberi dia beberapa pilihan jenis hukuman. Dukacitanya, pada penghujungnya, tujuh puluh ribu orang mati dalam tulah disebabkan keputusan Raja Daud untuk membuat sesuatu yang dia tahu adalah dilarang,

 

Raja Daud diuji, dia dicuba, dan dia gagal; dan apabila dia gagal, dia teruk membuat dosa, Akibat dosa-dosa besarnya, banyak yang kehilangan nyawa kerana penghakiman Penyelamat kita.

 

Jadi, Kawan-kawan Tersayangku, beginilah caranya untuk kita semua, sama seperti Raja Daud. Dosa mula-mula diilhamkan. Dan, jika dosa sedemikian tidak ditaubat, dan diabaikan pada masa ilhamnya, dosa akan terbangkit dan membuahkan suatu buah yang teruk.

 

Kita semua berdosa!

 

Kita semua berdosa. Tiada antara kita yang berlayak dan jika tidak kerana kasih karunia Penyelamat Terpuji kita, tiada di antara kita akan terselamat. Seperti yang terjadi kepada Raja Daud, kita semua pun sama; kerana kita semua orang yang berdosa. Semoga Tuhan, Tuhan kita, berbelas kasihan pada roh-roh kita dengan berterusan.

 

Penaubatan dan pengampunan, dua hadiah yang sungguh berharga!

 

Semoga kita direndahkan-hati supaya kita bertaubat setiap hari hidup kita, supaya jangan kita melakukan goda-godaan, yang berada di depan kita. Amat berhargalah Nama Yesus, Penyelamat Terberkat kita, kerana Dia memaafkan. Dan, apabila Dia memaaf, Dia tidak mengingatinya lagi. SuciNya Anak Domba Tuhan!

 

Kepada sesiapa yang diberi banyak, banyak yang dijangkakan.

 

Semoga kita berusaha untuk menjadi pengkhidmat yang lebih elok!

 

Semoga kita semua mengingati apa yang berlaku kepada Raja Daud, mengenai pengodaan-penggodaan dahsyat. Setiap hari, kita semua dihadapi dengan segala godaan dan semakin besar kerja yang diberi Penyelamat kita, semakinlah Iblis memburu kita. Malah Penyelamat kita juga digoda Iblis, tetapi meskipun demikian, ini juga merupakan hasrat BapaNya. Tetapi, untuk Raja Daud, Penyelamat kita mengamanahkan banyak kepadanya. Dan, kepada sesiapa yang diamanahkan banyak, banyak juga yang dijangka. Ingat tanggungjawab besar ini, semua kamu, yang ingin menjadi Pengantin Penyelamat kita. Tuhan menjangka banyak dari PengantinNya!

 

Begitunya menakutkan untuk berkhidmat untuk Tuhan Tertinggi; kerana Dia sempurna di segalanya. Dia adalah suci. Terpujilah Namanya yang Terharga!

 

Keperluan untuk Berjalan dengan Takut di depan Penyelamat Terpuji kita.

 

Dia Maha Kuasa. Dia Pencipta!

 

“Takut akan Tuhan, itulah hartaNya.”

 

(Yesaya 33:6)

 

Sememangnya, betapa menakutkannya untuk berkhidmat untuk Tuhan yang Maha Kuasa kita! Semoga kita semua berjalan dengan takut di depanNya, dengan seikhlasnya mencari hadiah unggulnya yang merupakan ketakutan suciNya.

 

Ya, ketakutan yang sebenar dan suci Penyelamat kita merupakan hadiah rohaniah, hampir sama seperti hadiah penyembuhan, atau hadiah rohaniah yang lain. Ini merupakan wahyu ilahi, yang Penyelamat kita memberi aku pada suatu masa dahulu.

 

Oleh kerana demikian, carilah hadiah ketakutan suci dengan sepenuh hati anda. Ketakutan Tuhan memang permulaan kebijaksanaan, kebijaksanaan itu menjadi imbasan rohaniah kepada sifat Tuhan yang Hidup kita sendri, ini merupakan suatu pengenalan terhadap kebesaran menggerunkanNya yang sangat hebat dan merendahkan-hati.

 

Semoga kita semua mencari untuk mempunyai hadiah ketakutan suci terhadap Tuhan Terpuji kita, terhadap Penyelamat Terharga Kita. “Belas kasihanNya berada pada mereka yang menakutiNya..” (Lukas 1:50)

 

Tuhan Kita Maha Kuasa!

 

Dia Amat Besar; dan kita seumpama debu!

 

“Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah...(Kejadian 2:7)

 

Jika kita tidak mengenali dan mengetahui kebesaran Penyelamat kita, kita akan tidak menghormati kebesarannya. Dan, jika kita tidak dengan sepenuhnya mengenali kemanusiaan kita, kita mungkin memikirkan diri kita sebagai sesuatu yang kita bukan.

 

Kita diberitahu di buku Kejadian bahawa kita manusia dicipta dari debu tanah. Oleh itu, kita merupakan debu dan oleh kerana kita merupakan debu, bagaimana kita boleh memikir tinggi diri kita?

 

Masalah yang besar dihadapi oleh banyak orang, yang berkhidmat untuk Tuhan kita adalah dua: tiada ketakutan Tuhan, Tuhan kita, dan memikir tinggi diri sendiri.

 

Penyelamatan adalah daripada Tuhan kita, Tuhan Maha Kuasa kita!

 

Oh, begitu menakutkan untuk berkhidmat untuk Tuhan Tertinggi, Tuhan yang Maha Kuasa! Dia suci, benar, tulen, sempurna di segala-galanya; dan kita merupakan habuk. Semoga bibir kita memujiNya setiap hari kehidupan kita; kerana penyelamatan adalah daripada Tuhan kita, Yesus, Penyelamat dan Tuhan Maha Kuasa kita!

 

Semoga kita semua berjalan dengan rendah-hati di depan Tuhan Maha Kuasa kita!

 

Penyelamat kita memberitahu kita di penulisan Pistis Sophia bahawa jika Dia tidak datang ke dunia untuk membayar harga yang begitu besar untuk kita, tiada seorang pun dari kita semua yang akan terselamat. Jadi, bagaimana kita boleh berfikir bahawa kita merupakan apa-apa?

 

Semoga kita mencari ketakutaan suci Penyelamat kita, selalu mengingati siapa diri kita dan siapa yang kita bukan. Jika kita diberi hak istimewa untuk dipanggilNya dan berkhidmat untukNya, maka  kira amatlah kita diberkati. Tetapi, meskipun sedemikian, kerjaNya bukan kerja kita. Kita cuma pekerja rendah di ladang anggurNya.

 

TUHAN SEGALA TUHAN DAN RAJA SEGALA RAJA!

 

TERPUJILAH NAMA SUCI YESUS, DIA MESTI DIHORMATI. DIA MESTI DIPUJA. DIA MESTI DISANJUNG, DIPUJI DAN DITINGGIKAN; KERANA DIA LAYAK DAN DIA, SEORANG, YANG LAYAK!

 

Sekarang, Kawan-kawan TersayangKu, sebelum aku meninggalkan pesanan ini mengenai perkara pengujian dan percubaan untuk kepercayaan kita, aku akan memberitahu kamu sedikit lagi mengenai pengujian dan percubaan, Pada sekitar Januari 2003, Penyelamat kita memesan aku untuk membaca Buku Daniel, Yesaya, Yeremia dan Elia, bukan sekadar membacanya, malah untuk menyimpan kata-katanya di hati.

 

Satu Amaran Serius

 

Kata-kata amaranNya yang pernah dikatakanNya membanjiriku pada waktu-waktu itu apabila aku tengah membaca Buku Daniel dan aku teringat masa itu aku terfikir; “Aku benar-benar tidak suka nada Penyelamat kita mengenai apa yang baru disebutNya kepadaku.” Itu pada 2003, seperti yang baru saja aku memberitahumu, bahawa pada masa itu aku tiada petunjuk mengenai apa yang akan terjadi di hidupku mengenai kerja-kerja Wahyu Dua Belas.

 

Tetapi, sekarangnya aku telah ketahui kenapa Dia memberitahu  perkara-perkara ini; aku boleh mengesahkan kebenaran amaran-amaranNya. Kerana, aku sememangnya telah hidup dalam kehidupan jenis seperti Daniel, Sadrakh, Mesakh, dan Abednigo. Aku telah dianiaya dengan hebat oleh kerana kasih kepada Penyelamat Terpuji kita; dan seperti yang aku telah memberitahu, juga diseksa hebat kerana anaklelaki terharga, yang hidup di dalam aku.

 

Sekarang, dengarlah aku apabila aku meminta kamu untuk membaca buku-buku di atas, sama seperti Penyelamat telah memintaku membacanya; dan untuk menyimpan kata-kata nubuat ini di dalam hatimu. Kerana, seperti yang aku telah menderita kerana mempunyai anak suci penyelamat kita, kamu, yang menerimaNya, juga akan turut menderita! Kerana, Iblis akan berperang dengan kamu. Ini ayat terakhir Wahyu Pasal Dua Belas.

 

Apabila kamu menderita ketika kamu berada dalam pengujian dan percubaan hebat, ingatlah percubaan Sadrakh, Mesakh dan Abednigo. Dan, ingatlah percubaan Daniel di gua singa.

 

Ingatlah percubaan hebat mereka. Simpanlah perkara-perkara ini dengan dalamnya di hatimu!

 

Dalam buku daniel, kita diberitahu bagaimana orang lain bersubahat menentang empat orang ini, untuk menyebabkan mereka mengabaikan Tuhan mereka dan untuk melutut dan memuja idola-idola, atau dalam kes Daniel, untuk menyebabkan dia berhenti berdoa terhadap Penyelamat kita.

 

Iblis dan kumpulan jahatnya juga akan bersubahat menentang kamu dengan cara-cara yang sama. Adakah anda bersedia untuk kem-kem? Adakah anda bersedia untuk diseksa, dianiaya, dibius, dikawal minda, dan dibunuh untuk kepercayaan Kristian anda? Kengerian sedemikian telahpun sampai di seluruh dunia!

 

Adakah anda akan berbuat seperti empat orang ini berbuat, apabila kamu diletakkan dalam pengujian dahsyat kepercayaan kamu? Mereka tidak gagal, tetapi setia kepada Penyelamat kita. Mereka tidak kisah jika mereka kehilangan nyawa, Mereka tahu bahawa mereka mengasihi Tuhan kita dan bertekad untuk mengkhidmatinya, tidak kira apa-apa pun! Mereka tidak teruntuh di muka seorang diktator dan tidak menafikan Penyelamat Tersayang kita. Mereka dengan setianya mengikuti Tuhan kita dan mereka menolak arahan-arahan kerajaan.

 

Tidakkah mereka semua tertakluk kepada pengujian hebat? Daniel di gua singa dan Sadrakh, Mesakh dan Abednigo di api? Ya, sememangnya, pengujian yang sangat hebat untuk kepercayaan mereka!

 

Mereka boleh mengambil jalan keluar yang senang. Mereka boleh mematuhi pemerintah hebat itu dan boleh ikut sahaja untuk terus hidup biasa, tetapi mereka enggan.

 

Dapatkah kamu membayangkan apa yang terfikir ketiga-tiga mereka apabila mereka bersedia untuk memasuki api itu? Suatu api, yang dibuatkan tujuh kali lebih panas, khas untuk mereka! Suatu api, yang begitu panas sehingga tiada yang dapat mendekatinya, kerana ia begitu panas terik!

 

Bagaimana pula dengan Daniel sedangkan dia bersedia untuk memasuki sarang singa itu? Alangkah apa yang berlaku di minda-minda mereka?

 

Penyelamat kita akan menunjukkan diriNya kuat bagi pihak mereka yang patuh!

 

Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau, janganlah bimbang, sebab Aku ini Tuhanmu; Aku akan meneguhkan engkau...” Yesaya 41:10

 

Sadrakh, Mesakh dan Abednigo diuji dengan payahnya keimanan mereka; meskipun, mereka tidak bergoyang. Mereka berdiri kuat dalam keimanan mereka; dan Tuhan kita, apabila menampak kepatuhan mereka, menunjukkan DiriNya kuat bagi pihak mereka.

 

Bukankah ini janji Penyelamat Tersayang kita: bahawa Dia akan menunjukkan DiriNya kuat bagi pihak mereka, yang mematuhiNya, yang secara mutlaknya mempercayaiNya? Di sinilah satu pelajaran yang sangat besar untuk mereka yang iman!

 

Dengarlah aku dalam perkara ini! Ini caranya mereka yang iman akan dicuba: pengujian dan percubaan Daniel, Shadrakh, Meshakh dan Abednigo akan datang kepada mereka yang setia, dan ini akan berlaku, malah sebelum Penyelamat kita datang untuk orangNya!

 

Aku telah menghidupi kehidupan sedemikian!

 

Enam Puluh Lima bulan, dan masih lagi mengira!

 

Seperti yang ada di antara kamu yang ketahui, aku merupakan orang yang paling pertama di dunia ini untuk menerima anaklelaki suci dan dia sekarang telah membesar di badanku untuk hampir 65 bulan. Dan, ia merupakan juga 65 bulan penyeksaan dan penganiayaan yang tiada antara kamu yang dapat membayangkan, tetapi ia juga merupakan 65 bulan mukjizat-mukjizat jenis seperti Daniel, Sadrakh, Mesakh dan Abednigo.

 

Oh, betapa diberkatinya aku untuk dianiaya kerana kasih kepada Penyelamat Terberkat kita dan untuk kasih kepada setiap daripada kamu! Mulia, mulia, kemuliaan kepada Penyelamat Terpuji , Yesus, Nama di atas segala nama. Terharganya Nama Sucinya!

 

Bacalah kerja-kerja sebenar Wahyu pasal dua-belas!

 

Dalam Buku Dua-Belas di http://www.prophecies.org, aku telah menulis dengan banyaknya mengenai apa yang kamu akan menghadapi apabila kamu diserang dan ditempur oleh Iblis dan kumpulan jahatnya, manusia dan juga bukan-manusia. Tetapi, oleh kerana cara mereka bukan cara kita, dan sifat teknologi mereka nampaknya begitu asing kepada banyak orang, dan semestinya ia memang, bilangan orang terbanyaklah yang enggan percaya apa yang aku tertulis, sebaliknya mereka lebih suka memanggil aku gila, atau meyerang aku secara lisan dengan fitnah-fitnah dan pembohongan, ataupun menghina aku dalam cara yang lain.

 

Kuasa prinsipaliti dan kegelapan dahsyat!

 

Melalui penulisan-penulisan itu, aku telah memberitahu kamu mengenai sesetengah mereka, yang Iblis dan tentera U.S. telah menculik dan mengawal mindanya, menjadikan mereka sebagai musuh menentang aku, semata-matanya kerana mereka mengenali aku. Aku telah memberitahu kamu mengenai penyerangan hebat terhadap ahli keluarga aku terhadap orang, yang aku tidak begitu mengenali, semuanya untuk membangkitkan mereka sebagai musuh, dan untuk menggunakan mereka untuk memfitnah namaku dan untuk menyebarkan kebencian, niat jahat dan untuk membuat penyaksian palsu terhadap aku, Ini merupakan kerja-kerja Satanists dan tentera U.S; dan kerja mereka dipenuhi dengan kejahatan!

 

Mereka mahir dalam pengawalan minda!

 

Bagaimana kamu akan dapat menahan penyerangan yang begitu ganas apabila masa kamu sampai? Penyelamat kita telah memberi amaran, bahawa jika hatimu tidak bersih, mereka yang jahat akan mengawal minda anda, kerana mereka boleh membaca fikiran. Iblis dan kumpulan jahat yang bukan-manusianya boleh berkomunikasi secara telepatik. Mereka membaca fikiran. Mereka dapat melihat ketakutan. Mereka tahu apa yang tersimpan di hati seseorang; dan mereka boleh mengambil perkara yang tersembunyi dan mula untuk memasukkannya ke dalam minda seseorang, membina dan membina pada fikiran sedemikian sehingga minda seseorang dikawal, Jika mereka menampak ketakutan, mereka akan membela ketakuatan ini dengan pengawalan minda, menjadikan ia untuk membesar sehingga ia tak tertanggung. JIKA mereka nampak keraguan, mereka akan membela keraguan ini, sehinggalah keraguan ini tak tertanggung. JIKA mereka nampak ketamakan, kemarahan, atau jenis emosi negatif yang lain, yang tersimpan di hati mereka, mereka juga akan berbuat demikian, mencari untuk menelan orang itu dalam perkara sedemikian, dan sejurusnya untuk memutuskan seseorang dari kasih Penyelamat kita, atau untuk memusnahkan dengan sepenuhnya kepercayaan seseorang dan untuk menjadikan seseorang itu tidak mempunyai Roh Tuhan.

 

Jalan di Depan!

 

Adakah kamu sama sekali bersedia untuk penyerangan yang begitu ganas? Cuma mereka, yang bertaubat setiap hari dan dengan sebenarnya keluar dari dunia dan perangkap-perangkapnya, yang dengan sebenarnya mengasihi Penyelamat kita lebih dari segalanya, dan dengan sebenarnya mengasihi orang lain, yang dengan sebenarnya mengampunkan, walupun mereka tidak diminta, dan yang mencari untuk mematuhi Penyelamat kita dalam segala-gala perkara, akan dapat melalui dengan selamat penyerangan yang dahsyat ini.

 

Kamu akan termandi dalam air mata kamu dan hatimu akan mengerang dengan kedukaan untuk apa yang kamu akan menderita, tetapi jika kamu terus setia dan taat kepada Penyelamat kita, Dia akan mengangkat kamu di dalam tanganNya, sama ada dalam kematian, atau pada masa Dia datang untuk kamu sebagai PengantinNya.

 

Jalan senang? Bukan! Satu jalan yang dipenuhi air mata dan kedukaan yang hebat, tetapi, oh betapa indahnya cara ini untuk memasuki hidup kekal!

 

Bagaimana bertahan hidup pengawalan minda yang dahsyat itu!

 

APA YANG TERAMAT KETARA UNTUK DIKETAHUI IALAH UNTUK MENGETAHUI APA YANG KAMU BENAR-BENAR BERFIKIR. KETAHUILAH FIKIRAN APA YANG KEPUNYAAN KAMU DAN FIKIRAN APA YANG KEPUNYAAN MUSUH. Kerana, kumpulan-kumpulan Iblis, dan pakatan manusia sejawatnya yang juga, amat mahir dalam pengatucaraan minda dan pengawalan.

 

Apabila kamu mendengar fikiran pelik di minda kamu, mula mendengar dengan prihatin dan belajar untuk mengenali fikiran yang bukan kepunyaan kamu. Mungkin, ia merupakan fikiran kamu, tetapi ia juga mungkin mewakili sesetengah perkara yang perlu kamu bertaubat. Apabila mereka yang jahat ini cuba untuk mengatucarakan kamu, reptilia-reptilia ini akan membuat satu jari kamu tersentak, ataupun mereka akan membuat bahagian badan yang lain untuk bergerak untuk memberi tekanan atau untuk memahat pada pemikiran seseorang mengenai apa yang dicuba untuk diatucarakan mereka.

 

Begitu sering aku terbangun dan terdengar karutan sedemikian, ataupun aku akan terdengarnya sebelum aku tidur pada waktu malam. Jadi, apabila aku mendengar pengawalan minda karut mereka, aku sama ada akan berdoa, atau menyanyi pujian kepada Penyelamat kita. Kebanyakan malam, aku menyanyi kepada Penyelamat kita dan apabila aku bangun aku terus berterima kasih kepadanNya  dan kepada anaklelaki suci untuk segala kerja-kerja indah yang mereka lakukan di dalam badanku pada malam, begitu besar kerjanya untuk membuang bendasing yang begitu banyak, yang diletak ke dalam kita oleh mereka yang jahat.

 

Kawan-kawan Tersayangku, apabila mereka yang jahat ini tidak dapat membunuh kamu, mereka tidak akan berputus asa cuba pengawalan minda mereka. Jadi, ini sebabnya ia teramat penting untuk mengetahui apa yang kamu fikirkan, apa yang benar-benar berada di hatimu. Jadi, setiap daripada kita mesti bertaubat setiap hari dan sepanjang hari, supaya kita terus menjadi bersih rohaniahnya. Kita mesti dengan sebenarnya mengasihi Penyelamat kita lebih dari segalanya dan kita mesti dengan sebenarnya mengasihi orang lain dan untuk memaafkan mereka, tidak kira apa yang mereka buat dan cakap.

 

Kita mesti bekerja keras untuk menjadikan hati kita bersih!

 

Kita mesti bekerja dengan sangat keras untuk mengekalkan hati kita bersih. Kita mesti bertaubat dengan cepat dan mengampunkan orang lain, meskipun mereka tidak meminta kita untuk mengampun. Kita mesti berjalan dalam kasih dan patuh kepada Penyelamat kita dan ketika itulah apabila kita memanggilNya, Dia akan mendengar tangisan kita!

 

Kebebasan berada di dalam Kasih Sebenar

 

Kita mesti mencari untuk berjalan di dalam kasih pada setiap masa. Emosi negatif tidak boleh wujud bersama dengan kasih. Apabila kita dipenuhi dengan kasih Tuhan, kita dengan sebenarnya bebas. Fahamkah?

 

Tetapi, untuk mereka yang memberontak,

 

Banyak daripada mereka dikawal mindanya dan langsung tidak menyedarinya!

 

 

Aku memberitahu kamu sekarang bahawa banyak daripada kamu akan diculik, dibiuskan dan dikawal minda dan kamu akan mematuhi arahan-arahan reptilia dan kumpulan manusianya. Kamu akan melakukan seperti yang diarahkan mereka, walaupun kamu tidak percaya bahawa kamu bekerja untuk mereka. Walupun kamu ingat bahawa kamu sedang memikirkan fikiran diri sendiri, kamu akan memikirkan fikiran mereka dan berbuat apa yang jahat ini memberitahu kamu untuk berbuat. Begitu hebat dan besarnya penghambaan kemanusiaan, yang tersampai kini; dan begitu sesatnya banyak roh-roh, mereka tidak mengenali diri sendiri dan juga tidak mengenali musuh!

 

Kenalilah musuh!

 

Kamu adalah sangat bijak jika kamu berusaha untuk mencari untuk mengenali musuh anda. Musuh hebat kamu di dunia ini ialah Iblis, tetapi musuh kamu tidak tertakluk kepadanya sahaja. Kerana, dia mempunyai banyak reptilia bukan-manusia yang berkhidmat untuknya dan mereka semua ini teramat jahat. Mereka membencikan kamu dengan kebencian yang kekal dan mereka benar-benar teringin untuk memusnahkan kamu! Dia juga mempunyai di antara mereka yang berkhidmat untuknya, banyak manusia, sesetengah daripada mereka merupakan anak dia dan sesetengah daripada mereka bukan anak dia langsung. Walau bagaimanapun, mereka masih dimiliki Iblis, kerana mereka telah menjual roh mereka untuk mendapat hak istimewa sulit dan untuk berada di jawatan berkuasa, dan dengan itu menjadi, sebagai anaknya.

 

Adakah kamu faham sekarang?

 

Adakah kamu sekarang faham kenapa kamu mesti mempunyai satu hati yang bersih dan suci untuk mampu berdiri di hadiran api menghanguskan Penyelamat kita? Dan, adakah kamu faham sekarang, kenapa kamu mesti melalui pengujian dan percubaan yang begitu hebat?

 

Bacalah semula perkara-perkara ini, yang aku sedang memberitahumu; kerana kebenaran-kebenaran ini teramat penting untuk perjalanan kamu ke penyelamatan! Mereka, yang menerima hidup kekal, menerima penyelamatan; tetapi kita mesti ingat bahawa jika mereka yang benar dengan nyaris-nyaris sahaja terselamat, bagaimana pula dengan mereka yang lain?

 

Kita telah memasuki satu wilayah ilahi yang baru!

 

Tetapi, Kawan-kawan Tersayangku, untuk aku dan anak suci Penyelamat kita, anaklelaki tersayang Wahyu Pasal Dua Belas, kami telahpun memasuki satu wilayah baru! Banyak yang pengolok tidak akan dapat mengolok aku untuk lebih lama lagi. Banyak daripada pembohong tidak akan dapat berjaya dalam pembohongan mereka terhadap aku lebih lama lagi; dan penyeksa dan penganiaya tidak akan berjaya dalam penyerangan mereka terhadap aku lebih lama lagi; kerana manusiakanak suci dan aku sedang mula memasuki masa terbaik; dan walaupun kami masih dianiaya dengan hebat, kami tetap tahu bahawa kami berdiri di jurang untuk kerja kerajaan yang hebat dan indah.

 

Ingatlah, Kawan-kawan Tersayangku, bahawa anaklelaki suci itu merupakan mutiara tersembunyi di padang dan dia merupakan harta karun tersembunyi, dan jika seseorang dapat mencarinya, orang ini akan sejurusnya menjual segala yang dia miliki dan pergi untuk membeli mutiara ini, atau harta karun ini. (Matius 13) Dia adalah kerajaan Tuhan di antara kita. Dialah  mutiara suci. Dialah harta karun tersembunyi; kerana walaupun dia berada di bumi dan malaikat-malaikat datang dan bertunduk kepada dia, dan Iblis dan kumpulan-kumpulannya selalu cuba untuk memusnahkannya, dia merupakan kerajaan suci Penyelamat kita dalam permulaan terawalnya.

 

Anaklelaki suci dan aku telah menampung kemarahan Iblis yang paling teruk terhadap kami. Kami telah diseksa dan dianiaya malam dan siang. Kesengsaraan kami teramat besar, tetapi kesengsaraan ini tidak dalam apa jua cara pun, berbanding dengan mukjizat dan keberkatan hebat kami. Dan walaupun negara-negara telah berkumpul menentang kita dan tentera-tentera telah datang dalam kapal mereka untuk memusnahkan kami, dan walaupun Iblis telah melakukan semua kejahatan kepada kita yang dapat dibayangkan dia, dia telah gagal. Dan walaupun tentera U.S, bersama dengan kapal Iblis, telah berkhemah di sekitar kita di langit untuk banyak tahun, mereka telah gagal dalam semua percubaan mereka untuk membunuh aku, atau untuk memusnahkan Anak Kecil Suci Penyelamat kita, atau untuk mencuri dia, atau untuk memberhentikan pembesarannya. Kini Kawan-kawan Tersayangku, kami memasuki kepada kemenangan-kemenangan yang terhebat.

 

Sesuatu yang begitu menakjubkan!

 

Ia merupakan musim panas yang lalu, musim panas 2010, apabila aku tengah berdoa pada suatu hari, apabila aku tercecah dengan tingginya, hampir menyentuh Penyelamat kita, Dia berkata kepadaku, “Kamu sedang menyentuh jubahKu.”

 

Masa berbulan-bulan berlalu, aku tertanya-tanya berkenaan jubahNya dan apa yang dimaksudkanNya apabila Dia berkata kepadaku, “ Kamu sedang menyentuh jubahKu,” Musim luruh 2010 datang dan berlalu dengan begitu banyak kejutan, tetapi juga dengan pengujian dan percubaan yang hebat. Dan, musim sejuk yang melampau datang dan berlalu. Tetapi, ia ada pada musim bungalah di mana Penyelamat kita datang dengan kejutan yang sangat besar untukku.

 

Jubah Pertama

 

Sememangnya, kejutan yang sangat besar. Kerana, Dia membawakan aku satu hadiah, dengan dibalutinya sekali dalam kotak, dan di dalam kotak hadiah merupakan jubah putih yang gebu, yang diperbuat daripada cahaya. Dia selalu memberitahu aku bahawa Dia akan dalam waktu terdekat memberiku sehelai jubah dan aku berdiri dengan kekaguman dihadapi hadiah yang begitu megah.

 

Apabila Dia menyampaikan hadia itu, Iblis sememangnya  berada berdekatan untuk melihat hadiah itu; dan sambil dia menyerang badan fizikalku sekali lagi pada masa itu, aku terdengar dia berkata, “Aku dapat memasuki itu,” maksudnya dia masih dapat menyeksa aku dan menganiaya aku.

 

Kawan-kawan Tersayangku, Penyelamat kita memberi aku jubah ini selepas dia  bercakap dengan aku untuk 21 tahun. Ya, selepas 21 tahun di mana Dia bercakap dengan aku, dan selepas 21 tahun berjalan dalam pernubuatan, Penyelamat kita memberi aku jubah ini.

 

Aku begitu gembira untuk menerima jubah ini, tetapi tidak faham apa hadiah yang begitu indah akan memaksudkan. Dan, jadi aku menunggu untuk lihat bagaimana jubah ini akan terbentang di dalam hidupku; dan apa yang paling pertama aku nampak ialah Penyelamat kita menjawab doa-doa aku dengan cepatnya. Kemudianlah, aku mula menyedari bahawa jubah itu merupakan sesuatu seperti talian-hangat kepada takhtaNya. Aku begitu dan masih lagi bersyukur dan begitu teramatnya terhamba; tetapi sudah tentu, itu bukan semuanya.

 

Tetapi, apabila musim panas bulan 2011 berlarutan, aku menjadi begitu letih akibat daripada penyerangan terhadap badanku yang banyak dan berlarutan, dan penyerangan terhadap semua bahagian hidup aku; dan aku merayu sekali lagi kepada Penyelamat kita untuk membawaku ke suatu tempat yang baru di dalamNya; kerana aku begitu letih akibat begitu banyak tahun penganiayaan.

Jubah Kedua

 

Kemudian, tanpa dijangka, datangnya jubah kedua, yang ini berbeza dari yang pertama, tetapi hampir serupa. Ia, juga, gebum dan diperbuat daripada cahaya putih, tetapi ia tidak belengan, kerana ia dipakai di bawah jubah pertama. Ia juga berbeza kerana ia mempunyai barisan berlian di sekitar pinggang dan Penyelamat kita juga meletakkan berlian pada kasut aku.

 

Ia adalah dengan penambahan jubah kedua ini bahawa begitu banyak perkara indah mula berlaku. Aku telah menyertakan beberapa kejadian yang paling menakjubkan untuk diketahui kamu di bawah. Aku begitu terendah-hatinya untuk menerima jubah-jubah ini dan berdiri terkagum oleh Penyelamat Terberkat kita,

 

Dia telah menerangkan sesetengah perkara mengenai jubah-jubah ini: bahawa jubah yang pertama merupakan satu bahagian kuasaNya, tetapi dengan yang kedua, aku telah diberi dua bahagian kuasaNya, hampir sama seperti dua bahagian itu, yang diberi Elisa.

 

Jubah Ketiga

 

Tetapi, dengan sedemikian, Penyelamat kita telah menunjukkan kepadaku bahawa aku akan menerima jubah ketiga. Kedatangan jubah ketiga ini sangat dekat. Jubah ketiga ini lebih besar berbanding kedua-dua jubah terharga ini digabungkan. Aku dapat melihat ke dalam kotak hadiah itu, tetapi tidak dapat menyentuhnya.

 

Penyelamat kita memberitahu aku bahawa jubah ketiga ini akan datang secepatnya, tetapi aku tidak ada cara untuk memahami apa “secepatnya” bermaksud. Aku cuma menunggu dan berharap, malah dengan harapan dan jangkaan yang sangat tinggi. Penyelamat kita memberitahu aku bahawa apabila aku menerima jubah ketiga ini, aku akan dapat terbang di atas tiupan angin.

 

Dan, apabila aku dapat terbang di atas tiupan angin, masa itu, Kawan-kawan Tersayangku, aku akan berjumpa dengan banyak daripada kamu. Begitu terberkatnya aku untuk dapat melihat muka terharga sesetengah daripada kamu, yang aku kasihi dengan begitu dalamnya. Jadi, buatlah satu tempat di mejamu; kerana semestinya aku akan secepatnya melawati sesetengah daripada kamu. Aku kasihi kamu begitu, begitu banyak!

 

 

Dan, sekarang aku akan berkongsi dengan kamu beberapa kejadian indah, yang datang akibat kuasa Penyelamat Terpuji dalam jubahNya. Mulia, mulia, kemuliaan kepada Nama SuciNya selama-lamanya. KerajaanNya akan datang kepada orang berimanNya. Dia berlambat buat masa sekarang, tetapi kerajaanNya tidak berlambat lama. Jadikan hatimu bersih. Jadikan jalanmu lurus. Jangan pandang ke kanan, ataupun kiri, tetapi tetapkan matamu pada  Penyelamat kita, Bersedialah!

 

Mukjizat-mukjizat Jubah-jubah

 

Beberapa minggu yang lau, aku pergi ke sebuah restoran dan berdoa untuk beberapa orang. Seorang wanita, yang tua, bekerja di belakang restoran dan dia merupakan tukang masak. Tetapi, dia betul-betul menghadapi kesusahan dalam kerjanya kerana dia akan selalu lupa di mana sesebuah periuk berada; dan masalah dengan ingatannya menjadi masalah yang besar kepada anak perempuannya, yang memiliki restoran itu. Masalah dia nampaknya merupakan penyakit Alzheimer.

 

Aku begitu gembira untuk berdoa bagi wanita ini; dan sambil aku berdoa untuknya, aku boleh merasa kuasa berombak-ombak anaklelaki suci apabila ombak penyembuhan ini memasuki otaknya. Juga datangnya banyak haba ke dalam tanganku dan masa itu aku tahu bahawa Penyelamat kita sedang melakukan satu kerja yang indah.

 

Apabila doa-doa ini selesai, wanita ini tersembuh dan sekarang dia merupakan pekerja yang sangat produktif. TERPUJINYA NAMA PENYELAMAT TERSAYANG KITA. SEGALA KEMULIAAN, SEGALA  KEHORMATAN, SEGALA KUASA DAN SEGALA PUJIAN KEPADANYA SELAMA-LAMANYA.

 

Juga pada waktu yang sama aku turut berdoa untuk orang lain, yang berada di sana; dan seorang wanita berkata bahawa dia terasa kuasa Tuhan apabila ia memasuki badannya dan menghiburkan dia dari dalam dan dia terasa pelepasan hebat dari bebanan. Dia terbebas dari banyak penyerangan syaitan.

 

Nabi palsu akan dijatuhkan!

 

Kemudian, termasuknya ke dalam tempat itu dua orang, yang memanggil diri mereka sebagai “pastor.” Tetapi, Kawan-kawan Tersayangku, mereka bukan pastor, dan seperti yang aku akan ketahui kemudian,  seorang daripada mereka juga akan memanggil dirinya nabi.

 

Apabila dia yang-dipanggil nabi mencapai tanganku, dia mula bergegar dengan ganasnya dan dia hampir-hampir tidak dapat mengangkat tangannya. Dia berundur dan pergi duduk bersendirian di tepi tingkap dan kemudian merungut bahawa tangannya sejuk. Sedangkan dia merungut, aku memberitahu dia bahawa tangannya sejuk kerana perjalanan rohaniahnya sejuk dan sejurusnya aku pergi berdoa untuknya. Aku boleh nampak bahawa dia langsung bukan seorang nabi, dan apabila aku memegang tangannya, orang ini tidak dapat berdiri, tetapi terlutut dibuatnya.

 

Kawan-kawan Tersayangku, ini akan terjadi kepada semua nabi palsu di seluruh dunia. Apabila mereka berdiri di depan anaklelaki suci, yang berada di dalamku, dan yang juga akan berada di dalam Pengantin, atau Anak-anak Tuhan, mereka yang palsu ini akan dibuat terlutut, bukan kerana mereka pilih untuk merendahkan diri, tetapi kerana mereka dibuat untuk merendahkan diri di depan anaklelaki suci, Kerana, Dia akan memerintah dunia. “ Dan dia melahirkan seorang anaklelaki, yang akan memerintah semua negara dengan bebatang besi...” Wahyu 12:5 (Terjemahan dari King James Version).

 

 

Pengorbanan Kita: Kekudusan kepada Tuhan!

 

Pesanan aku kepada beberapa orang itu pada hari itu merupakan, “Kekudusan kepada Tuhan,” Inilah di mana kita berada sekarang. Penyelamat kita sedang meminta “Kesucian kepada Tuhan,” dan Dia tidak akan adakan jalan lain untuk PengantinNya. Ini sebabnya kenapa setiap orang, yang merupakan sebahagian daripada Pengantin, akan membawa kepada Penyelamat kita sebuah hati yang bersih dan suci, iaitu “Kesucian kepada Tuhan,” kerana cuma Pengantin yang bersih, tidak berkecacatan, akan memasuki ke dalam hadiran Penyelamat kita.

 

Nabi-nabi Baal Masa Moden!

 

Situasi dengan nabi-nabi pada masa ini, terutamanya di negara ini, serupa dengan situasi yang melibatkan nabi-nabi pada zaman Ahab. Pada masa itu, terdapat seorang nabi benar dan 400 orang nabi Baal. Tetapi, nabi-nabi Baal tidak berkata “ Baal berkata,” mereka berkata, “Pergi, kerana Tuhan akan menyampaikan...” Ya, mereka mewakili “Tuhan,” tetapi dipenuhi dengan roh-roh berbohong.

 

Pada masa itu, cuma terdapatnya seorang nabi benar dan Ahab melemparnya ke dalam penjara dan mengarahkan bahawa dia diberi makan roti dan air penderitaan. (1 Raja-Raja 22) “Sebab mereka itu suatu bangsa pemberontak, anak-anak yang suka bohong, anak-anak yang enggan mendengar akan pengajaran Tuhan; yang mengatakan kepada para nabi-nabi: “Jangan menubuat,” dan kepada para pelihat: “Janganlah lihat bagi kami hal-hal yang benar, tetapi katakanlah kepada kami hal-hal yang manis, lihatlah bagi kami hal-hal yang semu.” (Yesaya 30:9-10)

 

Nabi-nabi Palsu akan dijatuhkan!

 

Dengarlah aku apabila aku memberitahumu bahawa masa yang serupa ini berada bersama kita sekali lagi. Bilangan terbesar nabi-nabi hari ini ingin berkata perkara yang senang didengar, sama seperti zaman Ahab. Mereka ingin berkumpul bersama dan dengan bersatunya berkata perkara yang elok, sama seperti yang dilakukan mereka pada zaman Ahab; dan Penyelamat kita akan memutuskan mereka daripadaNya dengan sepenuhnya. Mereka tidak dengar dari Penyelamat kita, walaupun mereka berkata bahawa mereka mendengar dariNya. Sebaliknya, mereka mendengar dari roh-roh berbohong dan menipu.

 

Nabi-nabi yang membohong dan menipu inilah yang dengan sehebatnya menolak kebenaran Wahyu Pasal Dua Belas dan mereka menjauhkan diri mereka dari aku. Pada hakikatnya, melimpasi tahun-tahun ini yang aku ada anaklelaki ini, cuma seorang nabi benar di negara ini yang inginkan ap-apa berkaitan kerja ini. Nabi-nabi yang membohong ini lari jauh daripada aku, mereka mengolok-olok aku dan mereka mencaci kerja suci Wahyu Pasal Dua Belas; dan aku faham kenapa. Ini merupaka kerja-kerja suci dan dosa mereka telah menjadikan mereka buta dan pekak kepada kerja-kerja ini; kerana kerja-kerja ini tersembunyi di dalam padang, dan Penyelamat kita tidak bermaksud untuk mereka yang memberontak untuk bangun, melihat dan mendengar kerja-kerja ini, dan untuk menerima kerajaan Tuhan kita melalui kerja-kerja suci ini.

 

Beberapa orang Nabi Benar

 

Walaubagaimanapun, beberapa orang nabi benar telah menampilkan diri dari negara lain, mereka ini yang lemah-lembut, rendah-hati, dan boleh diajar; dan Penyelamat kita telah menunjuk kepada mereka kebenaran kerja ini. Berbahagialah mereka yang rendah hati. Berbekatlah mereka, yang terpecah dan sesal; kerana mereka amat terharga bagi Penyelamat kita.

 

Kebenaran ini akan diambil daripada mereka yang sombong!

 

Tetapi, jika mereka ini yang rendah-hati membangkit dan menjadi sombong, kebenaran Wahyu Pasal Dua Belas akan diambil dari mereka. Jangan bermain-main dengan kerja ini. Jika kamu telah dijadikan untuk mengetahui dan menerima kebenaran kerja ini, kamu teramatlah diberkati. Kerja nubuat ini tidak seperti yang lain di seluruh dunia; dan sehingga masa ini,belum ada lagi kerja sedemikian yang seperti kerja Wahyu Pasal Dua Belas, kerana ini merupakan kerja kerajaan,  kemuncak janji-janji Penyelamat kita mengenai KerajaanNya Datang dan KehendakNya terjadi, di bumi seperti di syurga. Fahamkah?

 

Lebih Banyak Mukjizat-mukjizat

 

Sekarang, Aku akan teruskan untuk menceritakan kepadamu lebih banyak lagi mukjizat-mukjizat

 

Penyembuhan sendi yang sakit!

 

Kawan-kawan Tersayangku, datangnya seorang wanita, yang terjatuh dan mencederakan tangannya. Apabila aku berdoa untuknya, dan sambil anaklelaki menghiburkan dia, aku boleh melihat  ke dalam sendi yang bermasalahnya, bahawa adanya satu ligamen, atau tendon, yang tercabut dari tulang. Aku juga boleh nampak satu bebola bulat, seperti ketumbuhan berbendalir, yang anaklelaki membebaskan. Ligamen dan tendon tersambung balik kepada tulang dan wanita itu tersembuh. TERPUJILAH NAMA YESUS!

 

Bayi Terharga Terselamat!

 

Aku mesti menceritakan kepadamu mengenai seorang kawan terharga, yang hampir kehilangan bayinya. Apabila aku berdoa, anaklelaki menunjukkan kepadaku apa masalahnya, sedangkan dia memasuki peringkat melahirkan anak. Adanya satu koyakan pada sebilangan tisu-tisu dan koyakan ini, sedang mengakibatkan pendarahan. Tetapi, sedangkan aku menengok, anaklelaki suci pergi dan membaiki koyakan, dan bayi ini terselamat.

 

Wanita terharga ini kemudiannya memberitahu aku bahawa pada waktu awal pagi, dia dapat merasakan kehadiran malaikat-malaikat di dalam biliknya dan pada masa itu, dia tahu bahawa dia telah disembuhkan dan bayinya terselamat. Wanita ini berada di sebuah negara, yang jauh daripada kami. MULIA, MULIA, KEMULIAAN KEPADA PENYELAMAT TERPUJI KITA SELAMA-LAMANYA. TIADANYA SEMPADAN DALAM KERJA PENYELAMAT KITA.

 

Fibromyalgia tersembuh dan sesalur tersumbat dibuka

 

Kemudian, pada satu pagi sedangkan aku memandu ke pekan, Roh Tuhan meminta aku untuk berhenti di sesebuah rumah dan berdoa untuk seseorang wanita, Tetapi, apabila aku berhenti, mereka belum lagi terbangun, jadi aku terus pergi ke pekan. Dan, apabila aku balik dalam jalan ini, dalam perjalanan balik, dan sudah melimpasi rumah ini, Roh Tuhan meminta aku untuk pusing balik dan pergi berdoa untuk wanita ini. Jadi aku mematah balik kenderaan aku lalu pergi.

 

Apabila wanita ini datang ke pintu, dia mula menceritakan kepadaku betapa sakitnya dia, dan kakinya begitu sakit dan bengkak dan doktornya telah mendiagnos dia dengan penyakit fibromyalgia yang sangat menyakitkan dan melemahkan.

 

Apabila aku mula berdoa untuknya, aku boleh nampak anaklelaki suci juga telah memasuki badannya dan dia begitu gembira. Aku boleh mendengar ketawa kanaknya yang terharga dan aku boleh nampak matanya yang banyak. Aku tidak tahu samada aku pernah memberitahu kamu mengenai matanya yang banyak, yang anaklelaki ada dalam badan rohaniah ini, tetapi sebagai fakta dia mempunyai banyak dan dia dapat melihat di semua arah. Oh, betapa terharganya anak suci Penyelamat kita.

 

Sedangkan anaklelaki suci  bekerja atas wanita ini, aku boleh melihat apa yang dinampaknya dan dia tengah membikinkan bahagian badannya yang sangat menyakitkan, yang meradang dengan dahsyat disebabkan fibromyalgianya. Kemudian, aku ternampak bahawa terdapat penyumbatan di bahagian bawah badannya, di mana satu tubel telah tersumbat; dan kemudian aku nampak anaklelaki mengeluarkan penyumbatan ini.

 

Apabila anaklelaki telah selesai, aku bertanya kepada wanita ini mengenai kesakitannya dan dia memberitahu aku bahawa dia tidak terasa kesakitan sudah. Kemudian, sedangkan aku berdoa untuknya sebelum aku beredar, suaminya memegang tanganku dan apabila dia memegang tanganku, aku nampak empat entiti tercabut dari badannya. Kemudian, aku terdengar anaklelaki suci berkata, “ Dia akan berasa lebih bagus sekarang.” MULIA, MULIA, KEMULIAAN KEPADA PENYELAMAT TERAHMAT SELAMA-LAMANYA.

 

Berbilang Penyembuhan

 

Kemudian, ada datangnya seorang lelaki ke rumahku, untuk membaiki penghawa dingin aku. Aku ternampak bahawa dia benar-benar berpayah untuk bernafas. Perutnya juga sangat besar dan luas.

 

Dalam perbualan aku dengan lelaki ini, dia memberitahu aku bahawa dia telah melawati doktor kelmarin dan dia berasa bimbang bahawa doktor akan meminta dia menggunakan ubat untuk mengawal paras gula darahnya; dan dia berkata bahawa dia benar-benar tidak ingin untuk menggunakan ubat ini. Jadi, aku bertanya dia sama ada dia inginkan aku untuk berdoa baginya sebelum dia beredar; dan kemudiannya dia menunjukkan bahawa dia inginkan.

 

Sedangkan aku berdoa dan sedangkan anak terharga suci Penyelamat kita, anaklelaki suci, mula bekerja di atas lelaki ini, aku boleh nampak bahawa masalahnya bukan sahaja tertakluk kepada paras gula darahnya. Dengan serta-merta, aku ternampak tiga penyumbatan di sesalur darahnya di sekitar hati. Sambil aku berdoa, anaklelaki suci cuma menggulung keluar penyumbatan-penyumbatan ini dari sesalur darah lelaki ini dan dia membukakan sesalur-sesalur ini.

 

Kemudian, anaklelaki suci menunjukkan kepadaku bahawa lelaki ini mempunyai penyumbatan separa di sesalur pankreasnya dan penyumbatan separa ini terbentuk oleh tisu bekas luka. Dan, kemudian aku ternampak anaklelaki suci mengeluarkan tisu bekas luka ini dan membuka sesalur ini.

 

Kemudian, aku ternampak bahawa sesalur hempedu juga telah hampir tersumbat dan lelaki ini mempunyai banyak batu hati dan hempedu; dan kemudian anaklelaki suci pergi berkerja untuk membersihkan sesalur hempedu ini dan mengeluarkan bilangan batu yang banyak dari hati dan sesalur hempedu lelaki ini.

 

Kemudian, anaklelaki suci menunjukkan kepadaku bahawa tubul-tubul halus di ginjal-ginjal lelaki ini telah tersumbat dan dia mula membersihkan tubul-tubul ini. MULIA, MULIA, KEMULIAAN KEPADA PENYELAMAT TERPUJI SELAMA-LAMANYA. KEPADA YESUSLAH SEMUA KEMULIAAN, SEGALA KUASA, SEGALA KEHORMATAN DAN SEGALA PUJIAN SELAMA-LAMANYA. TERPUJILAH NAMA SUCINYA.

 

Lelaki ini beredar dan sedangkan dia mendekati traknya, aku memanggilnya kembali dan berkata kepadanya, “Bagaimana pernafasan kamu sekarang?” Dan, dia berkata, “Pernafasanku elok sekarang.”

 

Anaklelaki suci telah menunjukkan aku bahawa satu daripada tiga sesalur darah yang tersumbat separa yang berada di tempat yang sangat dekat kepada hati lelaki ini, tersumbat 90%. Lelaki ini berada dalam keadaan serius dan sangat hampir kepada status serang jantung.

 

Dan, selain daripada mukjizat-mukjizat yang banyak ini, Penyelamat kita telah menjawab begitu banyak doa bagi pihak prang lain, dan Dia telah menjawab doa-doa in dengan begitu cepat, malah adanya dalam beberapa minit, atau saat. AKU TERAMAT TERKAGUM PADA MUKJIZAT HEBAT DAN INDAH PENYELAMAT KITA DAN AKU BERDIRI DENGAN KEKAGUMAN TERHADAP KERJA TERHARGA ANAKLELAKI.

 

Kawan-kawan Tersayangku, buatlah satu salinan tercetak pesanan ini dan simpan salinan tercetak ini berdekatan supaya kamu boleh membacanya berulang-ulang. Sementara hari berlalu, kamu akan cenderung untuk terlupa banyak daripada apa yang kamu baca sini, tetapi, Kawan-kawan Tersayangku, kamu perlu mengingati apa yang aku telah menunjukkan dalam pesanan ini. Kerana, kata-kata ini datang dari hatiku kepadamu. Aku juga telah menghalakan kamu kepada beberapa ajaran AlKitab yang sangat penting dan relevan untuk masa-akhir dan penyelamatan kekal kita.

 

Aku mengasihi kamu semua dengan sangat banyak dan begitu ingin untuk melihat kamu menerima anaklelaki sucimu sendiri, tetapi kamu mesti sediakan diri sendiri secara rohaniah. Jadikanlah hatimu sedia; kerana kita tidak tahu bila bayi-bayi suci api dan cahaya akan terturun. Tetapi kita tahu bahawa ini akan terjadi dengan tak tersangka.

 

Linda Newkirk

 

PS Buatlah salinan-salinan pesanan ini dan berikan kepada orang lain, yang kasihi Penyelamat kita. Atau, hantarkan mereka salinan menerusi e-mail, jika mereka memiliki komputer. Dengan sedemikian, kamu boleh membantu dengan banyak dalam kerja-kerja ini.