NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU TIGA

 

Bab 15

 

Kertas Musa VII Dan Amaran Untuk Bersedia

 

“Anak Tersayang, pada sayap Roh Aku, kamu melayang tinggi ke GunungKu, di situ kamu dikuatkan dalam Aku dan kuasa Aku. Kamu menanggung parut penyembuhan Aku, kerana penyembuhan akan mula memainkan peranan yang lebih besar dalam hidupmu. Pintu ke Bilik Atasan Aku terbuka kepadamu; masuk dan tulislah seperti yang dinampak dan diberi.”

 

“Tuhan Yesus aku, bunyi bergegas angin RohMu memenuhi roh aku sedangkan aku memasuki Bilik Atasan ini, dan aku disambut oleh Pokok Kehidupan Engkau. Aku begitu dahagakan jus manis buah  lazat ini. Bolehkah aku duduk dan makannya sekali lagi?”

 

“Anak, makan. Buah ini diberi kepada kamu agar kamu dapat dikuatkan dalam perjalanan rohaniah kamu.”

 

“Tuhanku, aku mencapai ke pokok berkilau itu dan memegang satu buah sempurna di tanganku. Bau kesucian syurga memandikan roh aku sedangkan aku menghirup jus manis yang menyembuhkan dari buah itu. Dalam kepalaku tenaga yang menggerakkan buah itu membuatkan bunyi memusar yang lembut, yang biarkan aku tahu bahawa aku sedang berkomunikasi dengan buah ini dalam dalaman aku, dan aku sedang mengambil kuasa hidup tulennya. Dalam masa singkat sahaja, bunyi lembut ini reda sedangkan ia memupuk roh aku dan hatiku menyanyi dengan ghairah. Aku duduk di bawah pokok itu, memakan buah satu demi satu sehinggalah aku tercapai satu ruang cahaya tulen dan keindahan. Terima kasih, Tuhan Terharga aku, kerana membiarkan aku mengalami pengalaman ini sekali lagi, Engkau benar-benar Hidupku. Tiba-tiba, sekeping kertas terapung turun di depanku; dan sedangkan aku mencapai tangan untuk mengangkatnya, aku nampak bahawa ia merupakan kertas ketujuh dalam siri Kertas Musa. Inilah kata-kata yang tertulis dalam kertas itu:

 

‘Kebaikan Datang kepada mereka, yang mengikuti Undang-Undang Tuhan’

 

‘Yang dikasihi, pegang kuat kepada undang-undang Tuhan dan patuhilah PerintahNya. Jalan dalam jalan yang lurus dan sempit; tinggalkan kasihmu untuk benda dan kembali kepada pematuhan Undang-undangNya. Hormatilah Tuan, Tuhanmu, dan kasihilah Dia di atas segalanya. Dia akan kotakan janjiNya kepadamu dan Dia akan angkatkan kamu naik pada hari terakhir jika kamu kasihi dan hormati dia dengan semua yang kamu rupakan.

 

Jadikanlah jalanmu ringkas, supaya kamu tidak dibingungkan; dan kekalkan jalanmu lurus. Jangan tersisih ke kanan atau ke kiri, tetapi terus tumpu pada Tuan dan Tuhanmu. Mereka, yang setia padaNya, akan nampak banyak keajaiban pada hari akhir zaman ini; kerana, Dia benar kepada KataNya dan bahawa tiada masa lain yang seperti masa ini.

 

Suapkan roh kamu dengan Cahaya Tuhan supaya ia tidak digelapkan dan mati. Suapkannya setiap hari dengan Roh Kudus, supaya kamu mempunyai kuasa untuk mengatasi. Jadi layak untuk mempunyai Roh ini dengan sifat kasih, pengampunanam dan kepatuhan kepada Perintah Tuhan; dan tetap jadikan Yesus di depan mindamu setiap hari, supaya kamu tidak ditipu helah Iblis dan daya tariknya. Yang dikasihi, jadikan hidupmu ringkas dan dengan sepenuh hatimu, berpegang pada Yesus. Dia Jalan, Kebenaran, Cahaya dan Hidup. Aku Musa’.

 

“Anak Tersayang, ini ditahbiskan oleh Aku. Aku sedar bahawa ada yang akan mengatakan pekara yang menghina mengenai pesanan ini dari Musa dan orang lain yang telah mati; tetapi abaikan semuanya. Jangan benarkan negatif ada di mindamu. Sekarang, Anak Tersayang, kamu ada kerisauan mengenai kejadian di dunia.”

 

“Ya, Tuhanku, aku ada banyak kerisauan dan orang ramai juga ada banyak kerisauan. Silalah tujukan kerisauan ini.”

 

“Anak, ramai yang risau mengenai kewangan dan bagaimana mereka akan terus hidup. Ini beberapa cadangan Aku:

 

Jual dan keluar dari bandaraya dan sekurang-kurangnya 100 batu dari sebarang fasiliti ketenteraan, loji nuklear atau gudang penyimpanan ketenteraan;

 

Bina tempat lindung bawah tanah sekurang-kurangnya enam kaki; tetapi lebih bagus jika sepuluh kaki;

 

Simpankan bekalan perubatan, termasuk antibiotik, terutamanya jenis yang ada sulfur;

 

Simpankan vitamin, herba menyembuh, dan bekalan makanan hijau, seperti daun barli;

 

Simpankan makanan kering, yang disimpan dalam bekas tebal, kalis air.

 

Simpankan produk penulenan air dan bekalan pertanian;

 

Sediakan satu penjana elektrik mudah alih dan radio gelombang-pendek dengan banyak batteri;

 

Sediakan satu cara untuk membuang bahan kumuh manusia di bawah tanah;

 

Jadikan pelan kamu rahsia dan lokasi kamu rahsia. Keluarga akan berpaling pada keluarga dan kawan pada kawan. Ganjaran akan diletakkan pada kepala ramai Kristian;

 

Kekal dekat dengan Aku setiap masa, supaya kamu boleh dengan suaraKu pada masa perlu;

 

Abaikan orang lain, yang suruh kamu untuk buat ini atau itu. Setan memiliki minda kebanyakan orang;

 

Ramai, yang berhutang, akan nampak penyenangan dalam enam bulan berikutnya. Anak, kamu tanya sama ada pasaran saham akan runtuh dalam masa enam bulan berikutnya. Buka pintu di depanmu. Apa yang kamu nampak?”

 

 

“Tuhanku, ini satu pintu hitam, yang tertulis, ‘Wall Street’ di atas. Orang sedang bergegas sini sana , ada yang menggaru kepala dengan terkejut dan ada yang tertegun. Aku nampak berlonggok-longgok pita tik jenis dahulu di merata-rata lantai dan mesin-mesin masih terus mengeluarkan dan mencampaknya di merata-rata. Di atas lantai, aku nampak cahaya merah, yang tertulis, ‘Pasaran Saham sedang runtuh.’ Tuhanku, Apa yang akan berlaku kepada mereka, yang berhutang?”

 

“Anak, di seluruh dunia syarikat-syarikat utama akan mula jatuh, tutup pintu. Ramai orang sederhana akan kehilangan semua. Mereka akan tidak berupaya bayar hutang, hampir  dalam masa semalaman.”

 

“Sekarang datangnya satu lagi penglihatan, aku dengar bunyi hentakan kuat. Ia sangat gelap dan aku nampak ombak besar menghentam satu pantai. Ikatan kapal-kapal telah dilonggarkan dan menghentam satu sama lain, terhanyut dan menghentam pantai, malah tiang lampu. Ombak besar dengan ganasnya melimpahi tembok pantai dan melimpahi jalan bandar. Aku terdengar perkataan ‘Hong Kong.’”

 

‘Ya, Anak, kamu terdengar ‘Hong Kong.’ Kamu ternampak Hong Kong. Kerana, satu runtuhan besar di sana akan menyebabkan seluruh dunia lain terjatuh tak terkawal.”

 

“Tetapi, Tuhanku, kenapa akan ada satu runtuhan di Hong Kong?”

 

“Komunis memerintah, Anak. Komunis memerintah. Tengok tangan besi komunisme meletakkan copnya pada kapitalisme. Inilah apa yang berlaku. Syarikat di sekitar dunia mempunyai pelaburan besar di Hong Kong, tetapi tidak untuk lama lagi. Tangan besi itu akan merampas semuanya. Jenis ekonomi sedemikian tidak akan dapat berdiri di depan muka komunisme.”

 

“Tetapi, Tuhanku, Engkau kata bahawa orang German akan menyuapkan ketakutan dan menyumbang kepada kejatuhan Pasaran Saham di USA.”

 

“Orang German jahat, yang mempunyai sistem kewangan kamu dalam satu pegangan akan mengetatkan pegangan ini apabila Hong Kong jatuh. Pegangan ini akan meletakkan satu perasan hebat pada kamu dan mereka yang ada di Wall Street akan bergelora. Mereka akan berada dalam keadaan terkejut dan mereka akan lari kepada orang sini sama sambil menjerit, ‘Apa yang patut kami buat, apa yang patut kami buat? Tahap ini akan tidak terjangka. Televisyenmu akan melaung. Surat khabar kamu akan melaung, ‘Ia tak terjangka. Ini tak terjangka.’ Tetapi, Anak, bukan kepada mereka yang ada di belakang pentas. Mereka, yang melayan Lucifer, tahu ini terlebih dahulu. Kamu merupakan sasaran senang di depan Air Pasang Merah. Kamu merupakan gergasi buta.

 

Dengarlah Aku, Anakku, ini akan datang. Jangan membazir pada Krismas. Berikan orang lain pesanan terus hidup ini dan beritahu mereka apa yang menanti-nantikan kamu. Biarkan ini menjadi satu hadiah Krismas. Ia masa untuk setiap orang bangun dan bertanggungjawab untuk destini sendirinya. Kerja menambahkan lagi hutang untuk memberi hadiah Krismas, yang mungkin menjadi satu beban, atau tidak dihargai, mesti dihentikan. Berikan itu, yang datang dari Aku. Berikan ini, yang Aku telah beritahu kamu, supaya orang lain boleh bersedia.

 

Tahulah, Anak, bahawa Aku ada bersama kamu. aku akan pastikan kamu berdua keluar dari hutang supaya kamu boleh bersedia. In janjiku kepadamu. Aku Yesus. Aku Jehovah, Tuhan tertinggi Bumi. Terberkatlah, Anak, kerana kamu salah satu Terpilih Aku. Banyak mukjizat akan kamu nampak sebelum masa kamu sampai.”

 

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari ke 24hb ini, November 1997.

Linda Newkirk