NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 84

 

BAHAGIAN I

 

AGENDA ROTHSCHILD / RATU ELIZABETH UNTUK TIMUR TENGAH

 

Kawan Tersayangku, ini merupakan satu pesanan yang mendesak. Dengarlah apa yang aku sedang beritahu kamu sekarang. Dunia ini sekarang berada di pinggir perkara-perkara yang dahsyat.

 

Satu Penglihatan dari Penyelamat kita

 

Dua malam yang lalu, sedangkan aku sedang berdoa, Penyelamat kita telah berikan aku satu penglihatan. Dalam penglihatan ini, aku nampak lelaki Rothschild negara England, Evelyn de Rothschild; dan dia telah meninggalkan tempat duduknya di tepi Ratu England, tempat duduk itu adalah pada bahagian depan satu kereta kuda yang mereka berada dalam. Aku tidak nampak sebarang kuda di depan kereta itu.

 

Dalam penglihatan ini, lelaki Rothschild telah meninggalkan kereta kuda dan berjalan ke bahagian tepi kereta kuda, tetapi Ratu England kekal berada di tempat duduknya pada bahagian depan kereta kuda itu.

 

Sedangkan lelaki Rothschild berdiri di tepi kereta kuda ini, aku nampak bahawa di situ terdapat dua kereta kuda yang terhenti di belakang kereta kuda Rothschild. Dari salah satu kereta kuda itu, lelaki Rothschild mengeluarkan beberapa peluru berpandu panjang dan meletakkanya di belakang kereta kuda dia sendiri; dan dari satu kereta kuda yang lain, dia mengeluarkan dua baris peluru pandu yang lebih pendek dan meletakkannya di dalam kereta kudanya. Barisan kedua dihimpit oleh barisan peluru berpandu panjang itu.

 

Aku terdengar dia berkata kepada Ratu England, “Baik balutkan diri, ia hampir nak menjadi sangat sejuk.” Kemudian, aku nampak Ratu England memakai satu kot bulu yang tebal.

 

Serta-merta, aku faham dalam Roh bahawa peluru berpandu panjang merupakan peluru berpandu jarak jauh dan peluru berpandu pendek akan digunakan untuk pertempuran dalaman, dan aku sedang berfikir bahawa yang ini mungkin akan pergi ke Syria, tetapi mungkin juga ia tidak pergi Syria.

 

Aku nampak lelaki Rothschild kembali masuk ke tempatnya pada bahagian depan kereta kuda, di tepi Ratu England, dan kereta kuda itu secara luarbiasa terangkat dari tempatnya dan mula terbang merentasi langit, seolah ia sebuah kapal terbang.

 

Kereta kuda itu mendarat dengan tiba-tiba dan aku terdengar kata, “Di halaman belakang Israel.” Kemudian, aku nampak lelaki Rothschild itu dengan cepatnya meninggalkan kereta kuda itu dan pergi ke arah satu himpun arang. Dengan pencodok di tangan, dia mula mengacau himpunan arang itu. Tiba-tiba dan dengan tak tersangka, himpunan kecil arang ini terletus menjadi satu api yang sangat besar.

 

Dari penglihatan ini, kami boleh nampak bahawa satu situasi yang membara di Timur Tengah akan dengan cepatnya terletus kepada satu peperangan besar. Di manakah api besar ini akan terletus?

 

Semalam, aku ada terbaca bahawa telah terjadi satu letupan di dalam ataupun di sekitar salah satu fasiliti nuklear di Iran. Adakah ini disebabkan oleh salah satu peluru berpandu kecil yang aku nampak di penglihatan di atas? Hari ini, aku terbaca bahawa sekumpulan pemberontak telah menyerang masuk kedutaan British di Iran. Kita semua mesti tanya diri kita satu soalan. “Adakah orang British, di bawah arahan Ratu England dan konconya, Evelyn de Rothschild, telah mengarahkan satu serangan pada Kedutaan British, untuk memberangkan orang ramai untuk berperang?

 

Melalui peningkatan penyerangan sebegini di Iran, adakah kami sedang melihat satu pengulangan kejadian penyerangan pemberontak, yang telah melanda seluruh Timur Tengah dan telah menyahstabilkan seluruh rantau itu?

 

Dan, walaupun USA dan negara lain mengambil bahagian dalam penaklukan dan pemusnahan negara Libya dan negara Timur Tengah yang lain, penyerangan yang dirancang rapi ini tidak berasal dari negara ini. Ia merupakan kerja Ratu England dan konconya, Evelyn de Rothschild. Berulang-kali, Penyelamat kita telah menunjukkan keapada aku pelaku sebenar, yang berada di belakang penggesaan untuk meletuskan peperangan di Timur Tengah ini. Dan, mereka yang bertanggungjawab ialah Ratu England dan konconya, Evelyn de Rothschild. Sudah tentulah, mereka mempunyai boneka mereka di negara ini, iaitu Presiden Obama; dan dia melakukan apa yang mereka suruh dia buat.

 

Adakah kamu telah membaca nubuat antikristus di http://www.prophecies.org/ [Buku 12, Bab 48]? Jika kamu sudah, maka kamu tahu mengenai ajaran Penyelamat kita. Dia telah tunjukkan kepada kita pada musim luruh 2008 bahawa Obama merupakan antikristus. Dia seorang Rothschild dan dia merupakan orang bawahan Ratu England.

 

Jadi, berkenaan serangan pada Kedutaan British di Iran hari ini, adakah ia merupakan satu penyerangan palsu untuk menuduh musuh dan mulakan peperangan: sesuatu, yang mungkin diaturkan oleh Ratu England?

 

Oh, adakah mereka akan berbuat perkara sedemikian? Mereka telah pernah pun dan mereka akan terus buat lagi!

 

Ingatlah peluru berpandu panjang di penglihatan dari atas. Peluru berpandu itu melayang merentasi langit dengan Rothschild dan Ratu England. Adakah ia merupakan apa yang kita betul-betul akan lihat? Adakah kita hampir nak lihat peluru nuklear jarak jauh ini melayang di langit? Adakah mereka sedang bersedia untuk menjatuhkan bom nuklear pada seseorang? Atau, adakan peluru berpandu jarak jauh ini merupakan peluru berpandu jarak jauh yang berjenis lain? Tuhan saja yang tahu; dan Dia telah menunjukkan pelan mereka. Mereka sedang bersedia untuk meningkatkan lagi peperangan ini; dan mereka berniat untuk meningkatkannya dengan cepat.

 

Tambahan pula, kami sekarang sedang melihat peningkatan perang dingin. Tetapi, kenapa? Kami tahu bahawa mereka semua bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat satanik mereka . Adakah kita sedang lihat sesuatu yang seperti buli pura-pura yang berlaku sebelum perlawanan gusti? Adakah betul-betul terdapat pemecahan dalam kerajaan Iblis, atau adakah kita sedang lihat satu penipuan yang diatur rapi?

 

Bertambah lagi, kita mungkin sudah boleh lihat bukti mereka menggunakan roket yang lebih kecil itu, di dalam atau di sekitar loji nuklear Iran.

 

Bersedialah! Kejahatan ini hampir nak merebak ke seluruh dunia! Dan, kenapa ia begini? Bayi suci cahaya dan api telahpun dilepaskan kepada ramai antaramu. Kerajaan Penyelamat kita sudahpun berada di bumi, meskipun ia cuma dalam tahap bayi; dan Penyelamat kita terus memberitahu aku bahawa dia hampir nak beri aku sayap helang. Apa lagi yang Dia hampir akan lakukan? Cuma Dia yang tahu apa yang akan datang ke bumi, situasi dunia ini semakin menjadi betul-betul buruk!

 

Bertaubatlah dari dosa kamu dan kekal amat berdekatan dengan Penyelamat kita. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada mana-mana hari; dan ramai boleh dikeluarkan secara tak tersangka dari mana-mana kawasan dunia ini. Adakah kamu bersedia memasuki Syurga? Untuk memasuki, kamu mesti menjadi bersih secara rohaniah. Jika kamu tidak bersedia untuk Syurga, kamu bersedia untuk api di neraka. Jangan ambil amaran ini secara ringan. Linda

 

Bahagian II

 

“Mereka datang sebagai domba, tetapi mereka sebenarnya serigala!”

 

...pohon yang tidak baik menghasilkan buah yang tidak baik.” Matius 7:17

 

siapa yang masuk ke dalam kandang domba dengan tidak melalui pintu, tetapi dengan memanjat tembok, ia adalah seorang pencuri dan seorang perampok.” Yohanes 10:1

 

seorang upahan yang bukan gembala, dan yang bukan pemilik domba-domba itu sendiri, ketika melihat serigala datang, meninggalkan domba-domba itu lalu lari, sehingga serigala itu menerkam dan mencerai-beraikan domba-domba itu.” Yohanes 10:11-12

 

Salam kepadamu, Kawan Terhargaku! Saya bertemu dengan kamu hari ini dalam Nama Suci Terpuji Penyelamat kita, Yesus, Tuhan segala Tuhan dan Raja segala Raja. Suci Nama IndahNya!

 

Hari ini, aku mesti tuliskan mengenai suatu perkara, yang sangat sedih. Aku mesti beritahu kamu beberapa kebenaran; ia seakan jika aku tidak berbuat demikian serigala itu akan membawa pergi lebih lagi antara kamu. Aku juga mesti beritahu kamu bahawa serigala ini telahpun membawa ramai daripada kamu pergi; dan untuk ini aku betul-betul bersedih.

 

Kawang Tersayangku, kita semua mesti berwaspada; kerana ada ramai serigala di Rumah Tuhan. Ada ramai, yang dakwa mereka melayani Tuhan kita, tetapi merkeka tidak melayanNya. Mereka berdukung pada belakang orang lain untuk manfaat mereka diri sendiri; dan mereka ingin untuk menghimpunkan kepada diri mereka ramai domba, supaya mereka boleh dapat kemuliaan, yang dimiliki oleh Penyelamat kita.

 

Dan, kemudian, ada mereka itu, yang bukan betul-betul mencari kemuliaan, tetapi mereka datang kerana diupah berbuat demikian. Dan, sedangkan mereka diupah untuk datang, mereka menyusup masuk ke Rumah Tuhan untuk matlamat yang mereka diupah untuk. Mereka bekerja dengan Iblis dan dengan hambanya dalam pelbagai kerajaan di sekitar dunia. Aku telah pernah nampak jenis sedemikian dan mereka merupakan jenis yang paling teruk; kerana mereka merupakan serigala yang licik dan kerja mereka sangat menjijikan.

 

Siapakah serigala ini yang aku ingin bercakap mengenai pada masa ini? Namanya Jesse. Ada di antara kamu yang mengenali Jesse, tetapi kebanyakan daripada kamu, yang akan membaca pesanan ini, tidak mengenali dia. Jika kamu tidak mengenali dia, atau jika kamu tidak tahu mengenai dia, pesanan ini mungkin tidak bermaksud banyak untukmu. Tetapi meskipun sedemikian, aku hendak menasihatkan kamu untuk terus membaca juga; kerana pesanan ini merupakan satu kesaksian kepada kerja-kerja Satanis dan peperangan mereka untuk mencari dan memutuskan Pengantin.

 

Jesse hubungi aku beberapa tahun yang lalu. Dia sibuk menterjemahkan nubuat ini dan meletakkan nubuat ini pada laman web dia sendiri. Dia kirim surat kepadaku untuk beritahu aku mengenai kerjanya; dan aku begitu bersyukur dan gembira bahawa dia sedang berkerja dengan begitu keras untuk membawa penterjemahan ini ke negara lain.

 

Jesse sangat setia dan dia menterjemahkan banyak kerja ini. Dia merupakan berkat kepada ramai daripada kamu dan aku juga bersyukur bagi dia dan segala kerjanya yang dia buat untuk menolong ramai orang. Jesse membeli banyak sapu tangan dan hantarkannya kepadaku; dan aku, doa atas mereka, urupkannya dengan minyak, dan Penyelamat kita letakkan kuasaNya, keajaibanNya, dan penyembuhanNya pada kain-kain ini. Ramai daripada kamu terima berkat dan keajaiban dari urupan Penyelamat kita pada kain ini. Ramai daripada kamu tersembuh. Beberapa daripada kamu terima hadiah karunia rohaniah dan boleh lihat dalam rohaniah dengan serta merta. Penyelamat kita telah berikan mimpi nubuat kepada beberapa daripada kamu, yang datang kepadamu melalui urupanNya pada kain ini. Tuhan, Penyelamat Terharga kita, berkat ramai daripada kamu dengan cara yang indah.

 

Kawan Tersayangku, penyembuhan, pembebasan dan mukjizat ini, yang diberikan oleh Penyelamat kita kepada kamu, merupakan satu kesaksian bahawa aku benar-benar melayannya. Jadi, mukjizat dan pekara menakjubkan ini bersaksi bahawa aku salah satu hambaNya. TerpujiNya Nama SuciNya! Ia sangat penting untuk kamu ingat apa yang aku beritahu kamu mengenai penyembuhan dan mukjizat ini, yang Penyelamat kita telah berikan kepada ramai antaramu; kerana serigala itu akan datang lagi. Terus bacakan mengenai serigala ini, yang bernama “Jesse.”

 

Jesse juga bantu aku dalam banyak cara lagi; dan aku akan selalu bersyukur untuk pekara baik yang dia telah lakukan untuk tolong aku dan untuk segala yang dia lakukan untuk tolong kamu!

 

Tetapi, awal tahun ini, aku terima satu emel dari salah satu daripadamu; dan aku sangat terkejut untuk terima emel sedemikian. Dalam emel ini, orang tersayang ini memberitahu aku bahawa Jesse telah menelefon dia dan telah membuat beberapa hujah unyuk menentang kerja nubuat ini, ada antara hujahnya yang memeranjatkan; ini bermaksud bahawa Jesse mengaku kesangsiannya terhadap kerja ini. Tidak lama kemudian aku juga terdengar pembohongan yang dahsyat dan melampau, yang Jesse sedang beritahu kamu yang lain. Bil telefonnya mesti sangat mahal; kerana dia menelefon kamu dari Kanada! Tetapi, mungkin juga, bukan dia yang membayar bil itu!

 

Dengan serta-merta, apabila aku terdengar perkara teruk ini, aku hubungi Jesse dan menanyanya sama ada pekara ini benar atau tidak. Aku hantarkannya emel. Aku hantarkannya pesanan teks dan aku juga menelefon Jesse. Tetapi, dia tidak menjawab panggilan aku. Dan, dia tidak pernah membalas sebarang pesanan yang aku hantar kepadanya. “...serigala itu menerkam dan mencerai-beraikan domba-domba itu...” Yohanes 10:12

 

Sedangkan masa berlalu, laporan mengenai tingkah laku Jesse yang sangat menyedihkan ini bertambah. Dia nampaknya sedang menelefon ramai antara kamu; dan nyatanya, dia menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memalingkan kamu dari kerja ini. Aku sangka Jesse telah dikawal mindanya dan aku tulis surat untuk memberitahunya, tetapi sedihnya ini bukan kesnya, walaupun sebahagiannya mungkin begitu. Sedihnya, dia telah menyebabkan ramai daripada kamu  mengabaikan kerja ini; kerana kamu mempercayai dia. Kamu tidak tahu kebenaran; dan kamu setia kepada Jesse.

 

Tetapi, Kawan Tersayangku, jika Jesse tidak berbuat jahat, dia akan menghubungi aku dan dia akan cuba menyelesaikan isu-isu ini. Tetapi, dia bersalah! Kebenaran sedihnya adalah dia telah membelakangi aku, curi-curi, seperti ular, atau serigala, dan telah menyebabkan banyak kemudaratan untuk memusnahkan keyakinan ramai antara kamu. Jesse memang telah menyuapkan kamu dengan satu tangan dan menampar kamu pada muka dengan tangan yang sebelah lagi!

 

“...serigala itu menerkam dan mencerai-beraikan domba-domba itu...” Yohanes 10:12

 

Apabila amaran keluar untuk orang di Jepun supaya mereka bertaubat dari agama Buddha mereka, aku tidak lagi terdengar sebarang kata dari Jesse. Dia enggan menterjemahkan pesanan itu! Ini adalah selepas 11 Mac 2011. Jesse enggan menterjemahkan sebarang amaran untuk kamu berpaling daripada agama Buddha, atau melepaskan Buddha kamu. Teruskan membaca; dan aku akan beritahu kamu lebih lagi.

 

Kawan Tersayangku, selama ini ada beberapa pekara yang mengganggukan mengenai Jesse. Tetapi, aku abaikan beberapa pekara mengganggu ini, kerana aku tahu bahawa Jesse juga sedang menterjemah kerja nabi yang lain, dan aku juga faham bahawa dia juga bekerja dari masa ke semasa; dan aku tidak ingin selalu mengganggu dia.

 

Jesse telah menawarkan untuk menterjemah sebarang surat yang kamu hantar kepadaku, yang ditulis dalam bahasamu. Aku mengucap terima kasih kepadanya untuk langkah baik hati ini; dan kemudian aku menujukan kepadanya surat kamu. Aku tujukan kepada Jesse banyak daripada surat yang kamu tulis untuk aku, emel dan juga surat biasa; tetapi aku beritahu kamu kebenarannya, dalam masa banyak bulan ini yang aku kenali Jesse, Jesse telah menterjemahkan sangat sedikit emel atau surat kamu untukku. Surat yang aku hantarkan kepadanya dan minta dia untuk terjemahkan selalu sahaja seolah lenyap ke dalam satu lubang arnab. Tetapi, aku masih lagi mewajarkannya dalam minda aku bahawa dia mesti sangat, sangat sibuk.

 

Tetapi, Kawan Tersayangku, ini bukan sebabnya dan tidak pernah menjadi sebabnya. Jesse telah beritahu aku bahawa dia kerap diberhentikan kerja; dan dia akan tiada kerja untuk berbulan secara berturut-turut. Jadi, dia betul-betul ada masa untuk menterjemahkan surat jika dia ingin menterjemahkannya. Tetapi, dia tidak bercadang untuk menterjemahkan surat kamu yang kamu tulis untukku. Sebaliknya, Jesse sedang mengumpul suratmu; dan dia membelakangi aku dan bercakap dengan kamu untuk memalingkan kamu dari kerja ini. Jesse selama ini sedang bekerja untuk musuh. Dia merupakan dan masih lagi merupakan penyusup; dan aku beritahu kamu pekara ini sedangkan Penyelamat kita menunjukkan kebenaran ini mengenai Jesse. “...serigala itu menerkam dan mencerai-beraikan domba-domba itu...” Yohanes 10:12

 

Di sini, aku akan berikan kamu beberapa pesanan dari Penyelamat kita berkenaan Jesse.

 

Pesanan dari Bapa kita di Syurga

 

November 02, 2011

 

Oh, Penyelamat Terpuji, aku datang kepadaMu hari ini kerana aku begitu terganggu mengenai keadaan di dunia. Aku begitu terganggu mengenai pengolokan dan pencacian terhadap kerja Suci Engkau. Aku begitu terganggu betul, Bapa, kerana begitu ramai roh berdiri pada pinggir pemusnahan dahsyat. Tetapi, mereka buta. Mereka pekak. Mereka tidak nampak dan mereka enggan melihat. Mereka tidak boleh dengar dan mereka enggan mendengar. Bapa, begitu ramai mengolok-olokkan Anaklelaki Suci. Mereka juga mengolok-olokkan kata-kataMu dalam Pistis Sophia. Mereka mengolok-olokkan perintah Kamu yang berkata untuk bertaubat, atau mati. Oh, Bapa, betapa sedihnya! Oh, betapa merunsingkan dunia jahat ini!

 

Dengarlah tangisanku, oh Penyelamat Terpuji; kerana begitu ramai yang berkata mereka melayan Kamu, tetapi, sebaliknya, mereka menarik orang ramai kepada diri mereka untuk pujian, kemuliaan, dan kehormatan. Mereka inginkan penghormatan untuk kerjaMu. Mereka inginkan pujiannya. Mereka inginkan orang lain untuk memandang tinggi mereka, dan tidak pada Engkau. Mereka mengasing dan memisah Rumah Engkau. Mereka merupakan hamba sebenar Iblis, tetapi mereka berbohong apabila mereka berkata bahawa mereka melayan Engkau. Bapa, apa yang akan Engkau lakukan?

 

“Aku akan tandakan mereka dengan satu tanda.”

 

“Bapa, tanda yang bagaimana?”

 

“Aku akan tandakan mereka dengan tanda untuk pemusnahan. Aku akan menghumbankan mereka  ke hukuman-hukuman berapi.”

 

“Bapa, sekarang kamu berkata mengenai hukuman berapi, aku ingatkan Engkau bahawa kebanyakan orang cuma tahu mengenai neraka. Kenapakah ia begini, Bapa? Kerana, di Pistis Sophia, Kamu berkata mengenai lebih lagi tempat hukuman berapi, yang tidak berada di bumi ini. Bapa, bolehkah kamu menerangkan ini?”

 

“Boleh dan aku telahpun. Aku telah menunjukkan kepadamu banyak melalui pengajaraKu dalam kerja, yang dipanggil “Pistis Sophia,” banyak dari ajaran ini kepada pengikut aku telah hilang, tetapi banyak juga yang kekal terpelihara. Melalui ajaran ini, aku telah tunjukkan kepadamu kebenaran mengenai Kegelapan Luaran. Tiada seseiapa di bumi sekarang, sekurang-kurangnya tiada yang dimilikiKu, akan mengetahui keparahan hukuman Kegelapan Luaran jika aku tidak membenarkan kebenaran ini untuk menampil.

 

Kegelapan Luaran merupakan satu tempat yang menggerunkan, satu tempat pengutukan yang dahsyat. Banyak roh akan mati di Kegelapan Luaran. Kegelapan Luaran adalah benar.

 

Celakalah kepada mereka, yang mengolok-olokkan kebenaranKu di Pistis Sophia. Mereka, yang mengolok-olokkan kataKu di Pistis Sophia akan menarik orang lain yang juga merupakan pengolok kepada diri mereka. Sesiapa, yang mengolokkan kataKu, menghujat kataKu. Penghujat akan mendapati diri mereka berada di Kegelapan Luaran tanpa jalan keluar. Celakalah kepada pengolok dan penghujat.”

 

“Bapa, di Pistis Sophia, Engkau juga berkata mengenai tempat hukuman berapi, yang disebut sebagai “Tengah.” Bapa, aku tidak percaya bahawa aku pernah nampak rujukan kepada tempat ini di AlKitab. Jadi, Engkau tahu bahawa ada orang yang akan mengatakan bahawa tempat ini tidak benar.”

 

“Ia, sememangnya, benar, satu tempat yang benar dan berapi dahsyat, yang dikhaskan untuk pemburu seksual. Ia dikhaskan kepada mereka, yang dosa seksual mereka begitu menjilikkan  dan, roh mereka sangat kotor. Dan, hukuman berapi itu, yang terjatuh pada roh itu, adalah begitu dahsyat, sehingga roh ini tidak dapat pulih, dan ia dibakar dengan begitu dahsyat sehingga ia secara dasarnya dimusnahkan.”

 

“Bapa, Engkau berkata, ‘secara dasarnya,’”

 

“Ya, akan ada serpihan yang tertinggal dari roh ini, tetapi kebanyakan daripada roh ini telah mati.”

 

“Bapa, dalam kataMu di Pistis Sophia, Engkau telah berkata bahawa roh ini mesti diperbaharui. Apa yang Engkau maksudkan?”

 

“Aku bermaksud bahawa serpihan yang tertinggal dari roh ini akan diambil. Kemudian ia akan digunakan untuk mencipta satu roh baru; dan ia juga diterapkan dengan lebih banyak cahaya.”

 

“Adakah roh ini roh yang sama dalam apa jua cara pun, ataupun ia roh yang baru sama sekali?”

 

“Ia merupakan roh yang berbeza. Roh yang lama itu tidak boleh terus wujud lagi.”

 

“Jadi, serpihan cahayanya terpelihara.”

 

“Dan, sebahagian kecil fabriknya.”

 

“Bapa, apa yang Engkau maksudkan dengan, “fabrik?’”

 

“Fabrik roh. Tetapi, ini kata lain untuk masa lain.”

 

“Tetapi, roh yang baru itu tiada identiti yang tertinggal dari roh lama?”

 

“Tiada. Kerana, identiti itu telah terbakar dalam api.”

 

“Jadi, ramai roh yang terhilanglah.”

 

“Ya, khasnya roh pemburu seksual, yang enggan bertaubat.”

 

“Tetapi, Bapa, dalam masa kini bahan lucah berleluasa, persetubuhan dengan binatang sedang meningkat, perogolan kanak-kanak dan bayi sedang meningkat. Jenayah seksual sedang berlaku dan ianya begitu dahsyat; dan tidak ramai yang boleh memahami tahap kebejatan dan kejahatan ini.

 

“Sekarang merupakan masa di mana ramai roh akan dikeluarkan selama-lamanya dari planet ini. Ramai roh akan mengakhirkan kewujudan diri mereka di planet ini. Mereka tidak akan kembali, Ramai pemburu seksual tidak akan kembali ke bumi lagi.”

 

“Bapa, orang ramai tidak akan percaya bahawa sebahagian roh akan dimusnahkan.”

 

“Ya! Kerana mereka tidak menakuti Dia, yang berkuasa untuk memusnahkan roh mereka. Malah pada hakikatnya, mereka tidak takut apa-apa berkenaaan Aku, sebaliknya mereka takutkan kejahatan dan  mereka takutkan kehilangan barangan.

 

Tetapi, sekarang tibanya masa penentuan untuk ramai, ramai roh. Mereka, yang mengolok-olokkan kebenaran ini, akan mengolok! Mereka yang mencaci kebenaran ini, akan mencaci. Mereka, yang ketawakan kebenaran ini, akan ketawa; dan mereka semua akan terputus dari Aku. Akulah yang telah benarkan kamu untuk tuliskan pesanan mendalam Aku di Pistis Sophia kerana kamu inginkan orang ramai untuk peroleh kebenaran ini.

 

Aku telah benarkan kamu untuk tulis mengenai Baptisan Api dan telah berikan baptisan api kepada ramai melalui kain terurup suci yang kamu telah kirimkan. Tetapi, kamu telahpun membayar harga tambahan supaya kebenaran ini boleh keluar dan diterimakan; dan juga supaya orang lain boleh terima baptisan api ini. Ya, kamu telah membayar satu harga yang lebih tinggi lagi supaya orang lain boleh peroleh hadiah karunia suci ini, hadiah karunia baptisan api.

 

Ada yang boleh terima kebenaran ini. dan mereka boleh terima kebenaran mengenai hadiah karunia ini (baptisan api) tetapi mereka tidak dapat dalam apa jua cara pun terima kebenaran mengenai hukuman berapi, bahawa wujudnya hukuman berapi selain daripada neraka.

 

Celakalah pengolok! Celakalah penghujat! Tempatmu ada di lubang tak berdasar, di Kegelapan Luaran di Lubang Tak Berdasar.

 

“Tetapi, Bapa, adakah Lubang Tak Berdasar juga dipanggil Kegelapan Luaran?”

 

“Mereka berasingan, tetapi juga satu. Kerana, Kegelapan Luaran juga sebahagian daripada Lubang Tak Berdasar, tetapi mereka berbeza, satu daripadanya berada di satu yang lain. Kegelapan Luaran berada di dalam Lubang Tak Berdasar.”

 

“Jadi, ada banyak yang kami tidak tahu mengenai Lubang Tak Berdasar.”

 

“Banyak, sememangnya!”

 

“Tetapi, Bapa, jika pekara ini diberitahu kepada orang ramai, mereka akan mengolokkannya, Tidak ramai yang akan percaya.”

 

“Ya, dan setiap kata mengolok akan mengutukkan pengolok! Apabila bersangsi, jangat jerit, sebaliknya carilah Aku untuk pemahaman dalam segala pekara. Jangan cuba cari pembezaan dari minda. Kerana, fikiran penuh dengan kejahatan dan tertakluk kepada setiap jenis penggodaan setan; tetapi banyak kebenaran akan ditanamkan kepada orang itu, yang mempunyai hati suci. Jadi, Anak Sayangku, apakah masalah besarnya? Aku akan beritahu kamu masalahnya.

 

Hati orang teramai jahat dan terpesong. Hati kebanyakan orang penuh dengan kejahatan. Oleh itu, mereka menolak pekara dalam kataKu; kerana bukan kebenaran, kebenaran Aku, yang mereka inginkan. Tetapi, sebaliknya, mereka inginkan orang lain beritahu mereka bahawa mereka adalah betul. Inilah apa yang berlaku kepada Jesse.

 

Melalui keangkuhan, ego, kemegahan diri dan berminda hayun, dia telah jadikan dirinya sebagai hakim atas Aku, atas kerjaKu, dan atas kerjaKu melalui kamu. Ahli taurat cumalah ahli taurat. Ahli taurat tulis dan salin. Jesse merupakan ahli taurat; tetapi dia telah jadikan dirinya lebih tinggi daripada Aku dan kerjaKu dan kataKu. Kerana, dia telah jadikan dirinya sebagai hakim. Celakalah kepada hakim-hakim. Kerana kamu akan didapati serba kurang.”

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi.

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-2 November ini, 2011,

 

Linda Newkirk

 

Tetapi, terus bacakan, Kawan Tersayangku; kerana ada lebih lagi yang berkenaan Jesse. Bapa kita telah tunjukkan butiran mengejutkan lagi mengenai dia.

 

Jangan terkejut mengenai pengwahyuan ini. Begitu dahsyat penyerangan Satanis terhadap kerja ini! Mereka telah tidak tinggalkan sebarang cara tanpa dicubanya untuk memusnahkan aku dan untuk memusnahkan kerja kerajaan ini!

 

Berpeganglah pada keyakinan kamu; kerana setiap orang, yang memasuki kerajaan Penyelamat kita, akan dicuba dan diuji dalam api, seperti emas dan perak. Peperangan terhadap mereka yang “benar dan ikhlas,” adalah sangat hebat dan musuh sangat licik. Iblis merupakan pembohong dalam segalanya dan hambanya juga pembohong dalam segalanya.

 

Berkuatlah dalam keyakinan kamu! Bertekadlah untuk buat pekara yang betul dan untuk melayan Penyelamat kita. Ramai yang terbunuh untuk keyakinan mereka pada Penyelamat kita; dan ini sedang berlaku di seluruh bumi. Tetapi, ingat, jika kamu teraniaya dan terbunuh untuk kasihmu kepada Penyelamat kita: untuk terpisah dari badan adalah untuk bersama Penyelamat kita.

 

 

Pesanan Kedua Dari Penyelamat Kita

 

“Pembukaan Lapisan-Lapisan Jesse”

 

“...serigala itu menerkam dan mencerai-beraikan domba-domba itu...”

 

Yohanes 10:12

 

“Bapa, aku datang kepadaMu sekarang; kerana Engkau telah tunjukkan kepada aku satu penglihatan yang mendalam. Bapa, Engkau begitu menakjubkan aku; kerana Engkau tunjukkan pekara apabila Engkau bersedia. Dan, pada banyak masa, Engkau tunjukkan pekara dalam lapisan, mula-mula satu lapisan, dan kemudian satu lapisan yang lain.

 

Bapa, Engkau telah beritahu aku bahawa Jesse merupaka seorang ahli taurat dan dia telah tinggikan dirinya di atasMu; kerana dia telah jadikan dirinya hakim. Tetapi, Bapa, hari ini, Engkau tunjukkan lebih mengenai Jesse. Bapa kenapa Engkau tunggu begitu lama untuk tunjukkan aku perkara ini?”

 

“Anak SayangKu, untuk mendedahkan sesuatu merupakan kesukaan Aku; tetapi untuk mendedahkan sesuatu mengikut masaKu Sendiri juga merupakan kesukaan Aku. Melalui segalanya, Aku cuba dan uji ramai roh. Nampakkah? Dan, melalui ujian dan cubaan ini, Aku ingin lihat apa yang ramai akan buat; kerana melalui banyak pengujian, Aku mencuba hati orang.

 

“Jadi, bapa, melalui situasi dengan Jesse ini, engkau bukan saja telah mencubai hatiku, malah hati ramai orang.”

 

“Aku telah dan Aku akan lagi.”

 

“Bapa, aku akan tuliskan penglihatan berkaitan Jesse ini, supaya mereka, yang mengenali dia, atau tahu mengenai dia, juga boleh faham siapakah dia. Kerana, Penyelamat Terpuji, Engkau juga telah sembunyikannya dari aku, sehingga sekarang baru Engkau mendedahkannya.

 

Bapa, dalam penglihatan ini yang Engkau berikan mengenai Jesse, dia memakai satu cermin mata yang pelik. Ada lapisan-lapisan kaca pada cermin mata itu dan kesan melihat melaluinya merupakan pandangan terowong. Kemudian, Engkau tunjukkan kepadaku bahawa Jesse ada satu hidung plastik, seperti hidung yang orang beli untuk berlawak. Kemudian, Engkau tunjukkan kepadaku bahawa dia memakai flipper pada kakinya, seperti jenis yang penyelam pakai. Kemudian, Engkau tunjukkan aku sekeping kain dan apabila ia tergulung buka di depan Jesse dan diletakkan pada dinding, ia mengambil bentuk satu salib. Kemudian, aku perhatikan Jesse menandakan nama tertentu pada salib itu. Kerana, ada banyak nama pada salib itu; tetapi dia cuma tandakan nama tertentu sahaja. Bapa, ada lebih lagikah dalam penglihatan ini?”

 

“Ya, Anak SayangKu, ada lebih lagi; kerana kamu turut nampak Jesse berenang di bawah air ke lokasi-lokasi sulit dan di lokasi-lokasi sulit ini, dia bermesyuarat secara sulit; kerana kerja yang dia lakukan adalah kerja sulit.”

 

“Bapa, berkaitan dengan kain pada dinding, yang berbentuk salib, dengan nama tertentu dibulatkan, apakah itu?”

 

“Mereka itu merupakan mereka yang benar dan ikhlas yang dia telah tercari, orang terlepas (remnant) sebenar.”

 

“Tetapi, kenapa mereka perlukan Jesse untuk mengintip? Iblis ada pengintip dia sendiri.”

 

“Tetapi, dia bekerja dengan ajensi kerajaan, yang tidak tahu segala yang Iblis tahu.”

 

“Engkau bermaksud, ajensi kerajaan di China?”

 

“Aku maksud, khususnya, China, tetapi bukan sahaja di China.”

 

“Jadi, kenapakah dia enggan untuk menterjemahkan sebarang pesanan lagi?”

 

“Dia tidak ingin menterjemahkan pekara itu, yang akan dengan mendalamnya memberi kesan kepada ramai orang: AjaranKu dari Pistis Sophia, kataKu menentang Buddhisme, yang merupakan salah satu agama Iblis.

 

Selagi dia mempergunakan kamu untuk mencari mereka yang benar dan ikhlas, kerja kamu akan dibenarkan; tetapi kerja kamu tidak akan dibenarkan untuk mendedahkan banyak pesanan penting dari Pistis Sophia yang dalam dan tersembunyi; dan/ atau mensasarkan Buddhisme. Pada masa itu, mereka menetapkan hadnya; tetapi niat asal adalah untuk tidak melepaskan kerjaKu melaluimu; kerana kerja ini menarik ramai ke laman internetnya.

 

Tetapi, dengan pelepasan bayi-bayi suci cahaya, kerja mereka bertukar menjadi memusnahkan kebolehpercayaan kamu, tetapi untuk melakukannya secara senyap, kerana Jesse seorang penyusup dan dia masih mencari mereka yang benar dan ikhlas. Jadi, dia perlu melakukan serangan pada kebolehpercayaan kamu dengan agak senyap, dan tidak menyerang dengan begitu langsung. Ini sebabnya dia telah pergi ke belakangmu dan bercakap pembohongan mengenaimu kepada begitu ramai dan untuk menanam benih kesangsian. Dia ingin halaukan mereka pergi, satu demi satu, dan pada masa yang sama tidak kehilangan kredibiliti pada laman internetnya; kerana dia masih lagi seorang penyusup.”

 

“Oh, Bapa, perkara ini sungguh teruk. Bapa, kenapakah Engkau telah tunggu begitu lama baru beritahu aku?”

 

“Anak SayangKu, melalui satu pekara ini, Aku telah cuba hati ramai. Mereka yang benar dan ikhlas telah kekal benar dan ikhlas, tetapi yang lemah dan berminda hayun telah pergi. Ini sedang berlaku di seluruh dunia; dan apabila penyaringan ini telah selesai, cuma mereka yang benar dan ikhlas akan tertinggal.”

 

“Terima kasih banyak-banyak, Bapa. Aku sayangkan Engkau dengan banyaknya.”

 

“Dan, Aku sayangkan kamu, anakKu yang terharga. Aku juga teramat sayang anak-anak sayangKu yang ada di China dan ini sebabnya Aku sekarang beritahu kamu perkara-pekara ini. Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi.”

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada heri ke 4 November ini, 2011,

 

Linda Newkirk

 

 

“Oh, Bapa, Penyelamat Terpuji dan Terharga, aku datang kembali kepadaMu, kerana aku ada beberapa soalan lagi mengenai penglihatan ini. Bapa, apa yang hidung “palsu” pada Jesse bermaksud?”

 

“Anak SayangKu, jika kamu memakai hidung “palsu” pada muka kamu, apa yang ia maksudkan?”

 

“Oh, Bapa, aku tidak dapat bayangkan. Aku tidak akan memakai hidung palsu.”

 

“Tidak, kamu tidak akan memakai hidung “palsu”’ kerana kamu hamba sebenar Aku. Tetapi dia memakai hidung palsu; keranandia bukan hamba sebenar aku; tetapi dia seorang hamba palsu. Dia langsung tidak melayan Aku.”

 

“Dan, Bapa, beritahulah aku mengenai lapisan kaca itu, yang berikan dia pandangan terowong. Apakah yang ia maksudkan?

 

“Lapisan-lapisan kaca itu bermaksud banyak agensi perisikan sedang lihat melalui matanya dan pandangan terowong itu bermaksud dia sangat fokus pada kerjanya.”

 

“Apa yang flipper itu bermaksud?”

 

“Kamu telah nampakkannya. Dia melakukan kerja penyusupan yang mendalam antara pegerakan Kristian, terutamanya di China.” (Perhatikan: Dalam penglihatan, aku nampak Jesse berenang ke satu lokasi sulit, di bawah air dalam; dan di situ dia duduk dalam sebuah bilik bersama orang lain.)

 

“Tetapi, kenapakah mereka ingin gunakan dia untuk membawa kerja ini ke China?”

 

“Untuk cari mereka yang benar dan ikhlas. Mereka ambil risiko untuk mencari mereka yang benar dan ikhlas. Kemudian, semestinya, pada suatu masa, mereka juga mesti mencemarkan nama kamu. Dan, sudah untuk suatu waktu Jesse telah melakukan ini, tetapi secara sulit, di belakangmu.”

 

“Bapa, terima kasih kerana menjawab soalan-soalan ini dan kerana menunjukkan kepadaku pekara-pekara yang lain mengenai Jesse. Serigala datang untuk mencerai-beraikan domba-domba Engkau; kerana mereka diupah untuk berbuat demikian. Bapa, hukumlah serigala-serigala, yang datang ke rumah Engkau untuk mencerai-beraikan dombaMu. Ada banyak serigala dalam pakaian domba. Dengarlah tangisanKu menentang mereka, Bapa. Jatuhkanlah tukul penghakimanMu pada kepala serigala yang jahat. Kerana mereka selalu datang mengumpan orang ramai dengan kata-kata sedap mereka, dan kemudian memerangkap mereka dan mencerai-beraikan mereka. Oh, betapa liciknya mereka! Mereka kerja untuk memperolehi kepercayaan orangMu, dan setelah memperolehi kepercayaan, mereka mula berubah dengan mendadak dan mendedahkan niat jahat mereka. Akibat akhirnya adalah ramai yang kehilangan keyakinan. Ramai yang tercerai-berai. Mereka dibiarkan bersendirian dan keyakinan mereka kerap dipecah dan dimusnah.

 

Tetapi, Bapa, berkaitan kejahatan ini yang Jesse telah lakukan, Aku berdoa supaya kerja jahatnya tidak akan berjaya dan berbuah, dan aku berdoa supaya Engkau putarkan ini dan bawakan kebenaran mengenai Wahyu Dua Belas dan anaklelaki suci kepada bilangan orang yang lebih ramai lagi. Terpujinya Nama TerhargaMu, Bapa. Engkau layak ditinggikan, dimuliakan, dihormatkan, dan diperbesarkan di seluruh dunia! Aku sayangkan Engkau.

 

Pesanan Berakhir

 

 

Semoga kita semua belajar dari pengajaran “serigala” ini. Semua yang Iblis perlukan untuk memusnahkan keyakinan seseorang cumalah untuk menanam benih kesangsian.

 

Kawan Setia dan Tersayangku, keinginanmu untuk berkahwin dengan Penyelamat kita tidak akan tercapai dengan senang. Kerana, sebaik sahaja kamu menetapkan pandanganmu pada hadiah berabadi ini, Iblis tetapkan pandangan dia padamu untuk memusnahkanmu. Ganjaran kesyurgaanmu tidak akan datang dengan senang kepadamu, sebaliknya kamu berlu bertekad dalam keyakinan. Ini bukan jalan yang senang, malah satu jalan yang bersengsara besar dan dahsyat. Tetapi, ia merupakan Satu-Satu Jalannya Sahaja ke Kehidupan Abadi. Tuhan telah beritahu kita bahawa jalan ini merupakan jalan Lurus dan Sempit dan sikit saja yang menjumpainya. AlKitab beritahu kita bahawa jika mereka yang benar hampir-hampir tak terselamat, apa yang akan terjadi dengan yang lain.

 

Jauhkanlah dari pemikiran ajaib itu. Ia cuma akan bawakan kamu ke hukuman berapi. Ia bukannya “sekali selamat selalu selamat,” dan kamu tidak akan dengan tiba-tibanya terangkat keluar dan tidak perlu bersusah apa-apa pun. Sekarang datangnya ujian dan cubaan dengan api.

 

Kekallkan matamu pada Penyelamat kita. Kasihi Dia atas segalanya. Kasihi orang lain dan maafkan mereka, walaupun mereka tidak minta. Jangan kasihi dunia ini dan apa yang ada di dalamnya; kerana semuanya akan berlalu pergi.

 

Kekalkan hatimu bersih dengan berjalan dalam kasih dan pengampunan. Mengakulah dosamu kepada Penyelamat kita setiap hari dan minta Dia untuk mengampunkan dosamu setiap hari. Jangan biarkan dosa bertimbun dalam hidupmu. Satu timbun dosa dalam hidup seseorang merupakan sarang untuk Iblis.

 

Baca dan kajilah AlKitab suci, supaya kamu boleh mengetahi kata-kata Tuhan. Doalah setiap hari dan sepanjang hari; dan carilah untuk memperolehi hadiah karuniah Rohaniah yang Penyelamat kita  hendak berikan kepadamu. Carilah untuk memperolehi anaklelaki kecil suci dan doalah supaya Penyelamat kita jadikan kamu bersedia untuk terima anak kecil terharga cahaya dan api. Kamu mesti memperoleh dia untuk berkahwin dengan Penyelamat kita, seperti yang aku telah terangkan dalam penulisan terdahulu.

 

Berpeganglah pada kebenaran kerja kerajaan ini; kerana Iblis ingin curi kebenaran ini dari setiap roh. Dan, jika kamu bukan sangat bertekad dalam keinginan kamu untuk melayan Peneylamat kita, dan mengasihi Dia secara benar atas segalanya, Iblis akan dengan senangnya mengalihkan perhatianmu. Dia akan curi kebenaran rohaniah darimu! Dia akan jadikan orang lain menentangmu dan berikan kamu masalah. Dia akan tanamkan kesangsian. Dia akan serang kamu dalam segala aspek kehidupanmu dan apabila kamu paling tak menjangkanya, dia akan menjadikan kamu berderita hebat melalui penyerangannya. Dia amat keji dan tak berputus asa. Jadi, kamu mesti sangat bertekad.

 

Panggillah Nama Yesus; dan Dia akan selamatkan kamu dari Penyerangan Iblis. Cuma Dia yang boleh lawan dalam pertempuran ini. Kita sememangnya menentang kuasa dan pemerintah-pemerintah kegelapan BESAR dan kita tidak boleh melawan dalam pertempuran ini. Tetapi, Yesus boleh lawan dalamnya; dan Dia akan lawan dalamnya. Dia bersuka untuk melakukan untuk kita apa yang kita tidak mungkin lakukan untuk diri sendiri. Oh, betapa aku sayangkan Yesus!!!!

 

Dan, apabila semua pekara dahsyat ini sampai padamu, nyanyilah kepada Penyelamat Terpuji kita. Pujilah NamaNya. Dan, berterima kasihlah kepadaNya untuk segala yang kamu perlu berderita kerana kasihmu untukNya.

 

Betapa terberkatnya kita untuk dikira layak berderita demi kasih kepada Raja Maha Perkasa kita. Kemuliaan kepada Nama SuciNya selama-lamanya.

 

Aku sayangmu dengan kasih besar,

 

Linda

 

PS Aku sedang terima laporan dari beberapa orang antaramu, yang telah terima Anak Suci cahaya dan api; dan ada antara kamu yang diserang dengan sangat hebat! Apabila jalanmu menjadi sangat susah, jangan mengalah. Dengan kerap nyanyilah kepada Penyelamat kita dan pujilah Dia sepanjang hari dan malam. Dia akan bantumu, Dia akan bawakanmu kemenangan. Terpujinya Nama SuciNya.

 

Jika kamu ada keperluan rohaniah, tuliskanlah surat kepadaku. Aku akan mengatur untuk satu waktu berdoa melalui telefon.

 

http://www.prophecies.org

 

Linda Newkirk

 

P.O. Box 17277,

 

North Little Rock, AR, 72117

 

USA

 

Emel: lnewkirk_46@msn.com