NUBUAT DARI GUNUNG

 

BUKU EMPAT

 

Bab 30

 

Nasihat Tepat Pada Masa Untuk Semua Orang, dan

 

Buku Kecil Lanun Terakhir

 

“Anak SayangKu, Aku Tuanmu Yesus. Terberkatnya kamu, Anak SayangKu; kerana kamu telah bertabah terhadap halangan besar untuk sampai ke bab terakhir buku ini. Tidak ramai yang tahu atau faham pergelutan dalaman yang kamu telah hadapi dan pertempuran rohaniah hebat yang kamu telah perlu berlawan hari demi hari. Tidak ramai sedar akan sifat peperangan hebat yang berlaku ini dan amaun besar disiplin rohaniah yang kamu perlukan untuk berterus dalam kerja ini antara penyakit dan perubahan besar. Anak SayangKu, Aku sedar akan kasihmu untukKu dan kamu perlu faham bahawa kasihKu untukmu adalah tanpa had; begitu juga untuk semua orang.

 

Kamu tahukah, AnakKu, bahawa Aku tidak humbankan kamu ke tengah-tengah serigala supaya mereka boleh membahammu. Anak SayangKu, Aku telah hantarkanmu RohKu, yang termeterai kepadamu. Dan, Aku telah hantarkan banyak malaikat, yang berlawan untukmu secara berterusan. Lama dahulu Lucifer patut telah menapis kamu seperti sekam; tetapi, Anak SayangKu, dia belum berbuat demikian; kerana aku telah memimpin kamu melalui pintu-pintu, yang Aku buka untukmu sebelum adanya dasar dunia. Ya, AnakKu, begitu lama dahulu, hari hebat ini telah diketahui. Dan, Pahlawan Taat Aku telah dikenali, dipilih dan diasuh, meskipun pada masa itu juga. AnakKu, kamu telah tahu mengenai kebenaran masa ini untuk masa yang begitu lama; dan apabila kamu mendengar suaraKu, kamu kenaliNya. Nampakkah? DombaKu dengar suaraKu dan mereka kenaliNya. Dan, begitu juga , AnakKu, di seluruh dunia. Aku telah panggilkan Aku Punya dari kerja mereka, dari main mereka dan dari sekolah mereka. Aku telah panggil Aku Punya; dan mereka telah dengar. Mereka dengar Aku; dan mereka tahu keseriusan masa ini; kerana ia telah diterapkan dalam kedalaman roh mereka. Dan, sekarang, AnakKu, seperti seorang pengembala yang meniup honnya untuk mengumpulkan dombanya, Aku sedang membuat panggilan terakhirku untuk Aku Punya untuk bangun, dengar dan kembali. Kerana, serigala kemaruk sedang merayau dalam kumpulan besar; dan tidak adanya keselamatan di luar itu, yang Aku bekalkan. Fahamkah?”

 

“Ya, Tuhanku, aku sekarang faham ini lebih berbanding dahulu. Dan, aku tak pernah jadi lebih risau bagi roh ramai orang berbanding sekarang. Kerana, begitu sikit orang yang kisah mengenai apa-apa kecuali berseronok, satu lagi wayang, atau keluar satu malam lagi. Dan, tidak mungkin mereka dapat lihat betapa sesatnya mereka.”

 

“Anak, ini merupakan perdaya hebat, dan ia telah jatuh pada minda orang ramai. Mereka tidak boleh dengar dan mereka tidak boleh nampak; kerana meraka kasihi dunia, dan mereka tidak kasihi Aku. AnakKu, mereka telah dibutakan oleh daya tarikan dunia dan mereka telah dipekakkan oleh bunyi bisingnya. Dan, kerana kasih mereka untuk dunia, mereka diperangkap oleh jeram sungai gelap, yang pergi ke tanah gelap. Anak SayangKu, bilangan orang sedemikian adalah berbilion-bilion.”

 

“Tuhanku, aku begitu disedihkan oleh ini dan aku hampir tidak dapat menampungnya. Ada antara mereka yang kita kasihi telah menjadi begitu kejam dan mereka ingin curi semua ketenanagan dalam hidup kita. Aku begitu, begitu disedihkan oleh apa yang hampir akan berlaku.”

 

“AnakKu, ini merupakan amaran untuk semua: Kekalkan matamu padaKu. Kerana, Lucifer akan gunakan ahli keluarga yang lain untuk menumbangkan kamu dari keseimbangan. Kemudian, dia akan datang kepadamu dan hentamkan kamu kepada serpihan secara emosi. Jauhkan diri dari mereka, yang ada dalam pemberontakan. Ia tidak kisah sama ada mereka panggil diri mereka sebagai ahli keluarga. Ingat, Aku telah kata bahawa ibuKu dan abangKu dan adikKu adalah mereka, yang melakukan hasrat Tuhan. Pemberontak tidak lakukan hasrat Tuhan. Anak SayangKu, mereka akan curi ketenangannmu. Jauhkan diri dari pemberontak. Lindungilah ketenanganmu dan kekalkan kasih dalam rumahmu. Tetapkan sempadan untuk apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan, Sikap “apa-apa saja” ini telah memusnahkan banyak keluarga. Ia telah memusnahkan bandar dan ia telah memusnahkan kerajaan dan malah ia akan memusnahkan seluruh dunia. “Apa-apa sahaja” adalah pemberontakan. Bapamu adalah tegas mengenai tingkah laku apa yang boleh diterima dan apa yang tidak. Dan, mereka, yang mengaku kasih untukKu dan untuk Bapamu, akan dicuba dan diuji berulang-ulang. Setiap daripadamu perlu membuktikan kasih dan hormatmu untuk Bapamu melalui tindakan dan disiplin dengan berulang-ulang. Kamu perlu membuktikan bahawa kamu akan berdiri untuk apa yang betul melalui pilihan yang kamu buat. Kamu akan dicuba dan diuji untuk lihat sama ada kamu benar. Jika kamu gagal ujian itu, kamu akan diberi satu ujian lagi, dan ini mungkin lebih susah daripada yang sebelumnya. Dan, malah, anakKu, di antara semua ujian, setiap daripadamu mesti boleh mengampunkan dan melepaskan; kerana antara ujian terbesar akan datang daripada mereka yang ada di dalam keluarga langsungmu. Aku kata, setiap daripadamu mesti boleh memaafkan dan melepaskan luka supaya kamu boleh teruskan, pada masa yang sama, ingat bahawa kamu cuma melawat Alam Bumi ini sahaja, jadi lepaskan segala gelora seperti seorang kanak melepaskan mainannya di lautan. Lepaskannya sahaja dan teruskan dalam kerja Bapamu seperti seorang kanak patuh.

 

Ada masanya, apabila hidup menjadi begitu susah dan kamu tidak tahu sama ada kamu boleh teruskan, berlutut dan doa, doa, doa. Puasa dan doa. Panggil mereka yang ikhlas dan berdedikasi untuk berdoa untukmu. Inilah apa yang semua mesti lakukan. Jauhkan diri dari mereka yang pemberontak dan jauhkan mereka dari rumahmu. Jadikan rumahmu suci; jadikan hatimu suci; dan lakukanlah ini sekarang, kerana kamu sudah kehabisan masa. Tukul hampir akan turun pada USA. Fahamkah?

 

“Ya, Tuhanku.”

 

“Tuhanku, kita cuma ada satu bahagian yang tertinggal sahaja dan selepas itu siaplah kita dengan buku kecil Lanan.”

 

“Ya, AnakKu, dan bahagian kesepuluh ini merupakan lubang hitam berpusar. Adakah kamu ada pendapat apa yang ia wakili?

 

“Tuhanku, aku percaya bahawa ia mewakili destini terakhir untuk mereka, yang gelap sehingga ke terasnya.”

 

“Tepat sekali.”

 

“Seperti jenis Aturan Dunia Baru hajat, yang telah melayan Lucifer untuk sewaktu yang lama; mereka akan pada satu masa dihantarkan ke kegelapan berpusar ini, di mana roh mereka akan dihirup pecah oleh daya lubang ini.”

 

“Tepat sekali. Ada yang percaya bahawa mereka ada masa abadi untuk teruskan dalam pemberontakan; tetapi ini bukan demikian. Kepada setiap orang diberikan satu jumlah masa tertentu dan cuma Bapamu yang tahu berapa masa Dia akan benarkan. Ia sangat penting bahawa setiap daripadamu fahamkan ini; tetapi, sikit yang fahaminya. Cuma tahulah, AnakKu, bahawa lubang hitam berpusar akan menerima sejumlah tertentu roh pada satu masa, yang agak hampir.”

 

“Dan, mereka itu yang pergi tidak tahu langsung...’

 

“Tidak, AnakKu, mereka tidak. Sikit yang fahami konsep bahawa Bapamu seorang pengawas tegas. Anak SayangKu, apa yang berbaloi untuk diperoleh adalah berbaloi untuk dikerjakan. Dan, semua, yang hidup dengan Aku dan Bapamu dalam kecantikan yang Aku telah sediakan, akan kerja untuknya. Tiada kebajikan. Fahamkah?

 

“Ya, Tuhanku; tetapi ramai yang akan kata bahawa kerja tidak penting.”

 

“ Ya, Anakku, mereka itu, yang ingin terima dengan percuma, yang inginkan jalan senang, akan kata demikian. Tetapi, aku beritahu kamu bahawa keyakinan tanpa kerja adalah kematian kepada roh.”

 

“Tuhanku, aku takut bahawa aku telah salah dengar mengenai mereka yang pemberontak. Kerana semua daripada kita mempunyai orang sebegini dalam keluarga kita dan walaupun dengan pemberontakan ini, kami masih mengasihi mereka.”

 

“Ya, AnakKu, tetapi kita sudah sampai ke masa pengasingan roh. Dan, jika mindamu, hatimu, dan emosimu, malah badan dan rohmu ditangkap dengan kebimbangan dan kekeliruan mereka yang memberontak, kamu tidak akan mendengar suaraKu. Kamu akan dibutakan terhadap Aku dan tujuan Aku disebabkan kekeliruan yang hadir. AnakKu, aku sedang beritahu kamu untuk melindungi rumahmu dan hidupmu daripada mereka, yang mengasihi dunia, dan daripada mereka yang ditangkap dalam pemberontakan. Jika mereka yang memberontak menganiaya kamu dan memanggil kamu segala jenis nama kerana namaKu, tahulah bahawa kamu telah awal-awal diberi amaran bahawa ini akan terjadi. Kerana, Lucifer ada pegangan pada mereka yang memberontak dan mereka terkawal oleh setannya. Fahamkah?”

 

“Ya, TuhanKu.”

 

“Aku lindungi Orang SetiaKu seperti seorang ayam betina menjaga anak ayamnya.”

 

“Ya, Tuhanku; dan betapa bersyukurnya aku. Aku ada satu soalan mengenai penyimpanan makanan. Dalam AlKitab, Engkau telah beritahu kita bahawa kita patut menjadi seperti burung di luar dan tidak risau mengenai bagaimana kita akan memakan dan memakai.”

 

“Ya, AnakKu, Aku telah beritahu kamu ini. Tetapi, Aku juga telah beritahu kamu bahawa dunia tidak pernah nampak masa sedahsyat masa ini akan menjadi. Jadi, ia bagus untuk bersedia. Tetapi, diingatkanlah bahawa golongan jahat bercadang untuk mengambil semua makananmu, rumahmu dan bunuh setiap daripadamu. Tiada yang akan hidup lama tanpa Aku dan Bapamu. Jadi, kamu mesti letakkan keyakinan pada Aku, dan bukan pada benda. Dan, tahulah bahawa Aku akan bekal kepada setiap daripadamu sehinggalah ia masamu untuk datang balik ke rumah.”

 

“Tetapi, Tuhanku, kebanyakan orang tidak ada kebolehan pembezaan rohaniah untuk mendengar suaraMu.”

 

“Mereka tidak, Anak, tetapi aku boleh berkata dengan sesiapa dan semua melalui mimpi. Dan, Aku akan lakukan ini untuk mereka, yang mencari Aku dengan sepenuh hati mereka. Fahamkah?”

 

“Ya, TuhanKu.”

 

“Tetapi, Anak, Aku telah memberi amaran kepada semua. Tiada keganasan! Jangan kembalikan keganasan dengan keganansan. Jauhkan daripada mereka yang ganas dan enggan bertaubat. Fahamkah?”

 

“Ya, TuhanKu.”

 

“Pergilah hari ini dengan ketenangan, AnakKu, tahulah Aku Yesus, Yea Jehovah Tuhan Tertinggi.”

 

Seperti yang disaksikan, direncanakan dan direkodkan pada hari in, 5hb Mei, 1999,

Linda Newkirk

 

(satu bahagian kecil lagi belum diterjemah- kata penterjemah)