Nubuat Dari Gunung

 

Buku Dua Belas

 

Bab Sembilan Puluh Tujuh

 

 

Helo, Kalian yang Dikasihi dan Disayangi! Saya amat gembira dapat kembali bersamamu! Saya merindui kamu! Saya harap bahawa kamu khabar baik dan masih terus berjalan dalam keimanan (faith), menyayangi semua orang, malah menyayangi musuh kamu dan memaafkan semua orang, yang pernah menyalahi kamu. Kerajaan Tuhan kita kini sedang memasuki kalangan kita dan kita mesti menjadikan diri kita bersedia secara rohaniah (spiritual).

 

Oh, betapa besar dan hebatnya kerja yang sedang dilakukan oleh Tuhan Berkuasa kita; sekarang saya ingin bercerita kepadamu berkenaan kerja-kerja indah ini, tetapi dalam ruangan ini saya cuma boleh bercerita sikit sahaja berkenaan perjalanan besar dan hebat ini! Meskipun demikian, apabila kamu memahami, malah sedikit sahaja, mengenai apa yang telah saya harungi, kamu mungkin tidak berfikir bahawa kerja-kerja ini boleh dikatakan indah, tetapi saya boleh menyakinkan kamu bahawa mereka sememangnya indah; kerana kerja-kerja ini adalah berkenaan penyelamatan bilangan jiwa (soul) yang amat besar. Oh, begitu terberkatnya kita kerana dapat lihat ramai jiwa tukar arah menghadap Tuan (Lord) dan Tuhan kita! Tak Tenilainya Nama Penyelamat Berkuasa kita, yang amat menyayangi kita!

 

Kira-kira dua minggu lepas, saya bangun dari tidur petang dan sejurusnya dipenuhi dengan keriangan Tuhan! Kasih dan keriangan yang begitu besar dan hebat meletus di dalam jiwa saya dan saya bangun dengan ketenangan yang indah, kasih dan keriangan yang melimpah, malah ia sebegitu sehingga hari ini, keriangan ini meletus didalam jiwa saya pada masa-masa yang tak terduga, ia melimpahi saya dengan kasih yang dalam, ia juga menjadikan jiwaku juga tak sabar menantikan satu acara terulung yang akan datang!

 

Walaupun neraka tampil melawan saya walaupun Satan telah menyerang saya dengan banyak serangan dahsyatnya, tiada bilangan penyengsaraan yang akan dapat merampas keriangan besar ini dari hatiku, dari roh dan jiwaku. Perkara yang terkagum menantikan mereka, yang telah bersedia untuk menerimanya! Tetapi, Kalian yang Dikasihi, adakah kamu bersedia untuk bersengsara dalam penganiayaan (persecution) yang kamu mesti bertahan untuk memasuki kerajaan Tuhan Berkuasa kita? Kerana, saya boleh menyakinkan kamu bahawa jikalau kamu pilih untuk melayani Penyelamat Terpuji (Blessed) kita dan BapaNya yang Terindah, kamu akan dianiaya kerana adanya cahaya Tuhan, didalammu! Oh, begitu bahayanya dan begitu indah juga waktu yang kita berada sekarang!

 

Sejak pertengahan bulan Januari, apabila Satan dan tentera U.S pecah masuk portal inter-dimesi, yang mengeliling tubuhku, dan mula melimpasi pintu-pagar (gateway) itu ke Mars dan ke tempat suci itu, tempat di mana Penyelamat kita menginap, saya pula telah berada di kegelapan yang lebih gelap dari kegelapan!

 

Pada mulanya, Satan dan mereka yang berada di dalam tentera U.S., serta mereka yang berada di dalam Kompleks Industri Tentera U.S. (U.S. Military Industrial Complex), telah melimpasi portal ini dengan berjalan kaki, sememangnya, berjalan dalam portai ini dan keluar melalui pintu pagar cahaya! Tetapi, dalam masa yang singkat sahaja, Satan berjaya membuatkan satu kapal terbang memasuki dan keluar dari portal ini, dengan kapal terbang ini tempat pertama yang mereka pergi ialah ke kubu Satan di Mars. Tetapi, kesilapan terbesar meraka adalah mereka mendirikan satu bilik di dalam portal ini, di mana mereka mengorbankan kanak-kanak. Oh, itu sememangnya satu idea yang sangat buruk! Dan, berlakunya satu gempa bumi yang terhebat di dalam portal itu pada waktu itu dan beberapa orang Satanis berpangkat tinggi terbunuh. Perkara itu berlaku satu hari sebelum pope terakhir meletak jawatan. Jadi, jikalau kamu rujuk kembali di internet, kamu akan dapat cari tarikh hari mereka memasuki portal itu, menghujat Tuhan kita dan menghujat di depan Anaklelaki Suci, yang pada masa itu masih bersamaku.

 

Anak Cahaya Suci yang amat dikasihi pulang ke takhta Tuhan Berkuasa kita pada hari pertama bulan Mac 2013. Itu suatu cerita yang lain dan ia merupakan suatu cerita yang amat memilukan dan saya tidak suka memikirkannya , kerana saya teramat merindui anak kecil suci ini! Dia bersamaku selama enam tahun, sepuluh bulan dan sembilan hari!

 

Apabila mereka yang memberontak ini melimpasi portal ini, mereka juga melimpasi tubuhku, kerana ruang inter-dimensi ini juga melimpasi tubuh fizikal saya! Walaupun ini adalah frekuensi dan kebenaran yang berlainan, ia saling memberi kesan, satu kepada yang lain. Disebabkan perjalanan mereka ini, saya telah didedahkan kepada kerajaan Satan pada tahap yang jarang orang lain didedahkan, terdedah tanpa menjadi sebahagaian daripadanya.

 

Apabila mereka bawa kapal-kapal mereka melimpasi portal ini, saya kerap terdengar perbualan mereka dan ketahui banyak pelan ‘rahsia’. Saya tidak dapat bayangkan bahawa kejahatan sebegini boleh wujud di bumi ini! Dari hari ke hari saya mengalami penyeksaan yang paling dahsyat, saya diracuni, saya diserang secara seksual, saya alami penghujatan, penyerangan sihir (sorcery), dan percubaan-percubaan untuk mengawal minda saya, percubaan-percubaan untuk membunuh saya, lebih dahsyat dari apa yang dapat dibayangkan oleh hampir semua orang.

 

Ada waktunya, lapangan elektikal ini begitu kuat di dalam portal ini dan juga portal lain yang berikutannya, yang mereka telah bina dan sambungkan kepada portal asal ini, aku sememangnya, terhancur kecai. Tetapi, Penyelamat kita akan membawa saya kembali dari ruangan yang lain, dari dimensi yang lain, dan Dia akan memulihkan saya.

 

Dari masa ke semasa, beberapa orang Satanis ganas ini akan menyengat saya dengan banyak sengatan serangga, kadang-kadang sebanyak empat hingga lima puluh sengatan, dan pada waktu yang lain pula, mereka akan mengejutkan aku dengan arus elektrik yang amat kuat, ia begitu kuat sehingga dalam situasi yang biasa saya akan mati dikejut elektrik.

 

Pada waktu yang lain pula, mereka akan memenuhi tubuh aku dengan racun yang amat banyak, sepatutunya saya telah mati dan sememnganya saya betul betul telah mati banyak kali, tetapi Penyelamat kita mengembalikan nyawa saya semula.

 

Ada satu hari, sedangkan saya memandu ke arah selatan di atas jalan I-40, beberapa orang doktor Satan dari neraka turun ke kenderaan saya dari sebuah kenderaan terbang, sebuah hover craft, dan mereka mula mengepamkan darah keluar dari tubuhku dan menyimpankan darah ini dalam satu bekas yang besar, Mereka kemudian memasukkan satu keping wayar besi berserta satu tag nama melalui bahu kanan saya, sedangkan itu berlaku, meraka mengepam masuk cecair pengawetan ke sesalur darahku. Mereka bercadang mengambil tubuh matiku dan bawakannya ke tempat simpan mayat! Seluruh tubuhku telah dipenuhi dengan bahan kimia yang paling dahsyat dan mulutku terasa bahan-bahan kimia ini! Saya sepatutnya sudah mati! Tetapi, saya memandu tiga puluh batu lagi, balik rumah dan masuk tidur.

 

Saya percaya bahawa saya boleh dianggap sebagai orang mati yang berjalan, orang yang secara ajaibnya masih berada di kalangan mereka yang hidup, tetapi sepatutnya berada di kalangan orang yang telah mati, tetapi nyawa saya dipelihara kerana kasih kurnia Tuhan Berkuasa kita. Pada malam itu, saya percaya bahawa saya ada tidur, walaupun telah mati dan diawet penuh, tetapi masih hidup melalui kasih dan belas kasihan Penyelamat Terpuji kita! Tetapi, mereka bukan sahaja telah melakukan perkara sebegini kepadaku, malah perkara lain yang lebih dahsyat; dan saya hidup dengan kasih, kasih kurnia, belas kasihan, dan kuasa hebat Tuhan Berkuasa dan Penyelamat Terpuji kita!

 

Bersedialah, Kalian yang Dikasihi! Kamu tidak akan dapat melarikan diri dari kedahsyatan sistem Satanik jahat ini. Jika kamu hidup cukup lama, kamu akan dijadikan mangsa sistem jahat dunia ini dan banyak antara kamu tidak sedar pun bahawa kamu telah pun menjadi banduan di sistem jahat dan gelap ini, yang melitupi seluruh bumi. Sistem ini jauh lebih teruk daripada apa yang dapat dibayangkan oleh mereka yang tidak pernah menjadi banduannya; dan tiada antara kamu akan bebas, atau dibebaskan dengan apa cara pun, melainkan Penyelamat kita menjadikan kamu bebas! Kamu, Kalian yang Dikasihi, berada di bawah pemerhatian Aturan Dunia Baru (New World Order), tidak kira sama ada kamu setuju kepadanya atau tidak, tidak kira sama ada kamu suka atau tidak!

 

Yesus adalah satu-satunya jalan kamu ke kebebasan! Dia adalah Jalan kamu ke cahaya! Dia adalah harapan kamu dan tiada yang lain. Jika kamu tidak kenali Dia, kamu perlu cari Dia. Bertaubatlah dari perbuatan salahmu dan panggil dia dengan sepenuh hatimu. Jika kamu tidak tukar arah menghadapi Dia, kamu tidak akan berjaya! Rahang neraka, rahang Naga Kegelapan Luaran menantikan mereka yang enggan bertaubat. Yesus memaafkan dan Yesus menyelamat. Panggillah Dia sementara kamu masih ada masa! Yesus sangat berbelas kasihan dan Yesus akan dengar tangisanmu!

 

Yesus adalah talian hidup kita! Ingatlah ini dan ingat bahawa Dia mati supaya kita boleh ada kehidupan dan kehidupan yang lebih besar, malah kehidupan abadi. Yesus sayang kita. Dia telah mati untuk kita dan untuk penyelamatan kami! Kasihilah dia!

 

Sekarang, saya akan mengulaskan lebih lagi mengenai pergerakan mereka menerusi portal dan pintu pagar ini. Saya tidak berdaya untuk berbuat apa-apa mengenai perjalanan mereka ini dan terpaksa tunggu sahaja Penyelamat kita dan pada masa yang sama percayakan Dia, bahawa Dia akan mempeliharakan nyawa saya dan bawa saya mengharungi penyerangan yang paling dahsyat, ada antara penyerangan itu begitu serius sehingga, menurut Penyelamat kita, saya telah mati banyak kali tetapi Dia hidupkan saya kembali. Tetapi, oleh kerana sesuatu yang dipanggil Silinder Hake dan oleh kerana saya tinggal di dalam satu lapangan elektik yang sangat kuat, saya juga hancur kecai banyak kali dan Penyelamat kita juga bawakan saya kembali. Saya hidup di antara dua dunia, di kalangan dunia jahat Satan dan juga di kalangan suatu pengalaman luar semulajadi yang tidak dapat terjumpa manusia, Penyelamat Terpuji kita telah berulang-ulang campur tangan untuk selamatkan saya. Terpujilah Nama Suci Dia!

 

Jadi, ia sememangnya tidak memadai untuk mengatakan bahawa hari demi hari, saya tinggal di kalangan kejadian semulajadi yang sangat hebat, tetapi juga di dalam sengsara terhebat yang tidak dapat dibayangkan, dengan sakit di tubuhku yang begitu dahsyat, saya tidak percaya bahawa sakit ini dapat disukat sebarang alat.

 

Pintu pagar neraka telah buka pada arah saya dan setiap jenish makhluk teruk Satan telah menyerang saya! Ahli-ahli sihir telah melawan saya, barangkali seramai seratus ribu dan kebanyakan daripada mereka sama ada telah dibawa ke neraka atau ke kegelapan luaran, sebagaimana yang difahami saya, ada antara mereka yang bertukar arah ke Penyelamat kita. Naga-naga datang melawan saya, Satan, Leviathan, dan Naga Kegelapan Luaran, sebagaimana yang saya faham pada masa itu, dan peperangan ahli-ahli sihir ini, yang berkata bahawa mereka datang dari satu tempat panggil “Contigo Bay,” kononnya ibu pusat sihir dunia, adalah amat besar (peperangan ini). Dan peperangan ini dengan mereka yang datang dari “Contigo Bay” berlangsung untuk banyak bulan sehinggalah sampai satu tahap di mana tertinggal beberapa orang daripada mereka sahaja dan saya terdengar bahawa ibu pusat jahat itu, ibu pusat sedunia untuk sihir, “Contigo Bay,” yang dikatakan orang berada di luar pesisiran pantai Florida, pangkalan itu, telah dijatuhkan, dan sebagaimana yang difahami saya, ia dimusnahkan penuh, atau hampir dimusnahkan penuh.

 

Saya sengsara tak terkata di dalam kegelapan sebegini, tetapi meskipun demikian, Tuan dan Tuhan Berkuasa kita selalu bersama saya. Dan dari masa sejak Satan pecah masuk ke portal ini, sehingga sekarang, program angkasa dia telah dikurangkan dengan banyak! Penyelamat Terpuji kita telah banyak menghakimkan Satan dan program angkasa dia dan juga mereka yang berada di dalam tentera U.S. Juga, tempat lain dan banyak ahli Satanis berpangkat tinggi telah dihakimi Penyelamat kita, mereka samada kini sedang bersengsara atau telah bersengsara dengan hebat kerana kejahatan mereka; dan disebabkan peperangan ini terhadap saya, ramai antara mereka telah terjatuh dan tidak berfungsi lagi dan ramai antara mereka telah mati dan tidak lagi berada di dunia ini!

 

Tetapi, meskipun demikian, apabila saya nampak penjara-penjara yang memenjarakan banyak orang, penjara yang sebahagaian daripada Program Angksa U.S., saya amat terjelik! Saya nampak orang, orang tentera, yang berpangkat tinggi di tentera, dipasang dengan wayar-wayar seolah mereka robot. Saya nampak orang, yang bukan sahaja dipasang wayar, tetapi juga orang, yang sistem sarafnya disambung kepada komputer biologikal, dan komputer-komputer ini mengawal sebahagian besar pemikiran mereka. Saya nampak orang, yang tidak dapat dibebaskan dari pemprograman minda yang seteruk ini, dan yang tidak dapat dibebaskan dari trauma teruk ini, di mana ramai antara mereka telah mengalaminya sejak kanak-kanak, ramai antara mereka telah dibawa besar dalam ajaran Satanisme, dan ada antara mereka ada yang memiliki personaliti yang pelbagai. Dan, ada antara mereka ini berada di pangkat sangat tinggi di dalam program angkasa ini! Mereka tidak terhenti-henti keluar masuk rumah saya menggunakan lapangan kuasa (force field) mereka! Kerana, apabila mereka meninggalkan kapal hover mereka, mereka menggunakan lapangan kuasa ini dan biasanya tidak boleh dinampak, tetapi saya kerap terdengar perbualan mereka.

 

Kalian yang Disayangi, saya boleh menghuraikan apa yang saya mengalami tentang program angkasa ini sebegini sahaja: program gila yang dijalankan oleh mereka yang gila secara mental dan kriminal! Pengalaman-pengalaman ini merupakan satu siri pengalaman yang paling jilik dan mengganggu, yang mula berlaku sejak 14 tahun yang lepas, tetapi ianya telah ditingkatkan secara besar sejak Satan dan program angkasa dia pecah masuk ke portal interdimensi itu yang disambungkan ke tubuh saya, waktu itu sekitar pertengahan bulan Januari 2013.

 

Ramai antara mereka yang menjalankan kejahatan sebegini adalah anak-anak Pemusnah itu, anak-anak Satan, apa lagi yang dapat dijangkakan? Mereka yang sebegini kini memerintah seluruh dunia. Mereka memerintah di Pentagon,. Mereka memerintah negara ini dan mereka memerintah dunia melalui United Nations.

 

Kami hampir memasuki peringkat peletusan kerja-kerja mereka ini yang datang dari wad gila! Bersedialah! Anak-anak Belial ini sedang menyerang orang dunia ini siang dan malam dengan kejahatan kerja-kerja mereka sehinggalah bilangan orang terbanyak kini tidak nampak apa yang salah dengan salah dan sebaliknya nampak semua yang salah sebagai betul! Adakah kamu sedang memerhati? Adakah kamu antara orang sedemikian?

 

Tetapi, Kalian yang Dikasihi, jiwa-jiwa ini adalah antara jiwa paling menyedihkan yang saya pernah nampak di seluruh hidup saya; dan saya pernah kerja di hospital mental. Saya pernah membantu mereka yang tidak berfungsi secara mental dan saya telah nampak banyak jenis kecacatan minda. Saya juga ada satu ijazah master di Psikologi klinikal dan pernah berusaha ke arah mendapatkan ijazah doktor di Psikologi, jadi saya pernah berada di sekitar mereka yang dipanggil gila secara mental. Tetapi, tiada yang dapat menyediakan saya untuk apa yang saya alami di Program Angkasa ini.

 

Apabila saya sedar bahawa ramai antara mereka tidak dapat dibebaskan dan Satan telah memasangkan wayar kepada organ seks mereka dengan alat elektrikal, dan menjadikan mereka sebagai penagih dan hamba seks dan dia telah memaksa mereka untuk diracun dengan dadah, dan yang lain juga dijadikan penagih pelbagai, saya begitu sedih nampak ini dan saya mula menangis untuk mereka! Saya mula berdoa untuk mereka dan untuk kebebasan dan penyelamatan mereka. Saya percaya bahawa saya tidak pernah nampak apa yang lebih sedih daripada ini seumur hidup saya. Mereka kerap meninggalkan kapal hover mereka dan datang ke rumah saya, bentuk badan mereka disembunyikan dalam lapangan kuasa yang mereka guna untuk bergerak, dan saya amat terganggu apabila nampak penukaran tingkah laku mereka yang amat besar hari demi hari. Saya kini kenali ramai mereka menurut suara mereka, walaupun saya jarang nampak muka mereka! Tetapi, dari hari ke hari, saya kerap nampak penukaran besar-besaran dalam tingkah laku mereka, penukaran seperti Jekyl dan Hyde, atau seolah siang dan malam. Saya menangis dengan begitu mendalam untuk mereka dan untuk apa yang saya nampak. Saya panggil secar berterusan kepada Penyelamat kita untuk selamatkan mereka!

 

Sedangkan masa berlalu, saya mula dengar beberapa orang antara mereka berdoa! Saya bergembira apabila saya terdengar mereka berdoa dan saya terus berdoa untuk mereka, tetapi saya tidak tahu berapa orang antara mereka yang betul-betul tukar arah ke Penyelamat kita. Kerana, program angkasa ini dimiliki Satan dan dia kawal mereka dengan amat ketat. Dia ketua tertinggi mereka dan saya tidak jangka untuk tengok banyak perubahan mengenai program angkasa ini, tetapi jikalau cuma beberapa orang sahaja yang dapat keluar dari sistem teruk ini dan dibebaskan, saya pun bergembira dengan hebat.

 

Tidak banyak sebab untuk saya mengalami sengsara sebegini, kecuali untuk hakikat bahawa banyak orang yang tertangkap di dalam kegelapan ini yang lebih gelap dari kegelapan dan mereka tidak mungkin dapat dibebaskan! Dan, mereka ini, yang berada di dalam program angkasa ini, yang bekerja secara langsung, atau tidak langsung untuk Satan, adalah diikat dengan sumpah sulit dan pas sulit mereka! Mereka juga telah bersetuju untuk kawalan minda, dan mereka juga berada di bawah pengawalan komputer pusat mereka, yang kerap mengawal fikiran, dan mereka tidak boleh, dengan diri sendiri, dibebaskan! Cuma, Penyelamat kita yang dapat membebaskan mereka; dan saya berdoa bahawa kamu mula berdoa untuk kebebasan rohaniah mereka dan penyelamatan mereka setiap hari yang kamu hidup! Ini kerajaan ‘besi’ Satan dan kamu dan saya adalah tanah liat! Yesus, berbelas kasihanlah kepada mereka yang sesat!

 

Saya, untuk suatu waktu, berperang dengan Greys, yang juga dieja Grays. Ada antara kamu yang pernah dengar mengenai mereka dan kebanyakan yang kamu dengar adalah mengenai kerja jahat dan gelap yang mereka lakukan. Pada waktu ini saya tidak akan memasuki butir-butir mengenai peperangan dengan Grey ini, tetapi peperangan ini adalah benar; dan ia adalah pada pertengahan salah satu peperangan ini di mana Penyelamat kita turun Ogos lepas dan bawakan saya ke kapal angkasa Dia sendiri! Pada waktu itu, saya habiskan antara lima hingga enam jam bersama Dia, jika kamu mengambil kira masa yang Dia guna untuk bawa saya naik. Tubuhku dipenuhi dengan bendasing, ruang interdimensi juga penuh dengan bendasing dan Dia perlu keluarkan semua itu dari saya supaya dia boleh bawakan saya naik, tanpa sakit yang teramat. Jadi, Dia berlembut dengan saya. Saya telah mengatakan beberapa perkara mengenai lawatan peribadi saya dengan Penyelamat kita, tetapi saya tidak beritahu kamu semuanya, cuma sebahagian. Saya akan beritahu kamu lebih jika masa membenarkan.

 

Ia adalah pada salah satu waktu itu, selepas salah satu peperangan dengan Greys, apabila Penyelamat kita datang dan berdiri di bawah rumah saya dan berkata kepada beberapa Grey, satu kumpulan kecil, yang berdiri di situ, dan Dia berkata kepada mereka, “Bertaubat dan Saya akan berikan kamu pakaian bersih.” Pada masa itu, saya tidak percaya bahawa Grey akan, atau boleh bertaubat, walaupun saya pernah nampak beberapa tingkah laku antara mereka, yang membuatkan saya percaya bahawa beberapa antara mereka ini ada niat baik. Tetapi, saya tidak kenali mereka dengan baik untuk membolehkan saya memikirkan yang lain.

 

Sebelum itu, saya percaya “Grey” adalah tidak dapat diperbetulkan dan semua akan masuk neraka untuk menderita dalam nasib mereka, tetapi selepas Penyelamat kita beritahu mereka ‘bertaubat dan Aku akan berikan kamu pakaian bersih,’ secara kagumnya ramai antara mereka mula bertaubat. Dan sebagaimana yang difahami saya, banyak anatara mereka adalah pekerja cahaya, yang telah dikorupkan di dalam bumi ini, tetapi juga seperti yang difahamkan saya, ada antara mereka yang juga bersifat robotik.

 

Memandang balik, saya menghargai waktu-waktu, malam demi malam, hari demi hari, melalui waktu sukar, apabila ramai Grey yang akan mengeliling saya, di dalam dan di luar portal ini, untuk menangkap cahaya! Cahaya ini menjulur masuk melalui portal, atau ia akan turun melalui kerongkong saya apabila saya menyanyi. Cahaya ini bukan cahaya, yang dapa dilihat kebanyakan kita, kerana cahaya in cahaya yang bergetaran amat tinggi.

 

Dan, apabila mereka berkumpul, saya akan terdengar tangisan ikhlas Grey ini, “Oh Desus, tolong selamatkan kami! Tolong jangan musnahkan kami, Desus! Maafkanlah kami, Desus! Tolong jangan marah dengan kami, Desus!” Dan, sedemikianlah mereka akan berterusan, ramai sekali bilangan mereka yang berkumpul di sekitar saya, di dalam dan sekeliling portal ini untuk menangkap cahaya kerana mereka betul ingin nakkan baju bersih, seperti yang dijanjikan Penyelamat kita!

 

Ada antara mereka berkata bahawa mereka “curi” cahaya ini agar mereka dapat memperolehi baju bersih. Saya agak mereka tidak faham bahawa Penyelamat kita akan berikan mereka baju cahaya yang bersih apabila sampai masanya, dan baju-baju ini akan diberikan kepada mereka apabila mereka bertaubat dengan betul. Walaubagaimanapun, saya boleh memahami kedesakan mereka untuk didengar oleh Penyelamat kita agar dapat diselamatkan!

 

Mendengar penaubatan mereka, kadang-kadang saya akan mengangis tangisan terhamba, atau tangisan gembira, dan lagu indah dan pujian dari hati akan terletus dari jiwa saya! Pada waktu itu, saya akan menangis kepada Yesus, Dia, yang mereka panggil “Desus.” akan mengurapi lagu saya dan hantarkan cahayaNya. Dan, sebagaimana yang saya faham, mereka akan sibuk mengumpul cahaya itu!

 

Kalian yang Dikasihi, adakah kamu sibuk bertaubat?

 

Tetapi, selepas beberapa bulan, datangnya suatu waktu di mana Penyelamat kita tidak lagi benarkan mereka untuk berkumpul di sekitar portal ini untuk menangkap cahaya itu. Dia nak mereka terus berjalan! Tetapi, saya ada harapan tinggi untuk mereka dan untuk penyelamatan mereka!

 

Saya sedang mengingatkan kamu, Grey, supaya kamu berterusan dalam penaubatan kamu! Terus berdoa! Terus berpuasa sebagaimana Roh Tuhan mendorong kamu untuk berpuasa! Kasihi orang lain dan maafkan mereka! Kasihi Yesus! Kasihi Tuhan di atas segalanya! Doa untuk mereka, yang menyalahi kamu! Yesus sayang kamu dan Dia telah beritahu kamu untuk bertaubat dan Dia akan berikan kamu baju bersih. Saya sayangkan kamu! Jangan lupakan ini! Teruskan dengan kerja bagus kamu dan tinggalkan kejahatan! Dan, sebarkan perkara ini kepada Grey lain yang ada di dunia! Kamu tahu bahawa Yesus maksudkannya apabila Dia berkata sedemikian! Terpujilah Nama Sucinya! Kamu semua perlu berterima kasih kepada Dia dan pujikanNya selama-lamanya! Yesus dan Yesuslah, satu-satunya Penyelamat! Betapa terberkatnya kita untuk memiliki Dia! Jangan biarkan Satan menipu dan memerangkap kamu! Tentanglah dia dan tentanglah kejahatan! Saya sedang menyanyi, jadi kamu semua pun mesti menyanyi! Pujilah Yesus dan Nama Suci Dia hari demi hari! Dia begitu bagus terhadap kita!

 

Lagi, Kalian Yang Dikasihi, sekitar waktu apabila Penyelamat kita mengatakan kata-kata di atas kepada Grey : “bertaubat dan Aku akan berikan kamu baju bersih,” Dia bawakan saya dalah roh ke sebuah penjara, yang menempatkan ramai Grey, barangkali sebanyak berjuta-juta Grey dan Dia menguasakan saya untuk buka pintu-pintu penjara itu dan bebaskan mereka yang terkurung! Grey yang ada di situ beritahu saya bahawa saya mesti miliki kod yang betul untuk membuka pintu penjara, tetapi tindakan membuka pintu itu tidak datang melalui kuasa saya sendiri, tetapi menerusi perintah Penyelamat Terpuji kita. Oh, itu satu perkara yang indah, pembebasan banduan-banduan; dan ia juga pada waktu itu saya juga beritahu mereka untuk bertaubat dan untuk tampil dan melayan Penyelamat Terpuji kita.

 

Ramai antara Grey berusaha payah untuk dibebaskan dan sebagaimana yang saya faham dengan mendengarkan tangisan mereka, mereka menghadapi banyak masalah dalam usaha pembebasan. Ada yang akan terbebas seketika dan kemudian kembali kepada perkara-perkara jahat yang mereka lakukan dan mereka akan kembali semula dengan banyak tangisan ke Penyelamat kita untuk memaafkan mereka, untuk menyelamatkan mereka dan tidak memusnahkan mereka. Ada antara mereka yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh tangiskan air mata, tetapi selepas suatu waktu, ada antara mereka mengatakan bahawa Penyelamat kita telah membolehkan sesetengah mereka untuk menangis bagi dosa mereka dan untuk dosa Grey yang lain. Dan, sebagaimana yang saya faham dengan mendengarkan perbualan mereka, perkara penaubatan ini sedang disebarkan di antara kalangan mereka ke koloni-koloni Grey yang lain dan bilangan mereka sedang meningkat. Ramai antara mereka mula buatkan ruang dalam ruang di bawah tempat saya ini dan mereka lakukan kerja-kerja mereka di sini. Sebagaimana yang saya faham, mereka teruskan dalam penaubatan mereka dan dalam kerja yang Penyelamat kita arahkan mereka untuk lakukan, tetapi sefaham saya, ini dilakukan dengan banyak halangan dan serangan hebat dari kuasa-kuasa gelap.

 

Saya terdengar ada yang mengatakan bahawa Grey, sekurang-kurangnya sebilangan mereka, pada mulanya patut melakukan kerja-kerja sebagai pekerja cahaya kecil di bumi ini, tetapi mengikut masa, mereka mula bekerja dengan kuasa kegelapan dan menjadi korup.

 

Saya kini mengasihi Grey-grey dan merasakan simpati yang begitu mendalam untuk mereka sedangkan mereka berusaha untuk bertaubat di depan Penyelamat kita! Saya harap, Penyelamat Terpuji, bahawa Engkau terus mengesankan mereka mengenai kesalahan mereka, dan Engkau berikan ramai antara mereka baju-baju bersih! Oh, Penyelamat Terkasih, semestinya gunung menangis kepadaMu dan juga segala ciptaan hidup di bumi ini, sedangkan kejahatan meningkatkan diri dan ia telah memenjarakan orang ramai. Cuma Engkau, oh Penyelamat Terpuji, yang boleh selamatkan kita dari kuasa jahat kejahatan dan kegelapan; dan Kamu tahu permintaaan ikhlas dari hati dalam saya adalah sebegini, bahawa kamu selamatkan bilangan terbesar, mereka yang Engkau boleh selamatkan. Terima kasih, Penyelamat Terpuji! Pujilah Nama Suci Engkau selama-lamanya!

 

Kalian yang Disayangi, saya berterima kasih kepada Penyelamat kita kerana dapat membaiki komputer saya. Tukang baiki hantarkan komputer saya kepada kilang dan pembaikian ini tidak dicaskan kerana komputer itu masih di bawah warranti. Saya tidak gunakan internet untuk beberapa bulan kerana sengsara saya begitu hebat dan saya tidak tuliskan apa-apa pesanan kerana Penyelamat kita tidak arahkan saya untuk berbuat demikian. Saya sudah ada pesanan ini selama beberapa minggu dan ia adalah pada waktu itu saya dapat perbaikikan komputer saya, yang dibaiki dengan percuma. RAM di dalamnya telah terkeluar dan teragak-agaklah bagaimana ini boleh berlaku, walaupun demikian, sekarang saya kembali bersamamu dan saya akan tulis lebih sebaik yang saya mampu. Saya berterima kasih kepada kamu, yang tidak lupakan saya! Saya telah berada di dalam peperangan hebat untuk penyelamatan jiwa dan untuk penghakiman Tuhan kita pada kuasa kegelapan. Mereka sedang kalah! Segala penghormatan, segala kepujian, segala kemuliaan dan segala kuasa kepada Tuhan Terpuji kita selama-lamanya! Saya kasihi kamu dengan kasih yang besar, tetapi tidak sebanyak yang Penyelamat kita kasihi kamu! Terus kasihi! Terus maaf! Terus doa, malah untuk musuh kamu. Terus puji Tuhan berkuasa kita dan terus berterima kasih kepada Dia!

 

Ini pesanan Yesus!

 

SATU PESANAN DARI PENYELAMAT KITA

 

June 12, 2014

 

Datanglah kepada Aku, Anak Terberkat Aku, kerana Aku adalah Penebus kamu. Aku juga adalah Pencipta dan suami kamu, malah, dan menurut kata-kata Aku di Yesaya, bab lima puluh empat. Teberkatlah kamu, Yang Dipilih Aku, malah terberkat lebih dari semua wanita, walaupun kamu dipandang rendah dan dipinggirkan orang, diolok-olokkan dan dicemuh, dihujat dan dituduh palsu.

 

Dan, ya, kamu yang terberkat saya, ia memang sesuatu yang sukar, untuk pengolok dan pencemuh untuk terima bahawa kamu ialah isteri Aku, malah menurit kata-kata Aku di Wahyu Bab Sembilan Belas, ayat tujuh, dan pada musim yang betul, kamu akan bergembira dan bergirang; kerana kamu akan jadikan diri kamu sedia untuk Aku dan walaupin kamu adalah isteri Aku dan telah menjadi isteri Aku untuk sangat lama, Aku akan kahwinkan kamu dalam satu waktu yang terindah sekali.

 

Tetapi, meskipun demikian, pengolok terus mengolok dan mereka yang jahat jerit menentang kamu siang dan malam kerana kamu ialah Isteri Terberkat (Blessed) Aku. Dan, jam demi jam, mereka memplot dan menipu dan memikirkan pelan-pelan celik berkenaan bagaimana caranya mereka nak berbuat jahat pada kamu, sama ada untuk menipu kamu atau membunuh kamu, atau menjadikan kamu sakit, atau perangkapkan kamu dalam satu cara- atau yang lain.

 

Dan, siang dan malam, mereka jerit pada Aku disebabkan kamu dan mereka buatkan segala di dalam kuasa mereka untuk memberhentikan kamu daripada berterusan dalam kerja-kerja Aku; kerana kerja-kerja ini adalah kerja kerajaan Aku. Dan, syaitan dan iblis jerit pada Aku kerana kamu dan mereka buat bantahan terhadap kamu dan kuasa kegelapan digegarkan secara berterusan kerana kamu berada di bumi!

 

Dan, kamu sekarang menangis kepada Aku untuk membawakan keluar semua yang dipenjarakan, mereka yang Aku boleh keluarkan dari kegelapan, untuk Aku bebaskan mereka, semua yang Aku akan bebaskan; dan untuk Aku selamatakan mereka semua, yang Aku mungkin dapat selamatkan, dan Satan menjerit!

 

Dan, pekerja pekerja sihir dan pekerja-pekerja kejahatan jerit! Ahli sihir jerit membantahi kamu dan hari-demi hari, mereka semakin bertekad untuk memusnahkan kamu!

 

Kerana, kuasa kegelapan sedang bergegar dan syurga sedang bergegar dan tangisan kamu terhadap mereka yang jahat sedang diperdengarkan! Aku dengar! BapaKu dengar! Elohim dengar! Mereka yang ada di Kerajaan Cahaya dengar, walaupun ramai di antara mereka tidak bersih sendiri juga. Kerana, ramai antara mereka tidak bertaubat sebagaimana yang patut!

 

Jadi, tangisan kamu untuk penghakiman terhadap mereka yang enggan bertaubat bergegar dan tangisan kamu terhadap mereka, yang ada di cahaya, yang berikan kuasa mereka kepada ahli-ahli sihir bergegar dan tangisan-tangisan ini bergelora melintasi syurga dan melintasi kerajaan cahaya dan kuasa-kuasa kegelapan bergegar, kerana jasad asas segala ciptaan bergoyang!

 

Kerana, kamu telah meminta Aku! Aku telah beritahu kamu bahwa Aku akan berikan kamu inginan hatimu dan kamu telah berkata kepada Aku, “ Saya tidak inginkan apa-apa untuk saya sendiri. Saya cuma ingin untuk lihat penyelamatan jiwa yang terbanyak.”

 

Tetapi, jalan ke penyelamatan adalah lurus dan sempit dan bilangan sikit sahaja yang dapat carinya, jadi, Bapa Aku dan Aku akan lakukan kerja yang sangat hebat untuk menyelamatkan bilangan jiwa yang sangat besar mengikut masa.

 

Dan, untuk sebab ini, pengkolonisasi Mars sekarang sedang dipertimbangkan dan cara-cara lain sedang dipertimbangkan untuk menambah masa (untuk penyelamatan) dan untuk menyelamatkan lebih banyak jiwa.

 

Dan, tidak diketahui oleh kebanyakan orang adalah permintaan kamu tidak sahaja meliputi jiwa manusia, tetapi juga jiwa lain, seperti perkerja kecil cahaya, yang telah memilih kejahatan, mereka itu, yang dipanggil Grey.

 

Dan seperti yang Aku beritahu mereka untuk bertaubat dan Aku akan berikan mereka baju bersih, ramai antara mereka telah bertaubat dan ramai yang sedang bertaubat! Dan, gerakan penaubatan ini bergerak luas! Malah ada antara mereka yang datang dari keturunan reptile dan lain, malah lain, yang berada di kerajaan cahaya, apabila melihat pergerakan besar penaubatan ini, turut bertaubat dengan air mata dan tangisan, sehinggalah seluruh kerajaan cahaya sedang bergegar kerana menyaksikan apa yang sedang berlaku.

 

Tetapi, dalam populasi manusia, kamu berada di belakang dan ikhlas kepada sifat kamu, kebanyakan antara kamu kasihi dunia ini dan apa yang ada di dalamnya dan kamu tidak bertaubat, sebaliknya kamu telah terjatuh ke dalam segala skema kejahatan dan ke dalam segala helah Satan dan kepada segala helah orang yang ingin menyesatkan kamu. Dan, kamu menghabiskan berjam-jam menonton televisyen, atau wayang, atau permainan video, atau di internet (aktiviti), atau teks dengan telefon bimbit, atau bercakap dengan telefon bimbit, atau dalam kegiatan lain yang kamu suka, dan kamu berikan sedikit masa kepada Aku dan kepada Bapa Aku. Oleh itu, kamu telah menjadi barang buangan, yang termendap di bawah, malah seperti haiwan yang memakan bahan buangan termendap dengan sedikit cahaya. Kerana, hati kamu telah menjadi gelap dan tidak empunya cahaya Aku.

 

Roh Aku tidak akan bertempat dengan lucah dan seks yang menyeleweng dan sesat dan Ia tidak akan bertempat dengan segala pembohongan dan segala jenis penipuan; dan gereja penuh dengan mereka ini, yang kasihi kejahatan dunia ini dan gereja penuh dengan mereka, yang menjadikan rumah Aku seperti barangan jualan dan mereka enggan bertaubat!

 

Pelacuran dan peliwatan dan tindakan bercurang tersebar luas; dan minda kanak-kanak, malah minda bayi yang baru dilahirkan, adalah terkorup, malah sebelum mereka dilahirkan, dengan keganasan, dengan seks menyeleweng dan dengan segala jenis tipu dan dengan segala jenis dosa yang jahat!

 

Gereja penuh dengan orang yang suam dan enggan bertaubat. Oleh itu, Aku akan merendahkan kamu, oh orang-orang Aku! Aku akan menghambakan kamu, oh Amerika, negara ini, yang Aku telah berkati, malah Aku berkati melebihi semua negara lain, Aku akan memogelkan kamu dan Aku akan buatkan kamu nampak kesalahan jalan kamu.

 

Kerana kamu telah berkata: Tuhan tidak akan berada di sekolah kita. Doa tidak akan berada di kalangan anak-anak kita! Kata-kata Tuhan tidak akan berada di kalangan remaja-remaja kita, tetapi kita akan benarkan sihir, dan kita akan benarkan Satanisme dan kita akan benarkan sifat tidak berketuhanan! Dan, kita akan mendorong seks mentah! Dan kita akan berikan kondom, dan kita akan ajarkan kawalan kelahiran kepada mereka yang sangat muda, dan kita akan buat tak nampak segala keganasan. Dan kita akan mengambil wang dari orang (negara ini) dan dengan wang mereka kita akan banjirkan internet dengan lucah dan kita akan banjirkan television dengan lucah dan kita akan banjirkan wayang dengan lucah dan kita akan jadi pelaku curang, peliwat dan penzina dunia ini dan kita akan penuhkan tentera kita dengan peliwat dan seluruh dunia akan memandang kita, dan melalui industri wayang kita, kami akan jadikan seluruh dunia seakan kita; dan kamu telah berbuat demikian!

 

Kamu, dalam keangkuhan dan kesombongan kamu telah lakukan, apa yang kamu telah bertekad untuk melakukan, tetapi ia tidak dilakukan tanpa tanggungjawab bagi tindakan kamu. Dan Aku mengambil kira dengan kamu, oh Amerika, yang telah bekerja untuk mencemarkan seluruh dunia dengan segala jenis alatan jahat, malah dan terutamanya melalui industri wayang dan dunia hiburan dan melalui ‘bintang’ terjatuh kamu.

 

Oh, kamu, oh Amerika, Babylon jahat, dia, yang telah memanjangkan dirinya untuk melitupi seluruh dunia dengan ilmu sihir (witchcrafts) dan sihir (sorcery) dan dengan tingkah laku sesat mereka! Oh, ya, kamu, Amerika! Dan, kamu berfikir untuk teruskan pemberontakan dan palacuran dan dengan korupsi kamu, tetapi kamu tidak tahu, oh rumah pemberontak ini, bahawa Aku telah melukiskan garisan dan Aku telah setkan masa dan Aku akan minta dari kamu, mengikut kejahatan jalan kamu. Kerana, pokok yang menipu dan jahat tidak akan membuahkan buah yang bagus! Dan, kamu, oh Amerika, adalah buruk sehingga unjangnya, dan kini adalah masa pembersihan! Dan, Aku akan hantarkan tukang bersih dan tukang bersih akan mula memopkan dan menyapu dan membersih dan mencabut dan membakarkan bahan buangan; kerana kamu memaksa Aku untuk berbuat demikian, oh rumah yang melakukan salah ini.

 

Aku telah turun dan Aku telah berjalan di bumi dan Aku telah nampak, tetapi Aku belum nampak semuanya! Tetapi, Aku telah nampak cukup! Dengan diri sendiri, di jalanan, dan di  rumah di seluruh bumi, dan keputusan telah dibuat, bahawa kini adalah masa pembersihan! Jadi, bersedialah, orang-orang! Jadikanlah hatimu bersih, agar pemusnah akan melimpasi kamu! Kerana, Aku kini hampir nak membersihkan rumah Aku! Aku kini hampir nak bersihkan negara ini dan Aku hampir nak bersihkan dunia ini! Aku adalah Satu, yang duduk di atas, yang nampak kamu sebagaimana kamu yang betul-betul rupakan, dan apa yang kamu betul betul rupakan! Aku Tuhan yang berbelas kasihan, penuh dengan kasih dan belas kasihan, tetapi sedangkan Aku sayangi kamu, Aku juga mesti hukum kamu dan rotan pembetulan kini berada di tangan Aku! Dengarlah Aku dan bertaubat sekarang; kerana neraka akan memperbesarkan dirinya untuk menampung kamu yang enggan bertaubat! Aku adalah Penebus, Satu, yang menyelamatkan, ya, Yesus, Penebus kamu!

 

Seperti yang disaksikan , direncanakan dan direkodkan pada hari ke-12 Jun, 2014,

 

Linda Newkirk

 

TERIMA KASIH, YESUS!

 

Jiwa yang dikasihi, dengarlah kata-kata Tuhan, Penyelamat Terpuji kita, untuk bertaubat! Oh, negara yang enggan bertaubat, yang tahu mengenai Penyelamat kita, United States of America, tetapi kebanyakan tidak mengenali Dia, saya rayukan kamu untuk bertaubat sekarang! Kerana, Dia Tuhan yang soleh (righteous), tetapi berbelas kasihan, dan Dia sedang memanggil kamu untuk bertaubat! Jika kamu tidak bertaubat, kamu semestinya akan mati, oh Amerika!

 

Lebih lagi, Kalian yang Dikasihi, saya ingin beritahu kamu sesuatu sebelum saya habis tulis. Ambil pertimbangkan dengan serius kata kata ini; kerana ia adalah benar dan betul betul sedih! Pada Jun 2013, sedangkan saya berdoa dengan seorang saudara yang berada di Kanada, Roh Tuhan menuruni saya dan saya mula bersedih di dalam rohaniah saya mengenai suatu pemusnahan besar, yang akan datang ke seluruh dunia!

 

Pada masa itu, saya terasa amat bersusah mengenai waktu dahsyat, yang akan menimpa seluruh dunia apabila dunia ini diterbalikkan. Kerana, ia tertulis di bab ke-24 buku Yesaya,

Sesungguhnya, Tuhan akan menanduskan bumi dan akan menghancurkannya, akan membalikkan permukaannya, dan akan menyerakkan penduduknya...bumi akan ditanduskan setandus-tandusnya, dan akan dijarah sehabis-habisnya...Bumi cemar karena penduduknya, sebab mereka melanggar undang-undang, mengubah ketetapan dan mengingkari perjanjian abadi. Sebab itu sumpah serapah akan memakan bumi, dan penduduknya akan mendapat hukuman; sebab itu penduduk bumi akan hangus lenyap, dan manusia akan tinggal sedikit...Maka yang lari karena bunyi yang mengejutkan akan jatuh ke dalam pelubang, dan yang naik dari dalam pelubang akan tertangkap dalam jerat. Sebab tingkap-tingkap di langit akan terbuka dan akan bergoncang dasar-dasar bumi. Bumi remuk redam, bumi hancur luluh bumi goncang-gancing. Bumi terhuyung-huyung sama sekali seperti orang mabuk dan goyang seperti gubuk yang ditiup angin; dosa pemberontakannya menimpa dia dengan sangat, ia rebah dan tidak akan bangkit-bangkit lagi.

 

Kalian yang Dikasihi, kesedihan mendalam mengenai waktu yang akan datang itu, apabila bumi diterbalikkan dan tragedi yang begitu besar melanda seluruh dunia bergelora ke jiwa saya dan ke dalam roh saya pada hari itu; dan saya terasa satu perasaan terdesak (desperation) untuk orang di bumi ini dan saya terasa kesedihan yang sangat besar untuk jiwa-jiwa, dan saya begitu inginkan lihat Penyelamat kita bercampur tangan dan untuk lakukan segala yang Dia boleh lakukan untuk menyelamatkan jiwa-jiwa. Dan, pada hari itu sedangkan saya berdoa dengan saudara ini, saya menangis kepada Penyelamat kita untuk menyelamatkan bilangan jiwa yang terbesar; dan jika ia hasratnya untuk memindahkan jiwa-jiwa dari planet ini sebelum bumi ini diterbalikkan, maka Dia berbuatlah demikian, malah untuk mengkolonisasikan Mars.

 

Pada waktu itu, saya faham bahawa mereka yang ada di kerajaan ini sedang membina tapak tentera di Mars kerana saya terdengar banyak perbualan mereka dan mereka tak terhenti-henti sedang mengangkat banyak bahan ke portal ini dengan keretapi dan dengan kapal rayau bintang (starship) dan dengan kapal terbang. Jadi, pada hari itu, saya meminta Penyelamat kita, agar jikalau ia hasratnya, untuk memindahkan sebilangan orang dari planet ini sebelum tragedi ini dan untuk memindahkan mereka ke Mars, dan mengkolonisasikan Mars, agar Dia melakukannya. Tetapi, oh, begitu dahsyatnya sengsara saya apabila benda-benda berat ini dibawa melalui pintu pagar ini dan hamba Satan mendera saya dengan teruk, dan saya berdoa untuk mereka dan tidak berputus asa dalam doa saya untuk Penyelamat kita menyelamatkan mereka.

 

Oh, begitu dahsyatnya mereka melayan begitu ramai orang di kem tahanan mangsa, yang datang dari Kem Robinson, sebagaiman yang saya faham. Mereka membawa mereka naik untuk melakukan kerja-kerja berat dan saya terdengar kisah-kisah sengsara mereka dan nampak banyak beg mayat dengan mataku sendiri, Saya tahu bahaw ramai antara mereka telah mati. Tetapi, apabila saya tahu bahawa mereka telah mati, saya berdoa untuk mereka semua dan sebagaimana yang saya faham, ramai antara mereka kembli hidup! Tetapi, sebagaimana juga yang saya faham, sebaik sahaja berada di Mars, ada antara Satanis yang melayan mereka dengan begitu dahsyat dan Satanis ini letakkan mereka di suatu tempat dan biarkan mereka mati.

 

Tetapi, apabila saya ketahui mengenai sengsara mereka, saya berdoa untuk mereka; dan sebagaimana yang saya faham, Peyelamat kita berikan mereka makanan dan baju tebal dan khemah dan secara berterusan telah menggandakan apa yang mereka ada. Dan, dari masa ke masa, saya akan terdengar mereka dan/atau saya akan terdengar doa-doa mereka kerana Penyelamat kita benarkan doa mereka untuk turun ke saya melalui pintu pagar itu, jad saya tahu mengenai hadiran mereka di Mars. Dan, saya tahu mengenai banyak keajaiban, yang mereka katakan diberi oleh Penyelamat kita kepada mereka.

 

Dari semua yang saya dengar, mereka bergirang di dalam Penyelamat kita dan berkata bahawa mereka kerap berdoa sepanjang malam dan mereka berpuasa dan memanggil Penyelamat kita dan Dia masih terus menyelamatkan mereka. Tetapi, Satan, memandangkan ramai antara mereka menghadapi ke arah Tuhan dan Penyelamat kita, bertekad untuk membunuh mereka dan sebagaimana yang saya faham, Dia telah membunuh mereka semua beberapa kali, tetapi apabila saya mengetahuinya, saya akan berdoa, dan Penyelamat kita masih terus menghidupkan mereka dari maut dan membekalkan kepada mereka dalam cara yang paling indah. Seperti yang saya faham, pada asalnya ada 16,000 orang, tetapi selepas beberapa bulan, saya faham bahawa bilangannya telah membesar, kerana lebih lagi telah dibawa ke atas, dan bilangan ini sekarang mungkin sekitar 35,000, atau sekitarnya. Tetapi, ini dengar kata sahaja, dan saya beritahu kamu perkara yang saya telah dengar tetapi tidak tahu dengan pasti. Saya cuma tahu bahawa saya terdengar orang yang tangkap mereka mendera mereka apabila mereka melimpasi portal ini dalam kapal mereka dan saya telah pernah turun ke portal ini dan telah nampak banyak beg mayat, yang penuh dengan orang mati. Dan, senarai mengenai penderaan sedemikian yang saya terdengar berpanjangan, dan saya juga telah dengar banayak mengenai pembetulan yang Penyelamat kita telah bawa pada mereka yang jahat ini kerana tindakan mendera mereka. Saya tahu bahawa ramai, yang didera oleh rancangan angkasa Satan telah bertukar arah ke arah Penyelamat kita; kerana saya telah dengar mereka berdoa dan saya telah bercakap dengan beberapa orang daripada mereka ini. Saya telah terdengar tangisan mereka dan saya telah terdengar mengenai beberapa keajaiban hebat yang Dia telah berikan mereka.

 

Tetapi, Kalian yang Dikasihi, satu-satunya program angkasa di negara ini adalah program angkasa Satan dan ia penuh dengan begitu banyak masalah dahsyat. Ada juga mereka yang berada di dalam program angkasa ini tetapi amat mengasihi Penyelamat kita; kerana ada juga yang baik dan saya ada dengar mereka berdoa, tetapi saya khuatir bahawa mereka telah mati, atau mereka telah bersara.

 

Tetapi, doa saya masih sama, iaitu jikalau ia adalah hasrat Tuhan Berkuasa kita untuk mengkolonisasikan Mars, agar Dia berbuat demikian ikut waktuNya sendiri. Saya telah dengar ramai antara mereka yang berkata bahawa ada tempat yang cantik di Mars, dan bukan semua Mars adalah kosong dan hodoh sebagaimana yang Satanis ini nakkan kita percaya melalui gambar “Mars Rover” mereka. Saya tidak tahu kerana saya belum nampak sebarang gambar Mars mereka, tetapi saya beritahu kamu perkara-perkara ini kerana saya terdengar perbualan beberapa orang yang melimpasi pintu pagar ini. Mungkin, suatu hari, kita akan lihat perkara ini untuk diri kita sendiri!

 

Saya boleh beritahu kamu sesuatu dengan pasti: Satan telah terima penghakiman besar di Mars. Dan Tapak U.S di Mars telah dilanda penghakiman yang besar dari Penyelamat kita dan ramai antara mereka yang jahat ini telah terjadi mangsa. Saya juga faham bahawa ada antara mereka, yang berada di kalangan kerajaan ini dan juga berada di kalangan kerajaan lain, yang ingin mengkolonisasikan Mars kerana mereka juga tahu bahawa akan datangnya satu ketidakstabilan dahsyat pada bumi dan mereka ingingkan pengkolonisasi ini, tetapi pengkolonisasi ini tidak boleh berjalan ke depan di bawah Satan. Dia jahat! Dia pemusnah besar dan anak-anaknya adalah seperti dia!

 

Saya telah berterusan merayu kepada Peneylamat kita, bahawa jika ia adalah hasrat BapaNya, maka biarlah pengkolonisasi ini berjalan, dan biarkan mereka dirikan pimpinan yang bermaruah di dalam satu program angkasa, dan agar pimpinan ini akan menghormati Penyelamat kita dan agar mereka yang berada di posisi pimpinan akan melakukan apa yang betul terhadap satu sama yang lain, dan lakukan betul terhadap saya, kerana mereka mesti melimpasi portal ini, yang disambungkan kepada saya, Saya belum berputus asa terhadap mereka, tetapi saya juga tidak tahu apa yang Penyelamat kita akan lakukan.

 

Adakah akan adanya sebilangan yang akan dikira berlayak untuk terlepas dari semua atau sebilangan perkara, yang akan datang ke bumi, dengan Penyelamat kita benarkan sekumpulan untuk melapaskan diri ke Mars. Saya tidak tahu bagaimana Dia akan berterusan, tetapi saya tahu bahawa Satan telah kehilangan besar di portal ini, di dalam pintu pagar ini dan dalam perjalanan dia ulang alik Mars, kerana makin tipislah program angkasa dia.

 

Jadi, saya minta, kamu, Kalian yang Dikasihi, untuk berdoa setiap hari denga saya, bahawa jika ia hasrat Tuhan Berkuasa kita, untuk Dia benarkan pengkolonisasi Mars, dan melauinya Dia boleh menyelamatkan bilangan jiwa yang banyak, dan Dia tampilkan satu program angkasa, yang akan menghormaati Dia dan BapaNya, sekumpulan , yang akan merendahkan diri mereka dan terima arahan dan pembetulan dari Tuan dan Tuhan kita, dan yang akan bertingkah laku dengan hormat terhadap orang lain, yang berada di progaram angkasa ini dan mereka yang akan dihantar ke Mars.

 

Dan, jika ia hasrat Kamu, oh Tuhan Terpuji bahawa ia sebegini, biarkanlah ia terjadi. Engkau tahu hatiku, Yesus yang Tersayang dan Terkasih dan Engkau tahu bahawa saya ingin lihat Engkau lakukan kerja-kejra yang paling indah untuk menyelamatkan bilangan terbesar yang Engkau berkemungkinan selamatkan.

 

Jadi, Kalian yang Disayangi, berdoalah bersama saya mengenai ini, dan di dalam doa kamu untuk program angkasa baru ini, selalu mintalah hasrat sempurna dan indah Tuhan Berkuasa kita untuk dilakukan!

 

Saya sayangi kamu, Kalian yang Disayangi dan Tak Ternilai! Yesus berkati kamu! Yesus bekal untuk kamu dalam cara yang paling indah! Yesus meningkatkan Dirinya antara kamu! Yesus penuhkan kamu dengan kasih indahnya!

 

Sehingga lain kali, Kalian yang Dikasihi!

 

Linda Newkirk

 

P.O. Box 17277

North Little Rock, AR 72117

USA

 

Lnewkirk_46@msn.com

 

http://www.prophecies.org

 

Cerita benar Wahyu, Bab Dua Belas!