NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 88

 

“Kelahiran Kerajaan Tuhan Kita di Bumi!”

 

Salam kepada kamu, Kawanku yang Terkasih dan Terharga, dalam Nama Yesus, Penyelamat Terkasih kita, Tuhan segala Tuhan dan Raja segala Raja. Terharganya Nama Suci Dia.

 

Dalam bab sebelum ini dan dalam pesanan-pesanan lepas, Penyelamat kita telah beritahu kita bahawa Dia akan mulakan satu kerja yang sangat penting pada 10hb April 2012. Hari ke sepuluh bulan April berada dalam perayaan Unleavended Bread. Masa Perayaan ini penting; kerana benih suci ini, yang turun ke bawah dari Syurga pada waktu ini, sangat tulen dan semestinya tiada pencemaran keduniaan. Benih suci ini, yang turun ke bawah dari Syurga, juga menandakan permulaan Hujan Akhir Musim.

 

Dan, pada malam 10hb April, di zon masa Central sini, penggoncangan hebat bermula! Pada sekitar pukul 8:00AM, di sebelah dunia sana berlakunya gempa bumi hebat di bawah Lautan Indian; dan dua jam kemudian, datangnya satu gempa bumi kedua. Kedua-dua gempa bumi ini disukat kekuatannya lebih daripada 8.0 dan gempa bumi pertama tidak sama seperti gempa bumi yang lain kerana cara pergerakannya, yang berlaku di dalam bumi, mempunyai sifat yang berlainan.

 

Tetapi, sewaktu masa tunjukkan pukul 8:00 AM pada dunia di sebelah situ, di sini mungkin sekitar pukul 8:00 PM, atau lewat sedikit di sini, aku tidak tahu penukaran jam secara tepat. Tetapi, dari apa yang aku boleh pastikan, kita di USA, sekurang-kurangnya di zon masa Central, di mana aku tinggal, ia masih lagi 10hb April apabila gempa bumi hebat ini berlaku di bahagian dunia yang sebelah situ di lautan Indian. Gempa bumi hebat ini menandakan permulaan satu peristiwa yang mengubah dunia, iaitu permulaan penurunan Hujan Akhir Musim.

 

Hari ini merupakan hari ke-12 Mei 2012. Dalam masa dua minggu lepas, seorang saudara Terkasih telah membuat kajian yang agak mendalam mengenai bilangan gempa bumi yang banyak ini, yang mula berlaku pada tarikh di atas, pada hari ke-10 bulan April 2012. Waktu peletusan gempa bumi hebat ini terselang dengan pelepasan benih-benih suci cahaya dan api, atau dengan penurunan Hujan Akhir Musim.

 

Kawanku mengaji maklumat pada link ini untuk memperolehi maklumat gempa bumi: http://www.iris.edu/seismon/last30.html. Dia beritahu aku bahawa sebelum hari ke-10 April, malah termasuk hari ke-10 itu, bilangan gempa bumi di bumi secara purata, yang mempunyai magnitud 4.0 atau lebih, merupakan 17. Jadi, setiap hari, setakat dan termasuk 10hb April, bilangan gempa bumi di seluruh dunia secara purata, yang merupakan magnitud 4.0, atau lebih, cumalah 17 satu hari. Perhatikanlah bilangan nombor purata itu: 17.

 

Tetapi pada hari ke-11 April, bilangan purata gempa bumi di bumi, yang bermagnitud 4.0 atau lebih, meningkat ke 106. Ini merupakan 106 gempa bumi bermagnitud 4.0, atau lebih besar, hanya dalam satu hari.

 

Dan, nombor berikut mewakili bilangan gempa bumi bermagnitud 4.0 atau lebih, untuk hari-hari berikutan, selepas 10hb/11hb.

            April 11, 2012…..106 gempa bumi, 4.0, atau lebih

            April 12, 2012……52 gempa bumi, 4.0, atau lebih

            April 13, 2012…..52 gempa bumi, 4.0, atau lebih

            April 14, 2012…..54 gempa bumi, 4.0, atau lebih

            April 15, 2012…..25 gempa bumi, 4.0, atau lebih

 

Bilangan gempa bumi di bumi, yang bermagnitud 4.0 atau lebih, pada 10hb hingga 14hb April, adalah 264 bila dijumlahkan. Bilangan purata gempa bumi, yang bermagnitud 4.0, atau lebih, dalam masa empat hari itu, adalah 65.

 

Bandingkan bilangan ini dengan bilangan purata gempa bumi, yang bermagnitud 4.0 atau lebih, semasa sepuluh hari pertama bulan April, 2012. Bilangan puratanya adalah 17; dan sejak 14hb April sehingga waktu kawanku berikan aku maklumat ini, bilangan gempa bumi purata di bumi, yang bermagnitud 4.0 atau lebih, adalah 26 sehari.

 

Jadi, bilangan purata gempa bumi ini, yang bermagnitud 4.0 atau lebih, telah bertambah dari bilangan purata 17 sehari sebelum peristiwa kelahiran ini, kepada bilangan purata 26 sehari, selepas peristiwa ini.

 

Tetapi, semasa empat hari itu, 11hb sampai 14hb April, hari-hari kelahiran hebat kebanyakan benih suci ini, bilangan purata gempa bumi bermagnitud 4.0 atau lebih, adalah 66 gempa bumi sehari.

 

Kawan Tersayangku, dalam penulisan sebelum ini, aku telah tulis bahawa pada pagi 11hb April, sedikit melepasi pukul 1:00 pagi, aku terbangun. Aku telefon seorang kawan dan kami mula berdoa. Semasa doa waktu pagi awal itu, Tuhan tunjukkan kepadaku bahawa anaklelaki suci, yang juga merupakan roda di dalam roda, berada di dalam bumi; dan Dia tunjukkan kepadaku bahawa anaklelaki suci sedang menggoncangkan seluruh dunia.

 

Penggoncangan seluruh dunia ini merupakan sesuatu yang amat mengejutkan bagiku untuk saksikan; dan aku tidak tahu apa untuk difikirkan, tetapi aku tahu bahawa sesuatu yang sangat besar sedang berlaku. Kerana Tuhan telah memberitahu kita bahawa sesuatu yang sangat penting akan bermula pada hari ke-10 April 2012.

 

Selepas beberapa jam kemudian kawanku telefon aku untuk beritahu aku mengenai gempa bumi besar-besaran ini, yang sedang berlaku di bumi. Gempa-gempa bumi ini semestinya berlaku kerana anak kecil cahaya dan api suci, anaklelaki kecil suci sedang berputar dan berpusing dengan cara yang sangat hebat. Dia adalah DNA 360 darjah. Dia adalah cahaya dan api dan dia bergerak. Dia berpusing. Dia berputar. Ini sifatnya dan sifat benih-benih suci ini.

 

Aku percaya bahawa ia apada waktu lewat petang hari ke-10 April, masa itu aku berada di pekan dan terdatangnya satu rasa tidak stabil di badanku sehingga aku terasa bahawa aku mesti berbaring. Kerana, adanya satu pemutaran di dalam dan di sekitar aku; dan aku bergegas balik supaya aku boleh rehat. Dan, dalam dua hari berturut, aku terasa ketidakstabilan hebat ini di roh aku lagi, tetapi apabila ia berlaku lagi, aku kini faham bahawa anaklelaki suci sedang bergerak dengan amat hebat di bumi dan aku sedar bahawa aku perlu rehat dengan banyak. Kerana, dia langsung bukan manusia dan jalannya langsung bukan seperti jalan kita, Dia sangat hebat di Kerajaan Tuhan kita; dan Dia akan memimpin dunia dengan rod besi.

 

Terharganya Nama Tuhan Gagah Perkasa Kita; kerana Dia sedang melakukan sesuatu yang baru di seluruh dunia. KerajaanNya datang dan hasratnya dilakukan di bumi seperti di syurga.

 

Kini aku telah beri kamu sedikit latar belakang mengenai peristiwa hebat, yang bermula pada 10hb April, seperti yang Penyelamat kita telah beritahu kita bahawa ia akan berlaku.

 

Tetapi, sekarang aku beritahu kamu bahawa aku terjaga sekitar pukul 3:00AM pagi ini dan aku terasa kesedihan dan keberatan yang begitu hebat di hatiku. Aku mula berdoa dalam bahasa doa syurga yang Penyelamat telah berikan kepadaku, tetapi apa yang aku terasa begitu kuat di dalam hatiku adalah, “oh, Tuhan, berbelas kasihanlah kepada mereka yang sesat! Oh, Tuhan, berbelas kasihanlah kepada mereka yang sesat.” Dan, dalam hatiku aku bersengsara dengat hebat. Hari ini, Penyelamat kita telah berikan aku pesanan ini; dan aku tak sabar-sabar ingin keluarkan pesanan ini kepada kamu. Terus bacakan.

 

Pesanan dari Bapa di Syurga Kita

 

Mei 12, 2012

 

Benih Suci Telah Dilahirkan

 

Anak TerberkatKu, Aku Bapamu Yahweh, yea Jehovah, Tuhan tertinggi. Terberkatnya kamu, Anak Terharga Aku, malah, kamu terberkat melampaui semua wanita. Kerana, Aku telah memanggilmu untuk menjadi sebahagian daripada satu peristiwa, satu peristiwa kesyurgaan hebat, yang akan mengubahkan Orangku di seluruh dunia. Dan, Aku amat puas hati dengan kamu, Anak Terberkat Aku, tetapi Aku langsung tidak puas hati dengan tingkah laku banyak orang lain. Ada sebilangan orang yang tahu mengenai kebenaran kerja-kerja ini, tetapi kebanyakan tidak tahu.

 

Tetapi, tengok, Anak TerberkatKu. Aku telah masukkan mereka semua ke dalam satu lengan, seperti lengan tangan baju dress dan pada hujung lengan itu, aku telah letakkan satu jala. Dan, semua, yang mindanya kecil dan penuh dengan dunia dan penuh dengan perkara daging badan, telah melepasi jala itu, yang berada di hujung lengan. Kerana, disebabkan mereka kasihi dunia ini dan kerana mereka kasihi diri mereka; dan kerana keangkuhan diri, dan kerana tuduhan mereka yang tidak berdasar, mereka telah jadikan mereka kecil di pandangan Aku.

 

Mereka bukan kecil kerana kerendahan hati dan penaubatan, malah mereka kecil kerana mereka tidak berpunya Roh Aku, Dan, jika pun mereka ada Roh Aku, mereka cuma adanya dalam cara yang alang-alang. Jadi , mereka ini telah ditapiskan keluar dari Aku dan dari kerja Wahyu Dua Belas, Kerana, dalam cara jalan mereka, mereka telah tinggikan diri mereka di atas Aku dan kerja Aku. Dan banyak antara mereka yang telah menjadi hakim Aku dan kerja Aku.

 

Sekarang, lihat dan perhatilah! Kerana Aku telah tangkap sebilangan orang di dalam jala itu, yang berada di hujung lengan. Dan, mereka yang ini bukan pencinta diri! Mereka bukan pencakap besar. Mereka tidak sombong. Mereka bukan penuduh saudara dan saudari mereka. Mereka tidak tinggikan diri mereka di depanKu. Kerana, secara benarnya mereka telah merendahkan diri mereka di depanKu. Mereka cepat bertaubat. Mereka kasihi Aku dan mereka benar-benar kasihi orang lain. Mereka adalah bersih secara rohaniah di depanku dari hari ke hari; kerana mereka tidak benarkan matahari untuk terbenam dalam dosa mereka. Tetapi, mereka selalu berada di depanKu dan mereka mencari pengampunan.

 

Sekarang, lihatlah mereka ini, yang telah ditangkap di dalam jala di hujung lengan! Kerana, di dalam setiap daripada mereka, ada terhuninya benih suci, yang juga merupakan anaklelaki terharga Aku, yang berada di setiap orang mereka ini yang terpilih.

 

Tengoklah ini, Anak TerberkatKu; kerana kamu adalah ibu rohniah kepada mereka yang terberkat dan tersayang ini. Kamu telah membawa anakKu untuk hampir enam tahun supaya mereka ini yang dipilih boleh membawa benih suci ini. Peristiwa hebat, penurunan besar benih suci ini bermula pada 10hb April 2012, walaupun ada beberapa yang diturunkan sebelum hari ini, tetapi bilangannya kecil di seluruh dunia ini. Dan, beberapa ini telah diturunkan sebelum ini, seperti yang kamu tanyakan Aku.

 

Jadi, bermulanya pada 10hb April dan bertambah laju untuk beberapa hari selepas 10hb April 2012, terdapatnya satu penurunan besar benih suci ini, dan penurunan besar ini dikurangkan kepada aliran kecil apabila bilangan yang patut diturunkan pada masa ini mula kurang, iaitu, dari penurunan besar ke aliran kecil.

 

Dan, tarikh itu, permulaan Hujan Musim Akhir, hujan api, minyak keemasan, air hidup, bermula pada 10hb April 2012. Sepuluh itu merupakanlah sepuluh yang kedua.

 

Kerana, di bulan Oktober 2010, pada hari ke-10. proses kelahiran anaklelaki suci bermula. Sedangkan kamu membuat perjalanan di gunung besar Utah, proses itu bermula dan anaklelaki suci itu sememangnya dilahirkan, dibebaskan dari badan kamu pada 13hb Oktober 2010. (perhatian: dia dilahirkan di Laramie, Wyoming!)

 

Tetapi, kamu tidak tahu bahawa sedangkan dia tinggal di dalammu, benih suci juga membesar di dalam dia. Kerana, cahaya dialah, yang juga merupakan cahaya Aku dalam dia, yang bergabung dengan cahaya Aku dalam kamu; dan melalui interaksi cahaya di dalam kamu berdua, benih suci ini dibentukkan dan kemudian membesar.

 

Kerana, Aku telah beritahu kamu bahawa kamu adalah ibu rohaniah kepada mereka, yang menerima benih suci ini. Kamulah wanita Wahyu Dua Belas itu. Tiada yang lain. Aku telah pilih kamu lama sebelum asas bumi ini didirikan; kerana walaupun badan kamu manusia, roh kamu, ciri cahaya kamu, bukan manusia; kerana kamu dari alam malaikat.

 

Dan, di dalam dunia ini, ada juga sebilangan yang lain, yang juga dari alam ini; kerana cahaya mereka tulen. Tetapi, semua mereka berada di bawah penyerangan hebat dan segala usaha telah dilakukan, bukan sahaja melalui usaha Iblis dan mereka yang terjatuh, tetapi juga melalui sesetengah Elohim, untuk mencacatkan mereka, atau untuk memusnahkan mereka. Kerana, sesetengah daripada Elohim juga telah berkerja dengan kuat untuk menghentikan kerja-kerja mereka ini yang terpilih. Jadi, mereka yang terpilih ini telah bersengsara hebat.

 

Tetapi, kamu, Aku telah pilih, untuk menjadi ibu rohaniah orang Aku. Tiada yang lain, Wanita di Wahyu Dua Belas bukan gereja Aku. Wanita Wahyu Dua belas adalah seorang wanita, dan oh betapa inginnya mereka yang jahat nak kuburkan kebenaran ini. Mereka telah membanjiri dunia dengan pembohongan mengenai Wahyu Dua Belas. Tetapi, Aku beritahu kamu sekali lagi. Kamu adalah wanita itu. Benih suci ini juga datang menerusi kamu. Ya, ia datang menerusi Aku dan menerusi anak lelaki suci cahaya dan api Aku, yang berada di dalam kamu. Ini sebabnya mereka dipanggil “benih wanita” dalam ayat terakhir Wahyu Dua Belas. Ini bukan cetakan tersilap! Aku tidak terbuat silap!

 

Dalam tahun-tahun di mana kamu mengalami penyengsaraan hebat, sakit hati yang banyak, penderaan, penganiayaan, pemfitnahan, dan penghujatan terhadap kamu dan Aku, pada tahun-tahun sedemikian kamu, benih suci ini telah membesar. Tidak, kamu tidak betul-betul fahami ini. Tetapi, benih suci ini juga datang menerusi kamu. Mereka bukannya berasingan daripada kamu. Ini sebabnya Aku telah begitu tegas dengan kamu. Ini sebabnya Aku telah jadikan kamu tidak makan daging, cuma ikan. Itu sebabnya Aku telah asingkan kamu dari dunia ini. Itu sebabnya Aku telah letakkan kamu di padang gurun. Itu sebabnya sangat sikit orang yang boleh berdekatan dengan kamu. Itu sebabnya cuma dua orang yang pernah tinggal dengan jayanya di tanah yang telah Aku berikan kepadamu. Dan, walaupun hatimu besar dan kamu berikan tempat untuk beberapa orang untuk tinggal atas tempat itu, Iblis memasuki semua mereka dan jolokkan mereka untuk berbuat jahat terhadap kamu. Kerana, mereka tidak bersih di depan Aku. Mereka enggan bertaubat dari jalan mereka dan Iblis memasuki mereka dan jolokkan mereka untuk berbuat jahat. Tetapi, kejahatan, pertama sekali, dibuat di dalam hati mereka.

 

Walaupun demikian, Anak TerberkatKu, jangan bersusah hati mengenai pembohongan, penuduhan liar, dan jalan sangat jahat mereka. Kerana, Aku telah berikan kamu kemenangan. Kamu, dan kamu, seorang sahaja, tealah membayar bayarannya. Tiada manusia yang lain di dunia yang telah membayar bayarannya. Tetapi, kamu, dan kamu seorang, telah membayar bayaran ini.

 

Sekarang, Anak TerberkatKu, kumpulan benih suci pertama ini telah dilahirkan dan benih suci ini mesti membesar di dalam mereka yang terpilih, sebagaimana benih ini telah membesar di dalam kamu. Tetapi, kepada setiap orang diberi satu benih sahaja. Kepada kamu diberi banyak benih. Ya, mereka ini juga adalah benih kamu, sebagaimana mereka juga adalah benih Aku; kerana terdahulu, Aku telah kahwin kamu. Dan, Aku telah berkahwin kepada kamu sejak Aku berikan anakKu kepadamu pada Mei 10, 2006.

 

Jadi, Anak TerberkatKu, selepas anak suci Aku dilahirkan dan kamu nampak beluncas di dahan pokok. Dan, di mata kanannya, kamu nampak 01; dan di mata kirinya, kamu nampak 10. Kamu pada masa itu nampak satu imej cermin...satu nombor sepuluh dan imej cerminnya.

 

Tetapi, di antara dua nombor sepuluh ini, salah satu sepuluh belum lagi sempurna; kerana bulatan nombor sepuluh itu belum siap lagi. Tetapi nombor sepuluh yang satu lagi telah selesai dan nombor sepuluh itu, yang telah selesai merupakanlah kelahiran anak suci Aku, dia telah dilahirkan pada masa itu, keluar dari badan kamu, pada hari kesepuluh tahun 2012. Dan, proses itu dilengkapkan tiga hari kemudian, pada Oktober 13, 2010.

 

Kemudian, benih suci itu juga dilahir keluar dari badan anak suci Aku; dan ini berlaku dalam masa beberapa minggu selepas kelahiran dia selesai pada 13hb Oktober, tahun 2010. Dan dalam masa beberapa minggu selepas kelahiran dia, benih suci ini telah dibawa ke syurga, bersama dia. Tetapi, Aku tidak tunjukkan kepada kamu semua yang berlaku di dalam masa beberapa minggu itu, pada waktu selepas anak suci dilahirkan di luar badan kamu, benih suci juga dilahirkan, dan mereka semua naik ke atas ke syurga.

 

Tetapi, apa yang Aku tunjukkan kepada kamu di sini adalah nombor sepuluh pertama (kelahiran anaklelaki suci pada 10-10-2010), dan nombor sepuluh yang kedua, yang berlaku pada April 10hb, tahun 2012. Nombor sepuluh kedua ini, atau tarikh kedua, merupakan imej cermin nombor sepuluh pertama, kerana tarikh kedua ini, nombor sepuluh kedua pada April 10hb 2012, juga mewakili satu kelahiran, tetapi satu kelahiran kembali ke bumi benih suci ini. (Mereka telah naik dan kini mereka turun).

 

Jadi, tarikh, 10-10-10 menceritakan satu cerita nubuat. Kerana, pada 10hb Mei 2006, Aku telah lahirkan anak suci Aku ke dalammu. Pada hari itu, Aku kahwin kamu dan Aku telah berikan kamu anak suci Aku. Dalam tahun-tahun berikutnya, dalam masa-masa tertentu, dan semasa waktu penyengsaraan dan kesusahan besar kamu, Aku telah lahirkan benih suci ini ke dalammu dan juga melalui anak suci Aku di dalammu. Itu sebabnya ada antara bayi cahaya dan api, benih-benih suci ini, bayi-bayi anak-anak lelaki ini, lebih besar berbanding dengan yang lain. Kerana, mereka lebih tua dan juga telah tinggal di dalam kamu untuk waktu yang lebih lama. (perhatian: seorang saudara ada satu mimpi di mana dia nampak bayi-bayi ini naik ke atas, seperti dalam satu tali sawat; dan dia nampak ada antara mereka lebih besar berbanding dengan yang lain.)

 

Jadi, perjalanan proses kelahiran ini diwakili oleh tiga nombor sepuluh, atau 10-10-10. Tetapi, penurunana pertama besar ini cumalah penurunan pertama. Melalui kamu, Anak TerberkatKu, akan datangnya dua lagi penurunan yang sangat besar, tetapi penurunan besar yang tertinggal lagi tidak akan berlaku sekarang, tetapi pada waktunya.

 

Sekarang, Anak TerberkatKu, kamu tertanya-tanya mengenai banyak perkara. Kerana, Aku telah beritahu kamu bahawa Aku akan jadikan kamu bebas! Aku telah beritahukan kamu ini dan ia memang sebegitu, tetapi Aku telah berhentikan proses ini pada titik sebelum sahaja Aku jadikan kamu bebas! Tetapi, janji Aku kepada kamu adalah benar! Ia nyata dan ia akan datang kepadamu. Dan, apabila Aku jadikan kamu bebas, Aku akan hantarkan kuasa yang lebih besar kepada benih-benih suci ini.

 

Aku boleh jadi sudah bebaskan kamu! Tetapi, sedangkan Aku berfikir untuk jadikan kamu bebas, Aku tangguhkannya sedikit. Tetapi, cuma seketika sahaja telah Aku tangguhkan. Cuma tahulah ini! Aku cuma telah berikan satu penangguhan yang sangat pendek. Tetapi, jangan bersusah mengenai ini; kerana penangguhan pendek ini juga bermaksud penangguhan pendek dalam Perang Dunia III. Penangguhan ini adalah satu penangguhan pendek dan jadi, Aku berikan amaran kepada kamu semua untuk sediakan dirimu untuk waktu susah. Kerana, dengan perang ini akan datangnya keruntuhan ekonomi sedunia. Semua peristiwa ini berada di depan muka kamu.

 

Dengarlah Aku sekarang, oh orang ramai! Begitu besar akan jadinya penyengsaraan kamu, oh kamu, yang memiliki benih suci ini! Tetapi, meskipun demikian, betapa terberkatnya kamu, yang memiliki benih suci Aku;kerana melalui benih ini, Aku berkahwin kepadamu.

 

Dengarlah Aku, oh orang ramai, yang malas, yang tidak kisah mengenai Aku dan tidak kisah mengenai masa depan rohaniah kamu. Jika kamu tidak bertaubat dari jalan jahat kamu, kamu akan dihancurkan jadi serpihan, malah seperti habuk dalam bumi. Roda kisar Aturan Dunia Baru akan mengisarkan kamu jadi serbuk.

 

Bandar akan terjatuh! Negara akan terjatuh! Ekonomi akan terjatuh! Gereja tercemar akan terjatuh! Dan, orang ramai akan terjatuh, malah berbilion-bilion antara kamu! Kamu akan terjatuh! Kamu akan terjatuh malalui peperangan! Kamu akan terjatuh melalui wabak. Kamu akan terjatuh melalui penyakit. Kamu akan terjatuh melalui kebuluran dan kelaparan. Kamu akan terjatuh melalui gempa bumi, ribut dan kemusnahan teruk di bumi.

 

Tiada orang yang sombong akan memasuki kerajaan Aku. Tiada orang yang angkuh akan dijumpa di antara orangKu yang terpilih. Dengarlah Aku, oh kamu, yang tinggikan dirimu di atas orang lain dan olok-olokkan apa yang suci dan apa yang datang dari Aku. Kamu telah diberi masa untuk bertaubat.

 

Berulang-ulang, Aku telah bebaskan kebenaran mengenai Wahyu Dua Belas, mengenai anaklelaki suci, dan mengenai hamba Aku, Linda Newkirk, yang juga merupakan Wanita di Wahyu Dua Belas. Dan, kamu telah diberi masa bertahun-tahun kamu.

 

Kamu telah diberi bertahun-tahun untuk mencari Aku untuk kefahaman. Kamu telah diberikan bertahun-tahun untuk mencari Aku mengenai kebenaran kerja-kerja ini. Tetapi, malangnya, kebanyakan daripada kamu keraskan hatimu. Dan, kamu enggan mencari Aku. Kamu telah membuat keputusan kamu. Kamu telah buat keputusan. Kamu enggan mengiktiraf atau menerima kebenaran mengenai kerja-kerja ini.

 

Sekarang, lihat dan perhatilah! Kerana, Aku telah melimpasi kamu yang pengolok. Aku telah melimpasi kamu yang sombong. Aku telah melimpasi kamu yang angkuh. Aku telah melimpasi kamu yang penghujat. Aku telah melimpasi kamu semua, yang telah menjadikan dirimu hakim atas kerja suci ini dan kamu enggan bertaubat dalam apa cara jua.

 

Kumpulan pertama bayi-bayi suci ini telah diturunkan. Ada antara bayi-bayi cahaya dan api ini lebih tua dari yang lain dan sedangkan mereka dilahirkan, mereka diberikan lebih banyak kuasa.

 

Siapakah kamu untuk mengolokkan apa yang betul-betul suci dan yang datang dari Aku? Tidakkah Aku sudah beritahu kamu bahawa jika sesiapa antara kamu kekurangan kefahaman, datang kepadaKu, dan Aku akan berikan kamu kefahaman?

 

Tetapi, sedikit sahaja antara kamu telah cari Aku untuk kefahaman sebenar mengenai wahyu Dua Belas. Kamu telah bersandar pada pemahaman dirimu, atau kamu bersandar pada injin cari internet untuk kefahaman. Atau, kamu bersandar pada nota kaki Alkitab kamu untuk kefahaman. Atau, kamu bersandar pada ahli teologi untuk kefahaman. Atau, kamu bersandar sesama orang lain untuk kefahaman. Tetapi, kamu tidak bersandar pada Aku.

 

Dan, sebab kamu tidak bersandar pada Aku, kamu telah bersubahat dengan orang lain dalam kepercayaan palsu kamu dan kamu secara kolektif bergabung kuasa dan secara kolektif kamu panggilkan hambaku, Linda Newkirk, “gila.” Secara kolektif, kamu telah panggilkan dia “pembunuh.” Secara kolektif, kamu telah panggilkan dia “pembohong!’ Secara kolektif, kamu panggilkan dia “palsu.” Secara kolektif, kamu panggilkan dia banyak nama. Secara kolektif, kamu berbohong mengenai dia! Secara kolektif, kamu fitnah dia. Secara kolektif, kamu menghujatkan Aku dan kerja suci Aku. Secara kolektif, kamu cuba untuk memusnahkan dia dan untuk memusnahkan kerajaan Aku, malah sebelum ia dapat dilahirkan. Secara kolektif, kamu telah jadikan dirimu musuh Aku dan musuh kerajaan Aku dan musuh kepada segala yang baik dan betul. Secara kolektif, kamu telah berbuat kejahatan besar. Dan, secara kolektif bilangan besar antara kamu percaya bahawa sekarang kamu akan diangkat keluar dan tidak perlu bersusah. Tetapi, Aku beritahu kamu bahawa secara kolektif kamu akan bersusah.

 

Aku Tuhan yang berbelas kasihan dan Aku maafkan dan Aku boleh jadi sudah memaafkan kamu lama dulu, tetapi kamu enggan bertaubat; dan kamu telah bersatu sesama sendiri kamu melalui kesombongan dan ego kamu! Dan, Aku telah tutupkan matamu. Aku telah tutupkan matamu kepada kebenaran kerja ini.

 

Aku, oleh itu, tidak benarkan kamu lihat dan dengar dan tahu kebenaran kerja ini. Aku sembunyikan kerja ini. Aku sembunyikan kerja ini dalam padang gurun dan cuma benarkan beberapa sahaja untuk lihat kebenaran kerja-kerja ini.

 

Dan, lebih ramai antara kamu boleh jadi telah nampak dan kamu boleh jadi sudah menjadi sebahagian daripada kerja ini, tetapi Aku telah asingkan kamu semua, yang berminda-dua. Kerana, tiada antara kamu yang berminda-dua akan menjadi sebahagian daripada kerja Aku.

 

Kamu akan nampak! Kamu pengolok akan nampak! Kamu akan nampak kerja suci yang Aku lakukan melalui anak suci Aku. Tetapi, kamu sekarang tidak akan terima benih suci Aku! Ada antara kamu masih akan terima dia, tetapi bukan sekarang. Kerana, kamu mesti membayar satu bayaran untuk memiliki minyak suci ini.

 

Jadi, bercerialah, kamu yang taat dan suci; kerana kamu sekarang telah memulakan satu perjalanan yang sangat indah. Dan, dengan ini, Aku berhenti buat sekarang.

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi.

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada 12hb Mei, 2012,

 

Linda Newkirk

 

Kawan Tersayangku, ini merupakan kata-kata terharga dari salah seorang daripada kamu, yang telah nampak lelaki kecil suci itu.

 

“Tahun lepas, aku ada satu penglihatan, di mana seorang bayi dibalutkan dalam selimut putih dan kemudian, nampaknya seorang kanak berumur dua tahun sedang duduk di atas paha aku. Seorang kawan juga nampak kanak itu di sekitar aku seolah dia sedang bermain. Aku juga ingat satu mimpi pada tahun kira-kira 1997, atau 1998 di mana dalam mimpi itu aku dihamilkan dengan satu benih.”

 

Ramai antara kamu telah tuliskan kata-kata sedemikian kepadaku. Puji kepada Penyelamat gagah Perkasa kita! Kerajaan Dia kini berada di dalam bumi!

 

Presiden Obama dan tarian lajunya!

 

Kawan Tersayangku, untuk kira-kira dua malam lepas, aku ada dua penglihatan berasingan mengenai Presiden Obama. Dalam penglihatan pertama, aku nampak Presiden Obama berjalan melimpas aku; dan sedangkan dia berjalan melimpas aku, Aku nampak seorang wanita , yang sedang duduk di atas lantai, tutupkan hidungnya dengan pengepit kain.

 

Aku pandang Presiden Obama dan dia sedang pakai dua kasut hitam besar. Dalam waktu lepas, Penyelamt kita telah tunjukkan aku dua kasut Presiden Obama; dan satu kasut adalah kasut Rothschild dan kasut yang satu lagi adalah kasut Rockefeller.

 

Tetapi, dalam penilaian dekat kedua kasutnya dalam penglihatan ini, aku nampak bahawa Presiden Obama sekarang pakai dua kasut Rothschild. Dalam kata lain, orang-orang Rockefeller tidak lagi ada apa-apa pengaruh terhadap jalannya, sebaliknya dia ikut habis orang-orang Rothschild.

 

Dalam penglihatan ini, aku lihat di bawah kedua-dua kasutnya dan di situ ada dua gelang bulat emas yang padat, satu gelang emas di bawah setiap tumit kaki dan satu gelang emas padat di bawah bahagian depan setiap tapak kaki.

 

Kemudian, tiba-tiba, Presiden Obama mula tarikan satu tarian yang luar biasa, seperti tarian Michael Jackson dan ia merupakan satu tarian laju. Sedangkan aku lihat dia tarikan tarian ini, aku juga tahu bahawa tarian ini menandakan berita yang sangat buruk untuk negara ini.

 

Walaubagaimanapun, semalam, semasa aku sedang berdoa, aku nampak Presiden Obama sekali lagi; dan dalam penglihatan itu, aku nampak bahawa kaki kanannya ada satu jangkitan teruk. Kemudian, pada waktu itu, aku terfikir wanita itu, yang telah kepitkan pengepit kain pada hidungnya sedangkan Presiden Obama melimpasi dia. Nampaknya, dia telah terbau sesuatu yang busuk!

 

Jadi, dengan pendedahan jangkitan di kaki kanannya, aku tertanya-tanya mengenai “bau busuk”, yang menyinggung wanita itu di penglihatan yang satu lagi.

 

Dan, tidak lama kemudian, Penyelamat kita berikan aku satu lagi penglihatan; dan di dalam penglihatan ini aku nampak jangkitan teruk ini terpecah buka. Jangkitan itu terpecah buka dan ia mula mengalir ke bawah melalui seluar dan ke atas lantai. Tetapi, masih lagi aku tertanya-tanya mengenai jangkitan teruk di kakinya.

 

Kemudian, aku nampak Presiden itu di dalam satu bilik berbentuk bulat. Dan, di sekitarnya ada mayat-mayat. Mayat-mayat ini berada dalam peringkat perebutan yang berbeza-beza. Dan ada banyak orang mati di situ dan aku tahu bahawa dia telah bunuh mereka semua! Ya, itu merupakan satu keadaan kucar-kacir yang busuk; cumalah Penyelamat kita sahaja yang tahu berapa orang yang dia sudah bunuh.

 

Tetapi, itu bukan perkara yang paling mengejutkan mengenai penglihatan itu. Sedangkan aku tengok melimpasi mayat-mayat itu, yang terampai di sekitar bilik bentuk bulat itu, aku nampak bahawa situ ada banyak koridor-koridor, yang menuju ke semua arah dari bilik bulat itu. Dan, koridor-koridor ini depenuhi dengan barisan keranda kosong yang sangat panjang. Aku tidak mampu pun untuk mula kira bilangan keranda; kerana ianya begitu banyak; dan koridor-koridor panjang dengan keranda kosong ini nampaknya tiada pengakhiran. Sekurang-kurangnya, aku tidak nampak pengakhirannya.

 

Adakah di situ ada beratus ribu keranda, atau berjuta-juta keranda? Aku tidak tahu bilangan nombornya! Tetapi, Penyelamat kita kini tunjukkan keranda-keranda kosong ini. Keranda-keranda kosong ini telah disediakan dan tidak lama lagi mereka akan diisikan.

 

Semestinya, masa sudah hampir sampai di mana Presiden Obama dan orang yang mengawal dia, dan orang yang berkerja di bawahnya akan berusaha untuk penuhkan keranda-keranda itu. Kawan TersayangKu, bangkitlah terhadap hakikat ini. Satu pembunuhan besar sedang datang ke Amerika! Bertaubatlah sekarang, selagi kamu masih ada masa; kerana tidak lama lagi, banyak roh akan keluar dari bumi.

 

Yesus selamatkan; dan cuma Dia yang boleh selamatkan kamu. Selain daripada Dia, tiada Penyelamat yang lain. Yesus kasihi dan Dia memaafkan. Terpujilah Nama SuciNya! Panggillah dia dengan sepenuh hatimu; dan dia akan dengar tangisan kamu. Dia akan tolong kamu!

 

Dalam beberapa tahun yang lepas ini, Penyelamat kita telah berikan aku banyak penglihatan dan aku telah berulang-ulang dikejutkan untuk lihat betapa cepatnya banyak daripada penglihatan ini ternyata. Aku tidak tuliskan sebilangan penglihatan-penglihatan itu, tetapi seorang saudara, yang kerap berdoa melalui telefon dengan aku, dia tahu sebilangan penglihatan-penglihatan ini dan betapa cepatnya sebilangannya ternyata. Oleh itu, aku ingatkan kamu bahawa wujudnya satu rancangan besar untuk memenuhkan keranda-keranda ini dan tidak lama lagi mereka akan dipenuhkan. Satu pembunuhan besar hampir akan melanda Amerika; dan pembunuhan ini diatur oleh lelaki Rothschild itu, konco-konco ramai dia dan orangnya di Rumah Putih.

 

Aku juga mesti tambahkan satu lagi maklumat yang sangat penting mengenai penglihatan mayat di bilik bulat itu. Di tengah-tengah, antara mayat-mayat itu, di dalam bilik bulat itu, ada satu bukit kecil syiling emas.

 

Adakah syiling emas ini mewakili bayaran Rothschild bagi Presiden Obama untuk bahagiannya dalam pembunuhan-pembunuhan ini? Ingat gelang emas padat di bawah kasut menari hitamnya? Ingat, juga, bahawa dia sekarang ada satu ketaatan tegap kepada lelaki Rothschild itu dan tiada lagi sebarang ketaatan kepada Rockefellers. Ingatlah kata-kata amaran in Buku Daniel mengenai antikristus: “dia akan membahagikan tanah untuk keuntungan.”

 

Kita sudah sampai ke masa itu, Kawan Tersayangku, masa “upeh dan ribut.” seorang Saudara Tersayang ada satu mimpi beberapa tahun yang lalu; dan beberapa perkataan ini ada di dalam mimpinya: “seekor upeh dan satu ribut.” Upeh sudah sampai, Bayi-bayi sudah dilahirkan! Dan, sekarang datangnya ribut! Bersedialah untuk waktu susah. Bertaubatlah dan jadilah bersih secara rohaniah di depan Tuhan Kita; kerana banyak roh tidak lama lagi akan keluar planet ini. Kamu sama ada akan memasuki api atau cahaya Tuhan. Yesus sayang dan Yesus maaf! Panggillah Dia dengan sepenuh hatimu; dan Dia akan dengar kamu! Terpujilah Nama Suci Dia!

 

Aku ucap terima kasih kepada setiap daripada kamu, yang telah tampil ke depan untuk bantu dalam pembinaan Rumah Doa ini. Ada banyak kerja untuk dibuat untuk bahagian dalamnya, tetapi kita sememangnya ada kemajuan. Dan, ada banyak kerja untuk dibuat dalam tanah ini untuk sediakannya menjadi satu tempat sesuai untuk kamu, yang akan datang ke sini.

 

Aku akan lakukan apa yang aku mampu buat, dalam pengutipan perkakasan berkhemah. Cuma Tuhan sahaja yang tahu apa yang Dia akan lakukan, tetapi kita tiada banyak masa sebelum kita nampak ekonomi runtuh. Aku ucap terima kasih kepada kamu yang taat kerana bantu aku dalam kerja besar ini.

 

Aku sayang kamu semua sangat banyak!

 

Yesus Satu-satunya Jalan kita. Terpujilah Nama Suci Dia.

 

Linda

 

emel: lnewkirk_46@msn.com

 

http://www.prophecies.org

 

Linda Newkirk

 

P.O. Bos 17277

 

North Little Rock AR, 72117

 

USA