NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 93

 

Bahagian III

 

Jemputan Majlis Kahwin

 

Datanglah kepadaKu, Anak TerberkatKu; kerana Aku cinta pertama kamu! Aku suami kamu! Aku Penciptamu; dan ‘ya,’ seperti yang kamu kerap kata kepadaKu, Aku Kasih Satu Hidupmu! Ya, Aku Yahweh, Tuhan Tertinggi, yesus, Penebus kamu!

 

Anak TerberkatKu, hari ini merupakan hari baru untuk kamu, satu masa baru untuk kamu, dan satu hari baru untuk orangKu! Kerana, Aku sekarang telah turunkan bilangan benih suciKu yang sangat banyak ke dalam badan dan ke dalam roh OrangKu yang Setia! Aku telah masukkan benih-benih suci ini ke dalam 144,000 yang dipilih Aku, tetapi juga kepada sebilangan, yang Aku telah pilih! Kerana, ini merupakan berkat besar Aku kepada sebilangan orang, yang telah setia kepada kamu dan setia kepada kerja ini, yang bukan sebahagian daripada 144,000. Adakan kamu ingat jemputan majlis kahwin yang Aku berikan kepadamu?

 

Ya, TuhanKu.

 

Jadi, tahulah, Anak Terberkat Aku, bahawa Aku juga mesti buat sedia semua, yang telah percaya dan yang betul-betul ingin untuk menghadiri majlis kahwin ini, sebagai tetamu majlis kahwin. Jadi, Anak SayangKu, Aku juga mesti bangkitkan beberapa mutiara dan jadikan mereka sedia secara rohaniah untuk menghadiri majlis kahwin ini. Dan, untuk berbuat demikian, Aku telah pilih beberapa orang untuk terima benih suci ini. supaya mereka boleh dijadikan bersih secara rohaniah untuk masuk melalui jalan api.

 

Kamu nampak, Anak SayangKu, dan kamu tahu dengan nyata, bahawa Aku seorang Tuhan bermisteri hebat. Aku telah keluarkan jemputan ke majlis kahwin di depan orang, satu jemputan yang ikhlas dan benar dari bahagian Aku, tetapi satu kunci untuk menjadi seorang tetamu majlis kahwin adalah kehadiran kepercayaan mudah, kepercayaan mudah dalam Aku.

 

Tetapi, AnakKu, kebanyakan orang telah membuangkan jemputan ke majlis kahwin itu. Kebanyakan telah lupa mengenai jemputan kahwin ini, tetapi sebilangan orang masih berpegang kepada jemputan ini dan mereka teringin sangat untuk menghadiri majlis kahwin ini; kerana mereka percaya! Tetapi, Anak SayangKu, bilangan ini adalah kecil; dan Aku telah janjikan kepada kamu bahawa Aku akan mengambil bilangan orang terbesar semungkin ke majlis perkahwinan ini sebagai tetamu. Oleh sebab itu, Aku sekarang lanjutkan tawaran ini sekali lagi, dan cuma sekali lagi sahaja. Jadi, pada hujung pesanan ini, paparkan sekali lagi jemputan majlis kahwin itu. Kerana, ini adalah hadiah kasih besarKu kepada mereka, yang mampu percaya dan terima kebenaran ini. Aku tidak berikan jemputan ini kosong-kosong sahaja, tetapi dalam kebenaran dan Aku kotakan kataKu dalam tawaranKu melalui jemputan majlis kahwin ini. Kerana, ini janjiKu kepada kamu, anak TerberkatKu, dan Aku kotakan janji-janjiKu.

 

Penyelamat Terberkat, sedangkan Aku taipkan pesanan ini, hari ini hari ke-18 Ogos, Aku ada beberapa soalan mengenai tetamu majlis kahwin ini. Tuhanku, mestikah semua, yang memasuki jalan cahaya dan api mempunyai benih suci di dalam mereka? Tuhanku, dalam tahun-tahun yang lepas, Engkau telah bawakan aku ke dalam cahaya dan aku telah berdiri di dalam cahaya indah Engkau; dan masa itu aku belum lagi ada benih suci itu. Jadi, aku tertanya-tanya bagaimana itu terjadi dan bagaimana ini akan terjadi.

 

Kamu berbuat betul untuk tertanya-tanya, Anak TerberkatKu; kerana ada tiga tahap di antara tetamu-tetamu majlis kahwin ini: 1. Mereka, yang ada benih suci; 2. Mereka, yang tiada benih suci, tetapi ada hati bersih, dan telah hidup secara layak untuk memasuki cahaya; 3. dan, mereka, yang tidak hidup secara layak untuk memasuki cahaya, tetapi dalam minit terakhir, mereka ditukarkan melalui campur tangan ketuhanan Aku dan dijadikan layak untuk memasuki cahaya. Dan disebabkan pembezaan tiga ini, tiga jenis tetamu majlis kahwin ini akan mengambil tempat berbeza dalam majlis kahwin ini. Nampak?

 

Ya, TuhanKu; dan terima kasih banyak-banyak kerana menerangkan kebenaran penting ini kepadaku. Pujian kepada Nama SuciMu!

 

 

“Jemputan ke Majlis Kahwin”

 

DARI NUBUAT GUNUNG

 

Jemputan Terbuka untuk ke Suatu Acara Syurga yang Menakjubkan!

 

BAPA KITA DI SYURGA BERKATA!

 

TERIMA, PERCAYA, DAN MINTA!

 

AnakKu yang diberkati, Aku Bapamu Yahweh, Jehovah, Tuhan Tertinggi; dan Aku datang sekarang untuk menambah kepadamu suatu pesanan mengenai sayangKu yang hebat, mengenai simpatiKu yang hebat dan mengenai kasih karuniaKu yang hebat!

 

Anak SayangKu, sikit sahaja tahu, atau percaya, bahawa kamu, Linda Newkirk, Linda Newkirk dari Mayflower, Arkansas (USA), merupakan Wanita dari Wahyu Bab Dua Belas! Dan, sikit sahaja orang yang tahu bagaimana kamu telah bekerja payah, bagaimana kamu telah menampung beban, bagaimana kamu telah bersusah, bagaimana kamu telah menangis dibawah bebanan penindasan yang tak terkata!, Dan, semuanya kerana sayang kepadaKu, kerana sayangmu terhadap AnakKu dan terhadap manusia!

 

Ya, sikit sahaja yang tahu dan mereka yang tahu, sikit sahaja yang percaya! Percubaan kamu begitu hebat apabila kamu berbeban di bawah kaki syaitan dan rakan setan-setannya! Oh, ya, kamu telah bersusah untuk menampilkan benih suciKu! Satu benih yang sangat kecil apabila ia diberi kepadamu; tetapi pada masa ini, ia telah bermatang di badanmu untuk lebih dari tujuh belas bulan! Dan, pada masa ini, ia telah membesar dari segi kekuatan, kuasa, dan kedudukan sehingga ia sekarang, dengan pastinya, “anaklelaki!”

 

AnakKu, Aku telah memberitahu kamu bahwa kamu, sebagai Wanita Wahyu Bab Dua Belas, kamu merupakan ibu rohani kerajaanKu! Apa yang membesar di dalammu ialah Benih kerajaanKu! Ia juga merupakan benih AnakKu, Yesus, yang merupakan Penyelamat manusia! Semua, yang berkahwin dengan Dia, akan menerima benih ini! Dan, semua yang memasuki negaraKu, untuk bekerja dalam perkhidmatanKu, dan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaanKu, permaisuri-permaisuri, raja-raja dan semua yang lain, mesti menerima benih ini! Tiada yang akan menjadi sebahagian daripada kerajaanKu, yang tidak memiliki benih ini!

 

Anak SayangKu, seperti yang Aku memberitahumu, hampir dan sangat hampirnya, Aku akan mengambilmu dan “anaklelaki” Aku, benih sucimu yang kini telah matang, kembali ke takhta Aku! Dan, apa yang menunggu kamu di syurga memanglah perayaan kedua terbesar yang pernah berlaku di syurga, yang pertama merupakan apabila AnakKu kembali selepas Dia disalib! 

 

Sekarang datangnya satu lagi perayaan terulung di Syurga dan di sesetengah aspek, barangkali di banyak aspek, ia lebih megah daripada apabila AnakKu pulang, tetepi bukan di semua aspek! Kerana, perayaan ini, perkahwinan kepada AnakKu, akan berlangsung untuk waktu yang berlanjut; dengan kamu, Anak SayangKu, menjadi orang yang terdahulu mengahwini Dia, pengahwinanmu kepadaNya datang melalui benih suci AnakKu yang sekarang telah matang! Kerana, kamu merupakan ibu rohaniah Kerajaan Aku, kamu merupakan orang itu, yang melahirkan benih suci ke bumi, yang sekarang merupakan seorang anaklelaki!

 

Anak SayangKu, kamu telah kerap inginkan kerja-kerja ini untuk disiapkan! Begitu kerap kamu meminta ini; kerana kamu inginkan pengakhiran kepada penganiayaan yang berterusan, yang diarahkan pada kamu! Tetapi, kamu tidak ingin meninggalkan Bumi ini dan datang ke syurga tanpa kawan-kawan setiamu! Malahan, Anak SayangKu, tangisan kamu telah sampai kepada takhtaKu dengan berterusan, di mana kamu telah berulang-ulang meminta semua roh "bersih" dibenarkan untuk datang bersama kamu dan anaklelaki apabila kamu datang ke takhtaKu.

 

Dan, ya, Anak SayangKu, Aku akan mengurniakan permintaan ini (bahawa kawan-kawan setia kamu dibenarkan untuk datang bersama kamu), tetapi dalam satu cara jauh lebih hebat daripada apa yang kamu minta! Semestinya, Aku sekarang akan memberikan kasih karunia, kasih karunia besar kepadamu, bahawa apabila Aku datang untukmu dan anaklelaki, Aku juga akan mengambil mereka, yang merupakan kawan setia kamu. Tetapi, Anak SayangKu, Aku melanjutkannya lebih lagi, Aku melanjutkannya kepada mereka, yang berada di jalan, yang berada di lebuh raya dan jalan kecil! Walaupun mereka tidak tahu sama ada Wahyu Pasal Dua Belas benar atau tidak; dan walaupun mereka tidak tahu satu pekara pun mengenai apa yang kamu telah melalui, jika mereka meminta Aku dengan hati yang ikhlas dan rendah untuk datang, Aku akan membenarkan banyak daripada mereka untuk datang bersama kamu, walaupun orang yang tidak dikenali langsung! Aku akan menjawab panggilan banyak orang, termasuk mereka, yang tersesat dan tidur di bawah jambatan!

 

Ya, Aku menawarkan mereka sekarang satu perjalanan ulung ke Syurga, satu perjalanan untuk menyaksikan perkahwinan terhebat aeon-aeon, satu peluang untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang begitu terulung, sehingga semua di syurga setiap hari menunggunya dengan penuh jangka! Dan, perkahwinan ini, Anak SayangKu, adalah perkahwinan Anak Lelaki Aku, di mana Dia mengahwinkan kamu terdahulu, ibu rohaniah KerajaanKu di Bumi!

 

Oh, ya secepatnya, dan oh begitu cepatnya, kamu akan habis membayar harga kamu, harga kamu yang besar sememangnya, untuk melahirkan KerajaanKu ke Bumi! Dan, semua perkahwinan selanjutnya kepada Anak Lelaki Aku cuma boleh terjadi kerana kamu telah membayar harganya! Jika kamu tidak membayar harganya untuk melahirkan KerajaanKu ke bumi, Aku tidak akan mempunyai Kerajaan di Bumi! Dan, secepatnya, oh begitu cepat, Aku akan begitu hebatnya ganjarankan kamu! Kerana, kamu akan berkahwin dengan Anak LelakiKu terdahulu dan semua akan secepatnya tahu bahawa kamu adalah wanita itu,  yang memakai mahkota dengan dua belas bintang, Ratu sebenar Syurga, sememangnya!

 

Sesetengah orang mungkin perlu menterjemahkan pesanan ini kepada bahasa mereka sendiri! Dan, Aku memanggil kamu sekarang! Aku memanggil kamu dari kontinen-kontinen; dan Aku memanggil kamu dari pulau-pulau untuk membawa pesanan ini, untuk menyalinkannya kepada bentuk tercetak dan menyebarkannya secara meluas kepada mereka yang berada di jalan, di mana kamu tinggal! Aku sekarang menjemput sesiapa, yang boleh menerima kebenaran apa yang Aku memberitahu kamu dan yang boleh percaya, dan sejurusnya meminta dengan hati yang ikhlas, untuk menjadi tetamu di majlis perkahwinan terulung di syurga!

 

Oh, ya, ini benar! Ini benar! Dan, jemputan ini tidak dihantar terus kepada gereja-gereja! Ini bukan keinginanKu; kerana mereka telah teramatnya menolak dengan angkuhnya kerja-kerja Wahyu Dua Belas ini! Jemputan Aku sekarang pergi ke jalan-jalan dan Aku memanggil pekerja-pekerja Aku, yang ikhlas di hati, mereka, yang juga ingin menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinan terulung ini untuk menampil ke depan sekarang! Aku memanggil kamu untuk menampil ke depan dan untuk menyalin pesanan ini dan untuk membawanya ke jalan, bawa ia ke penjara! Bawa ia ke lebuhraya dan jalan kecil; dan cepat! Kerana, majlis perkahwinan ini dekat, oh begitu dekat, tidak lebih daripada beberapa minggu!

 

Walaupun banyak daripada mereka yang merupakan orang Aku telah menolak kerja ini, dan oleh itu tidak layak untuk datang, banyak orang lain tidak akan menolak jemputan ini, tetapi akan menjerit dengan kegirangan! Kerana mereka akan berpegang dengan kasih apa yang Aku sekarang beri dengan bebas!

 

Oh, ya ini tak terjangka! Semua yang Aku beri sekarang adalah tak terjangka! Tetapi, oh begitu dekatnya, banyak akan mendapat satu perjalanan ke syurga, yang akan selamanya mengubah mereka! Dan, mereka akan nampak perkahwinan pertama, sejak dahulu lagi, di syurga, perkahwinan dia yang Terpilih Aku, anak perempuan, Linda Newkirk, Wanita itu di Wahyu Dua Belas, kepada Anak Lelaki Aku! Selepas itu, Linda Newkirk akan memulakan tugasnya sebagai Ratu Syurga, ratu Anak LelakiKu; dan oleh itu dia akan menampung banyak kuasa di Syurga dan di Bumi!

 

Semua, yang mengambil serius jemputan ini, yang datang kepadaKu dalam doa, dengan benarnya percaya dan dengan benarnya meminta untuk pergi, akan semestinya diterima sebagai tetamu acara terulung syurga ini! Dan, ya, malah ada di antara ini jahat! Kerana, terdahulu, Aku adalah Tuhan kasih hebat, belas kasihan besar dan kasih karunia besar! Dan, melalui jemputan kasih ini, banyak yang akan selamanya  terubah!

 

Anak SayangKu, taip ini dan poskan ini di internet secepatnya! Aku akan menyentuh hati banyak orang, yang membaca pesanan ini, supaya mereka menyalinkannya pada kertas dan agihkannya di jalan, di mana mereka tinggal!

 

Datanglah, Oh kamu negara-negara! Terimalah apa yang Aku tawarkan secara bebas! Kerana, sekarang kasih karuniaKu, kasihKu, kebenaranKu, dan kemuliaan! Ia menampil ke depan dengan cara yang kamu tidak dapat membayang, atau terfikir dengan mana jua cara pun!! Ganjaran mulia sekarang datang kepada mereka, yang percaya!

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-3 November, 2007,

Linda Newkirk

 

Matius Pasal Dua-puluh Dua (ayat 1-14),

dan bagaimana ia berkaitan dengan Jemputan Bapa kita!

 

Lalu Yesus berbicara pula dalam perumpamaan kepada mereka: Hal Kerajaan Syurga seumpama seorang raja, yang mengadakan perjamuan kawin untuk anaknya. Ia menyuruh hamba-hambanya memanggil orang-orang yang telah diundang ke perjamuan kawin itu, tetapi orang-orang itu tidak mau datang. Ia menyuruh pula hamba hamba lain, pesannya: Katakanlah kepada orang-orang yang diundang itu: Sesungguhnya hidangan, telah kusediakan, lembu-lembu jantan dan ternak piaraanku telah disembelih; semuanya telah tersedia, datanglah ke perjamuan kawin ini. Tetapi orang-orang yang diundang itu tidak mengindahkannya; ada yang pergi ke ladangnya, ada yang pergi mengurus usahanya, dan yang lain menangkap hamba-hambanya itu, menyiksanya dan membunuhnya. Maka murkalah raja itu, lalu menyuruh pasukannya ke sana untuk membinasakan pembunuh-pembunuh itu dan membakar kota mereka. Sesudah itu ia berkata kepada hamba-hambanya: Perjamuan kawin telah tersedia, tetapi orang-orang yang diundang tadi tidak layak untuk itu. Sebab itu pergilah ke persimpangan-persimpangan jalan dan undanglah setiap orang yang kamu jumpai di sana ke perjamuan kawin itu. Maka pergilah hamba-hamba itu dan mereka mengumpulkan semua orang yang dijumpainya di jalan-jalan, orang-orang jahat dan orang-orang baik, sehingga penuhlah ruangan perjamuan kawin itu dengan tamu. Ketika raja itu masuk untuk bertemu dengan tamu-tamu itu, ia melihat seorang yang tidak berpakaian pesta. Ia berkata kepadanya: Hai saudara, bagaimana engkau masuk ke mari dengan tidak mengenakan pakaian pesta? Tetapi orang itu diam saja. Lalu kata raja itu kepada hamba-hambanya: Ikatlah kaki dan tangannya dan campakkanlah orang itu ke dalam kegelapan yang paling gelap, di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi. Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih."

 

Untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai kelahiran Kerajaan Bapa kita di Bumi, bacalah pasal dua-belas buku Wahyu di Alkitab, terjemahan King James. Dan, untuk rekod peristiwa Wahyu Dua Belas sebenar dan yang sedang berlaku di bumi, pergi ke http://www.prophecies.org di internet; dan bacalah semua yang ada di Buku Dua Belas! Muat turun buku ini secara percuma! Bacanya dan diberkatilah!

 

Jika kamu tiada komputer, ingatlah bahawa perpustakaan ada! Komputer sekarang senang didapati bagi mereka, yang mempunyai kad perpustakaan. Jika kamu tidak tahu bagaimana mengendalikan sebuah komputer di perpustakaan dan ingin membaca rekod Wahyu Dua Belas yang sedang berlangsung, sedangkan ia berlaku di bumi, tanyalah seorang penolong untuk membantu kamu pergi ke http://www.prophecies.org dan untuk membantu kamu mencari Buku Dua Belas! Pergi dan baca mengenai peristiwa yang terkagum ini, yang sekarang hampir siap di bumi!

 

Terpujilah Nama Yahweh, Jehovah, Tuhan Tertinggi, selama-lamanya! Dan, terpujilah Nama Anak LelakiNya, Yesus, Mesias, Penyelamat Umat Manusia, Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan!

 

Bersukalah! Kerana, Kerajaan Syurga kita sememangnya dekat!