NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU DUA BELAS

 

Bab 93

 

Bahagian V

 

Pesanan dari Penyelamat kita:

 

“Peristiwa Besar Kerajaan Julai, 2012”

 

“Oh, Bapa Terpuji di Syurga, Penyelamat Terharga, Yesus, Tuhan segala Tuhan dan Raja segala Raja, Tuhan Tertinggi yang Mulia! Aku datang kembali kepadaMu, Bapa, dan Aku cari Engkau, oh Tuhan Terpuji, dan Aku ingin tahu apa yang Engkau hendak berikan orangMu untuk ketahui mengenai peristiwa-peristiwa mingu-minggu lepas ini, minggu-minggu sejak Julai 10, 2012? Bapa, apa yang Engkau hendakkan Aku beritahu mereka, kerana banyak peristiwa besar telah berlaku?’

 

“Anak TerberkatKu, Aku sememangnya Bapamu, Yahweh, juga dikenali sebagai Jehovah, ya Penyelamat kamu dan Tuhan Tertinggi; dan Aku inginkan kamu untuk beritahu mereka sesuatu: TINGGAL! Tinggal dalam Aku; kerana tidak lama lagi Aku akan menggoncangkan asas bumi ini! Aku akan goncangkan tentera-tentera dan Aku tidak lama lagi akan asingkan gandum dari rumpai! Tidak lama lagi Aku akan bersihkan rumah Aku! Dan, tidak lama lagi Aku akan sucikan dengan teramatnya PengantinKu! Kerana, dalam PengantinKu, tidak akan terjumpanya bintik, atau kedut!

 

Tetapi, Anak SayangKu, kamu tanyakan apa yang Aku hendakkan kamu untuk beritahu orang taatKu mengenai peristiwa-peristiwa minggu-minggu lepas ini. Jangan bersusah, Anak TerberkatKu, kerana kata-kata akan terlepas dari kamu! Kata-kata yang benar dan menghuraikan akan terlepas dari pemikiran kamu, jika kamu cuba untuk menyampaikan apa yang telah berlaku minggu-minggu lepas ini. Tetapi, Aku beritahu kamu, Anak SayangKu, bahawa telah terjadinya satu kelahiran, satu kelahiran yang hebat, dan satu kematian.

 

Anak suci Aku, yang tinggal di dalammu, telah melahir! Dia sekarang telah melahirkan benih-benih suci, kelahiran hebat yang kedua; dan kelahiran hebat ini bermula pada 10hb Julai 2012, dan dalam masa lima hari, semua benih suci, yang dia bawakan di dalammu, telah dilahirkan dan Aku telah bawakan mereka semua ke syurga!

 

Dan, tidak lama kemudian, Aku hantarkan ke Anak Suci Aku, Anak Suci cahaya dan api, yang berada di dalam kamu, bahagian ketiga benih suci, semuanya untuk memenuhkan kataKu di mana kerajaan syurga diumpamakan sebagai seorang wanita, yang letakkan yis ke dalam tiga bahagian tepung.

 

Anak SayangKu, perumpamaan ini ada satu maksud dan kemudian satu maksud yang lain lagi! Inilah maksud yang pertama: yis itu adalah kesucian, yang Aku telah masukkan ke dalammu; dan kesucian Aku datang melalui kamu dan ditambahkan kepada anakKu, yang berada di dalammu; dan kemudian kesucian ini ditambahkan kepada benih, yang juga merupakan tepung.

 

Tetapi, ada satu maksud yang keuda: wanita itu juga letakkan yis (benih suci) ke dalam tepung, atau pengantin; kerana tanpa bantuan wanita di bumi itu, iaitu kamu, Anak SayangKu, tubuh siapakah yang akan didapati layak untuk kerja sedemikian?

 

Kerana, cuma ada satu wanita! Oleh itu, Anak SayangKu, kerja kamu, kerja rohaniah kamu, teramatlah penting, walaupun kamu selalu memperkecilkan kerja yang kamu lakukan!

 

Jadi, kamu nampak, Anak SayangKu, kamu telah sampai ke satu waktu yang sangat penting dalam kerja-kerja ini. Inilah litaran terakhir!

 

Dan, Ya! Aku telah inginkan untuk mempercepatkan kerja-kerja ini, supaya masa penyengsaraan kamu boleh dikurangkan. Tetapi, Anak TerberkatKu, Aku telah tambahkan masa kamu dan penyengsaraan kamu kerana kasih kepada orangKu, supaya bilangan teramai boleh diselamatkan.

 

Tetapi, kamu, Anak TerberkatKu, kerap berada dalam kegelapan mengenai kerja-kerja Wahyu Dua Belas, walupun kamu berada di tengah-tengah kerja ini. Tetapi, meskipun demikian, ini juga merupakan belas kasihan besarKu kepadamu! Kerana, jika kamu tahu permulaan hingga penghujung dan betapa lama kerja ini perlu, kamu akan terjatuh dalam kekecewaan besar pengujian-pengujian dahsyat kamu.

 

Jadi, Anak KecilKu, Aku telah berikan kamu permulaan salah (false start), malah, Aku telah berikan kamu harapan salah mengenai pemasaan kedatanganKu, supaya kamu boleh mengatasi waktu-waktu kekecewaan besar dan kesusahan dahsyat. Dan, melalui permulaan palsu ini, Aku juga telah acukan dan bentukkan musuh untuk menjolokkan mereka melakukan sesuatu! Dan, dengan benarnya mata mereka selalu berada padamu; kerana mereka cuba untuk mengatasi Aku dan rancangan Aku.

 

Jadi, Anak KecilKu, Aku tidak boleh berikan kamu sayap-sayap pada waktu Julai ini, tetapi Aku mesti tunggu seketika lagi, dan kamu mesti terus bersengsara. Tetapi, Aku beritahu kamu bahawa Aku telah bawakan kamu ke satu tempat trasformatif. Kerana, melalui segala penyengsaraan kamu, kamu telah dengan benarnya mati kepada diri dan kepada benda dunia jahat ini, tidak mengasihi diri dan tidak mengasihi dunia jahat ini, sebaliknya kamu telah datang ke satu tempat penyerahan kepadaKu dan kasih besar kepadaKu dan kasih kepada saudaramu.

 

Ini bagaimana, dan ini kenapa! Melalui proses ini, Aku boleh bawakan kamu ke tempat kematian ini, supaya Aku sekarang boleh mentransformasikan kamu!

 

Dan, proses transformatif ini juga merupakan sesuatu, yang telah memarahkan musuh dengan banyak! Proses transformatif ini telah merupakan satu api besar, yang telah menyalakan kecemburuan dan ketakutan Iblis serta konco-konco jahatnya.

 

Oleh itu, Anak TerberkaKu, Aku terpaksa kurangkan api besar di dalam kamu pada waktu ini supaya Aku boleh bebaskan kamu semata untuk tuliskan kata-kata ini. Penyerangan mereka terhadap kamu teramat hebat; dan mereka tidak pun berikan kamu satu waktu tenteram selagi mereka boleh nampak api yang begitu hebat dalam badanmu!

 

Oleh itu, Anak TerberkatKu, Aku telah kurangkan api itu dan Aku telah kurangkan pertunjukan kuasa hebat dari Aku melalui Anak SuciKu, yang berada di dalammu; kerana benih suci baru ini, kumpulan benih suci terakhir ini, yang berada di dalammu, sekarang mesti membesar! Masa pembesaran ini tidak akan jadi perlahan. Proses ini akan ambil masa beberapa bulan, tetapi Aku telah janjikan kamu bahawa bahagian setengah yang kedua ini akan pecut. Ia akan berjalan dengan lebih cepat; kerana proses transformatif ini kemudian akan pecut di dalammu.

 

Aku inginkan orang taatKu untuk mengetahui kebenaran in: dalam musim yang akan datang Aku akan mentrasformasikan mereka! Tetapi, api percubaan adalah parah! Ini bukan satu perjalanan senang, tetapi satu-satunya perjalanan benar!

 

Dan, sedangkan kamu, Anak TerberkatKu, perlu mati kepada diri dan kepada benda di dunia ini, PengantinKu akan sama juga, mati! Semua akan dicuba dan diuji dalam api seperti emas dan perak, kerana benih suciKu yang berada di setiap satu merupakan api menyuci. AKU ADALAH API ITU dan Aku sedang membersihkan PengantinKu!

 

KasihKu kepada kamu semua adalah tak terbatas! Aku telah serahkan nyawaKu kepadamu dan sekarang ramai antara kamu akan diminta untuk menyerahkan nyawamu untuk Aku! Jika kamu benci untuk fikirkan bahawa kamu akan dianiaya kerana kamu mengasihi Aku, kamu kasihi dirimu lebih dari Aku!

 

Siapa yang akan bergembira apabila dianiaya kerana kasih dia untuk Aku? Betapa terberkatnya orang itu, yang bersyukur untuk dianiaya kerana kasihnya untuk Aku!

 

Anak-anak TerberkatKu, datanglah dekat kepadaKu dan Aku akan datang dekat keapdamu! Jika kamu letakkan benda di depanKu, Aku akan letakkan banyak di depanmu! Latihlah hati dan mindamu! Letakkanlah fikiranmu pada Aku! Jangan kasihi dunia ini dan apa yang ada dalam dunia ini, sebaliknya kasihi Aku! Aku Penyelamatmu; dan Aku, seorang, adalah Penyelamatmu!

 

Apabila kamu mati kepada dirimu dan kepada benda dunia ini, masa itu dan cuma masa itulah kamu sedia untuk transformasi hebat Aku. Adakah kamu nampak?

 

Aku Bapamu, Yahweh, yea Jehovah, Tuhan Tertinggi, Penyelamat dan Penebus kamu yang satu-satunya, Yesus, Tuhan segala Tuhan dan Raja segala Raja!

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke-6 ini, Ogos, 2012.

 

Linda Newkirk